Harakahdaily, | 12 Nov 2012 |
ISLAMABAD: Lebih 200 pemimpin parti dan NgO Islam seluruh dunia berhimpun di sini bagi menyertai muktamar "Islamic Solidarity Council'.
Mereka mewakili Malaysia, Tajikistan, Indonesia, Turki, Jordan, Afghanistan, Bangladesh dan Kashmir.
PAS di wakili oleh Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Datuk Kamaruddin Jaffar, Penolong Setiausaha Agong, Dr. Syed Azman Nawawi dan Ustaz Khalil Abdul Hadi dari Dewan Pemuda PAS.
Semasa perhimpunan ini, wakil-wakil PAS sempat bertemu dan berbincang dengan pimpinan Jamaat Islami seperti Amir Jamaat Islami, Dr. Munawar Hassan, penasihat Jamaat Islami, Qazi Hussien Ahmed dan Profesor Kurshid Ahmed.
Muktamar ini membincangkan soal masa depan Islam dan umatnya serta melihat cabaran-cabran yang dihadapai oleh Ummah setelah 'Arab spring'.
Muktamar pada dasarnya bersetuju bahawa perlunya hubungan lebih rapat di rantau Asia antara parti-parti Islam bagi menghadapi ancaman kuasa besar serta Zionis Israel
No comments:
Post a Comment