Tan Sri Annuar Musa Sokong Hudud Dilaksanakan
SHAH ALAM – Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menggesa agar DAP tidak campur tangan berhubung isu pelaksanaan hudud di Kelantan.
Beliau berkata demikian menerusi laman sosial Facebook miliknya, hari ini.
“Boleh tak gu gu (kawan-kawan) yang baik dengan DAP cakap pada mereka supaya tutup mulut. Takperil menyibuk hal pelaksanaan hudud di Kelantan.
“Di Kelantan, DAP tak ada setengah kerusi pun dalam Dewan Undangan Negeri. Kita tak kacau urusan hudud di Pulau Pinang atau Selangor,” katanya.
Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata isu pelaksanaan hudud itu melibatkan orang Islam dan biarkan Kelantan melaksanakannya.
“Biar Kelantan buat. Selepas ini orang lain boleh tiru. Ini urusan agama orang Islam di negeri yang badan membuat undang-undangnya 100 peratus Islam.
“Kita tak kacau demo (mereka) pun,”katanya.
.
AKTA DARURAT KELANTAN 1977
Ramai tidak sedar bahawa Kelantan masih di tertakluk di bawah Akta Darurat Kelantan 1977.
Walaupun Dato Sri Najib pernah membentangkan usul untuk memansuhkan akta tersebut disamping akta darurat 1966 sarawak dan akta darurat 1969 persekutuan, akta tersebut masih belum diwartakan sepenuhnya.
Akta ini membenarkan kerajaan Pusat:
1.0 Mengambil alih pemerintahan Kerajaan Kelantan
2.0 Menggantung DUN Kelantan serta kesemua Enakmen-Enakmen yang telah diluluskan
3.0 Menangkap sesiapa sahaja yang dilihat sebagai membahayakan keselamatan Kelantan.
Justeru YB Tan Sri Annuar Musa seharusnya mengusulkan di dalam Dewan serta mendapat jaminan dan perakuan daripada Kerajaan Pusat juga, agar tiada halangan maupun ugutan terhadap kerajaan negeri seperti yang pernah dilakukan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Muhammad.
.......maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS
demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994
No comments:
Post a Comment