Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday, 16 November 2013

Tolonglah Dato Dr. Hassan Ali, janganlah sertai PAS Semula!


Hasan Ali Sedia Pertimbang Cadangan Sertai Pas Semula

PETALING JAYA 16 Nov - Bekas Exco Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali bersedia untuk kembali semula menyertai pimpinan parti PAS sekiranya hal ehwal berkaitan Islam, Melayu dan Institusi Raja mendapat keuntungan.

Menurut Hasan, selama ini juga ada dikalangan pimpinan parti itu yang memintanya supaya merayu keputusan berhubung pemecatannya namun beliau masih dengan pendiriannya bahkan katanya ia perlu mendapat pertimbangan daripada pimpinan Jalur Tiga (JATI) yang diterajuinya.

"Saya bersedia mempertimbangkannya namun apa yang penting ialah apabila saya masuk PAS apakah ia menguntungkan Islam, Melayu dan Institusi Raja," katanya kepada pemberita dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Sementara itu, Hasan yang pernah yang memegang jawatan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam dalam PAS sebelum ini turut diminta memberi pendapat mengenai Muktamar ke 59 parti itu yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

"PAS kini berada di persimpangan jalan, jalan mana pilihan PAS? Saya dapati ada 'vacum' dalam PAS sejak kematian Fadzil Noor. Ia dari segi kepimpinan, arah tuju, pengisian untuk memantapkan PAS, jihad yang disebut dan dimasukkan menerusi saluran seperti usrah dan pelbagai latihan mingguan, bulanan, tahunan kepada ahli parti,"

"Bagi saya signifikannya ialah bahawa berlaku pertentangan diantara dua golongan. Ia tidak dinafikan dimana ini pertentangan diantara golongan ulama dan profesional yang dikatakan Anwarinas. Namun saya berpendapat Anwar Ibrahim bukan faktor utama kerana ia lebih kepada parasit dan anai-anai dalam PAS yang berusaha menjatuhkan perjuangan asal PAS.

"Secara peribadinya, saya mahu golongan ulama memimpin PAS. Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presidennya dikalangan ulama yang mementingkan ilmu dunia dan akhirat.

"Seterusnya ialah tentang Pakatan Rakyat (PR) itu sendiri. Terdapat resolusi dan saya yakin ia akan dibawa ke muktamar iaitu mengkaji semula kedudukan PAS dalam PR. Saya harap ia dapat dicerminkan dalam muktamar kali ini dan keputusannya PAS meninggalkan PR," tegas beliau.

Hasan yang juga merupakan Presiden JATI berpendapat bahawa PAS perlu mengambil tindakan drastik dengan meninggalkan PR apabila dilihat kebanyakan ahli di peringkat akar umbi menyuarakan pendirian mereka.

"Bisikan rakyat adalah PAS berdiri sendirian tanpa bersandar pada PR. Ulama dan Pemuda turut menyuarakannya," ujar beliau.

Dalam pada itu ditanya pemberita apa akan berlaku sekiranya PAS keluar PR, Hasan berpendapat asas perjuangan PAS pasti berjaya dikembalikan.

"Sudah pasti ia akan menghidupkan kembali akar-akar dan sendi perjuangan PAS. Ini berikutan selama ini parti diganggu dengan pelbagai ganguan dalaman seperti Karpal Singh, Lim Guan Eng bahkan Anwar Ibrahim juga pernah dikatakan sebagai gangguan dalaman yang menyebabkan PAS tidak boleh kembali kepada landasan asal. Selain itu ia akan memperlihatkan kepada penyatuan masyarakat Islam," katanya.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung


widgeo.net

Search This Blog

Loading...

FB

There was an error in this gadget

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR