Majoriti Peti Undi PRK Sg. Limau
Matang Buloh = 215 (PAS) Sungai Dedap = 459 (PAS) Gelam Tiga = 244 (PAS) Bukit Choras = 554 (PAS) Bukit Besar = 1113 (PAS) Simpang Tiga Luar = 164 (PAS) Simpang Tiga = -397 (BN) Selengkoh = -133 (BN) Kabu Sepuloh = -106 (BN) Sungai Kering = -154 (BN) Sedaka = -16 (BN) Ulu Sedaka = 248 (PAS) Padang Lumat = -27 (BN) Batu Enam Belas = 59 (PAS) Dulang Kechil = -509 (BN) Dulang Besar = -193 (BN Sungai Daun = -201 (BN) Sungai Limau = 44 (PAS) Kampong Titi Batu = -163 (BN)
UPU dimenangi (tak rasmi) PAS = 9 BN = 10
8:05pm PAS = 12,043 BN = 10,842 Undi Rosak 99 Majoriti = 1201
7.35pm PAS menang di DUN Sg Limau dengan majoriti kira-kira 1,000 undi, menurut maklumat daripada pusat perjumlahan kedua-dua parti, PAS dan BN.
7.32pm Tidak rasmi (daripada pusat perjumlahan undi BN): PAS dahului dengan majoriti 1,083 undi. Daripada PAS pula, keputusan tak rasmi tunjukkan PAS depani dengan majoriti 1,118 undi.
7.16pm Keputusan tidak rasmi PAS 8,276 BN 7,506 Undi Rosak 61
7.05pm Menurut Pengarah Operasi PAS Sungai Limau Amiruddin Hamzah, kiraan tidak rasmi mereka mendapati PAS mendahului dengan kira-kira 1,000 undi.
6.55pm Keputusan tidak rasmi: PAS 5,250. BN 5,120 Rosak 36
6.48pm Tak rasmi:
Bukit Besar PAS 1,415 BN 943 Majoriti PAS 472
Dulang Kechil PAS 398 BN 1,337 Majoriti BN 939
Sumber radio Bernama pula melaporkan keputusan Tidak Rasmi PRK DUN Sg Limau pada jam 7.32 malam: Pas (12,069 undi), BN (10,985), majoriti (1,084).
Shahrizat: 'Kita menang dalam kalah'
"Walaupun kita kalah, kita menang dalam kalah kerana majoriti mereka turun dengan drastiknya," begitulah reaksi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
"Saya nampak sebenarnya kalau kita kaji, kita menang dalam kalah, kerana ini kubu kuat PAS," katanya ketika diminta mengulas keputusan pilihan raya kecil DUN Sungai Limau yang dipertahankan PAS sejak lima penggal yang lalu.
"Saya nak katakan untuk BN ini kemenangan dalam kekalahan," katanya sambil undi untuk BN melonjak, walaupun Sungai Limau dikatakan kawasan hitam untuk parti itu.
Menurut Shahrizat lagi semua alim ulama PAS turun berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Sungai Limau.
"Kita tengok wanita di sini minat dengan BN, tetapi memandangkan ada yang berbai'ah dengan suami, mereka takut (untuk undi BN)," katanya.
No comments:
Post a Comment