Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday 16 June 2016

BUTA AL-QURAN ATAU MUSUH ISLAM


Ramai yang membuat kenyataan sama ada berbentuk lisan atau tulisan apabila dikemukakan permohonan kebenaran daripada Dewan Rakyat mengikut Peraturan Mesyuarat 49(1), mencadangkan Rang Undang-undang Persendirian, bernama Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016.

Tujuan pindaan ialah untuk mengangkat taraf Mahkamah Syariah warisan penjajah yang menghinakan, kerana meletakkannya lebih rendah daripada mahkamah paling rendah ciptaan manusia, sehingga terdapat kesalahan maksiat hukumannya lebih rendah daripada kesalahan membuang sampah dan merokok.

Cadangan pindaan melibatkan hal-hal kesalahan yang disenaraikan dibawah Jadual Kesembilan Undang-Undang dibawah kuasa Kerajaan Negeri dan Raja Raja, supaya boleh menjatuhkan hukuman yang dibenarkan oleh Undang-Undang Syariah yang sebenar. Cadangan pindaan adalah sekadar kemampuan yang memerlukan suara majoriti mudah lebih satu undi yang hadir di parlimen sahaja. Pindaan tidak melibatkan hukuman yang berat seperti hukuman mati yang mewajibkan pindaan 76(a) daripada Perlembagaan yang berhajat kepada majoriti 2/3 yang belum di bolehkan.

Sebenarnya Rang Undang-Undang tersebut bukannya Undang-Undang Hudud, namun ramai yang melabelkannya "Hukum Hudud" yang menjadi senjata lama untuk menyerang PAS sejak tahun 50 an lagi , sehingga gegak gempita dan riuh rendah. Mereka melabelkan semua undang-undang Jenayah Hukum Syariat Allah, daripada Qisas, Hudud sehinggalah Takzir dan terkini Mahkamah Syariah, semuanya dimasukkan ke dalam bakul Hudud yang sangat dibenci sehingga ke dalam lubuk hati dan masuk ke tulang hitam.

Walaupun Rang Undang-Undang ini bukan Undang-Undang Hudud, tetapi lebih bersifat “Pra Sarana Mahkamah Syariah” yang membuka konsep Islam yang sebenar yang wajib ditashihkan daripada penafsiran Surahanjaya Reid yang dibentuk oleh Penjajah dahulu menyebabkan salah faham terhadap Islam. Ia sepatutnya dipinda, kerana kita sudah merdeka mencecah setegah abad.

Tujuan penjajah ialah untuk menutup keadilan Islam secara umum, serta menidakkan konsep mendidik masyarakat yang wujud dalam Sistem Kehakiman Islam, bukannya seperti kehakiman ciptaan penjajah yang lebih bersifat menghukum dan mendera. Pindaan yang dicadangkan itu, temasuk dalam perkara umum yang wajib diperjuangkan oleh penganut Islam tanpa mengira fahaman politik dan kedudukannya dalam kerajaan atau pembangkang, termasuk semua lapisan masyarakat Islam yang berada di luar Parlimen. Sehingga DYMM Yang Dipertuan Agong meletakkan dalam titah perasmian Dewan Rakyat pada bulam Mac yang baru berlalu supaya menaikkan taraf Mahkamah Syariah.

Sepatutnya dibincangkan berkenaan Mahkamah Islam yang berkonsepkan iman dan akhlak dalam perkara kehakiman dan keterangan, seperti syarat-syarat hakim yang adil dari segi peribadinya, bukan sahaja ilmu perundangannya, bahkan termasuk jasad, roh dan akalnya, beriman dan tidak fasik. Syarat-syarat saksi juga beriman dan tidak fasik, bermaksud berakhlak mulia dan bermaruah tinggi. Betapa Islam meletakkan dosa besar terhadap hakim dan saksi yang zalim sehingga diseksa dalam kubur dan neraka, walaupun terlepas bebas dialam dunia ini. Elemen inilah yang tidak ada dalam undang-undang ciptaan manusia yang banyak kelemahannya.

Tiba-tiba semuanya menjadi Hukum Hudud pula yang menjadi sasaran, walaupun termasuk dalam urusan negeri dan raja-raja dan bagi penganut Islam sahaja. Sepatutnya diketahui perbezaan Hukum Islam secara umum, yang sangat beradab dan rahmat, perbezaan hukuman sebatan yang sama sebutan perkataannya dalam undang-undang Islam dan undang-undang yang lain, tetapi Islam berbeza dengannya kerana syarat -syarat yang sangat ketat, namun ilmu berkaitannya ditutup rapat dan disekat ilmu dan pemahamannya dengan akal yang waras. Ada pun undang-undang bunuh yang tidak ada kuasa bagi Mahkamah Syariah, seperti hukuman mati dijerut leher dengan tali gantung yang sangat kuno atau purbakala, begitu juga hukuman sebatan yang sangat keras dan kejam sehingga cacat dan boleh menyebabkan kematian, ditutup mulut, disumbat telinga dan dikunci akalnya, kerana diyakini bahawa kalangan bukan Islam akhirnya lebih memilih undang-undang Islam, inilah sebenarnya yang dirasa takut tanpa ketahuan dan cemburu buta.

Perlembagaan telah menetapkan urusan agama dibawah bidang kuasa DYMM Raja-Raja dan Kerajaan Negeri. Perlembagaan juga menegaskan bahawa bahawa Mahkamah Syarih mempunyai bidang kuasa terhadap penganut agama Islam sahaja, Mahkamah Syariah tidak ada kuasa terhadap penganut bukan Islam (Jadual kesembilan II). Mengapa kalangan bukan Islam menentang? Ada yang Islam juga gila-gila menentang. Walau pun perkara ini diluar tajuk asas Usul Persendirian, tetapi dijadikan hujah untuk merendahkan Mahkamah Syariah yang sepatutnya dimuliakan. Dimana letaknya Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan yang menegaskan (1) Islam ialah agama bagi persekutuan, tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai dimana-mana bahagian Persekutuan. Tiba-tiba Makamah Syariah bagi penganut Islam lebih rendah kuasanya daripada Mahkamah paling rendah. Cukuplah masa setengah abad umat Islam dibodohkan.

Hanya mereka yang buta Al-Quran melabelkannya Hukum Hudud ciptaan PAS, bahkan tidak boleh dicipta oleh Nabi Muhammad SAW. Biarkan hanya mereka bersama penjajah menentang Hukum Allah terus rela tenggelam bersama kejahilan dan kebebalan mereka.

Walaupun PAS telah memperkenalkannya melalui proses demokrasi suara majoriti umat Islam di negeri-negeri Kelantan dan Terengganu sahaja, serta dipamerkan kepada umum khususnya kalangan bukan Islam, dalam dan luar negara, namun masih ramai kalangan penganut Islam yang buta Al-Quran mengulas dengan akal jahil agamanya.
 
Bagi meraikan mereka yang jahil, khususnya jahil murakkab (tidak sedar dirinya jahil), sehingga kini Undang-Undang Syariat Allah terpaksa ditangguhkan pelaksanaanya dengan sebab mereka, walaupun mereka juga mengaku menganut Islam. Walau pun sudah dilulus dan diwartakan di dua buah negeri Kelantan dan Terengganu, namun belum berkuasa melaksanakannya kerana terhalang.

Sungguh malang mereka yang menyerang dan menghalang Undang-Undang Hudud lebih bersimpati terhadap pejanayah, daripada mangsa individu dan mayarakat yang malang, dalam masa yang sama terus menjadi menjadi khadam kepada penjajah yang sudah keluar daripada tanahair tercinta ini.Tiba-tiba mereka pula mengambil kerja penjajah.

Sangat malang bagi penganut Islam yang tidak bersetuju menaikkan taraf Mahkamah Syariah kerana menghina agamanya sendiri, maka apa ertinya menjadi penganut Islam sekadar baka dan keturunan, yang tidak menjadikannya hujah setelah meninggal dunia dan bertemu Allah, kerana termasuk dalam firman Allah :

وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًاۚ أُوْلَٰٓئِكَ يُعۡرَضُونَ عَلَىٰ رَبِّهِمۡ وَيَقُولُ ٱلۡأَشۡهَٰدُ هَٰٓؤُلَآءِ ٱلَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَىٰ رَبِّهِمۡۚ أَلَا لَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلظَّٰلِمِين *ٱلَّذِينَ يَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ وَيَبۡغُونَهَا عِوَجٗا وَهُم بِٱلۡأٓخِرَةِ هُمۡ كَٰفِرُونَ

"Dan tidak ada orang yang lebih zalim daripada orang-orang yang mereka-reka perkara-perkara dusta terhadap Allah! Orang-orang yang demikian sifatnya akan dibawa mengadap Tuhan mereka dan pada hari itu akan berkatalah saksi-saksi (dari malaikat-malaikat, Nabi-Nabi dan anggota-anggota tubuh mereka sendiri): Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka. Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim. Orang-orang yang menghalang dirinya sendiri dan orang lain dari jalan agama Allah dan berusaha supaya jalan itu menjadi bengkok terpesong, sedang mereka pula ingkarkan hari akhirat." (Surah Hud, ayat 18-19)

Kepada kalangan bukan Islam, jagalah lidah dan tangan kamu daripada melampau sempadan kerana Allah telah memberi peringatan kepada umat Islam :

لَتَجِدَنَّ أَشَدَّ ٱلنَّاسِ عَدَٰوَةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلۡيَهُودَ وَٱلَّذِينَ أَشۡرَكُواْۖ وَلَتَجِدَنَّ أَقۡرَبَهُم مَّوَدَّةٗ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱلَّذِينَ قَالُوٓاْ إِنَّا نَصَٰرَىٰۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّ مِنۡهُمۡ قِسِّيسِينَ وَرُهۡبَانٗا وَأَنَّهُمۡ لَا يَسۡتَكۡبِرُونَ ٨٢ المائدة .

"Demi sesungguhnya Engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrikin dan demi sesungguhnya Engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong." (Surah Al-Maidah, ayat 82)

Kepada sesiapa yang bersilat kata-kata dan tulisan, kononnya hanya menentang Hudud, bukanya bermusuh terhadap Islam dan umatnya. Allah Tuhan kami yang Maha Esa menetapkan setiap perkara Islam adalah bersambung tanpa dapat dipisahkan, kerana Allah berfirman:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱدۡخُلُواْ فِي ٱلسِّلۡمِ كَآفَّةٗ وَلَا تَتَّبِعُواْ خُطُوَٰتِ ٱلشَّيۡطَٰنِۚ إِنَّهُۥ لَكُمۡ عَدُوّٞ مُّبِينٞ

"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu." (Surah Al-Baqarah, ayat 208)

Ketahuilah bahawa memisahkan mana-mana Hukum Islam daripada ikatan Islamnya adalah langkah-langkah syaitan.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 

09 Ramadhan 1437H / 14 Jun 2016M

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR