Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday, 6 June 2012

Paparan Sekitar Himpunan Hijau Di Stadium Darul Aman Alor Setar Kedah Pada 1 Jun 2012

Kami datang dengan kerelaan hati . Kami tidak dibayar malah membayar.Kami rela, rela berhujan dan berpanas.Adakalanya disalut debu dan lumpur.Semuanya kami harungi.Sungguh kami sanggup.Bukan main-main.Kami tidak meminta-minta bahkan memberi.Kami rela korbankan masa,tenaga dan harta  demi perjuangan.Bukan hanya sekarang malah sejak dulu.Prinsip kami tidak pernah berubah walaupun ada kalanya kami ditohmah menggadai perjuangan.Tidak sama sekali.Pemimpin datang dan pergi.Adakalanya menjadi duri.Kami masih setia di sini.Selagi tidak berubah perlembagaan kami, selagi itulah kami berdiri.Biarpun sinar kemenangan seribu tahun lagi.
Pesanan buat pejuang.Kemenangan tidak diperolehi dengan kehadiran atau jumlah penyokong yang ramai. Bilangan yang ramai mungkin boleh menyemarak dan membakar semangat kemenangan, namun kemenangan hanya boleh diperolehi dengan pertolongan dan  izin Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh dan keutamaannya ialah kesatuan dan penyatuan hati-hati kita serta kepatuhan kepada arahan pemimpin. PERTAHANKAN KEPIMPINAN ULAMAK.

(pada awal ketibaan kami, tidak begitu ramai pengunjung di stadium)

Lalu kami manifestasikan melalui bait-bai berikut:

PERJUANGAN PERSATUAN ISLAM SEMALAYSIA

Bersatulah wahai kaum muslimin 
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin 
Walau susah memempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin 
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin 
Biar syahid ataupun kemenangan
 
Berjuanglah wahai Ansorullah 
Dengan matlamat Daulah Islamiah
Berkorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan
Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat dihati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah Parti Islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah…

(Pengunjung penuh sesak di kedua-dua tempat duduk berbumbung)


(leka mendengar ucapan dan amanat daripada pemidato dan pimpinan)

(kehadiran masih perlahan kerana kesesakan jalan raya di luar stadium.Walaupun dibantu oleh lebih 6000 petugas Jabatan Amal dan pasukan keselamatan namun trafik di luar tetap perlahan )

(gerimis mulai turun)
(Sebahagian pejuang tegar masih di tengah-tengah padang,tidak berganjak)

(Hujan semakin lebat, kami terpaksa mencari perlindungan)
(Blogger Aku Budak Balun, Tokan Puakajoran dan blogger Islam penyelesaian sama-sama berlindung di sini)

(Ruang berlindung semakin sesak)
(Akhirnya kami ke sini menjamu selera)

(Kembali semula setelah hujan mereda)
(Takungan air tidak menghalang kehadiran pejuang)
(Hadirin mula memenuhi ruang berbumbung dan tidak berbumbung)










(Khusyuk mendengar tazkirah Ustaz Azhar Idrus)












(Pejuang dan bakal pejuang)





(Mendengar tazkirah Ustaz Azhar Idrus)
(Tempat duduk tidak berbumbung mula dipenuhi hadirin)
(Ketika ini juga helikopter PDRM berlegar-legar di ruang angkasa)
















(45 minit berlalu,Ustaz Azhar Idrus menamatkan tazkirahnya)
(Hadirin berlegar-legar dan membuat persiapan untuk solat maghrib berjamaah, munajat perdana dan solat Isyak berjamaah)


(Acara solat dan munajat perdana tidak dirakamkan kerana kami juga turut bermunajat bersama-sama pemimpin dan  saf pejuang hijau yang lain.Biarpun di dataran yang berlumpur namun kami bersyukur kerana dapat menunaikan kewajipan.Walaupun tiada sejadah empuk atau bersongkok tinggi baldu namun kami tahu tujuan kami mencari sedikit keberkatan melalui penyatuan hati-hati kami di lembah yang berlumpur.Biar berlumpur dan sedikit kotor namun kami yakin dengan kesucian.Kami diajar perbezaan antara najis dan kotor,tentang bersih dan suci.Kami faham agama kami.Tidak menyusahkan.Amal ibadah sesuai dilakukan di mana-mana.Biarpun di tempat berlumpur dan becak.Selepas solat Isyak dan munajat perdana puluhan ribu memenuhi stadium untuk mendengar amanat para pemimpin.Kami amat tertarik dengan kepetahan Dato' Mahfuz Omar mengendalikan sesi. Tahniah Dato'.)
(hanya sedikit ruang kosong di bahagian belakang padang tidak berpenghuni kerana agak becak.Lain-lain kawasan dipenuhi hadirin terutama di bahagian hadapan)











(Takbir dan kibaran bendera mengiringi ucapan pemimpin yang penuh bersemangat)




(Ucapan tokoh-tokoh pejuang dan pimpinan)















(bacaan ikrar(Baiah) dan nyanyian lagu tema PAS)


(bakal pejuang.Kami reda anak-anak kami mempunyai semangat juang yang kental,tidur beralaskan lengan dan bertilamkan padang, berkelambukan langit.Seperti kami yang lahir dari kehidupan yang penuh jerih. Denganya kami kenal erti perjuangan walaupun tidak sekental perjuangan Baginda Junjungan dan para Sahabat serta tabien.)












(Majlis ditangguhkan dengan ucapan dan amanat Tuan Guru Preseden dan bacaan doa dan munajat oleh Tuan Guru Mursyidul Am)
(Terasa berat kaki untuk melangkah pergi walaupun majlis telahpun tamat.Hati-hati kami telah bersatu lantaran takbir wehdah,baiah dan munajat kami)
(Jangan dipertikaikan perlakuan kami kepada generasi muda kami , kami tidak mahu generasi kami lembik dan bacul.Kami tahu apa yang terbaik untuk anak-anak kami.Pewaris semangat juang kami.)

(Aktiviti yang bukan daripada pihak penganjur,tembakan bunga api)
(Hadirin dan petugas mula membersihkan lokasi sebaik sahaja tamat program)
(Tidak benar sama sekali akan kenyataan yang mengatakan kami mengabaikan kebersihan.Kami lebih tahu kerana ini program kami)

(Persekitaran kembali normal)

(Masih berat kaki mahu melangkah meninggalkan lokasi)

(Kami belum puas)






(Sekumpulan anak muda masih ghairah mengusung panji-panji mengelilingi padang walaupun hadirin lain telah lama beredar)






Selamatlah Parti Islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah…

Semoga Perjuangan Kita diberkati.TAKBIR!

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR