Nazri Abdullah, | 14 Jun 2012 |
Bercakap dalam ceramah di Kompleks Sukan Seksyen 15, Bandar Baru Bangi malam tadi beliau berkata, tiga negeri itu adalah Johor, Sabah dan Sarawak.
"Jika kita bercakap hari ini nak ke Putrajaya, saya nak bagitahu ada tiga tempat kita kena lumpuhkan Umno BN.
"Lumpuhkan separuh mereka di Sarawak, ambil separuh di Sabah dan separuh lagi di Johor.
"Kalau tiga negeri ni boleh menyumbang dalam kemenangan Pakatan pada pilihan raya akan datang, kita boleh ambil Putrajaya," katanya.
Menurutnya lagi, pada pilihan raya umum akan datang, Pakatan yakin mampu mengekalkan kesemua negeri yang sedang diperintah iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Pada masa sama juga, Pakatan Rakyat juga yakin mampu mengambil semula Terengganu dan Perak.
Jika sasaran tersebut berjaya dicapai, maka katanya, hasrat rakyat untuk menukar kerajaan dari BN kepada Pakatan Rakyat akan menjadi realiti.
Sementara itu hampir 1000 orang hadir pada ceramah anjuran PAS Putrajaya itu malam tadi.
Turut berceramah malam tadi adalah Yang Dipertua PAS Putrajaya Mohd Nazir Zakaria, Ahli Parlimen Jerai Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Koperasi yang menyertai PAS, Prof Datuk Dr Nik Mohd Zain Nik Yusof.
Turut hadir malam tadi Adun Bangi Dr Shafie Abu Bakar dan bekas penyanyi dangdut Iwan yang turut menyampaikan empat buah lagu dakwahnya.-Hrkh.
No comments:
Post a Comment