Wednesday, 30 January 2013
12 warga asing disyaki pelacur diberkas
KUALA LUMPUR ,31/01/2013 - Polis menahan 12 wanita warga asing dalam serbuan di
sebuah salon mencuci rambut yang turut menawarkan khidmat urutan serta
seks di Puchong dekat sini malam tadi.
Pegawai Turus Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu
Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, Deputi Superintenden Rohan Shah
Ahmad berkata, wanita berusia lingkungan 23 dan 42 tahun itu ditahan
kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan melakukan aktiviti
tidak bermoral.
"Kita tahan tujuh wanita Vietnam, empat China, dan seorang Thailand
kerana tidak memiliki pasport,” katanya kepada pemberita di lokasi
serbuan.
Premis yang tidak memiliki lesen tersebut menawarkan perkhidmatan
mencuci rambut dan urutan dengan harga RM80 serta khidmat seks akan
ditawarkan kepada pelanggan yang inginkannya dengan harga yang
ditentukan sendiri oleh wanita tersebut, katanya.
Katanya, bangunan kedai tiga tingkat tersebut mempunyai beberapa
bilik dan turut dipasang kamera litar tertutup (CCTV) di pintu pagar
bahagian tangga serta pelanggan yang dikenali sahaja dibenarkan masuk.
Beliau berkata, turut ditahan seorang penjaga premis yang baru
sebulan bekerja bersama empat pelanggan berusia 21 hingga 30 tahun.
Operasi sejam yang berakhir 9.30 malam itu disertai tiga pegawai dan 12 anggota dari IPK Selangor.
"Kita sudah perhatikan tempat ini dua hari dan tadi kita hantar anggota untuk penyamaran sebelum serbuan dilakukan,” katanya.
Beliau berkata, polis turut merampas beberapa bungkusan kondom, wang
tunai berjumlah RM1,000, minyak urut dan semua yang ditahan dibawa ke
Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang untuk siasatan lanjut. - BERNAMA.
Bakar Bible : Polis ambil keterangan dua pemimpin Perkasa
31/01/2013 2:18pm
GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang telah merekodkan keterangan Presiden
Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan
Ketua Penerangannya, Roslan Kassim bagi membantu siasatan berhubung
dakwaan ada pihak menganjurkan perhimpunan membakar Bible versi bahasa
Melayu di negeri ini.
Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, ada pihak
mendakwa perhimpunan membakar Bible itu diadakan di Padang Bandaran
Bagan Luar, Butterworth, dekat sini Ahad lepas.
Bagaimanapun polis mengesahkan tiada sebarang perhimpunan sedemikian diadakan di Padang Bandaran Bagan Luar.
Katanya, polis mengambil keterangan kedua-dua pemimpin Perkasa itu semalam dan kertas siasatan mengenai kes itu telah siap.
"Kedua-duanya memberikan kerjasama yang baik dan kami akan serahkan
kertas siasatan kepada pejabat pendakwa raya untuk tindakan
selanjutnya,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Bacaan Ikrar Polis
Diraja Malaysia (PDRM) Kontijen Pulau Pinang di sini hari ini. -
BERNAMA
200 ahli baru berhimpun dalam Ummah Bersama PAS
Harakahdaily, | 30 Jan 2013 |
KUALA LUMPUR:
Lebih 200 ahli baru PAS dari pelbagai latar belakang akan menyertai
Himpunan Perdana Ummah Bersama PAS 3 Februari ini di Hotel De Palma,
Ampang.
Mereka akan berhimpun sebagai tanda sokongan kepada perjuangan PAS bersama pimpinan parti menjelang pilihan raya umum akan datang ini.
Selain mereka yang telah lama menyertai PAS, himpunan yang akan diadakan di Hotel De Palma, Ampang ini akan memperkenalkan beberapa tokoh yang baru menyertai PAS.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Himpunan ini, Salahudin Ayub, setiap negeri telah diminta menghantar lima ahli baru mereka yang berupa tokoh-tokoh masyarakat untuk menyertai himpunan ini.
Di peringkat pusat pula, kira-kira 100 tokoh dari pelbagai segmen masyarakat akan menyertai himpunan ini.
Ia termasuklah tokoh politik, agamawan, budayawan, artis, korporat, pegawai kerajaan, polis, tentera, penulis, blogger, sastrawan dan lain-lain lagi.
"Kita mahu memberitahu semua rakyat khasnya orang Melayu, PAS kini menjadi pilihan semua pihak dan tidak ada sebab mereka tidak bersama dengan kita dalam memperjuangkan hak kita bersama.
"Kita yakin, dengan masalah intergriti yang ada pada Barisan Nasional khasnya di kalangan pemimpin Umno ini, rakyat bijak membuat penilaian, BN tidak ada tempat lagi di hati rakyat," katanya.
Para pemimpin PAS serta rakan-rakan Pakatan yang lain, katanya, akan menunjukkan "kita bersatu dalam perbezaan yang ada untuk kepentingan rakyat."
Majlis yang bermula jam 9 pagi hingga tengahari di hotel De Palma, Ampang ini akan disertai oleh semua pimpinan kanan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.-HD.
Mereka akan berhimpun sebagai tanda sokongan kepada perjuangan PAS bersama pimpinan parti menjelang pilihan raya umum akan datang ini.
Selain mereka yang telah lama menyertai PAS, himpunan yang akan diadakan di Hotel De Palma, Ampang ini akan memperkenalkan beberapa tokoh yang baru menyertai PAS.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Himpunan ini, Salahudin Ayub, setiap negeri telah diminta menghantar lima ahli baru mereka yang berupa tokoh-tokoh masyarakat untuk menyertai himpunan ini.
Di peringkat pusat pula, kira-kira 100 tokoh dari pelbagai segmen masyarakat akan menyertai himpunan ini.
Ia termasuklah tokoh politik, agamawan, budayawan, artis, korporat, pegawai kerajaan, polis, tentera, penulis, blogger, sastrawan dan lain-lain lagi.
"Kita mahu memberitahu semua rakyat khasnya orang Melayu, PAS kini menjadi pilihan semua pihak dan tidak ada sebab mereka tidak bersama dengan kita dalam memperjuangkan hak kita bersama.
"Kita yakin, dengan masalah intergriti yang ada pada Barisan Nasional khasnya di kalangan pemimpin Umno ini, rakyat bijak membuat penilaian, BN tidak ada tempat lagi di hati rakyat," katanya.
Para pemimpin PAS serta rakan-rakan Pakatan yang lain, katanya, akan menunjukkan "kita bersatu dalam perbezaan yang ada untuk kepentingan rakyat."
Majlis yang bermula jam 9 pagi hingga tengahari di hotel De Palma, Ampang ini akan disertai oleh semua pimpinan kanan PAS termasuk Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.-HD.
Sunday, 27 January 2013
Ismail Haniyeh doa Ustaz Hadi solat bersama di Masjidil Aqsa
Khairul Azlam Mohamad, | 27 Jan 2013 |
GAZA: Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh
merakamkan ucapan salam serta mendoakan agar pertemuan beliau dengan
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang segera menjadi
kenyataan pada suatu masa kelak.
Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gaza serta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya.
“Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini.
“Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa,” ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin.
Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza.
Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin.
Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin.
Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin.
“Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam.
“Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah,” ujarnya.
Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza.
Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi.
Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza.- HD
Beliau turut menjemput dan mendoakan agar Ustaz Abdul Hadi segera sampai ke Gaza serta dapat menunaikan solat di Masjidil Aqsa bersamanya.
“Sampaikan salam saya dan seluruh rakyat di Gaza ini kepada Ustaz Abdul Hadi Awang dan kami menjemput, kami tunggu dan mendoakan beliau (Ustaz Hadi) dapat segera sampai ke Gaza ini.
“Insya Allah, dapat kita sembahyang bersama di Masjidil Aqsa,” ujarnya pada pertemuan singkat dengan rombongan Yayasan Amal Malaysia selepas solat Jumaat di Masjid Al-Ghalbi, Gaza City, kelmarin.
Rombongan Amal Malaysia diketuai oleh Presidennya, Hussin Ismail dan wakil kerajaan negeri Selangor, Dr Abd. Rani Osman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meru bersama 13 peserta termasuk wakil Harakahdaily ke Gaza.
Ismail Haniyeh turut merakamkan ucapan terima kasihnya kepada rombongan badan bukan kerajaan (NGO) Malaysia terutama Yayasan Amal Malaysia yang banyak membantu umat Islam di Gaza, Palestin.
Sehubungan itu, Hussin menyifatkan delegasi Amal Malaysia ke Gaza berjaya menjalinkan hubungan dua hala untuk jangka masa panjang antara Malaysia dengan Palestin.
Katanya, peranan Amal Malaysia di Gaza bukan baru tetapi terjalin sejak sekian lama melalui hubungan politik PAS-Hamas sebelum terbentuk kerajaan di Palestin.
“Kita (Amal Malaysia) telah jalinkan hubungan baik ini bukan baru tetapi telah lama sebelum Hamas jadi kerajaan lagi. Hubungan PAS-Hamas sudah lama dalam politik dan perjuangan umat Islam.
“Kita telah laksanakan misi kemanusiaan dan membangunkan semula Gaza ketika perang dan selepas perang, Insya Allah,” ujarnya.
Menurutnya, sejak tahun 2009 Yayasan Amal Malaysia telah berjaya membangunkan sebanyak empat buah telaga tiub di Gaza.
Tambahnya, sebuah lagi telaga tiub tersebut sedang dibangunkan tetapi masih memerlukan tambahan kos yang belum mencukupi.
Hadir sama pada pertemuan tersebut seorang tokoh ulama' Gaza, Profesor Dr Syeikh Shuhada Swerki yang juga pensyarah Feqh Muqaran di Universiti Islamiyyah Gaza.- HD
Saturday, 26 January 2013
10 Anggota Polis Maut Dalam Serangan Nekad
KABUL 27 Jan. - Sekurang-kurangnya 10 anggota polis terbunuh dan 18
lagi cedera, kebanyakannya orang awam, dalam satu serangan berani mati
yang berlaku di kawasan tumpuan ramai di timur laut Afghanistan,
semalam.
Jurucakap polis Kunduz, Sayed Sarwar Hussani berkata, ketua polis
bahagian antipengganas dan ketua polis trafik merupakan antara mangsa
yang terbunuh dalam serangan terbabit.
"Seramai 18 orang turut cedera, 13 daripadanya orang awam dan lima lagi anggota polis," katanya. - AFP.
Thursday, 24 January 2013
Guru dera 19 kanak-kanak secara seksual
Wartawan Sinar Harian
24 Januari 2013
LOS ANGELES - Seorang guru ditahan untuk siasatan lanjut berhubung kes
penderaan seks melibatkan 19 kanak-kanak disebuah sekolah di Wilmington.
Los Angelas, Amerika Syarikat.24 Januari 2013
Jurucakap polis berkata, guru itu berhadapan lapan tuduhan melakukan penderaan seks dan tujuh kes cubaan melakukan perbuatan berbaur lucah terhadap kesemua kanak-kanak itu di Sekolah Rendah George De La Torre.
“Dia diikat jamin AS$12 juta (RM36 juta) bagi kesemua tuduhan terbabit sementara menanti hari pendakwaan.
Laporan AP menyebut tertuduh, Pimental, 57, kini digantung perkhidmatan sehingga kes terbabit selesai.- SINAR HARIAN.
Polis sah Bible B Inggeris tiada kalimah ALLAH
Wartawan Sinar Harian
24 Januari 2013
GEORGETOWN - Polis mengesahkan semua Bible yang dirampas dicetak dalam
Bahasa Inggeris dan tidak mengandungi kalimah ALLAH seperti yang
didakwa.24 Januari 2013
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, setakat ini, lima naskah Bible diserahkan kepada polis dan langsung tidak mengandungi kalimah ALLAH atau sebarang terjemahan Bahasa Melayu atau Jawi.
Beliau berkata, tujuh laporan polis diterima dalam kes ini iaitu empat laporan daripada pelajar sekolah yang berusia lingkungan 16 hingga 19 tahun dan selebihnya daripada orang awam.
“Sebanyak 17 rakaman percakapan dibuat bagi membantu siasatan. Siasatan awal mendapati, Bible itu ditulis dalam Bahasa Inggeris dan tiada kalimah ALLAH,” katanya dalam kenyataan media semalam.
Menurutnya, lima naskah Bible itu bersaiz poket, berwarna biru dan mengandungi 633 muka surat.
“Di muka depan tertulis ‘New Testament Psalms Proverb’. Kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.
“Hari ini (semalam), beberapa arahan lanjut diterima untuk melengkapkan kertas siasatan,” katanya.
Abdul Rahim berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu perbuatan yang boleh menyebabkan perpecahan harmoni dan perpaduan, rasa tidak puas hati, prejudis berdasarkan agama.
Dalam kejadian Jumaat lalu, seorang remaja terkejut apabila melihat dua lelaki berkelakuan mencurigakan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Jelutong sambil mengedarkan buku kecil kepada pelajar sekolah berkenaan.
Sehubungan itu, remaja terbabit membuat laporan di Balai Polis Jelutong.
Abdul Rahim berkata, berdasarkan maklumat daripada pengadu, kegiatan itu dilakukan tiga lelaki dan seorang wanita Cina.
http://www.sinarharian.com.my/
KHUTBAH JUMAAT “MENJADI PENGIKUT RASULULLAH SAW”
25 JANUARI 2013 / 13 RABI’UL AWWAL 1434H
Khutbah Pertama
اَلْحَمْدُ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَهْدِيْهِ وَنَسْتَغْفِرُهُ، وَنَعُوْذُ بِاللهِ مِنْ شُرُورِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئاَتِ أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِىَ لَهُ.
أَشْهَدُ أَن لَا إِلَهَ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، أَرْسَلَهُ بِالْحَقِّ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيْنَ يَدَيِ السَّاعَةِ، مَنْ يُطِعِ اللهَ وَرَسُولَهُ فَقَدْ رَشَدَ، وَمَنْ يَعْصِهِمَا فَقَدْ غَوَى.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِينَ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ !! اِتَّقُوْا اللهَ، أُوْصِيْكُم وَإيَّايَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُونَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Bertakwalah kita kepada Allah SWT dengan sebenar-benar takwa, dengan
mentaati segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Sesungguhnya kita dituntut dan diperintahkan untuk bertaqwa, dan mati
dalam keadaan bertaqwa kepada Allah dan Rasul-Nya.
Muslimin Yang di Rahmati Allah,
Insan yang bernama Muhammad bin Abdullah merupakan utusan Allah untuk
manusia akhir zaman. Baginda merupakan nabi dan Rasul yang terakhir yang
diutuskan oleh Allah untuk memberi khabar gembira dan ancaman seksa
kepada manusia sehingga datangnya hari kiamat. Baginda juga merupakan
penutup segala nabi dan rasul dan merupakan makhluk yang paling mulia di
atas muka bumi ini. Allah Taala telah memerintahkan dan mencabar kita,
jika kita mencintai Allah, hendaklah kita mengikut Rasulullah SAW
sebagaimana Firman-Nya dalam surah Ali Imran ayat 31 yang berbunyi:
قُلْ إِن كُنتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ﴿٣١﴾
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Menurut Ibnu Rajab al-Hanbali rahimahullahu Taala ‘anhu di dalam kitabnya Fathul Bari (فتح البارى)yang bermaksud : kecintaan kepada nabi SAW merupakan salah satu pegangan dalam keimanan, dan ia selari dengan kecintaan kepada Allah SWT. Allah telah menjelaskan keselarian ini, dan memberi janji buruk kepada mereka yang mendahulukan kecintaan terhadap perkara lain berbanding kedua-kedua kecintaan ini, sama ada kecintaan terhadap ahli keluarga, harta, tanahair dan sebagainya.
Begitu juga, Al-‘Allamah Sheikh Prof Dr Ali Jum’ah di dalam bukunya al-Bayan lima yashghulu al-azhan (البيان لما يشغل الأذهان ) (Penerangan yang tepat untuk memperbetulkan beberapa fahaman yang keliru dalam bab kenabian Rasulullah SAW) ketika diminta untuk mengulas mengenai perayaan atau sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW atau Maulidur Rasul, beliau menjelaskan bahawa sambutan perayaan sempena mengingati kelahiran baginda SAW merupakan satu amalan yang baik, dan semulia-mulia cara menghampirkan diri. Ini kerana ia merupakan aplikasi kepada kegembiraan dan kecintaan kepadanya. Bahkan, kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW merupakan salah satu pegangan dalam keimanan.
Daripada penjelasan di atas, merayakan sambutan kelahiran Nabi Muhammad SAW, bukanlah merupakan perkara bid’ah dan tidak bertentangan dengan ajaran Islam dan ianya diiktiraf sebagai salah satu bentuk kecintaan ke atas baginda SAW.
Saban tahun kita menyambut dan merayakan hari kelahiran Nabi Muhammad SAW, yang merupakan salah satu daripada tanda kecintaan kita kepada baginda. Adakah ini sahaja yang sanggup kita lakukan sepanjang hidup selain daripada berselawat ke atas baginda??? Adakah perkara ini sahaja yang dituntut kepada kita sebagai tanda cinta dan kasih kita kepada sebaik-baik makhluk di atas muka bumi ini??? Sesungguhnya, ketahuilah kita semua, bahawa kita sebenar dituntut untuk melakukan lebih daripada itu, sebagai tanda keimanan kita kepada Rasulullah.
Muslimin yang dirahmati sekalian,
Allah SWT ketika menyatakan ciri-ciri pengikut Rasulullah SAW sebagaimana ayat 29 surah al-Fath iaitu :-
مُّحَمَّدٌ
رَّسُولُ اللَّهِ ۚ وَالَّذِينَ مَعَهُ أَشِدَّاءُ عَلَى الْكُفَّارِ
رُحَمَاءُ بَيْنَهُمْ ۖ تَرَاهُمْ رُكَّعًا سُجَّدًا يَبْتَغُونَ فَضْلًا
مِّنَ اللَّهِ وَرِضْوَانًا ۖ سِيمَاهُمْ فِي وُجُوهِهِم مِّنْ أَثَرِ
السُّجُودِ ۚ ذَٰلِكَ مَثَلُهُمْ فِي التَّوْرَاةِ ۚ وَمَثَلُهُمْ فِي
الْإِنجِيلِ كَزَرْعٍ أَخْرَجَ شَطْأَهُ فَآزَرَهُ فَاسْتَغْلَظَ
فَاسْتَوَىٰ عَلَىٰ سُوقِهِ يُعْجِبُ الزُّرَّاعَ لِيَغِيظَ بِهِمُ
الْكُفَّارَ ۗ وَعَدَ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ
مِنْهُم مَّغْفِرَةً وَأَجْرًا عَظِيمًا ﴿٢٩﴾
Maksudnya : Muhammad adalah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas). Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad, s.a.w dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki - dengan kembang biaknya umat Islam itu. Allah telah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang besar.
Daripada ayat di atas, saya ingin menyenaraikan ciri-ciri pengikut Rasulullah sebagaimana berikut :-
1. Bersikap tegas dan keras kepada orang kafir. Dalam perkara-perkara berkaitan perkara usul atau aspek keimanan iaitu berkaitan rukun-rukun iman seperti iman kepada Allah dengan tidak mensyirikkan Allah dengan segala sesuatu selain-Nya, kita tidak boleh bertolak ansur dengan orang kafir yang sentiasa mencuba untuk memesongkan akidah dan keimanan kita. Sebagai contoh, kita sebagai umat Islam di Malaysia telah mencapai kata sepakat untuk tidak membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kepada tuhan mereka.
2. Bersikap kasih sayang dan belas kasihan kepada sesama muslim. Kita mestilah memiliki perasaan kasih sayang dan belas kasihan kepada saudara sesama muslim walaupun berlainan warna kulit, bahasa, adat resam, budaya dan seumpamanya. Elakkan melakukan permusuhan yang berpanjangan yang boleh merugikan diri kita sendiri dan umat ini. Ketahuilah, kita semua diibaratkan seperti sebuah bangunan saling menguatkan antara satu sama lain. Setiap daripada kita mempunyai keistimewaan dan fungsi tertentu di dalam masyarakat dan negara.
3. Beribadat ruku’ dan sujud kerana mengharap limpah kurnia dan keredhaan Allah. Sentiasa melakukkan ibadah dengan mengikut petunjuk-petunjuk daripada Rasulullah dan orang-orang saleh seperti solat tahajjud, puasa sunat, menjaga kebajikan anak yatim, memuliakan tetamu, menghormati alim ulama dan sebagainya.
4. Di muka mereka terdapat kesan-kesan sujud. Mereka banyak melakukan amal ibadah, hati dan jiwa mereka sentiasa tenang, zahir di wajah mereka ketenangan walaupun alam sekeliling mereka kacau bilau dan seumpamanya. Jiwa mereka sentiasa tenang kerana sentiasa mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk atau tidur.
Mengakhiri khutbah pada hari ini, marilah sama-sama kita menjadi pengikut Rasulullah dengan memiliki dan mengamalkan keempat-empat perkara seperti di atas, untuk melayakkan kita mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak.
بَارَكَ
اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ
الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ للهِ القَائِل :
أَلَمْ
يَجِدْكَ يَتِيمًا فَـَٔاوَىٰ ﴿٦﴾ وَوَجَدَكَ ضَآلًّا فَهَدَىٰ ﴿٧﴾
وَوَجَدَكَ عَآئِلًا فَأَغْنَىٰ ﴿٨﴾ فَأَمَّا ٱلْيَتِيمَ فَلَا تَقْهَرْ
﴿٩﴾ وَأَمَّا ٱلسَّآئِلَ فَلَا تَنْهَرْ ﴿١٠﴾ وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ
فَحَدِّثْ ﴿١١﴾
Maksudnya : Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la
memberikan perlindungan? Dan didapati-Nya engkau mencari-cari (jalan
yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan Al-Quran)? Dan
didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? Oleh itu, adapun
terhadap anak yatim, maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya,
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau
tengking herdik; Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau
sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepada-Nya. (Surah ad-Dhuha : ayat 6-11)
أَشْهَدُ
أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ
وَرَسُوْلُهُ. اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا
مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ
إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ.
أَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Kesimpulan dari khutbah pertama tadi ialah :
1. Mengikut Rasulullah merupakan tanda keimanan kepada Allah Taala.
2. Merayakan sambutan kelahiran Rasulullah merupakan tanda kegembiraan dan kecintaan kepada Rasulullah SAW.
3. Mengamalkan ciri-ciri pengikut Rasulullah iaitu Bersikap tegas dan keras kepada orang kafir, Bersikap kasih sayang dan belas kasihan kepada sesama muslim, Beribadat ruku’ dan sujud kerana mengharap limpah kurnia dan keredhaan Allah dan di muka mereka terdapat kesan-kesan sujud.
اَللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ
والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ
قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ.
اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ.
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang www.4shared.com
http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/
Wednesday, 23 January 2013
Monday, 21 January 2013
TPM Meninggal Dunia,Nalla Gagal Rayuan
21 Januari 2013
BANGKOK - Timbalan Perdana Menteri Thailand dan Menteri Pelancongan dan
Sukan negara itu, Chumpol Silpaarcha meninggal dunia pada usia 72 tahun
selepas dipercayai menghadapi masalah jantung.
Mendiang merupakan pemimpin Parti Chart Thai Pattana yang juga ahli
kabinet pakatan pemerintah Perdana Menteri Yingluck Shinawatra
dimasukkan ke hospital 17 Disember lalu selepas menghadapi masalah
pernafasan.
Jurucakap Parti Chart Thai Pattana, Vachara Kannikar berkata, berita kematian itu diterima pagi tadi, lapor AFP.
“Pihak kami masih belum tahu punca kematian tetapi menjangkakan ia
mempunyai kaitan dengan masalah jantung yang dihadapi Chumpol,” katanya.
Saman fitnah Anwar: Nalla gagal rayuan
PUTRAJAYA - 21 Januari 2013,
Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MUIP), Senator Datuk
S. Nallakaruppan gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan
Mahkamah Tinggi yang mendapati dia bertanggungjawab mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2008.
Tiga anggota panel Mahkamah Rayuan yang dipengerusikan Datuk Zaharah
Ibrahim, Datuk Anantham Kasinater dan Datuk Mah Weng Kwai sebulat suara
menolak rayuan Nallakaruppan.
Zaharah berpendirian bahawa tindakan Mahkamah Tinggi menolak pembelaan
Nallakaruppan adalah betul selepas dia gagal membekalkan butiran
berhubung dakwaannya terhadap Anwar.
Panel hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar RM15,00 sebagai kos guaman kepada Anwar.
Nallakaruppan membuat rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala
Lumpur pada 19 Jun tahun lepas yang mendapati dia bertanggungjawab
mengeluarkan kenyataan fitnah terhadap pemimpin pembangkang itu.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Su Geok Yiam membuat keputusan itu selepas
membenarkan permohonan Anwar untuk menolak pernyataan pembelaan
Nallakaruppan.
Anwar membuat permohonan itu atas alasan Nallakaruppan gagal membekalkan butiran mengenai dakwaan yang dibuatnya.
Hakim itu juga memerintahkan Nallakaruppan membayar ganti rugi kepada Anwar yang akan dinilai oleh timbalan pendaftar mahkamah.
Pada 25 Ogos, 2008, Anwar memfailkan saman berhubung dakwaan Nallakaruppan dalam satu artikel, "Anwar terima RM60 juta".
Dalam pernyataan pembelaannya, Nallakaruppan mendakwa dia tidak berniat
jahat dan kenyataan itu dibuat atas perlindungan bersyarat.
Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Nallakaruppan
memberitahu mahkamah bahawa beliau diarah untuk mengemukakan perkara itu
kepada Mahkamah Persekutuan.
Anwar diwakili R.Sivarasa. - Bernama
Sunday, 20 January 2013
PRU: 'Ambo nak umum dah', kata Najib
Kah,kah,kah... dah banyak kali cakap....
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN
20 Januari 2013
20 Januari 2013
KOTA BHARU - Teka-teki Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) terus mendapat
perhatian di mana hari ini Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak
membayangkan pembubaran Parlimen akan dibuat dalam masa terdekat.
Berucap pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, Presiden Umno menegaskan, pihaknya sudah bersedia, sambil mahu rakyat memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).
"Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN sambil menerima sorokan lebih 30,000 penyokong.
Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri.
Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan. Sinar Harian.
Berucap pada Majlis Janji Ditepati di Pusat Transformasi Luar Bandar di sini, Presiden Umno menegaskan, pihaknya sudah bersedia, sambil mahu rakyat memberi undi kepada Barisan Nasional (BN).
"Ambo (saya) nak umum pilihan raya dah, hari ini dalam majlis nak tanya adakah rakyat bersedia menyokong BN ?" kata beliau yang juga Pengerusi BN sambil menerima sorokan lebih 30,000 penyokong.
Dalam ucapan itu, Najib turut mengumumkan tujuh janji kepada rakyat Kelantan sekiranya BN diberi mandat untuk mentadbir negeri.
Antaranya, pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai, stadium baru, menyediakan kemudahan air, perumahan rakyat, kampus Universiti Teknologi Mara kampus Kota Bharu dan masjid terbesar di Kelantan. Sinar Harian.
Thursday, 17 January 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)
JOM TAMBAH ILMU
-
-
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? - Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata: الرجل راع لكن رعيته محصورة؛ هو راع في ...7 years ago
-
-
-
Musuh utama anak-anak muda zaman sekarang. - SHAH ALAM: Purata anak muda bekerjaya di negara ini memiliki tujuh kad kredit, angka yang menggambarkan tahap berbelanja generasi muda yang membimbangkan. ...11 years ago
-
Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain
-
-
AKU TAK PAHAM5 hours ago
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Video:The Dawn of A New Malaysia6 years ago
-
-
-
Kenapa DS Najib Razak Perlu Dijatuhkan?8 years ago
-
Anak Nik Aziz Sertai Amanah8 years ago
-
-
-
Tajam dan pedih ucapan akhir Anwar....!9 years ago
-
-
Johor Darul Judi Bahagian II10 years ago
-
Perebutan takhta.. Rakyat dapat apa??10 years ago
-
-
-
-
Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 64)12 years ago
-
-
-
Blog list 2 (241)
-
-
AKU TAK PAHAM5 hours ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016.2 years ago
-
MASALAH GENERASI LEMBIK.2 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUNTUHNYA REGIM PH PADA 29-02-20204 years ago
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
LIVE AJL 344 years ago
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
Budak2 Melayu Sekarang....4 years ago
-
-
Gelagat Pas Lebih Umno Daripada Umno5 years ago
-
-
-
-
-
Selamat Tahun Baru 20195 years ago
-
-
Hanipa tak setuju SPRM diberi kuasa mendakwa6 years ago
-
-
-
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN6 years ago
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
KEMPEN ANTI DADAH6 years ago
-
Flybar Aztech6 years ago
-
-
MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN6 years ago
-
-
-
hello blog.7 years ago
-
Cara Bangun Untuk Bertahajjud.7 years ago
-
Testing7 years ago
-
Mermerlukan sumbangan7 years ago
-
ALHUSSEYN7 years ago
-
-
Kembara Ilmu November 20168 years ago
-
Berehat sementara ...8 years ago
-
Pecah Berita Lagi!!!8 years ago
-
Amerika Dalang Rencana Pembunuhan Erdogan8 years ago
-
Alfa Romeo 4C 20148 years ago
-
-
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota8 years ago
-
Night Hunter...8 years ago
-
-
-
Ai Chan Famili8 years ago
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar8 years ago
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
KELEBIHAN KAYU BAKAU8 years ago
-
-
-
-
Kata Kata Galau Untuk Status BBM9 years ago
-
-
-
Debat 1MDB : Rafizi Ganti Tony Pua9 years ago
-
Resep Mengobati Impotensi9 years ago
-
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
KUASA DI TANGAN RAKYAT9 years ago
-
-
RM2.6 billion untuk lawan DAP9 years ago
-
-
-
-
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat?9 years ago
-
Niqab Atau Tidak Berniqab9 years ago
-
ISLAM BUKAN BONEKA9 years ago
-
Cukuplah…Kembali Ke Matlamat Asal9 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
Inexpensive Bedroom Makeover Ideas9 years ago
-
PRK Chempaka: Kemenangan legasi Tok Guru9 years ago
-
Kantoi!! Tembelang BN Habis Terbarai Lagi..9 years ago
-
SEDIH......9 years ago
-
-
ccv9 years ago
-
Situasi Terkini : TNB hadapi banjir9 years ago
-
-
AHLI PAS BERKASTA10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Gila gila peminat Piala Dunia 201410 years ago
-
-
-
Teluk Intan - Undi Dyana Sofya10 years ago
-
13 Mei Terengganu: Pas ada tiga pilihan10 years ago
-
Justice for Mejar Zaidi.10 years ago
-
PERGINYA SEORANG INSAN BERNAMA BONDA10 years ago
-
-
Analisa PRK DUN N.25 Kajang10 years ago
-
-
-
-
Confidential Document10 years ago
-
PRK Kajang dan Konsensus Nasional10 years ago
-
A MESSAGE FOR ALL10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 years ago
-
Jom ambil peluang .. Niaga secara online11 years ago
-
ORANG HUTAN11 years ago
-
-
Polemik Kalimah ALLAH11 years ago
-
Indonesia Tuduh PDRM Pengecut Dan Biadap11 years ago
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 years ago
-
-
-
"Sudah Masa Saya Berundur" - Ku Li11 years ago
-
Info Solat11 years ago
-
-
-
Hakikat BN, PAS dan Syiah11 years ago
-
-
-
-
-
Munafik Besar, Kecil & Perbezaannya11 years ago
-
Panas Enjin11 years ago
-
MALANG LAGI RAKYAT GANU DAPAT MB BENGAP11 years ago
-
Bagaimana mereka mereka ini11 years ago
-
PRU13: BAKAL MENJADI KENYATAAN!11 years ago
-
BERILAH KAMI KEMENANGAN YA ALLAH...11 years ago
-
Undi nampak perkara kecil TETAPI.....11 years ago
-
-
8 March11 years ago
-
-
-
MELAYU DAN JUDI11 years ago
-
-
Najib dgn KUDA STYLE11 years ago
-
AMANA MAHATHIR LE PULAK BETUL KE !11 years ago
-
MENTERI LEMBUT YANG BODOH11 years ago
-
Tudung saji tradisi cantik12 years ago
-
-
-
-
-
-
RUKUN HAJI12 years ago
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
SELAMAT DATANG KE INTANHIJAU212 years ago
-
DEVIL INSIDE FUKUS12 years ago
-
-
RAMADAN MENJANA TAQWA12 years ago
-
-
-
Bangunan Umno Bukit Gantang disita12 years ago
-
Zunar: M’sian satirists play it safe12 years ago
-
Rafizi lawan KJ, Najib yang tertekan12 years ago
-
UMNO DI KEDUDKAN SALAH SEJARAH12 years ago
-
TGHA : Janji Allah pasti tiba12 years ago
-
-
5 Strategi Kemenangan Kita12 years ago
-
-
NEGARA PENJENAYAH ???12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
Novel Terakhir...12 years ago
-
-
-
-
-
-
Najib bisu ditempelak Nik Aziz13 years ago
-
Derita Budya Darat13 years ago
-
Menteri KDN Derhaka Pada Agong13 years ago
-
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 years ago
-
Pas gesa bebaskan Manoharan16 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SUMBER DAN BERITA TERKINI
-
Kes dadah selebriti: Polis nafi keterangan saksi dipinda - Timbalan Ketua Polis Selangor S Sasikaladevi berkata pihaknya menjalankan siasatan secara telus mengikut peruntukan ditetapkan.6 minutes ago
-
Bruno Manser Fund Win Significant First Stage Over Jamilah Taib Defamation Suit - Landmark decision in favour of BMF in Taib family defamation case. "This decision is of enormous significance and a huge blow for the plaintiffs who sued u...2 days ago
-
Tepache , The Next Big Trend After Kombucha - Tepache, The Next Big Trend After Kombucha Kombucha, the fermented tea beverage, has taken Malaysia by storm in recent years. With its numerous health...6 months ago
-
DAP aktifkan jentera pilihan raya serta merta - Kenyataan media Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke pada 10 Oktober 2022 Seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri sebentar tadi, …2 years ago
-
-
魏家祥:華人收入下降 敦馬未掌握最新數據 - - (吉隆坡27日訊)馬華總會長拿督斯里魏家祥指出,馬華對於前首相敦馬哈迪發表“華人富有”及“幾乎佔據所有城市”言論,感到不滿。 他認為,馬哈迪並沒有掌握大馬各族財富分配的最新數據,根據新的報告顯示,華人的收入水平已經下降。 “我不知道馬哈迪是假裝不懂,還是他純粹是玩弄種族牌。” ...4 years ago
-
Perutusan Tahun Baru 2020 Timbalan Perdana Menteri - 2019 merupakan tahun yang penuh cabaran bagi kerajaan Pakatan Harapan melalui fasa baru pentadbiran. Untuk tahun 2020 marilah kita menumpukan kepada usaha-...4 years ago
-
MB ucap selamat berjaya kepada calon SPM - OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM, 13 NOV: Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari mengucapkan selamat berjaya kepada calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia ...6 years ago
-
Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata - LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah dalam serbu...7 years ago
-
Terima kasih rakyat Malaysia - Sebelum The Malaysian Insider melabuhkan tirainya tengah malam ini, kami ingin mengucapkan jutaan "Terima Kasih" kepada semua pembaca yang setia melayari p...8 years ago
-
Marquez sambar petak pertama - SEPANG 25 Okt. - Penunggang Repsol Honda Team Marc Marquez akan memulakan perlumbaan di petak pertama esok setelah mencatat masa terpantas dalam ujian kela...10 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Info dan Sumber
Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini
-
▼
2013
(382)
-
▼
January
(33)
- 12 warga asing disyaki pelacur diberkas
- Bakar Bible : Polis ambil keterangan dua pemimpin ...
- 200 ahli baru berhimpun dalam Ummah Bersama PAS
- Ismail Haniyeh doa Ustaz Hadi solat bersama di Mas...
- 10 Anggota Polis Maut Dalam Serangan Nekad
- Guru dera 19 kanak-kanak secara seksual
- Polis sah Bible B Inggeris tiada kalimah ALLAH
- KHUTBAH JUMAAT “MENJADI PENGIKUT RASULULLAH SAW”
- SALAM MAULIDUR RASUL 1434
- TPM Meninggal Dunia,Nalla Gagal Rayuan
- PRU: 'Ambo nak umum dah', kata Najib
- "Marilah Bersama-sama Saya Membina Masa Depan Mala...
- 78 orang sertai PAS di Felda Bukit Permai, Johor
- # HKR 112 Dipenuhi Blogger dan Penyokong UMNO
- Demokrasi Dan Kebebasan Bersuara Ala Malaysia
- Sekitar # HKR 112
- HKR112 berjaya, Terima kasih PM, Terima kasih KDN,...
- Lelaki disyaki bantu OKT ditahan
- Bekas Ketua Penerangan PKR Perak Sumbang Dana Untu...
- Polemik Kalimah "Allah", Lagi Bonus Untuk Umno
- HKR : Jangan Takut, Polis Jaga Keselamatan - Mat Sabu
- Fenomena Amanat dan Takfir - Tuan Guru Hj. Hadi Awang
- Dua OKT loloskan diri ditembak
- Seorang OKT loloskan diri mati ditembak
- Ketua Agama , Mufti, Ulamak,Jabatan Agama,Pekida,P...
- HKR 12 Januari: Stadium Merdeka lulus
- DAP tawar RM1,000 kesan pengendali laman pisau.net
- SKMM siasat berita palsu kesihatan Perdana Menteri
- Ketua Polis: Tarian Bertentangan Budaya Dan Islam
- HKR: Penganjur puas hati jaminan kerjasama polis
- Amanat: Ustaz Hadi cabar Majlis Fatwa hantar surat...
- Pemuda Pas terbit buku 'Amanat Haji Hadi VS Amanat...
- Siapa Cepat Dia Dapat - Rebat RM200: Tiada Had Har...
-
▼
January
(33)
Kandungan Blog
- 1. Alu-aluan (prakata) (1)
- 60 Tahun Pas (6)
- Abu Bakar al-Bakir (1)
- Ada akal fikir-fikirkan... (2)
- Adengan Yang Ingin Rakyat Lihat (1)
- ADUN letak Jawatan (1)
- Adun Meninggal (1)
- Aidil Fitri 1433H (1)
- Airbus A320 (1)
- AJK DAP 2013 (1)
- AJK PAS 2013-2015 (1)
- AJK UMNO 2015/2016 (1)
- Amalan pilihan (1)
- amanat hj hadi (1)
- Amanat PRU 13 (1)
- Amanat Ustaz Ibrahim Libya (1)
- Analisa PRU 13 (1)
- Analisis Pembentukan Kerajaan PRU 14 (1)
- Antara Dua Pemimpin Dunia (1)
- Aqidah dan Perjuangan (40)
- Arkib PRU ke 12 (1)
- Artikal Blogger Pilihan (65)
- artikal dari majalah (1)
- Artikal Dari Media (25)
- Artikal Media (1)
- artikal penerangan (12)
- Artikal Pilihan (5)
- Artis dan Politik (7)
- Awal Ramadhan (1)
- Bahan Arkib (3)
- Banjir (1)
- Bencana Alam (3)
- Bengong (2)
- Berita Arkib (1)
- Berita Mahkamah (5)
- berita maksiat (1)
- Bingkisan Tazkirah (3)
- Blue Wave (2)
- Bot Tempur TLDM Hilang (1)
- BPMS Kenyataan Media Presiden PAS (1)
- Bughah (2)
- Bughah dan Bagaimana Menanganinya.Artikal (1)
- Buku Jingga (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Selangor (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Terengganu (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Kedah (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Perlis (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Pulau Pinang (1)
- Calon PRU 13 (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Kelantan (1)
- Calon PRU ke 13 Negeri Perak (1)
- Catatan peristiwa (5)
- Catatan Untuk Pejuang (12)
- Cerita Teladan (2)
- ciri pemimpin yang patut dijauhi (1)
- Coretan ABU (1)
- Datuk Md Hashim Yahaya (1)
- DDOS Burn Quran (1)
- Doa Kami (1)
- Doa untuk Palestin (8)
- Ekonomi (1)
- Fakta Pilihan Raya (1)
- Fitrah 2012 (1)
- forum (2)
- Gaji Kaki tangan awam (1)
- Gerhana Bulan (1)
- GHB Sekular (1)
- GST (2)
- H60k (1)
- Hadith Nabi (3)
- Haram Sokong dan berdosa undi DAP (1)
- Hari Keluarga Unit Amal Perak 2012 (1)
- HEMPAP 2011 (1)
- Hiburan (2)
- Hijrah 1433 (1)
- Himpunan GST (3)
- Himpunan Hijau (9)
- Himpunan Maruah Melayu (1)
- Himpunan merah (2)
- Himpunan Munajat Selamat Mesir (1)
- Himpunan Oren (4)
- Hj Subky Latif (1)
- HKR 112 (1) (1)
- HKR 112 (2) (1)
- HKR 112 (3) (1)
- HKR 112 (4) (1)
- Hudud (10)
- Hutan Simpan Felda Besout (1)
- Ibrahim Libya (1)
- info (17)
- Info Agama (4)
- INFO CERAMAH DAN PROGRAM (10)
- Info Peristiwa (5)
- info program (11)
- Info Program VS Info Program (1)
- Info SPR (1)
- Islam Dan Undang-undang (3)
- Islam Dihina (2)
- Israk Dan Mikraj (1)
- Isu 13 Mei (1)
- Isu Nama Allah (4)
- Isu pendidikan (5)
- Isu Semasa (2)
- Jenayah (64)
- Jenayah Sex (3)
- Jenayah Syariah (3)
- jerebu (1)
- Jiwa Hamba (2)
- Karpal Singh (2)
- KEBURUKAN MEROKOK (1)
- Kecelaruan politik (3)
- Keluar Parti (28)
- Keluar Parti Vs Keluar Parti (1)
- kemalangan (17)
- Kematian Mandela (1)
- KEMELUT FELDA (1)
- Kemelut PAS Kedah (2)
- Kemelut PAS PR (3)
- Kemelut Pimpinan PR (3)
- Kemelut PKR (3)
- Kemelut Politik Selangor (43)
- Kemelut Politik Terengganu (1)
- Kenali PAS (1)
- Kenyataan Media (10)
- Keputusan PRU 14 (1)
- Keracunan (2)
- Keratan Akhbar (7)
- Kertas Ujian UPSR Bocor (8)
- kes penderaan (1)
- Kesihatan (6)
- Khidmat (2)
- khutbah Aidil Adha 1432 (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1433 H (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1434 (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1434 Preseden PAS (1)
- Khutbah Aidil Fitri 1435 (1)
- Khutbah Aidul Adha 1435 (1)
- Khutbah Gerhana Bulan (1)
- Khutbah Jumaat (56)
- khutbah Jumaat Akhir Ramadhan (1)
- Khutbah Jumaat Sempena Hari Guru (1)
- khutbah PRU 13 (1)
- Khutbah Sempana Keputraan Sultan (1)
- Khutbah Terakhir Nabi (1)
- kibarkan bendera (1)
- kisah rumah tangga (1)
- Konggres Rakyat Syah Alam (1)
- Konspirasi (1)
- Konspirasi Politik (1)
- Krisis Dalaman Politik (6)
- krisis politik (3)
- Ku Li (1)
- laporan media (956)
- Laporan PRU 13 (7)
- Lawak Media UMNO (1)
- lnfo (1)
- Logo JATI (1)
- Logo Merdeka Ke 55 (1)
- Macam-macam (1)
- mahkamah (1)
- Makan Malam Pas Tanjung Malim (1)
- Makanan Halal (2)
- Malang Tidak Berbau (1)
- Malaysia Aman Sejahtera (2)
- Mat Sabu (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 12 (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 15 (1)
- Matan Arba'in:Hadith ke 24 (1)
- Maulidurrasul (1)
- Mazlan Aliman (1)
- Media report (2)
- Memali (1)
- Mengapa Saya Sertai PAS dan Pakatan Rakyat (16)
- Mengapa Saya Sertai UMNO Barisan Nasional? (2)
- mengapa kami sertai pakatan rakyat (3)
- Mengapa saya menyokong PAS (1)
- Mengapa Saya Sertai DAP? (5)
- Mengapa Umat Islam Perlu Berpolitik (1)
- Merdeka (2)
- Militan (1)
- minda Abu (1)
- Minda Perjuangan (10)
- Minyak naik (1)
- Misteri Kehilangan Pesawat MH370 (62)
- Muhyidin Yasin (1)
- Muktamar PAS 2013 (1)
- Muktamar PAS 2014 (4)
- nahas (4)
- Nahas Pesawat AH5017 (2)
- Nahas Pesawat MH17 (12)
- NFC (1)
- Niat Jahat (1)
- Nostalgia (1)
- Paparan Yang Rakyat Suka (1)
- Parasit (1)
- Parti Pas (3)
- Pasca PRU 13 (3)
- Pelbagai sumber (1)
- Pembunuhan Politik (4)
- Pembunuhan timbalan pendakwa raya (1)
- Penampar politik (8)
- Pengorbanan Dalam Kenangan Jalan Raya Timur Barat (1970-1982)’. (1)
- Perang Hamas Israil (1)
- Perkara Yang Membatalkan Iman (1)
- Persaraan MB Tan Sri Khalid Ibrahim (1)
- Persidangan Parlimen (1)
- Pertikai Fatwa (1)
- Perutusan Aidil Adha (2)
- perutusan Aidilfitri 1434H (1)
- Perutusan Hari Malaysia (1)
- Perutusan Hijrah (1)
- perutusan kemerdekaan (1)
- Pesanan untuk pejuang (18)
- Pesawat Terbakar (1)
- Petisyen (1)
- Piala Thomas 2014 (3)
- polemik HUDUD (3)
- politik (7)
- Politik Dunia (8)
- Pondok (1)
- PRA PRU 13 (11)
- Presiden PAS (1)
- PRK Bukit Gelugur (5)
- PRK DUN Pengkalan Kubor (6)
- PRK Kajang (7)
- PRK Kuala Besut (1)
- PRK Kuala Kangsar dan PRK Sungai Besar (2)
- PRK N 20 Sungai Limau (6)
- PRK N25 Kajang (4)
- PRK Pengkalan Kubor (5)
- PRK Permatang Pauh 2015 (2)
- PRK Teluk Intan (12)
- Program dan Aktiviti (1)
- PRU 13 (2)
- PRU ke 13 (1)
- Puasa Ramadhan (1)
- Qunut Nazilah (2)
- Raja Bomoh (1)
- Rakaman Peristiwa Bersih 3.0 (8)
- Ramal VS Ramal (1)
- Rasis (1)
- Rencah Aidil Fitri 1433 H (1)
- Renungan Buat Bangsaku (1)
- Rintihan Marhaen (1)
- RM 100 one off (1)
- Roboh Surau VS Roboh Surau (1)
- Rombakan Kabinet (1)
- Salam Aidil Adha (1)
- Santai (4)
- Satira (7)
- Sedutan Artikal Blogger Pilihan (2)
- Sedutan dari FB (1)
- Sejarah PAS (1)
- Sejarah Yang Bakal Hilang (1)
- Selamat Hari Guru (2)
- Selamat Hari Raya (1)
- Selamat Menyambut Ulang Tahun ke 82 dan Jublee Intan Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol (1)
- Sempadan politik (1)
- Sidang Media (2)
- Sirah (1)
- Siri Cerita Teladan (1)
- Siri Himpunan Kebangkitan Rakyat (8)
- Skandal Sex (1)
- Solat Ghaib (1)
- Suara Pimpinan (2)
- sukan (11)
- Sultan Azlan Mangkat (5)
- Syariah (4)
- Syarifah Aini Meninggal (2)
- Syiah (4)
- Tafakkuri Saatin (36)
- Tahun Baru 2012 (1)
- Tarbiah (8)
- Tazkirah (14)
- Tazkirah Ramadhan (4)
- Teori Hilangnya MH370 (3)
- TPM dipecat (1)
- Tragedi Masjidil Haram (4)
- TRANSKRIP PENUH WAWANCARA PM NAJIB RAZAK DENGAN TV3 TENTANG TUN DR MAHATHIR (1)
- TURUN (1)
- ucapan (9)
- UCAPAN TAHNIAH (5)
- UCAPAN TAKZIAH (32)
- UMNO (2)
- UMNO Celaka (1)
- Umno Dulu Kini dan Selamanya (1)
- UMNO VS PAS (1)
- Unik (1)
- Uslubud Dakwah (1)
- Ust. Azizan Abd Razak (3)
- Usta Abu Bakar Chik dalam kenangan (1)
- Video Kontroversi (1)
- Wacana Politik (15)
- Warkah Buat Tun Dr. Mahathir (1)
- Xpresi Ulama Muda Haraki 2013 (1)