Apa pula kata pakar?
Pakar Matametik terkenal, Prof. Dr. Shahrir Md. Zain dilaporkan turut membuat anggaran berhubung jumlah hadirin yang menyertai jalanan aman dari pelbagai lokasi di ibunegara ke Stadium Merdeka petang semalam.
Memetik status di laman sosial Facebook, bekas professor dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu dilaporkan membuat anggaran, sekurang-kuranya 700,000 rakyat menyertai himpunan aman tersebut.
"Kalau berjalan 20 orang melebar sepanjang 1 Kilometer (Km), jumlahnya 100,000 ribu.
"Andaiannya adalah 10,000 kaki sama dengan 1 Kilometer, seseorang memerlukan dua kaki persegi untuk bergerak dengan selesa.
"Jadi, lebar jalan 40 kaki dan 5,000 orang boleh memanjang jalan. Lalu, 5,000 (orang) X 20 (orang) adalah 100,000 (orang per Kilometer).
"Pertanyaan saya, berapa Kilometerkah seluruh manusia datang HKR?" tanya Shahrir.
Shahrir dilaporkan berkata, sekurang-kuranya 7 Kilometer jika dilihat dari sisi pandang atas.
Shahrir berkata, "Jawapannya, 700,000 (orang)."
Terdahulu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asst. Comm. Zainuddin Ahmad dilaporkan memberitahu pemberita, dianggarkan 10,000 peserta berhimpun di luar stadium, manakala, selebihnya bersesak dalam stadium berkenaan.
"Kami jangkakan terdapat lebih kurang 40,000 orang...di antara 40,000 (hadirin) dan 45,000 (hadirin)," kata beliau menerusi Buletin TV3 dan Tv1 sejak malam tadi.
Manakala, Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula sebelum pada itu membuat anggaran, 80,000 orang hadir.
No comments:
Post a Comment