PRU-13: DAP terus bakar sentimen penyokong mereka
KUALA LUMPUR 7 Mei - Pemimpin DAP dilihat semakin agresif membakar sentimen penyokong mereka supaya melakukan bantahan berterusan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13.Dalam satu khidmat pesanan ringkas (SMS) seorang pemimpin kanan DAP yang kini disebarkan secara meluas, pemimpin berkenaan menghasut penyokong parti itu dengan mendakwa kononnya berlaku penipuan dalam keputusan pilihan raya umum Ahad lalu.
Antara pembohongan yang terkandung dalam SMS itu kononnya keseluruhan undi dalam pilihan raya umum kali ini berjumlah 18 juta sedangkan rakyat Malaysia yang layak mengundi hanya 12 juta orang.
SMS itu turut mempertikai peratusan keluar mengundi yang melebihi 80 peratus kerana kononnya peratusan tersebut sepatutnya lebih rendah. - UTUSAN ONLINE.
No comments:
Post a Comment