Sehubungan itu, katanya, PAS menerima keputusan rakyat dengan hati terluka.
"Ini satu kekalahan yang menjadi panduan dan pedoman kita pada masa akan datang.
"Kita terimanya dengan penuh rasa syukur kepada Allah," katanya dalam sidang medianya.
Dalam sidang media itu, Yusof berkata beliau "tidak nampak" punca kekalahan Pakatan Rakyat di negeri disebabkan wujudnya pergeseran antara Datuk Seri Azizan Razak dengan Datuk Phahrolrazi Zawawi.
Sebaliknya, kata beliau, kedua-dua pemimpin PAS itu mendapat majoriti yang tinggi dalam pilihan raya umum kali ini.
BN berjaya memenangi 21 kerusi untuk merampas Kedah daripada Pakatan Rakyat yang mendapat 15 kerusi.
Yusof berkata antara analisis awal berhubung punca kekalahan Pakatan Rakyat di tujuh kerusi antaranya di DUN Tanjung Dawai, adalah mengenai pertambahan undi tentera sebanyak 6,000 di Tanjung Dawai.
Dakwanya, dahulunya undi tentera itu menjadi undi pos di Belantik dan kini kembali semula di Tanjung Dawai.
Manakala di DUN Ayer Hitam, faktor gerak kerja Datuk Mukhriz Mahathir yang "all out" untuk memberi cabaran sehingga menang dengan majoriti lebih 3,700 di DUN itu.
Selain itu, kekalahan PAS di DUN Kupang, Jeneri dan Bandar Baru antaranya disebabkan "masalah dalaman" termasuk tiada kata sepakat di kalangan pemimpin peringkat kawasan menyebabkan PAS tidak mendapat sokongan padu daripada akar umbi.
Kawasan lain yang gagal dipertahankan PAS ialah Bukit Lada dan Pantai Merdeka.
Selain itu, di kawasan tersebut juga kekurangan pengundi cina yang boleh membantu PAS dan Pakatan Rakyat mempertahankan kerusi tersebut.
Mereka akan membuat post mortem untuk menentukan punca sebenar kekalahan parti itu.HD.
Biarkan aku bersedih
Budak Skema, | 07 Mei 2013 |
Saya paksa hati biar reda
Saya pujuk akal agar menerima
Sudah bertalu madah ingin menyejukkan
Sudah berkali bait suci ditatapkan
Agar salju bahang jiwa di relungan
Namun, susah nian...
Lebih sekali, atap mata berair kaca
Lebih sekali, lantai nafas beralir esak
Masih detik ini payah melumatkan
Epilog 5 Mei berdialog dusta
Ku selak kulit hari dulu
Ku imbau huluranku
Ku sergah khilafku
Kerana mungkin, aku yang berdosa
Meninggalkan kamu, menggapai seorang
Kata kamu, biar ia berlalu
Mungkin tunas masih silu
Mungkin benih belum bertemu wahyu
Mungkin juga, baru menukar layu
Mereka sudah tahu yang benar
Di sini bersih, di situ onar
Namun tempang adab
Mereka enggan
Benar katamu
Akal ditawani fakta
Hati dipikat kata
Sedihlah, namun usah berhenti...
Az-Zagazig
6 Mei 2013
9.26 Malam
Dalam Bilik.
No comments:
Post a Comment