GENERASI BELIA ULUL-ALBAB PENYELAMAT NEGARA
الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِل
إِذْ
أَوَى ٱلْفِتْيَةُ إِلَى ٱلْكَهْفِ فَقَالُوا۟ رَبَّنَآ ءَاتِنَا مِن
لَّدُنكَ رَحْمَةًۭ وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًۭا
"(Ingatkanlah peristiwa) ketika sekumpulan belia pergi berlindung ke sebuah gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami!, kurniakanlah kami rahmat dari sisi-Mu dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".(Al-Kahfi 10)
أَشْهَدُ أَنْ لاإِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُوْلُ الله . اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلاتمَوُتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Wahai hamba-hamba Allah sekelian,
Saya menyeru diri saya dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama bersyukur dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t. dengan melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala yang dilarangan, mudah-mudahan kita menjadi insan yang beriman, bertaqwa serta selamat di dunia dan di akhirat.
Muslimin yang dirahmati Allah,
Belia adalah aset atau harta yang amat berharga kepada negara. Mereka merupakan tonggak kekuatan negara serta pewaris kepada kepimpinan negara. Kementerian Belia Dan Sukan telah menetapkan bahawa belia adalah merujuk kepada mereka yang berumur di antara 15 hingga 30 tahun. Dianggarkan jumlah belia melebihi 12 juta orang atau mewakili 41.5% daripada keseluruhan penduduk negara ini yang berjumlah 28 juta orang.
Berdasarkan peratusan yang besar ini, maka pembentukan generasi belia yang berkualiti tinggi amat penting untuk diusahakan. Belia-belia Islam semestinya dididik menjadi Generasi Belia Ulul-Albab iaitu belia yang bertaqwa, memiliki akal fikiran sempurna, berilmu, kreatif, bebas dari pengaruh maksiat serta menjadi pemangkin agar orang lain juga berubah ke arah yang sedemikian.
Sidang Jumaat yang dikasihi sekelian,
Nabi Muhammad SAW diangkat menjadi Rasul ketika Baginda berumur 40 tahun. Para sahabat ketika itu ramai yang masih muda belia sebagaimana Ja’far bin Abi Thalib yang berusia 18 tahun, Qudaamah bin Abi Maz’un 19 tahun, Said bin Zaid dan Shuhaib ar Rumi 20 tahun, ‘Aamir bin Fuhairah 23 tahun, Mush’ab bin ‘Umair dan al Miqdad bin al Aswad 24 tahun, Abdullah bin al Jahsy 25 tahun serta Umar bin al Khathab 26 tahun. Malah Usamah bin Zaid ketika dilantik oleh Nabi SAW sebagai panglima untuk memimpin pasukan kaum muslimin memasuki wilayah Syam dalam usia 18 tahun. Maka apakah alasan untuk para belia pada hari ini untuk tidak menjadi hebat sebagaimana para sahabat di zaman Rasulullah. Sabda baginda saw :
اغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ : حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ ، وَفَرَاغَك قَبْلَ شَغْلِكَ، وَغِنَاك قَبْلَ فَقْرِكَ، وَشَبَابَك قَبْلَ هَرَمِكَ، وَصِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِك.
“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara, masa hidupmu sebelum datangnya masa matimu, masa lapangmu sebelum datangnya masa sibukmu, masa kayamu sebelum datangnya masa miskinmu, masa mudamu sebelum datangnya masa tuam dan, masa sihatmu sebelum datangnya masa sakitmu” (Hadis riwayat al-Hakim dan Ibn Abi Syaibah)
Hadirin yang dihormati Allah,
Kehebatan generasi belia Ulul Albab ini telah terbukti melalui sejarah yang merakamkan mengenai kegigihan tentera Islam semenjak Kerajaan Bani Umaiyah, Kerajaan Bani ‘Abasiah, dan kepimpinan awal Kerajaan Othmaniah Turki yang berusaha menawan Kota Konstantinople (Istanbul), tetapi gagal. Namun tatkala muncul seorang anak muda belia iaitu Sultan Mohammad Al-Fatih, dalam usianya yang ke 21 tahun telah berjaya menawan semula Kota Konstantinople daripada Rome.
Antara kata-kata keramat Baginda ketika melancarkan percubaan terakhir pada hari yang ke 53 kepungan untuk menawan Kota Konstantinople ialah:"Wahai tenteraku, Aku bersedia untuk mati di jalan Allah, sesiapa yang mahu syahid, maka ikutlah Aku".
Diriwayatkan bahawa Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, solat sunat rawatib dan solat tahajjud sejak baligh lagi.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Apakah generasi belia hari ini sedang dibawa ke arah yang sama. Tidakkah kita hari ini memberikan kebebasan yang keterlaluan kepada mereka. Terlalu banyak ruang maksiat dan kemungkaran yang didedahkan kepada mereka. Seluruh kehidupan mereka dipasakkan dengan aktiviti hiburan melebihi penekanan kita terhadap ilmu pengetahuan dan kemahiran. Apakah belia hari ini benar-benar telah digarap agar bersedia menjadi pejuang dan pembela kepada agama Allah suatu hari nanti. Apakah belia hari ini akan mampu menerima seruan jihad sebagaimana ghairahnya mereka memenuhi jemputan menyaksikan konsert-konsert artis tempatan yang dianjurkan dari masa ke semasa. Kuatkah keimanan mereka memilih kehidupan beragama dan mempertahankan aqidah mereka sebagaimana Pemuda Kahfi yang digambarkan oleh Allah dalam surah Al-Kahfi ayat 13 dan 14:
نَّحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِٱلْحَقِّ ۚ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟ بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَـٰهُمْ هُدًۭى ﴿١٣﴾ وَرَبَطْنَا عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا۟ فَقَالُوا۟ رَبُّنَا رَبُّ ٱلسَّمَـٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ لَن نَّدْعُوَا۟ مِن دُونِهِۦٓ إِلَـٰهًۭا ۖ لَّقَدْ قُلْنَآ إِذًۭا شَطَطًا ﴿١٤
"Kami ceritakan kepadamu hal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk dan Kami kuatkan hati mereka semasa mereka bangun lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbirkan langit dan bumi; Kami tidak akan menyembah Tuhan yang lain selain-Nya; jika tidak, maka tidak bermakna kami memperkatakan sesuatu yang jauh dari kebenaran".
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selain menjadi pemimpin Negara, turut memainkan peranan sebagai pendakwah yang membimbing belia agar sentiasa ta'at beribadah kepada Allah. Mereka ditarbiyah dengan akhlak yang mulia, memelihara kesempurnaan akal fikiran, menjaga kesihatan tubuh badan dan menjadi hamba kepada tuhan. Mereka akhirnya memiliki jati diri, bersifat amanah dan bertangggungjawab kepada agama, bangsa dan negara.
Muslimin yang berbahagia,
Sesungguhnya Islam mahukan
setiap umatnya menjadi sebaik-baik manusia dengan menyebarkan kebaikan
kepada manusia lain. Islam tidak menerima manusia yang hanya
mementingkan diri sendiri, dengan mengatakan ; jangan sesiapa mengganggu
aku, selama aku tidak mengganggu orang lain. Setiap umat Islam
mempunyai tanggungjawab membawa kebaikan kepada manusia. Rasulullah
s.a.w menyatakan dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin
Abdullah:
خَيْرُ
الناَّسِ أَنْفَعُهُمْ لِلناَّسِ
"Sebaik-baik manusia ialah orang-orang yang lebih bermanfaat kepada orang
lain" . (Hadith Hasan dalam al-Jami’ al-Shaghir)
Muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita memastikan kehidupan kita di dunia ini mendapat perlindungan Allah
Subhanahu Wata'ala, selaras dengan hadith Rasulullah SAW yang diriwayatkan oIeh
Abu Hurairah yang berbunyi:
أَنَّ
سَبْعَةٌ يُظِلُّهُمْ اللَّهُ فِي ظِلِّهِ يَوْمَ لَا ظِلَّ إِلَّا ظِلُّهُ
الْإِمَامُ الْعَادِلُ وَشَابٌّ نَشَأَ فِي عِبَادَةِ رَبِّهِ وَرَجُلٌ قَلْبُهُ
مُعَلَّقٌ فِي الْمَسَاجِدِ وَرَجُلَانِ تَحَابَّا فِي اللَّهِ اجْتَمَعَا
عَلَيْهِ وَتَفَرَّقَا عَلَيْهِ وَرَجُلٌ طَلَبَتْهُ امْرَأَةٌ ذَاتُ مَنْصِبٍ
وَجَمَالٍ فَقَالَ إِنِّي أَخَافُ اللَّهَ
"Bahawa terdapat tujuh golongan
manusia yang dilindungi oIeh Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali
perlindungan Allah iaitu : Imam (Pemimpin) yang adil, Pemuda yang hidup
sentiasa beribadah kepada Allah Taala, orang yang mengingati Allah ketika bersendirian
lalu menitis air matanya, Orang yang hatinya bergantung kepada masjid (selalu
teringat kepada masjid). Orang bersedekah dan menyembunyikannya sehingga tangan
kirinya tidak tahu apa yang dibuat oIeh tangan kanannya. Orang yang saling
berkasih sayang kerana Allah semata-mata. Lelaki yang digoda oIeh perempuan
yang cantik tetapi mengatakan aku takut kepada Allah Taala. (Maksud Hadith
Riwayat Al-Bukhari)
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ، وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَـا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.
Khutbah Kedua
الْحَمْدُ لِلَّهِ
الْقَائِلِ،
إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ ءَامَنُوا۟
بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَـٰهُمْ هُدًۭى
Yang bermaksud:
“Sesungguhnya mereka ialah pemuda beriman kepada Tuhan mereka (Allah) dan Kami tambah kepada mereka petunjuk.” (Surah al-Kahfi ayat 13).
اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ
لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ .
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ
بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ .
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Terdapat beberapa fakta penting yang boleh sama-sama kita hayati pada khutbah yang pertama tadi iaitu:
Belia-belia Islam semestinya dididik menjadi Generasi Belia Ulul-Albab
yang bertaqwa, memiliki akal fikiran sempurna, berilmu, kreatif, bebas
dari pengaruh maksiat serta menjadi pemangkin agar orang lain juga
berubah ke arah yang sedemikian.
Kehebatan generasi belia Ulul Albab ini telah terbukti melalui sejarah
yang merakamkan mengenai kegigihan tentera Islam semenjak Kerajaan Bani
Umaiyah
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam selain menjadi pemimpin Negara,
turut memainkan peranan sebagai pendakwah yang membimbing belia agar
sentiasa ta'at beribadah kepada Allah. Setiap umat Islam mempunyai
tanggungjawab membawa kebaikan kepada manusia.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ
قُلُوْبِهِمْ،
وَاجْعَلْ فِى
قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ
اللهِ صَلَّ اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم .
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ
الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ دَمِّرِ
الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ
أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ. اَللَّهُمَّ
عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ
أَوْلِيَائَكَ،
اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ،
وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ .
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ
السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الْأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ
وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ
الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف
عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا
تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ. رَبَّنَا
ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الأخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ
النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ،
وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم
تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ،
وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ .
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari lama sesawang
www.4shared.com
No comments:
Post a Comment