Rakyat Bersama Pakatan, BN Hanya Menang Kerusi!
28 Jamadil Akhir 1434 H.
Hidup ini kerana nyawa dan semangat. Jasad kita bergerak kerana ada nyawa (roh). Jasad pula akan jadi segar sekiranya ada semangat. Bila semangat lemah, maka kita akan sakit-sakitan. Seleasai pilihan raya maka saya jadi tidak sihat. Seluruh tubuh jadi sakit-sakit. Kesan berjaga malam dua minggu memberi ketidakselesaan kepada diri. Tanpa makan teratur dan tidur sudah pasti tidak mencukupi itulah menjadikan badan sakit.
Keadaan yang lemah itu ditambah lagi dengan 'kekalahan'. Saya yakin saya akan sihat, bersemangat dan lancar membuat ulasan demi ulasan kalau menang. Maksudnya jasad akan jadi kuat kerana ia di go head oleh kemenangan. Pasti tubuh tidak akan jadi lemah gemulai.
Bukan saja saya, semua orang yang cintakan damai dan perubahan terkejut dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 yang lalu. Saya percaya hari ini ramai yang sakit dan lemah semangat macam saya. Namun kita tidak boleh ikutkan hati sangat, bertawakuslah. Apapun kita hanya mampu merancang, tetapi Allah juga yang Maha Mentadbir.
Semua yang berlaku dalam pilihan raya dua hari lepas di luar jangka kita. Apa yang kita jangkakan tidak menjadi. Dari kalangan penyokong sampai kepada pemimpin atasan tidak menyangka. Bahkan pemerhati dari luar negara juga terperagah menerima keputusan. Masih ada yang termangu panjang di birai jendela memikirkan nasib badan dan keputusan yang telah diumumkan. Jangan begitu, perjuangan masih panjang dan Tuhan tetap memelihara orang yang sabar dan bertaqwa.
Bagi saya apa yang berlaku tidak akan berganjak. Bahawa UBN akan membentuk kerajaan untuk lima tahun lagi dalam keadaan yang lemah kerana tidak memperolehi 2/3 di parlimen. Walaupun banyak kecacatan dan ketidaksempurnaan itulah yang harus diterima kini. Apabila Najib Razak dalam kenyataan awalnya meminta Pakatan Rakyat menerima keputusan, sudah dapat dibaca apa yang termaktub di dalam hatinya. Apa yang beliau tahu mengenai pilihan raya berkenaan? Bahawa kecacatan dan penipuan berlaku. Ini realiti yang kita kena terima. Betapa kita membencinya tetapi ia hadir dalam hidup demokrasi kita. Penipuan bukan saja dalam PRU-13 tetap sejak dari PRU-1 lagi.
Selepas ini akan ada beberapa petisyen atau bantahan. Anwar Ibrahim
sudah membuat kenyataan pihaknya sedang mengkaji untuk membuat bantahan.
Ada kawasan yang terdapat bukti jelas berlaku penyelewengan. Misalnya
apa yang diterima Lajim Okin di Sabah adalah satu bukti besar. Semua
orang tidak mempercaya Lajim akan kalah. Inlah ibu segala kebusukan
dalam pilihan raya ini. Anwar meyifatkan kemenangan di pihak pakatan
rakyat telah dicuri oleh UBN.
Sehubungan itu beliau juga meminta satu badan suruhanjaya pilihan raya
lain perlu dibentuk menggantikan SPR yang ada hari ini yang tidak telus.
Badan baru itu harus telus dan terbuka. Bagi Anwar peranana SPR hari
ini bukan memberikeadilan dan hak sama rata tetapi membela UBN.
Kebimbang ini sudah lama bersarangan, beberapa desakan dan tuntutan
dilakukan kepada badan itu namun ia tidak juga memberi apa-apa
perubahan.
Saya menarik dengan satu figure dikeluarkan mengenai undi popular di
mana Pakatan Rakyat memperolehi 50.3% undi manakala UBN mendapat 46.8%.
Jika angka ini tepat dan benar maka jelas dari sudut angka dan undi
popular Pakatan Rakyat yang berhak diumum sebagai pemenang. Ertinya
kalau amalan demokrasi sama seperti di Indonesia, Pakatan berhak
mendapat anggota kabinet yang lebih ramai berbanding dengan UBN.
Sekiranya angka ini sahih rakyat berharap menuntut kemenangan mereka.
SPR perlu memberi penjelasan dari semua sudut dengan jelas macam mana
mereka boleh mengumumkan UBN menang. Kemunasabahan melampau hak perlu
digunakan oleh SPR untuk mempertahankan keputusannya. Oh ya mungkin ia
berdasarkan kepada jumlah kerusi diperolehi tetapi bukan peratus undi.
Ertinya kalau kemenangan UBN itu berdasarkan kepada jumlah kerusi bukan
kepada peratus suara. Ini bermakna kemenangan itu bukan dari atas suara.
Saya sudah lama menyarankan agar sistem pilihan raya kita diubah. Dari
mengira kerusi kepada mengira suara. Kemenangan berdasarkan siapa yang
mendapat kerusi lebih dan bukan kepada suara rakyat tidak relevan lagi.
Ini bermakna parti yang kurang mendapat sokongan menjadi kerajaan. Suara
rakyat yang mahukan perubahan terus terabai dan dinafikan oleh jumlah
kerusi yang mana kemenangannya boleh direka dan diusahakan?
Bedasarkan hakiat itu tadi, sokongan rakyat, PRU-13 memang dimenangi
oleh rakyat. Suara yang inginkan kepada Pakatan Rakyat lebih tinggi
berbanding dengan suara yang inginkan kepada UBN. Perbezaan sebanyak
3.5% adalah besar. Hakikat ini mungkin jarang diketahui oleh orang
ramai. Justeru kalau kita memahami ini tidak perlu merasa sedih atau
merasa kalah kerana hakikatnya apa yang diterima oleh UBN itu dari segi
kelebihan kerusi bukan sokongan.
Kelebihan kerusi bukan menggambarkan sokongan sepenuhnya, kalau dikira
dari setiap individu. Yang perlu diperkiranya ialah jumlah semua
individu yang mengundi pada 5 Mei lalu. Makanya Najib Razak dan pemimpin
BN tidak boleh merasa 'manggak' dengan kemenangan itu kerana ia bukan
kemenangan mutlak. Sekiranya Najib dan UBN seorang dan sebuah badan
berintegriti beliau kena serahkan kemenangan itu kepada Pakatan Rakyat
atau dikongsi bersama.
Jadi kepada penyokong Pakatan jangan bersedih. Saya pun sudah segar dan
bersemangat kembali kini. Sebenarnya tidak ada kekalahan mutlak di
sebelah kita. Dari segi pungutan kerusi Pakatan Rakyat berjaya menambah
kerusi parlimen dari 82 pada tahun 2008 kepada 89 kerusi bertambah
sebanyak tujuh kerusi. Pecahan DAP 38, PKR 30 dan PAS 21. UBN mengalami
kesusutan sebanyak tujuh kerusi. Dulu 140 kini 133 kerusi.
Manakala dari segi kedudukan kerusi Negeri pula UBN kehilangan 32
kerusi. Dalam tahun 2008 UBN mendapat 306 kerusi sementara dalam pilihan
raya lalu mendapat 274 kerusi. Walaupun parti itu berjaya merampas
Kedah namun dari segi hakikatnya parti itu merosot.
Lonjakan besar bagi Pakatan Rakyat ialah di negeri Terengganu. PAS hanya
kekurangan dua kerusi sahaja untuk membentuk kerajaan di negeri itu.
Daripada lapan kerusi dalam tahun 2008 kepada 15 kerusi. Begitu juga di
Perak Pakatan Rakyat kekurangan juga empat kerusi saja. Kedudukan
menunjukkan sokongan dan kekuatan Pakatan Rakyat masih ada dan diberi
kepercayaan oleh rakyat.
Kekalahan mengikut bilangan kerusi harus diterima kerana kita memahami
apakah peranan SPR didalam menguruskan pilihan raya ini. Dalam keadaan
SPR tidak berlaku adil tetapi Pakatan Rakyat terus mendapat sokongan dan
melonjakkan diri, jelas bahawa tuntut massa mahukan kepada Pakatan
Rakyat.
Di sini saya tidak mahu menyebut atau membuat postmortem mengenai kenapa
Pakatan Rakyat masih belum boleh membentuk kerajaan. Saya akan
mengambil ruang lain. Cuma apa yang hendak ditegaskan ialah agar
penyokong Pakatan Rakyat tidak mudah berputus asas. Semua pihak perlu
merasakan kita telah melakukan yang terbaik di dalam pilihan raya lalu.
Di samping itu dalam menilai kenapa kita 'menang kalah, kalah menang'
perlu menyenaraikan kelemahan atau sesuatu tindakan yang kita tidak
sempat lakukan menyebabkan berlaku apa yang berlaku.
Renung ke dalam diri, di antara kita akan menemui sesuatu kesilapan
kecil yang kita lakukan baik sengaja atau tidak. Kalau kita tulus kita
akan menemui perkara itu dan itulah yang memungkinkan kita gagal.
Apabila menemuinya, kita perbetulkan dan tidak akan mengulangi benda
sama di tahun akan datang.
Yang dapat saya simpulkan berhubung keputusan semalam ialah, BN menang
dari segi jumlah kerusi tetapi kalah dari segi suara dan kehendak
rakyat. UBN kena sedar bahawa sebanyak 3.5% adalah rakyat yang tidak
bersetuju dengan UBN. Tanpa memikirkan bahawa matlamat kemenangan itu
untuk membentuk kerajaan dan mentadbir negara semata-mata, sesungguhnya
Pakatan Rakyat telah memenangi pilihan raya ke-13 lalu. Hakikat ini
diketahui oleh semua dunia.
Kerusi parlimen di bandar-bandar besar dikuasi oleh Pakatan Rakyat.Pakatan Rakyat menguasai kerusi parlimen di Semenanjung.
Artikal dimuat turun daripada -msomelayu
No comments:
Post a Comment