Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday, 6 December 2013

Salam 1Melayu: Silakanlah UMNO, Silakan..... Assalamualaikumlah kamu.....


Salam 1Melayu: Tak setuju tapi anggap bukan rasis
Pemimpin Tertinggi Umno tidak bersetuju dengan cadangan perwakilan supaya Salam 1Malaysia ditukar kepada Salam 1Melayu kerana ia tidak mencerminkan niat sebenar Umno dan hanya pendapat peribadi.

Bagaimanapun rata-rata mereka menganggap cadangan itu tidak bersikap perkauman sebaliknya hanya satu kata semangat bagi menyatukan ahli parti.

Naib Presiden Umno, Datuk Shafie Apdal berkata ajakan untuk perpaduan sesama bangsa bukanlah sifat perkauman sebaliknya penting dalam perjuangan parti.

"Kekuatan Umno ialah Melayu. Selama ini keberlangsungan Umno ialah kerana Melayu. Umno tidak sepatutnya melupakan asal mereka untuk memastikan bukan saja sokongan kini tapi untuk menambah sokongan orang Melayu di masa hadapan," katanya ketika ditemui di luar dewan persidangan Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2013 hari ini.

Beliau turut menafikan kegagalan gagasan 1 Malaysia yang dibawa Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2009.

"Bukan nak kata (1Malaysia) tidak berfungsi tapi ia juga satu alat di mana rakyat boleh bersatu melalui kerjasama dan memahami satu sama lain.

Sementara itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Bung Mokhtar Radin berkata pandangan dan persepsi berbeza dalam parti merupakan perkara berbeza dan tidak semestinya sesuai digunakan dalam parti.

"Bukan nak kata tak setuju (1Melayu) sebab ini pandangan perbahasan dan tentu ada persepsi berbeza. Tapi saya lihat cadangan ini tak sesuai dgn keadaan negara sekarang sebab umum kita berkongsi kuasa dengan kaum lain.

"1Malaysia masih revelan tapi dari sudut lain, ia tak berjaya dari segi sokongan pengundi Cina tapi dari segi penerapan senegara berjaya. Kita takkan tinggalkan bangsa lain...begitu sahaja, kerana mereka pun berjuang mati-matian (untuk negara)," katanya.

Ketua Wanita Umno Datuk Shahrizat Jalil berkongsi sentimen sama dan mahu Umno dilihat secara sepenuhnya.

Malah Shahrizat memberi contoh perhimpunan parti lain yang mengajak kaum mereka bersatu.

"Bila ada perhimpunan DAP, ada kata-kata yang amat perkauman tapi kami faham, ini PAU (perhimpunan agung) Umno, perlu lihat Umno secara keseluruhan sebagai tulang belakang Barisan Nasional dan kita semua 1Malaysia," ulas beliau.

Sementara itu, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir pula yakin tiada sebarang sokongan jika ada yang mahu idea 1Malaysia cuba diubah semasa pemerintahan Najib.

"Mungkin dalam konteks PAU itu dicadangkan tapi dalam konteks seluruh Malaysia, kita masih berpegang 1Malaysia. Gagasan yang dipelopori oleh perdana menteri, jadi itu yang kita ikut," kata beliau

Semalam, perwakilan Pulau Pinang  Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta perwakilan lain untuk menukar slogan Salam 1Malaysia kepada Salam 1Melayu kerana mendakwa kaum lain, khususnya Cina, tidak dilihat membantu Umno.

Beberapa perwakilan lain turut menyuarakan pendapat agar kaum Melayu diberi perhatian lebih kerana hanya mereka dilihat menyokong Umno pada masa kini.
1Melayu: Gerakan tuntut permohonan maaf Umno
1:55PM Dis 6 2013



Dalam kenyataan keras hari ini, Gerakan Pulau Pinang menggesa Umno mengarahkan Ketua Umno Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta maaf dan menarik balik cadangannya bagi menggantikan slogan 1Malaysia dengan 1Melayu

Dalam kenyataan keras hari ini, Gerakan Pulau Pinang menggesa Umno mengarahkan Ketua Umno Bukit Mertajam Datuk Musa Sheikh Fadzir meminta maaf dan menarik balik cadangannya bagi menggantikan slogan 1Malaysia dengan 1MelayuSetiausaha Gerakan negeri Oh Tong Keong berkata, kenyataan rasis itu merosakkan semangat 1Malaysia - slogan perdana menteri dan presiden Umno untuk kerajaan.

Katanya, Musa tidak patut dibenarkan kekal dalam Umno ekoran kontroversi itu akan merosakkan perkongsian dalam BN dan perpaduan nasional.

Oh mendesak kepimpinan tertinggi Umno, termasuk Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan musa menarik balik kenyataan dan meminta maaf kepada bukan Melayu.

"Saya rasa rasis seperti Musa ketinggalan zaman dan tidak patut dibenarkan kekal dalam Umno dan BN.

"Dengan kewujudannya, Umno dan BN hanya akan hilang lebih banyak sokongan," katanya.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR