Kementerian Dalam Negeri hari ini mendedah 10 bukti orang no 2 Pas terlibat dengan ajaran Syiah berdasarkan beberapa bukti yang dikumpulkan pihak berkuasa daripada percakapan lisan, penulisan dan video di Internet.

ABU: Aku juga mengkagumi khomeini! Carilah gambar Bang Mat hantuk kepala ke, balun diri ke atau cucuk tubuh ke.....macam bodo jer KDN! 

Kah kah kah....

PEMIMPIN UMNO YANG CERDIK PERTIKAI BUKTI KDN 


Ada juga dalam kalangan orang umno sendiri yang mempertikaikan bukti yang dikemukakan oleh Kementerian Dalam Negeri kononnya bukti seolah-olah sengaja diada-adakan.

Saifuddin Abdullah bekas Timbalan Menteri Pelajaran yang tewas dalam pemilihan Umno yang lalu dalam jawatan Timbalan Ketua Bahagian berkata bukti yang didedahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung dakwaan bahawa timbalan presiden PAS Mohamad Sabu atau nama penanya Mat Sabu 121 seorang pengikut Syiah tidak meyakinkan.

Saifuddin membangkitkan bahawa Mohamad pernah menyatakan kekaguman ke atas kepemimpinan dan perjuangan revolusi Iran 1979 Imam Rhollah Khomeini.


Saifuddin dalam tulisan di Twitter berkata, beliau juga mengagumi Khomeini, dan juga tokoh revolusi lain seperti tokoh anti-apartheid Nelson Mandela, pemimpin gerila Bolivia Che Guevara, dan pejuang kebebasan India Mahatma Gandhi.

"Saya kagum Mandela, Che Guevara, Ghandi, Mother Theresa. Adakah bermakna saya Kristian, komunis, Hindu?

"Saya juga kagum Khomeini. Adakah saya Syiah?," tulisnya.