MENGUKUHKAN PERPADUAN DEMI AGAMA ISLAM
Khutbah Pertama
الْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ:
وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ
وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً
فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا
وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا ۗ كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ ﴿١٠٣﴾
Bermaksud: "Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah
(Agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenangkanlah nikmat
Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyyah
dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu
bersatu padu dengan nikmat Islam) maka jadilah kamu dengan nikmat Allah
itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di
tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyyah) lalu
Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga),
demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu Ayat-Ayat keterangan-Nya
sampai kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya". (Surah Ali-Imran Ayat 103)
أَشْهَدُ
أَنْ لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ
أَنَّ سَيِّدَنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَا أًيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ، اِتَّقُوْا اللهَ اُوْصِيْكُمْ وَاِيّايَ بِتَقْوَى اللهِ وَطَاعَتِهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Sidang jamaah yang dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan sidang Jumaat sekalian,
marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah سبحانه وتعالى dengan
melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.
Sebelum memulakan khutbah, saya ingin berpesan kepada sidang Jumaat
sekalian agar menumpukan perhatian terhadap khutbah yang bakal
disampaikan. Fahami dan hayatilah isi kandungan serta jangan
bercakap-cakap dan membuat bising. Mudah-mudahan kita memperolehi
keredhaan di sisi Allah سبحانه وتعالى. Mimbar pada hari ini akan
membicarakan khutbah yang bertajuk: "Mengukuhkan Perpaduan Demi Agama Islam".
Saudara-saudaraku yang dikasihi Allah,
Keamanan dan kesejahteraan adalah dua perkara yang cukup bermakna dan
tidak mampu dinilai dengan wang ringgit. Dengan keamanan inilah, kita
mampu untuk melaksanakan segala perintah Allah سبحانه وتعالى dengan
tenang dan tenteram tanpa merasa bimbang. Hal ini berbeza sama sekali
dengan saudara-mara kita yang berada di Palestin. Syria dan
negara-negara Islam bergolak yang lain. Kehidupan mereka dihantui dengan
hujanan bom dan tembakan peluru tanpa henti. Telinga mereka telah lali
dengan ribuan letupan setiap hari. Mata mereka sudah kering untuk
menangisi kesyahidan ahli keluarga yang dicintai. Hati mereka cukup
tabah menempuh liku-liku duniawi. Adakah kita semua gembira dengan
situasi sebegini? Adakah kita sanggup mengharungi dugaan bertali arus
bak lautan tidak bertepi?
Apabila kita perhatikan usaha pertama baginda Rasulullah صلى الله عليه
وسلم untuk membina masyarakat di Madinah ialah dengan mendirikan masjid
sebagai asas perpaduan. Seterusnya, baginda menyatukan dua golongan yang
telah beratus tahun bermusuhan sesama sendiri iaitu golongan Aus dan
Khazraj, lalu dikenali golongan ini sebagai Anshar. Baginda juga telah
menyatukan golongan yang datang daripada Makkah yang diberi nama
golongan Muhajirin. Maka hasilnya, terbentuklah satu masyarakat yang
bersatu padu yang disatukan dengan ikatan ukhuwwah Islamiyah bercirikan
kehendak Allah dan Rasul-Nya. Sebagaimana firman Allah سبحانه وتعالى
dalam Surah Al-Hujurat Ayat 10:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ ۚ .... ﴿١٠﴾
Bermaksud: "Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelagah) itu".
Sidang Jumaat yang dikasihi Allah,
Islam adalah agama paling sempurna yang mendapat keredhaan oleh Allah
سبحانه وتعالى, manakala baginda Nabi صلى الله عليه وسلم diutuskan
sebagai rahmat bagi umat akhir zaman. Hati dan perasaan bukanlah sesuatu
yang boleh dibeli dengan wang ringgit mahupun harta kekayaan. Namun,
apabila hati manusia tersebut diikat dengan Islam dan Iman, maka ianya
akan tertambat dan bertaut menjadi satu. Ini merupakan nikmat kurniaan
yang terbesar daripada Allah kepada hamba-Nya yang beriman. Hal ini
telah dirakamkan oleh Allah سبحانه وتعالى dalam Surah Al-Anfal Ayat 63:
وَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ ۚ لَوْ أَنفَقْتَ مَا فِي الْأَرْضِ جَمِيعًا مَّا أَلَّفْتَ بَيْنَ قُلُوبِهِمْ وَلَـٰكِنَّ اللَّهَ أَلَّفَ بَيْنَهُمْ ۚ إِنَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ ﴿٦٣﴾
Bermaksud: "Dan yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu
membelanjakan semua harta kekayaan yang berada di bumi, nescaya kamu
tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah
mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha
Bijaksana".
Hadirin sidang Jumaat sekalian,
Seperti mana peribahasa yang biasa kita dengar, bersatu teguh bercerai
roboh adalah merupakan ungkapan ke arah perpaduan. Nabi Muhammad صلى
الله عليه وسلم sendiri sangat menitik beratkan nilai-nilai perpaduan
seperti kasih sayang, hormat menghormati dan bertolak ansur sesama
Islam. Antaranya dalam hadith baginda nabi صلى الله عليه وسلم yang
mahsyur:
عَنْ
أَنَسٍ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ، عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ
لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ
Bermaksud; "Daripada Anas bin Malik رضي الله عنه; Sesungguhnya Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda:
Tidak beriman seseorang kamu dengan iman yang sempurna, sehinggalah ia
kasih kepada saudaranya sebagaimana ia kasih kepada dirinya sendiri". (Hadith riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Maka jelaslah bahawa perpaduan ini termasuk dalam urusan agama dan amat
dituntut di dalam Islam. Manakala sifat yang suka kepada permusuhan dan
perbalahan sesama Islam amatlah dibenci Allah dan Rasul-Nya. Sebagaimana
sabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم:
إِنَّ أَبْغَضَ الرِّجَالِ إِلَى اللهِ اْلأَلَدُّ الْخَصِمُ
Bermaksud:
"Yang paling Allah benci ialah yang keras kepala dalam perbalahan". (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim.
Cubalah kita lihat sendiri perjalanan kehidupan masyarakat Islam pada
hari ini. Dalam hadith ini Rasulullah صلى الله عليه وسلم memberitahu
kita bahawa Allah teramat benci manusia yang apabila berbalah, dia
melampaui batas bahkan menolak kebenaran hanya semata-mata ingin
menegakkan hujjahnya sendiri walaupun ianya menyimpang dari kebenaran.
Berkeras kepada dengan hujjah sendiri lalu berusaha menegakkan benang
yang basah dengan memperturutkan nafsu amarah. Inilah juga antara sifat
dan tabiat orang munafik seperti yang termaktub dalam Surah Al-Baqarah
Ayat 204:
وَمِنَ
النَّاسِ مَن يُعْجِبُكَ قَوْلُهُ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيُشْهِدُ
اللَّهَ عَلَىٰ مَا فِي قَلْبِهِ وَهُوَ أَلَدُّ الْخِصَامِ ﴿٢٠٤﴾
Bermaksud:
"Dan di antara manusia ada mengagumkan engkau dengan
tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia dan dia bersaksikan Allah
(bersumpah dengan mengatakan bahawa Allah berada di pihaknya), padahal
dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (terhadapmu wahai
Muhammad)".
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Perdamaian sangat dianjurkan oleh Islam. Manusia yang memusuhi
perdamaian adalah mereka yang telah memasuki perangkap syaitan dan
konco-konconya. Perasaan dendam kesumat dan taksub tidak mengira tempat
menjerumuskan seseorang ke kancah permusuhan dan perpecahan. Musuh-musuh
Islam pastilah amat suka jika umat Islam berpecah belah dan bercakaran
sesama sendiri. Tetapi jikalau musuh ingin menghulurkan perdamaian
hendaklah kita juga melakukan perdamaian sebagaimana firman Allah سبحانه
وتعالى di dalam Surah Al-Anfal Ayat 61:
۞ وَإِن جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ﴿٦١﴾
Maksudnya:
"Dan jika pihak musuh cenderung kepada perdamaian, maka
engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakkallah kepada
Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".
Berwaspadalah daripada sebarang bentuk ashobiyyah iaitu semangat
kebangsaan atau perkauman yang menyokong kumpulannya dengan melulu. Jika
dahulu ashobiyyah boleh diertikan taksub kepada kaum sendiri, bangsa
sendiri atau kumpulan sendiri. Rasulullah صلى الله عليه وسلم :
لَيْسَ
مِنَّا مَنْ دَعَا إِلَى عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ قَاتَلَ عَلَى
عَصَبِيَّةٍ وَلَيْسَ مِنَّا مَنْ مَاتَ عَلَى عَصَبِيَّةٍ
Maksudnya:
"Bukanlah dari kalangan kami sesiapa yang menyeru
kepada ashobiyyah, buka dari golongan kami mereka yang berpegang atas
ashobiyyah dan bukan dari golongan kami sesiapa yang mati atas dasar
ashobiyyah". (Riwayat Abu Dawud)
Sidang Jumaat yang berbahagia,
Jika orang Islam bersatu pasti kekuatan dan kemenangan akan berpihak
kepada kita. Tetapi, jika umat Islam berpecah, pasti ada golongan yang
cuba menangguk di air yang keruh untuk mengambil kesempatan di atas
kelemahan kita umat Islam. Lihatlah betapa ruginya umat Islam akibat
perpecahan tersebut.
بَارَكَ
اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بالقُرْآنِ العَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ
بِمَا فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي
وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، وَاسْتَغْفِرُ
اللهَ العَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الُمْسِلِمْينَ
وَالمُسْلِمَاتِ وَالمُؤْمِنِيْنَ وَالمُؤْمِنَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ
وَالْأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، فَيَا فَوْزَ المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا
نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.
Khutbah Kedua
الْحَمْدُ
لِلَّهِ الْذِي عَلَّمَ وَأَنْعَمَ، وَهَدَنَا بِالْقُرْآنِ لِلَّتِي هِيَ
أَقْوَامُ، أَشْهَدُ أَنْ
لآ إِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنَّ
سَيِّدَنَا وَنَبِيِّنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ سَيِّدُ
الْخَلَائِقِ وَالْبَشَرِ. اَللَّهُمَّ
صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أًجْمَعِينَ. أَمَّا بَعْدُ، فَيَاعِبَادَ
الله، اِتَّقُوْا اللهَ وَكُنُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ. وَاعْلَمُواْ أَنَّ اللهَ
سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى أَمَرَكُمْ بِأَمْرٍ بَدَأً فِيهِ بِنَفْسِهِ وَثَنَّى
بِمَلآئِكَتِهِ الْمُسَبِّحَةِ بِقُدْسِهِ. فَقَالَ اللهُ تَعَالَى مُخْبِرًا
وَآمِرًا:
أَعُوذُ بِاللهِ
مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ
عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا
عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾
Bermaksud: "Sesungguhnya
Allah dan malaikat berselawat (memberi segala penghormatan dan
kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang beriman
berselawatlah kamu kepadanya serta ucaplah salam sejahtera dengan
penghormatan yang sepenuhnya". (Al-Ahzab: 56)
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ
وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ
وَاجْعَلْ فِيْ قُلُوْبِهِمُ اْلإِيْمَانَ وَاْلحِكْمَةَ وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ
رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ
أَعِزَّ اْلإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ اْلإِسْلاَمَ
وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ، اَللَّهُمَّ
دَمِّرِ اْلكَفَرَةَ وَاْلُمشْرِكِيْنَ وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ
الدِّيْنِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami, kamimemohon agar dengan rahmat dan
perlindungan-Mu, negara dan negeri kami ini dan seluruh rakyatnya
dikekalkan dalam keamanan dan kesejahteraan, tanamkanlah rasa kasih
sayang di antara kami, kekalkanlah perpaduan di kalangan kami, semoga
dengannya kami sentiasa hidup aman damai, makmur dan selamat sepanjang
zaman.
Ya Allah, bukakanlah hati kami untuk melaksanakan ibadat zakat
sebagaimana yang telah Engkau fardhukan. Berkatilah hidup hamba-Mu yang
melaksanakan tuntutan zakat dan para pewakaf yang telah menginfaqkan
harta mereka ke jalan-Mu. Sucikanlah harta dan jiwa mereka, lindungilah
golongan fuqara dan masakin daripada kekufuran dan kefakiran yang
berpanjangan.
Ya Allah, kurniakanlah sepenuh taufiq dan hidayah-Mu terhadap Raja kami,
Duli Yang Maha mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan
Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah
al-Maghfurulahu dan Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara
Salim serta kerabat dan seluruh rakyat jelata sekalian.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ
حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ،
عِبَادَ الله، اِنَّ
الله يَأْمُرُ بِاْلعَدْلِ وَالأِحْسَانِ وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ
الْفَحْشَاءِ وَاْلمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُوْنَ. فَاذْكُرُوْا
اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ وَاشْكُرُوْهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ وَاسْأَلُوْهُ
مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ وَلَذِكْرُاللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman Google Drive.
Klik sini.
No comments:
Post a Comment