Oleh : Dr. Nur Ilyani Mohamed Nawawi
(27 Mei 2016)
Saya masih lagi menekuni dan memerhati gelagat manusia berkenaan Usul Persendirian yang dibentangkan pada hari ini oleh MP Marang merangkap Presiden Parti Islam se-Malaysia (PAS), Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang.
Sebagai seorang muslim, sudah tentu berita ini mengundang kegembiraan di hati. Apatah lagi selaku seorang rakyat Kelantan yang selama hampir separuh dekad berjuang untuk melihat undang² shariah diletakkan pada tempat yang sepatutnya. Maka, pada hari ini, seolah 1/3 beban di hati terlerai apabila melihat susuk tubuh TGHA bangun membentangkan usul.
Siasah Nafas Panjang:
Parti Islam se-Malaysia (PAS), bukan sekadar sebuah parti politik. Keputusan² yang dibuat amat teliti dan memerlukan hati yang ikhlas menilainya. Saya berani untuk katakan, pada hari ini telah nampak siapa yang bermati-matian tidak bersetuju atas apa jua alasan.
Dan, mengapakah PAS tidak meneruskan perbahasan ketika sesi petang pada hari ini dan memilih untuk menangguhkannya? Pada ketika ramai wakil rakyat terutamanya dari Sabah dan Sarawak tiada di tempat masing², boleh sahaja PAS meneruskannya dan jika berlaku perbahasan, kemungkinan akan memberikan kredit dan "political mileage" kepada PAS dan akan terus menyerlahkan siapa sebenarnya tidak bersedia untuk berbahas.
Namun, PAS memilih untuk menangguhkan agar, lebih banyak pencerahan boleh dibuat, lebih banyak wacana akan dilaksanakan, wakil² rakyat akan lebih bersedia dan akan berbahas dalam keadaan minda yang lebih "segar" tentunya.
Agenda Dakwah Itu Lebih Utama:
Dan tentunya jika tujuan utama ialah untuk dakwah, sudah tentu PAS akan memilih untuk dibahaskan pada ketika sidang parlimen memenuhi dewan. Sebegitu PAS melihat sekalian wakil rakyat sebagai medan dakwah. Dan sudah semestinya medan perbahasan nanti akan menjadi medan perbincangan ilmiah. Bukankah itu yang lebih kita mahukan berbanding tempikan tidak bersetuju penuh emosi?
Kita Abna'ul Harakah:
Wahai sahabat-sahabatku, terutamanya yang telah berubah wadah, tidakkah di hati kecil kalian terdetik, walau seketika sedikit kegembiraan tatkala TGHA diberi peluang pembentangan itu? walaupun setelah itu mungkin hadir sangkaan² lain. Tetapi percayalah, hati kita yang paling dalam tidak akan pernah menipu, kerana ianya fitrah, dan kerana kita semua pernah dididik dan ditarbiah di dalam "rahim" perjuangan yang sama. Kerana, perjuangan islam itu bukan hanya sekadar kepentingan politik yang membugar tanpa seni tarbiah dan dakwah!
1st they ignore you,
Then they laugh at you,
Then they fight you,
Then you win.
-Mahatma Gandhi-
Beristiqamah hingga kemenangan
Allahu Akbar!
No comments:
Post a Comment