Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday, 29 May 2016

Teruskan Misi Sehingga "Syaitan" Juga Dapat Kembali ke Pangkal Jalan


RUU Akta 355: Kejayaan Bersama Umat Islam

Sebaik Tan Sri Speaker Dewan Rakyat menerima pembentangan Usul Persendirian oleh presiden PAS untuk Rang Undang-Undang (RUU) bagi meminda Akta 355 (Bidang Kuasa Mahkamah Syariah) pada hari Khamis lepas, saya terus menghulur dan menggenggam erat tangan YB Dato Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan mengucapkan tahniah tertinggi kepada beliau.

Saya melihat beliau tunduk menitiskan air mata kegembiraan dan kesyukuran. Begitu juga YB ustaz Idris bin Ahmad, naib presiden PAS yang berada di sebelah tuan guru yang turut mengesat air mata. Hati saya sebak sekali. Nyata dan terlalu nyata, tuan guru presiden sedang bersujud dengan hatinya kepada Allah mensyukuri nikmat kemenangan yang benar daripada Allah untuk perjuangan menegakkan Islam di bumi bertuah ini.

Di luar sana, saya tahu ribuan umat Islam yang mengikuti perkembangan sidang Parlimen secara langsung itu turut menangis kegembiraan. Ia dikongsi bersama oleh ahli PAS dan bukan ahli PAS yang turut berjuang untuk matlamat yang sama, menegakkan syariat Allah di bumi umat Islam ini.

Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang adalah antara pemegang khazanah susur galur sejarah perjuangan para ulamak menegakkan ugama Islam di bumi tanah Melayu dan Nusantara ini. Dari zaman remajanya lagi, beliau menelaah dan merasai denyut nadi perjuangan generasi awal di zaman penjajahan barat ke atas Tanah Melayu.

Zaman mudanya adalah menyambung sirah perjuangan terdahulu. Hari ini tuan guru adalah murabbi umat yang memimpin perjuangan Islam di dalam dan luar negara. Saya yakin, beliau merasai kenikmatan berjuang yang tidak mungkin dinikmati oleh kita semua.

Tuan Guru bagaikan ingin berkongsi kejayaan ini bersama rakan-rakannya yang telah pergi lebih awal. Wajah-wajah al marhum Tuan Haji Yusuf Rawa, Ustaz Fadzil Nor, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, ustaz Hasan Syukri, Tuan Guru Harun Taib dan ramai lagi pastinya hadir di hadapan. Semoga Allah membalas jasa mereka.

Saya ingin merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada seluruh yang terlibat bagi memastikan kejayaan penuh bermakna ini. Bermula daripada speaker Dewan Rakyat, pihak kerajaan, jabatan-jabatan kerajaan, pegawai-pegawai yang berkerja keras sehinggalah rakyat dan seluruh umat Islam yang begitu memberikan sokongan yang nyata kepada usaha yang tidak mengenal penat dan lelah ini, saya kalungkan tahniah dan terima kasih paling hangat. Semoga Allah mengasihi kita semua.

Khusus buat ahli-ahli PAS yang berjuang di saf hadapan demi menegakkan ugama dengan segala upaya dan kepunyaan, semoga Allah membalas kalian dengan ganjaran tertinggi. Semoga ia menjadi azimat perjuangan yang menambahkan lagi semangat dan keyakinan untuk terus mara ke hadapan dan mengajak umat untuk bersama menjunjung kewajiban melaksanakan pengajaran al Quran yang syumul dan adil.

Ia adalah buahan daripada tanaman generasi terdahulu yang telah meninggalkan kita. Mereka pulang kepada Allah dengan istiqamah dan husnul khatimah lalu turut mewariskan kita dengan kejayaan yang kita kecapi ini.

Ia hari bersejarah yang telah tercipta apabila kerajaan Malaysia yang selama ini berkeras menolak atau berdolak-dalih atau sinis terhadap hukuman syariah Islam akhirnya membenarkan usul persendirian oleh ahli parlimen PAS itu dibentangkan di parlimen. Ia adalah kejayaan dalam percubaan keempat yang telah diusahakan oleh PAS selepas kali pertama cuba dibentangkan usulnya lebih 20 tahun lepas berkait undang-undang murtad.

Ia juga sejarah yang bakal tercipta nanti apabila usul ini diluluskan oleh parlimen selepas melepasi perbahasan usul dalam mesyuarat akan datang. Saya yakin dengan majoriti ahli Dewan Rakyat adalah beragama Islam, usul persendirian yang akan dibawa oleh pihak kerajaan nanti akan menang dan diluluskan. Ia adalah pindaan undang-undang yang hanya melibatkan umat Islam sahaja.

Akta 355 (Bidang Kuasa Mahkamah Syariah) adalah penjara kepada pelaksanaan hukum Syariah Islam yang sebenar. Undang-undang yang ada di dalamnya adalah tunduk kepada perlembagaan negara yang kekuasaannya mengatasi kedaulatan al Quran dan al Sunnah. Ia nyata bertentangan dengan Islam. Ia syirik yang nyata.

Pindaannya nanti akan melepaskan rantaian yang mengikat. Hukum-hukum al Quran dan Sunnah akan mengambil tempatnya di dalam kehidupan. Ia ibarat membenarkan wanita Islam memakai tudung selepas lama dihalang berbuat demikian di negara-negara yang lebih sekular.

Walaupun ikatan itu tidak terungkai sepenuhnya kerana masih terdapat beberapa hukumah jenayah syariah yang masih tidak melepasi pindaan ini, ia hakikatnya seperti bukaan pintu pertama yang sekian lama tertutup rapat. Saya yakin dengan kekuatan perjuangan menegakkan Islam yang menjadi dendangan umat Islam hari ini dan selepas izin Allah taala, pintu-pintu seterusnya akan berjaya dibuka dengan penuh kejayaan.

Kejayaan membawa usul untuk meminda akta 355 ( bidang kuasa mahkamah syariah) ini adalah menyusuli kejayaan PAS dan seluruh pejuang ugama di dalam perjuangan berikut:

Pertama, kejayaan memimpin umat Islam untuk menolak sistem sekularisme yang bertentangan dengan ugama. Sistem yang ditanam dan dipaksa oleh penjajah dan dipertahankan oleh UMNO itu semakin hari semakin luntur dan ditolak.

Kedua, kejayaan memahamkan umat Islam tentang kewajiban kembali kepada ugama Allah. Ia bukan satu pilihan, bahkan satu kewajiban yang mesti dipatuhi. Memilih cara hidup selain Islam adalah syirik dan dosa yang mesti ditinggalkan.

Ketiga, kejayaan mendorong umat Islam untuk menyokong usaha-usaha ke arah pelaksanaan syariat Islam. Jika tidak kerana desakan yang meluas, sudah pasti agak sukar untuk kita melihat kerajaan UMNO BN bersedia untuk menerima dan insya Allah menyokong pindaan ini.

Keempat, kejayaan meyakinkan UMNO bahawa pindaan akta ini bukanlah berkisar soal politik semata-mata yang bertujuan meraih undi dan kemenangan. Bahkan ia adalah satu kewajiban umat yang mesti dipikul bersama.

Kelima, kejayaan mendekati ahli dan penyokong umno, bahkan pemimpin umno juga agar turut bersama memberi sokongan kepada usaha bersejarah ini.

Keenam, kejayaan merapatkan hubungan dengan kumpulan-kumpulan Islam yang aktif berdakwah dan berjuang sehingga mampu bersatu tenaga menyokong dan mendesak kerajaan untuk menerima pindaan undang-undang ini.

Saya yakin kejayaan-kejayaan di atas adalah besar. Ia adalah 'al nasr' menuju 'al fath' atau kemenangan menuju pembukaan yang lebih besar dan berkuasa untuk Islam. Saya berharap PAS terus berjaya mengekalkan rentak kejayaannya dan terus istiqamah memikat hati semua pihak untuk turut bersama berjuang.

Berjuang untuk Islam adalah paling benar dan asli dalam kehidupan di dunia ini. Hidup ini penuh persaingan dan perjuangan. Manusia memilih untuk berada di medan mana yang mereka sukai. Tetapi yang nyata daripada perkhabaran langit melalui para rasul adalah bahawa semua persaingan dan perjuangan adalah batil dan sia-sia melainkan perjuangan menegakkan Islam di bumi-NYA.

Bersama PAS beristiqamah menuju kemenangan.

**Artikel adalah untuk siri kolum 'Terang Rembulan' akhbar Harakah.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR