Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday, 31 July 2012

PKR Dijangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada

Laporan UMNO Online yang menurut pandangan mereka kononnya berdasarkan sumber-sumber dalaman PKR mengesahkan bahawa parti itu (PKR) berada dalam keadaan yang agak ‘kecut’ untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi.

Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas.  Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN.   Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu.   PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat ‘U Turn’ dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu.  

Sebelum ini, PKR seperti juga Pas, telah ‘mempersetankan’ sahaja perjuangan demi bangsa Melayu.

Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata ‘malu menjadi Melayu’.  Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu.   Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.

Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi ‘membela Melayu’ ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal ‘Melayu’ sebelum ini.  Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi.

Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan  hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:

1.      ‘working class’ yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,

2.      ‘golongan muda’ yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta

3.      ‘pengundi India’ yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian.

Dengan itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap ‘diberi muka’ sekiranya PR menang dalam PRU ini.

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka.

Kewujudan beberapa ‘kem’ dan peningkatan rasa curiga serta ‘dingin’ di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.-UMNO Online.

Mengulas isu tersebut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mempunyai pandangan yang berbeza.Berdasarkan senario dan perkembangan terkini beliau meminta rakyat bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan tindak balas Umno dan Barisan Nasional (BN) berikutan perubahan yang berlaku kini.

"Maklumat-maklumat menyatakan lebih ramai lagi yang akan meninggalkan Umno dan BN. Apa sahaja boleh terjadi termasuklah runtuhnya pemerintahan 55 tahun parti yang dipanggil parti perasuah yang busuk hingga ke usus oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu.

"Walaupun satu dua tokoh Umno peringkat bawahan pernah membuat kenyataan bahawa parti itu akan menerima perubahan tanpa bertindak ganas, tetapi rakyat perlulah bersedia menghadapi dengan matang apa jua kemungkinan tindak balas parti yang hanya hidup dengan mengapi-apikan isu perkauman itu," kata beliau.

Bagi Mahfuz, apa yang disifatkannya sebagai permulaan penghijrahan lebih ramai wakil rakyat dan tokoh Umno BN itu bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

"Dari perbincangan-perbincangan secara jujur dengan mereka sebelum ini, sebenarnya ramai ahli-ahli Parlimen BN yang sudah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak).

"Mereka melihat pentadbiran Najib sebagai pentadbiran 'flip flop' yang lebih teruk dari pentadbiran Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) sebelum ini, lemah dan kucar kacir," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Mereka, katanya lagi, melihat keputusan kabinet Najib bersifat separuh masak seperti keputusan mengenai Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

"Mereka juga melihat polisi-polisi kabinet di"u turn"kan seperti keputusan mengenai penggabungan MAS-Air Asia sebelum ini.

"Mereka juga tidak sanggup menghadapi tekanan akar umbi Umno yang semakin tidak berpuas hati apabila kroni-kroni seperti George Kent ditawarkan projek berbilion ringgit walaupun tidak layak.

"Kesemua ini menyebabkan rasa meluat mereka terhadap Najib dan kerajaannya sampai ke tahap kemuncak," kata Mahfuz.

Menambahkan rasa benci mereka, katanya lagi, ialah apa yang mereka lihat dan dakwa sebagai campur tangan berlebihan isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, dalam urusan pentadbiran kerajaan.

"Dalam perbualan-perbualan tersebut, ada pemimpin tertinggi Umno secara bergurau menyatakan BN maknanya 'bini Najib'.

"Walaupun bergurau dalam rungutan tersebut, tetapi kita dapat melihat keresahan mereka terhadap apa berlaku sehingga ada di antara mereka yang menyifatkan Rosmah adalah Perdana Menteri sebenar atau de facto Prime Minister," katanya.

Sebahahagian yang lain pula, kata Mahfuz, menyatakan rasa meluat mereka kepada bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir.

"Walaupun tidak ramai dan tidak lantang kerana Dr Mahathir begitu dirasai sangat berpengaruh dan mata serta telinganya dikatakan ada di mana-mana di dalam Umno termasuk di kalangan ahli-ahli Parlimen parti itu, golongan yang meluat kepada Dr Mahathir mahu bekas Presiden Umno itu tutup mulut atau 'shut up'," kata Mahfuz.

Dalam perkembangan berkaitan, para pemimpin Umno kini dilaporkan sibuk menangani gelora yang berlaku di Sabah yang dimulakan dengan tindakan Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan Umno dan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Wilfred Bumburing meninggalkan BN.

Tarikh pilihan raya yang dirancang oleh Najib juga dilaporkan terpaksa dipinda berikutan perkembangan yang dilihat sebagai permulaan kepada bencana yang lebih besar kepada BN itu.

ABU: Tiada siapa berhak memperakui bahawa mereka boleh mencapai kemenangan. Bubar dahulu parlimen dan DUN, biarkan rakyat menjadi penentu.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR