Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Datuk Mohd Zaini Hassan berkata pengamal media dibolehkan "memutar" fakta untuk membentuk gambaran yang diingini kepada khalayak.

Menurutnya, langkah itu adalah "serangan berhemah" kepada pembangkang yang kini menguasai persepsi umum sehingga menyebabkan kerajaan BN "dibicarakan" dalam ruang politik negara.

"Dalam bentuk penulisan kita ada; satu fakta, satu spin (putar fakta), satu lagi blatant lie (pembohongan terang-terangan).

"Dari segi perang psikologi kita jangan ikutlah blatant lie, kita jangan tulis pembohongan.

"Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta tersebut memihak kepada kita, itu OK," kata Zaini.

Beliau turut mengakui kelebihan kini berpihak kepada pembangkang dalam perang psikologi politik menerusi media sosial.

"Kalau kita lihat sebelah sana, media (mereka) tidak tengok duit.

"Di sana mereka kerja dengan hati, perasaan, dan fisabilillah (di jalan Allah).

"Tetapi kita di sini, minta maaf kalau saya cakap, tidak ada duit tak jalan (jentera)," kata Zaini sewaktu bercakap pada forum Media Sosial: Mengurus Isu, Menangani Persepsi dan Emosi Rakyat di Kuala
Lumpur.

Zaini yang popular dengan kolum Cuit dalam akhbar Utusan Malaysia turut mengakui bahawa media kini memainkan peranan yang jauh lebih penting berbanding faktor wang dan jentera dalam memenangi pilihan raya.

"Dalam konteks Malaysia, media dah jadi tempat pertama (dalam memenangi pilihan raya)," kata Zaini.

 
Ketua Sekretariat Himpunan Ulama Muda Umno, Fathul Bahari Mat Jahaya yang turut menjadi panelis forum pula menggesa pengamal media sosial agar memeriksa fakta di sebalik sebarang dakwaan yang bersifat politik.

"Islam dan agama lain ajar kita kalau ada tohmahan, kita kena ada bukti sama ada ia benar atau tidak benar," katanya.

Pada masa yang sama, beliau juga menggesa pengamal media sosial pro-BN supaya mengamalkan "muslihat" dalam perang psikologi terhadap pembangkang.

Menurutnya, Nabi Muhammad turut mengamalkan muslihat dalam peperangan dengan menghitamkan rambut tentera Islam yang berusia agar kelihatan muda dan gagah pada mata musuh.

ABU: Helah tu betul ustaz oiii....jika untuk kebaikan atau mempertahankan kebaikan, berbohong itu pula sifat munafik. 

Contoh helah/berhelah:

Umum mengetahui bahawa ramai di kalangan pemimpin dan YB pembangkang terdiri dari kalangan orang-orang yang tidak mempunyai banyak dana atau harta untuk membantu dan memberi sumbangan kepada rakyat yang memerlukan. Sebagai penyokong parti yang berkemampuan atau memiliki dana yang cukup atau berlebihan, penyokong-penyokong ini yang tampil memberi sumbangan kepada pihak yang memerlukan. Sumbangan itu pula dikatakan sebagai sumbangan daripada pemimpin atau YB pembangkang itu, walhal pemimpin-pemimpin atau YB tersebut tidak pula mengetahui tentang sumbangan itu.Helahnya di sini, orang yang menerima sumbangan akan sentiasa ingat bahawa yang menyumbang itu adalah pemimpin atau YB mereka manakala orang yang menyumbang itu pula tidak mendapat apa-apa imbuhan atau berupa sogokan untuk mendapatkan sesuatu, hanya sekadar ikhlas untuk menyokong pimpinan atau parti mereka agar terus mendapat sokongan rakyat.


Contoh pembohong/berbohong:(Contoh sahaja, bukan betul-betul)

Penguasa yang mengambil atau memeras (kata lunaknya "meminjam") dana rakyat seperti simpanan KWSP,cukai yang tinggi, Royalti yang sepatutnya dikembaikan kepada negeri-negeri yang berhak, Dana-dana syarikat minyak negara, FELDA dan sebagainya, kemudian ditaburkan kepada rakyat. Sebahagian daripada dana ini masuk dan mengalir ke dalam kocek-kocek pemimpin dan kroni mereka.Hanya sebahagian yang sampai ke tangan rakyat melalui (contoh lagi, bukan betul-betul) BR1,BR2 dan BR setrusnya. Pembohongannya, dikatakan sumbangan atau pemberian tersebut datangnya dari pemimpin dan parti yang memerintah.

Contoh 2:
Kita cagarkan sebidang tanah orang lain melalui persetujuan tuannya setelah kita janjikan keuntungan yang lumayan, kita dapat pinjaman RM 10 000 dari cagaran tersebut (contoh, bukan betul-betul). Kita berikan hanya RM 2 000 kepada pemilik tanah tersebut, kita katakan padanya, pemberian itu sebagai "durian runtuh".Kita ada baki RM 8 000 dan kita simpan. Keuntungan seterusnya yang akan diperoleh oleh tuan tanah ialah datangnya dari apa-apa yang diusahakan oleh pihak ketiga (yang menerima cagaran kita, itupun jika ada untung, jika tidak......).Baki 8 000 akan terus kita pegang sebagai aset pusingan (saham).Dalam masa yang sama kita cari jalan untuk gunakan duit tersebut dengan mengenakan pelbagai "servis" melalui poroksi-poroksi yang kita lantik.Baki wang itu juga kita gunakan sebagai "umpan" untuk mengaburkan mata pemilik tanah yang berjaya kita bohongi untuk kelangsungan kuasa politik kita........


Lagi pembohongan dapat disingkap dari berita di bawah.

Dipindah Sejauh 360 Kilometer Kerana Sokong PAS

Blog Ibn75.wordpress.com
PONTIAN: Gara-gara dianggap penyokong pembangkang, bekas Pengetua di salah sebuah sekolah menengah di negeri ini telah di tukarkan sejauh 360 kilometer.

Hj Jasimin, 63 berkata penyertaannya dalam gerakan Islam PAS adalah diatas kesedaran disamping penyalahgunaan kuasa jelas berleluasa sewaktu beliau masih bergelar kakitangan kerajaan lagi.

”Saya tak payah ambil contoh yang jauh. Saya lihat dengan kepala dan mata sendiri bagaimana penyelewengan itu boleh dibuat.

”Saya di buang daerah sejauh 3 jam perjalanan. Kononnya di buang daerah kerana penyokong PAS. Sebagai seorang bekas Pengetua, saya tiada apa-apa kepentingan. Yang saya utamakan adalah keselesaan pelajar saya mengikuti pembelajaran yang kondusif.

”Suatu ketika, atap bocor dalam bilik darjah menyebabkan aliran elektrik terganggu. Jadi, saya buat permohonan kepada pihak terbabit untuk membaikinya.

”Apabila peruntukan itu sudah sampai. Alangkah terkejutnya saya lampu kalimantang yang harga pasaran sekitar RM120, diclaim RM360. Berkali-kali ganda naik.

”Saya ajukan pertanyaan ini kepada pihak terbabit. Malangnya, bukan penjelasan yang saya terima, tapi saya pula dimarahnya pula. Dia kata saya tak berterima kasih. Untungnya diberikan peruntukan, kalau tak bagi?, katanya.

”Ya, Allah. Saya minta bukan untuk kepentingan saya. Ia untuk kemudahan anak-anak murid saya,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapannya pada majlis Penyampaian sumbangan kepada golongan tidak berkemampuan, di Unit Peti Undi (UPU) Parit Betak, dekat sini, baru-baru ini.

Begitulah contoh antara helah dan juga pembohongan.


SEMOGA RAKYAT TERHINDAR DARI PEMBOHONGAN PEMIMPIN-PEMIMPIN MEREKA.