Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday, 12 July 2013

AYAM: Boikotlah....Boikot! Kah,kah,kah.....

Boleh Import Ayam  China - MOA

Gebunya Ayam Cina....kah..kah..kah...

PUTRAJAYA 12 Julai - Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) membenarkan import bahagian-bahagian ayam dari China berkuat kuasa serta-merta selepas negara itu diisytihar bebas penyakit selesema burung atau H9N7.

Selain itu, penternak ayam tempatan juga telah meningkatkan pengeluaran daripada kira-kira 1.4 juta ekor ayam sehari kepada 2.2 hingga 2.4 juta ekor sehari untuk memenuhi permintaan yang tinggi menjelang perayaan Aidilfitri.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kebenaran untuk menyambung import bahagian ayam dari China bakal mengurangkan kebergantungan terhadap ayam tempatan sekali gus membantu menurunkan harga ayam yang sedang melonjak.

"Malaysia menghentikan import bahagian ayam dari China terutamanya dari wilayah Shandong kira-kira dua bulan lalu selepas berlaku kes selesema burung di negara tersebut dan keadaan itu menyebabkan peniaga lebih bergantung pada bekalan tempatan.

"Namun saya dimaklumkan China sudah bebas daripada wabak H9N7, jadi import boleh disambung serta-merta, bahagian-bahagian ayam ini biasanya digunakan untuk membuat burger atau makanan segera lain," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Mengulas kenaikan harga ayam dan peningkatan pengeluaran hasil ternakan tempatan, Ismail Sabri berkata, permintaan terhadap ayam pada hari biasa sekitar 1.2 juta sehari tetapi melonjak kepada 2.2 juta hingga 2.4 juta ekor sehari menjelang perayaan Aidilfitri.

"Ladang-ladang ternakan biasanya mengeluarkan kira-kira 1.4 hingga 1.5 juta ekor ayam sehari tetapi semasa Ramadan, jumlah pengeluaran telah ditingkatkan ke 2.2 juta hingga 2.4 juta ekor sehari," katanya.

Tambahnya, peningkatan harga makanan untuk ayam turut memberi kesan terhadap kenaikan harga hasil ternakan itu.

"Harga ladang untuk sekilogram ayam ialah RM5.70, harga borong RM6.40 dan harga runcit ialah sebanyak RM8.40," katanya.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan harga ayam meningkat mendadak dan dijual pada harga RM8.50 di Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan Melaka, RM9 di Kedah serta RM9.50 di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
 PPIM Ajak Pengguna Boikot Ayam

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini mengajak pengguna memboikot ayam buat sementara waktu, susulan kenaikan mendadak harga barang keperluan itu sejak dua minggu lepas.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata tindakan itu mampu mengatasi masalah kenaikan harga kerana pembekal terpaksa menurunkan semula harga jika tiada permintaan.

“Kita sudah mendengar masalah kenaikan harga ini berulang kali sejak beberapa tahun lalu…kali ini kita harap pengguna mengambil langkah bijak untuk mengatasi masalah yang sama dengan tidak membeli ayam dalam tempoh tiga hingga empat hari,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kerajaan juga perlu bertindak segera bagi membendung kenaikan harga ayam di pasaran yang sering berlaku ketika Ramadan dan kenaikan kali ini dijangka berlanjutan sehingga Aidifitri.

Kenaikan harga ayam yang meningkat secara mendadak melebihi harga siling yang ditetapkan iaitu RM6.80 sekilogram, menyebabkan pengguna bimbang terpaksa menanggung kos lebih tinggi pada masa akan datang.

Tinjauan Bernama di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor mendapati pasar raya masih menjual ayam pada harga yang berpatutan iaitu sekitar RM7.50 sekilogram.

Bagaimanapun harga ayam yang dijual di pasar tani jauh lebih tinggi iaitu antara RM8.50 dan RM9 sekilogram.

Seorang suri rumah, Siti Rohani Yaakob, 47 menyokong cadangan PPIM agar pengguna memboikot barangan yang harganya naik secara mendadak.

“Harga ayam kerap meningkat terutama di sekitar pasar-pasar tani apabila tiba musim perayaan. Saya harap kerajaan ambil tindakan serius dalam mengawal harga barangan bukan hanya pada musim perayaan tetapi secara berterusan untuk menjamin kebajikan rakyat,” katanya.

Ibu kepada lapan anak, Rogayah Ahmad, 64, pula berkata beliau menyedari peningkatan harga barang mentah terutama ayam pada setiap tahun, tetapi tetap membelinya bagi memenuhi keperluan keluarga.

“Saya terpaksa berbelanja lebih untuk membeli ayam kerana mempunyai ahli keluarga yang ramai, jika harga terus meningkat ia akan memberi kesan kepada kami sekeluarga,” katanya.

Pesara polis, Abdul Aziz Yusuf, 64 berkata beliau mula menyedari harga barang naik sejak April lalu namun tidak menyangka harga barangan naik mendadak sehingga RM9 sekilogram pada bulan Ramadan ini.

Beliau berharap kerajaan dapat mengawal situasi itu dan memastikan harga kembali kepada asal dalam masa terdekat. – Bernama.
Abu: Nak kedarah ikan hari2.....barga ikan murah ke?Atau juadah raya nanti cekik lemang cecah gula....

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR