Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday, 9 July 2013

Tragedi 'Subuh berdarah', catatan saya

Tragedi 'Subuh berdarah', catatan saya


Berlalu lebih 24 jam insiden berdarah "Solat Subuh" dan angka korban semakin meningkat. Jarak antara Dataran Raba'ah yang menjadi lokasi himpunan menyokong Mursi dengan Bangunan Kelab Pengawal Republik tidak jauh, kurang dari 10 km.Beberapa hari sebelumnya, mereka menganjurkan himpunan aman di tiga lokasi iaitu dataran Raba'ah Madinah Nasr, dataran Nahdhah,Giza dan hadapan Bangunan Kelab Pengawal Republik, Jalan Solah Salem.

Malam sebelum kejadian berdarah, tentera menggunakan helikopter mereka bagi menggugurkan risalah kepada lebih 100,000 orang yang berkumpul di Bangunan Pengawal Republik. Antara kandungan risalah iaitu "tentera tidak akan tunduk kepada tekanan dari kumpulan minoriti" yang diisyaratkan kepada penyokong Mursi.

Mesir akan mencatat sejarah yang akan dibaca oleh generasi mereka yang akan datang bahawa terdapat datuk nenek mereka yang sedang menunaikan solat Subuh pada 8 Julai 2013, menganjurkan himpunan aman yang hanya menuntut hak mereka yang dirampas, dibunuh dengan cara yang paling kejam. Tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia pada zaman serba moden ini insiden kejam sedemikian melainkan askar rejim Nusairi Syria dan askar Zionis yang membunuh umat Islam di Syria dan Palestin ketika solat.

Mangsa yang ditembak pula mati serta-merta kerana tembakan di dada, kepala dan leher sememangnya untuk membunuh, bukan sekadar mencederakan mangsa. Sementara mereka yang cedera pula dibawa ke hospital berdekatan. Malangnya, tiga buah hospital yang berdekatan enggan menerima mangsa yang cedera. Tiga buah hospital tersebut iaitu Hospital Husein Jami'i, Hospital Abbasiyah dan Hospital Damardash.

Keengganan pihak hospital menerima mangsa yang cedera menyebabkan angka kematian meningkat mendadak. Lalu mangsa dibawa ke Hospital Rab'ah, berhampiran lokasi himpunan. Dengan kepadatan hospital yang tidak mampu menampung mangsa, pihak aktivis yang terdiri dari kalangan doktor-doktor perubatan telah menubuhkan "hospital awam" yang dibuat di dewan persidangan, bersebelahan masjid Raba'ah. Terdapat juga mangsa yang cedera dibawa menerima rawatan di Hospital Ta'amin Sihhi, berhampiran Dewan ACC. Rupanya pihak polis telah sedia menanti kedatangan mereka lalu mereka ditangkap.

Keadaan bertambah kritikal apabila pihak ambulans tidak dibenarkan menghampiri kawasan serangan lalu terpaksa rakyat menggunakan kenderaan persendirian membawa mangsa ke hospital.

Sementara mereka yang terselamat di kawasan serangan,terutama golongan wanita, warga tua dan kanak-kanak terpaksa menyelamatkan diri dari terus menjadi mangsa peluru polis dan askar. Mereka mencari perlindungan di dalam rumah Allah, Masjid Mustafa yang terletak berhampiran medan serangan. Pasukan keselamatan bertindak mengepung kawasan masjid lebih 3 jam dan akan menangkap sesiapa sahaja yang cuba keluar. Terdapat mereka yang terpaksa keluar lalu ditangkap dan jumlah mereka sekitar 200 orang.

Ikhwanonline pula mendedahkan, mangsa yang ditangkap ini kemudian didera teruk bertujuan supaya mereka mengaku bahawa mereka adalah "pengganas" yang cuba menyerang Bangunan Pengawal Republik. Jika mereka mengaku, mereka akan ditampilkan dalam satu sidang media petang nanti. Hingga sidang media, tidak terdapat mereka yang berbuat demikian.

Kesatuan Doktor Perubatan Mesir mengadakan sidang tergempar di Dewan Raba'ah jam 11 pagi. Menurut Setiausaha Agung kesatuan, Dr.Jamal Abdussalam, angka korban (waktu itu) berjumlah 51 orang, termasuk 8 orang wanita dan 5 orang kanak-kanak, dua daripadanya masih menyusu.

Sekitar jam 3 petang, sidang media khas diadakan bersama oleh Majlis Tentera dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi "menjelaskan secara lanjut" insiden berdarah pagi tadi.

Sebelum sidang dimulakan, wartawan "Al-Jazeera" telah dihalau keluar dan tidak dibenarkan membuat liputan.

Lalu, wakil tentera dan KDN "menjelaskan" tragedi. Kata tentera, "pagi tadi, sekitar jam 4 pagi kami dikejutkan dengan serangan pihak pengganas yang cuba menceroboh Bangunan Pengawal Republik. Seorang tentera terbunuh dan 14 yang lain cedera akibat serangan pengganas itu. Tapi tentera berjaya memberkas 200 orang pengganas dan didapati mereka mempunyai senjata api."

Pihak media juga ditayangkan dengan keratan video bagi menunjukkan bahawa terdapat usaha bagi menceroboh bangunan. Juga mereka tayangkan beberapa orang pemuda melemparkan "molotov" buatan kepada pihak keselamatan.

Askar berkata, "Senjata kami untuk membunuh musuh, bukan anak bangsa sendiri. Apa yang disebarkan bukan gambar yang berlaku di Mesir tetapi di Syria. Termasuk gambar kanak-kanak yang ditembak, ia adalah yang berlaku di Syria."

Tambah wakil askar, hari ini terdapat mereka yang cuba memburukkan imej baik pihak askar.

Kata wakil KDN, "Kami akan bertindak tegas kepada mereka yang menyalahi undang-undang."

Semoga Allah mengurniakan kita kebenaran dan kita mengikuti kebenaran tersebut.

*Penulis adalah penasihat PMRAM

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR