JANGAN TINGGALKAN AL-QURAN
Khtbah Pertama
الْحَمْدُ ِللهِ الْقاَئِلِ :
شَهْرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلْقُرْءَانُ هُدًۭى
لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلْهُدَىٰ وَٱلْفُرْقَانِ
"Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi
petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang
menjelaskan petunjuk dan menjadi pembeda antara haq dan batil." -
Surah al Baqarah ayat 185.
اَشْهَدُ اَنْ لاَ الهَ اِلاَّ
اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا
عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبـَارِكْ
عَلىَ سَيِّدَنـَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ اِلىَ
يَوْمِ الدِّيْنِ.
اَمَّا بَعْدُ، فَيَا عِبَادَ
الله اِتَّقُوْ اللهَ فَاِنَّ اللهَ مَعَ الْمُتَّقِيْنَ.
Muslimin yang
dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada
tuan-tuan, dan diri saya sendiri, marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah
SWT, dengan sebenar-benar takwa, kerana sesungguhnya hanya orang yang bertaqwa
sahajalah yang akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
Sidang Jumaat
Sekelian,
Penurunan Al-Quran
secara sekaligus dari Luh Mahfuz ke Baitul Izzah di langit dunia, berlaku pada
17 Ramadhan. Al-Quran seterusnya diturunkan secara berperingkat kepada
Rasulullah s.a.w. mengikut ketetapan dan perintah Allah dalam jangka masa lebih
kurang 23 tahun. Dengan segala keistimewaan yang ada pada Al-Quran, semestinya
semua Umat Islam meraikan hari penurunan Al-Quran ini agar kita dapat
menghayati dan mengamalkan ajaran Al-Quran sepenuhnya.
Sidang Jumaat
Sekelian,
Berapa ramai di
kalangan umat Islam yang benar-benar menyedari bahawa al-Quran adalah merupakan
mukjizat yang paling besar yang diberikan oleh Allah kepada manusia. Kehebatan
bahasanya, keindahan ayatnya dan keunggulan isi kandungannya menjadikan
al-Quran tidak mampu ditandingi oleh mana-mana kitab lain. Ini disebabkan
kebanyakan kita gagal mempelajari dan menguasai bahasa Al-Quran dan gagal
memahami apakah yang difirmankan oleh Allah dalam Al-Quran.
Saudara Sidang
Jumaat yang dimuliakan,
Al-Quran telah
terbukti berjaya membentuk para sahabat menjadi generasi al-Quran yang unik ( جِيْلُ الْقُرْآنِ الْفَرِيْد ) di bawah pentarbiahan secara langsung oleh Rasulullah saw.
Generasi ini telah membawa panji-panji kebenaran Islam sehingga dikecapi oleh
umat manusia sejagat. Generasi ini berjaya membebaskan manusia daripada
perhambaan sesama makhluk kepada pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah.
Generasi ini telah berjaya mengeluarkan segala bentuk penindasan dan kezaliman
sistem dan undang-undang ciptaan manusia kepada keadilan sistem dan
undang-undang Allah. Semua ini disebabkan mereka benar-benar menghayati seluruh
ajaran Al-Quran tanpa memilih-milih. Malangnya sebahagian Umat Islam hari ini
mengambil Al-Quran jika dirasakan sesuai dengan kepentingan mereka, namun
mencari berbagai alasan untuk tidak mengamalkan ajaran Al-Quran jika tidak
memenuhi kehendak nafsu mereka. Apa yang peliknya mereka masih tanpa segan silu
menganggap diri mereka sebagai Muslim Mukmin yang terbaik tanpa merasa gerun
dengan ancaman dan peringatan Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 85-86 :
...........أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ
مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلاَّ خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ
الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ
الْعَذَابِ وَمَا اللَّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا
تَعْمَلُونَ (٨٥) أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا
بِالآخِرَةِ فَلاَ يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلاَ هُمْ يُنْصَرُونَ (٨٦)
Apakah kamu hanya
beriman kepada sebahagian Kitab dan kufur kepada sebahagian yang lain? Maka
tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu darpada kamu, selain dari
kehinaan ketika hidup di dunia, dan pada hari kiamat kelak akan ditolak mereka
ke dalam azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali
lalai tentang akan apa yang kamu lakukan.
Mereka itulah
orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan menggadaikan kehidupan mereka
di akhirat,; maka tidak akan diringankan azab seksa mereka, dan mereka pula
tidak akan diberikan pertolongan.
Sidang Jumaat
Sekelian,
Ramai antara kita
yang takut dilaknat oleh Al-Quran jika salah ketika membacanya. Namun berapa
ramai yang benar-benar takut dilaknat oleh Allah kerana meninggalkan Quran
sepenuhnya ataupun sebahagian daripadanya. Imam Ibnu Katsir menjelaskan maksud
meninggalkan Quran sebagai berikut :
a. Tidak
membaca Al-Quran dan tidak mahu mendengarkannya.
b. Tidak
beriman dengan ajaran Al-Quran.
c. Tidak
mengkaji dan memahami Al-Quran.
d. Tidak
membenarkan isi kandungan Al-Quran.
e. Tidak
mengamalkan ajaran Al-Quran.
f. Berpaling
daripada Al-Quran kepada yang lain.
Maka Bulan Ramadhan
inilah peluang yang terbaik bagi kita untuk mengelakkan kita daripada tergolong
dalam kalangan mereka yang meninggalkan Al-Quran. Bacalah, fahamilah dan
hayatilah isi kandungan Al-Quran jika kita benar-benar beriman.
بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ،
وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ،
وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ.
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ
وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.
Khutbah Kedua
اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ :
وَقَالَ ٱلرَّسُولُ يَـٰرَبِّ إِنَّ قَوْمِى ٱتَّخَذُوا۟ هَـٰذَا
ٱلْقُرْءَانَ مَهْجُورًا﴿٣٠﴾
Dan berkatalah
Rasulullah : Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku telah menjadikan Al-Quran ini
sesuatu yang ditinggalkan - Al-Furqan : 30
أَشْهَدُ أَن لاَ ِإلــهَ إلاَّ الله
وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وأَشهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
فيا عبادَ الله اِتَّقُوْا الله
اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.
Hadirin
yang dirahmati Allah,
Rasulullah SAW
adalah seorang Nabi dan Rasul yang amat mengasihi Umatnya. Sehebat manapun
kejahatan dan kefasiqan Umatnya terhadap Allah dan Rasul, tidak pernah
menyebabkan baginda berputus asa terhadap tugas dakwah yang dilakukan. Seboleh
mungkin baginda tidak sekali-kali akan merintih dan mengadu kepada Allah
terhadap perbuatan umatnya melainkan ianya adalah sesuatu yang amat besar dan
jika ianya dilakukan maka ianya adalah akibat kebimbangan baginda terhadap
kemurkaan Allah terhadap umatnya. Kembalilah kita kepada Al-Quran dan jangan
sekali-kali meninggalkan Al-Quran dalam segala tindak tanduk kita sepanjang
kita menumpang bumi tuhan.
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ
وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ
وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ، وَاجْعَلْ فِىقُلُوْبِهِمُ
الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى
اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ
وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ
انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ
وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ
اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ،وَيُكَذِّبُوْنَ
رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ،اَللَّهُمَّ بَدِّدْ
شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ،وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ
كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ،
اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ،
وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ،إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا
عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.
اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ
الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ
اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ
Ya Allah,
Kurniakanlah Rahmat
dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat
dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara
seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang
membantu saudara segama mereka samada dengan kekuatan senjata, kekuatan harta
benda termasuk yang mencurahkan tenaga dan idea untuk membantu saudara-saudara
mereka.
Ya Allah Ya Rahim,
Kurniakanlah
keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka
menunaikan menunaikan zakat dan memberi bantuan kepada Umat islam yang
memerlukan. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk
menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini.
رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ
حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ،وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .
إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي
الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ
وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .
فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ
يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ،
وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.
Teks asal khutbah ini boleh juga dimuat turun dari laman sesawang
www.4shared.com
No comments:
Post a Comment