Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday, 24 July 2013

Musuh Sentiasa Mengintai Peluang,Kadang-kala Kita Juga Tergolong Sebagai Penyumbang Kepada Isu Yang Gawat Semakin Tenat Melalui Komentar Yang Tidak Berhikmah.....


saraamelia
Rakan Ajak Sara Amelia Tukar Agama Untuk Masuk Pertandingan Ratu Cantik
Sesetengah orang melakukan kesilapan kerana sudah tahu tapi mahu menegakkan benang basah manakala sesetengahnya pula, disebabkan jahil atau kurang arif tentang sesuatu perkara.

Bagi kesilapan disebabkan alasan kedua, maka peluang untuk belajar dan disedarkan harus diberi bukannya terus mengutuk atau mencaci. Apatah lagi dalam Islam, kita dianjurkan untuk menyayangi saudara seugama. Seperti firman Allah Taala:
“Damaikanlah antara saudara-saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu diberi perasaan kasih sayang”. (Al Hujuraat: 10)
Terdapat juga hadis dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah saw. bersabda:
“Janganlah kamu saling benci membenci, dengki mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya lebih dari tiga hari lamanya”. [HR Bukhari dan Muslim]
Maka dalam kes Ratu Cantik Malaysia yang sedang hangat diperkatakan sekarang, pendekatan berhemah seharusnya digunakan oleh masyarakat Islam negara ini setiap kali memberikan komen apatah lagi di bulan Ramadan, di mana Allah Taala membuka seluas-luasnya peluang mendapat keampunan kepada hambaNya.
Apatah lagi dalam keadaan sekarang, keempat-empat gadis muslim yang digugurkan nama mereka daripada pertandingan Ratu Cantik Malaysia sudah tentu sedang gundah dan kecewa.
Hal ini kerana jika mereka benar-benar memahami Islam, sudah tentu dari awal mereka tidak akan memasuki pertandingan seperti ini. Malah ‘ketidaktahuan’ itu dibuktikan dengan kenyataan salah seorang mereka, Sara Amelia Muhamad Bernard, 20, yang mendakwa fatwa melarang wanita muslim memasuki Ratu Cantik sudah ketinggalan zaman.
Maka sepatutnya, Sara dan 3 lagi peserta ini dipanggil oleh pihak yang sesuai, lalu diberikan penjelasan lanjut dari sudut agama mengapa wanita Islam dilarang memasuki pertandingan ratu cantik.
Maklumlah apabila isu agama diperkatakan secara umum dan berlandaskan logik semata-mata, ia sangatlah tidak kena. Bayangkan, individu yang bukan Islam (penganjur pertandingan – Datin Anna Lim) pun berani mengeluarkan kenyataan kepada orang Islam sendiri (Sara) bahawa dia akan berusaha bertemu Mufti Wilayah, Datuk Wan Zahidi bagi meminta penjelasan di bahagian mana dalam Al Quran menyatakan berdosa dan haram menyertai pertandingan ratu cantik.
Astaghfirullah, individu yang bukan Islam dan penganut Islam yang tidak dekat dengan agama pastilah akan bersandar pada logik semata-mata dalam mengulas isu agama sedangkan sesuatu yang halal dan haram di sisi agama tidak boleh dipertikaikan lagi!
Paling dibimbangi, pada saat-saat sekarang apabila sesama Islam lebih sibuk menyelar tindakan peserta ratu cantik yang seugama dengan kita ini, ada pihak luar mungkin mengambil kesempatan 

dari kerapuhan iman 4 wanita Islam ini. Lihatlah saja komen-komen yang dibuat rakan-rakan Sara di laman Facebooknya ini:
sara amelia 1
sara amelia 2
Jadi kepada pihak berkenaan, menjadi tugas anda untuk memberi kesedaran secara berhikmah kepada empat peserta wanita ratu cantik Islam ini mengapa ugama yang mereka anut tidak membenarkan perlakuan sebegini.
Manakala bagi masyarakat di luar sana pula, jagalah bahasa apabila mahu tumpang semangkuk memberi komen di mana-mana medium sosial. Janganlah mencemuh rakan seagama anda yang tersilap langkah mungkin kerana kejahilannya dalam agama. Kalau disebabkan bengang dan kecewa dengan komen anda mereka mendengar cakap pihak bukan Islam untuk menukar agama, bukankah bermakna ada ‘saham’ dosa anda juga di situ?
Pada masa sama, mungkin sudah tiba masanya undang-undang berkaitan penglibatan wanita Islam dalam mana-mana acara melibatkan aurat diselaraskan selepas ini. Di sebalik kejahilan tentang hukum agama, ada benarnya pertikaian dibawakan peserta ratu cantik ini – mengapa peserta renang atau gimrama wanita dibenarkan pula sedangkan mereka juga berpakaian lebih kurang serupa!
Fikir-fikirkan.
Oleh: REM RAMZI 

Miss Malaysia World 2013 Membuat Permohonan Maaf.



Mstar] PETALING JAYA: Tiga daripada empat peserta akhir pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang disifatkan menghina Islam telah membuat permohonan maaf.




Sara Amelia
Salah seorang peserta, Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, berkata dia telah membuat permohonan maaf secara formal kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

"Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam dan agama saya sendiri," katanya pada Rabu.

Seorang lagi perserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut memohon maaf.

 
Wafa Johanna

"Saya tidak sama sekali ingin menentang fatwa. Saya menghormati fatwa yang diwartakan itu untuk melindungi umat Islam di Malaysia.

"Jika ada mana-mana pihak tersinggung, saya minta maaf sangat-sangat tetapi saya tidak berniat untuk menghina sesiapa," katanya.

 Terdahulu, Jawi dilaporkan membuka kertas siasatan terhadap empat peserta akhir yang bertanding merebut gelaran Miss Malaysia World 2013 kerana mereka disifatkan menghina Islam.

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali berkata, bahagian penguatkuasa Jawi akan meneliti perkara itu selepas peserta-peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan pada 8 Feb 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.

Sementara itu, Miera Sheikh, 19, enggan memberikan sebarang komen mengenai tindakan Jawi.

Miera

Bagaimanapun, dia menghormati budaya masyarakat Melayu dan berkata dia berpegang teguh kepada agama Islam.

"Saya mungkin bukan orang Islam yang sempurna tetapi saya dibesarkan dengan budaya Melayu dan Islam walaupun saya bersikap terbuka mengenai beberapa perkara dalam hidup.

"Bagi saya, agama Islam tidak akan pudar dalam hidup saya sehingga nafas yang terakhir," katanya.
Peserta keempat, Kathrina Ridzuan, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Kathrina

Penganjur pertandingan itu, Datuk Anna Lim berkata keempat-empat peserta itu akan dibenarkan untuk menghadiri acara itu sebagai tetamu jemputan.

P/s: Apa-apapun, Majlis Fatwa dan mufti perlu menjawab pertanyaan mereka di sini.

Harap-harap gadis Islam ini mendapat hidayah dan tidak terpengaruh oleh dakyah rakan bukan Islam yang mencadangkan agar mereka keluar daripada Islam.

ABU: Semoga segala kesusutan dapat berakhir dengan baik dan bertambah baik.

16 Responses to Rakan Ajak Sara Amelia Tukar Agama Untuk Masuk Pertandingan Ratu Cantik.
  • July 24, 2013 at 6:31 am

    jazs

    x blh cakap apa dah.. itu la jadinya bila mak bapak x kisah.. patutnya 1 family dia kena tarbiah.. baru betul..

    website Reply

    • July 24, 2013 at 6:43 am

      anti kurang hajar

      yeap setuju…apabila mak bapak serahkan bulat2 pendidikan anak2 pada pihak sekolah dan mereka x menyusul…inilah jadinya…dan mak bapak pun kurang amik peduli pasal didikan agama pada diri mereka sndiri….tgk skg…org yang bukan Islam pun amik kesempatan….kalo x diselamatkan…habis lah…..

      website Reply

  • July 24, 2013 at 6:38 am

    sukasuki

    ishhh.. bacennya main tukar2 agama.. muka pun bukannya lawa..

    website Reply

  • July 24, 2013 at 6:41 am

    joker

    klau jenis simpan kt dlm agama islam p0n tk guna . bg nasihat pon tk dengar . . mmg sah2 haram sebab nampak rupa paras tubuh tu . adoiyaiii

    website Reply

  • July 24, 2013 at 6:54 am

    lanun

    Apa nak heran kannya selama ni cara kebanyakan MELAYU pun lebih dari KAFIR

    website Reply

  • July 24, 2013 at 7:31 am

    KOJOL.

    Tahu mengutuk sahaja.. tapi Jabatan Agama Islam tido tidak bertindak memanggil atau menjelaskan.. Kalau orang itu jahil atau buat tak tahu… bagi yang tahu ada kuasa menguatkuasakan udang2 tahu cakap tapi tak buat tindakan. bagi tahu ini haram itu haram tapi duduk tak ambil apa2 langkah. Jangan cakap sahaja???????

    website Reply

  • July 24, 2013 at 8:18 am

    anak_semenanjung

    memang diri kita kita punya suka hati kita,tapi kena fikir dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung.selagi di bawah bumbung malaysia,lahir malaysia,tinggal malaysia,anda tertakluk pada undang2 islam malaysia yang melarang penganut islam tukar agama.aduh.kalau nak pertikai,pindahlah dapatkan taraf warganegara lain

    website Reply

  • July 24, 2013 at 9:22 am

    Ieda

    x lawa la pompuan ni..ade hati nk jadi model

    website Reply

  • July 24, 2013 at 5:55 pm

    pinklovillea

    mungkin gov kite terlampau berlembut hati.. patut nyer fatwa ni dari dulu lagi da dikeluarkan ,skrang ni mcm da trlambat … tu pndangan aq lah

    website Reply

  • July 24, 2013 at 11:18 pm

    EISYA

    x lawa pun betina ni…hahah.. erm, mempermainkan agama satu dosa besar..hnye Allah yg dpt membalasnya. nauzubillah..

    website Reply

  • July 24, 2013 at 11:45 pm

    tarmpoung

    AIK…TUKAR AGAMA???ADUHAI…INI SEMUA KELEMAHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN. NILAI ISLAM TU MUNGKIN X BRAPA NAK DITERAPKAN OLEH FAMILY DIA KOT SEBAB FAMILY DIA PUN TAK BERAPA NAK TAHU AGAMA…TAPI AKU X LEH NAK CAKAP LEBIH KAT DIA NI…SEBAB AKU PUN ADA FAMILY. MTK JAUHKAN LAH KEJAHILAN SEBEGINI DKT FAMILY AKU….

    website Reply

  • July 25, 2013 at 12:50 am

    Yaz

    Muka tak lawa…mcm org kebanyakkan je..dah lah x lawa,jahil pulak…ape nak jadi ngan dia ni…Mak bpk x bg pendidikan agama ke?

    website Reply

  • July 25, 2013 at 2:02 am

    bidadari90

    Islam hanya pada IC dan tak mendalami ISLAM. Betul, IBU BAPA yang memainkan peranan untuk membentuk akhlak anak2 dan mengajar mereka mengenai hukum agama. Tapi bukan seperti 4 orang ni saja wanita ISLAM yang suka pergaulan bebas. Berapa ramai anak ISLAM yang memakai bikini menghadiri party pool setiap hujung minggu, melainkan bulan RAMADHAN. ramai… tapi belum ada tindakan dari mana2 pihak.. Astaghfirullahalazim…
    Dan kepada agama lain, janganlah nak jadi batu api hasut orang ISLAM tukar agama. sebab isu ini amat sensitif… Kami UMAT ISLAM tetap akan pertahankan AGAMA kami hingga kiamat..

    website Reply

  • July 25, 2013 at 2:19 am

    akura

    Bersenang2 dahulu (didunia),Bersusah2 kemudian(di akhirat )

    website Reply

  • July 25, 2013 at 2:24 am

    kepalahotak hang

    Biorkan… sok tumpo gak….kene tanam gak…dia nak merasa kehangatan didunia…

    website Reply

    Sumber:http://duniacacamarba.blogspot.com/ dan lain-lain sumber.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR