Mat Taib, Kamaruddin Jaafar sertai PKR
PETALING JAYA: Bekas
Menteri Besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan Ahli Parlimen
Tumpat Datuk Kamaruddin Jaafar hari ini diumumkan sebagai ahli baru
Parti Keadlian Rakyar (PKR).
Perkara itu diumumkan oleh Presiden
PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam satu sidang media di ibu
pejabat PKR di sini, hari ini.
Menurut Azizah, Kamaruddin yang
sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam
Malaysia (ABIM) akan memperkukuh dan memperdayakan Pejabat Ketua Umum
PKR.
"Kamaruddin juga akan berperanan sebagai Pengarah Politik dan Dasar bagi memberi input kepada Presiden dan Timbalan Presiden.
"Beliau juga akan berperanan memperkukuhkan rangkaian dengan
badan-badan bukan kerajaan (NGO) Islam untuk membawa perubahan," jelas
Azizah.
Manakala bagi Muhammad Taib yang dikenali sebagai Mat
Taib akan berperanan memperkasa Biro Penerangan dan Komunikasi,
khususnya bagi mengangkat martabat masyarakat luar bandar.
"Mat Taib boleh memainkan peranan untuk mensejahterakan rakyat khasnya
di desa dan luar bandar termasuk komuniti Felda. Penyertaan Mat Taib ini
diyakini dapat membantu memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) untuk
pilihanraya umum (PRU) akan datang," tambah Azizah.
Kata Azizah
lagi, sebagai parti yang mendapat jumlah undi kedua terbesar dalam PRU
yang lalu,PKR meraikan serta membuka pintu seluas-luasnya kepada sesiapa
sahaja yang komited dengan agenda reformasi.
Sementara itu, Mat Taib berkata, penyertaannya itu adalah untuk mengukuhkan reformasi yang ada dalam Pakatan Rakyat.
“Barisan Nasional kini bercelaru kepimpinannya. Apa mereka buat, semua
serba tidak kena. Duit semakin jatuh, pelaburan semakin jatuh.
"Negara kita sebenarnya sedang mengalami krisis. Namun mereka (BN)
terus meuar-uarkan kononnya mereka mendapat sokongan, terutama mereka di
luar bandar. Jadi, saya fikir negara ini perlukan pembaharuan,
reformasi dan PKR adalah parti yang boleh melakukan reformasi itu," kata
Mat Taib.
Bagi Kamaruddin yang sebelum ini pernah berkhidmat
sebagai setiausaha kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, beliau
berasakan pengukuhan PR bermula daripada pengukuhan dalam parti itu
sendiri.
"Saya akan terus aktif dalam PR seperti sebelum ini
untuk melakukan perubahan dalam negara ini," jelasnya.
ABU: Sejak dahulu mereka datang dan pergi, yang akan tinggal dalam PAS nanti hanyalah Presiden PAS....mengapa mereka sertai PKR tidak Parti Pekerja? PKR pun sama juga tikam dari belakang. Sejak dahulu juga....Kasihan PAS!
Terkenang pengalaman 8 tahun yg lalu ada seorang murabbi PAS
pernah berterus terang dengan saya tentang perangai beberapa pemimpin PAS
ketika itu. Kata beliau : " Mereka ini ada bos lain,
mereka nak bawa agenda bos mereka ke dlm jamaah kita
sedagkan agenda dari bos kita bukan mereka nak ambil berat pun".. macam-macam
yang dikongsi panjang lebar murabbi ini menceritakan satu persatu pada saya.Saya kurang untuk percaya pada masa itu
agak kebingungan saya. Pesanannya pada saya:" jika anta tak percaya,jika
kita dipanjangkan umur anta akan lihat sendiri suatu hari nanti mereka akan kepanasan juga berada dlm jamaah kita terutama apabila
agenda dari bos mereka ditolak mentah-mentah oleh bos jamaah kita dan pada masa
itu mereka akan tunjukkan siapa bos mereka sebenar, akhirnya mereka akan keluar dari PAS juga. Dalam
keadaan saya tak berapa percaya, saya kata " takkanlah mereka sanggup
mungkir janji seperti yang mereka janji ،
takkanlah mereka sanggup jadi jaguh lompat juga. murabbi itu kata pada
saya"Mereka sanggup lakukan apa saja termasuk khianat kpd janji mereka
sendiri asalkan mereka bahagia disamping bos sebenar mereka" Sekarang saya
semakin percaya sehingga 100% dan saya telah saksikan sendiri kebenaran cerita
murabbi itu. Murabbi itu telah meninggalkan kita buat selamanya. Damailah kau
di sana..AlFaatihah...
Benarlah sabda Nabi SAW:
: " ﺍﺗﻘﻮﺍ
ﻓﺮﺍﺳﺔ ﺍﻟﻤﺆﻣﻦ، ﻓﺈﻧﻪ ﻳﻨﻈﺮ
ﺑﻨﻮﺭ ﺍﻟﻠﻪ , ﻋﺰ ﻭﺟﻞ
Takutlah kamu kpd firasat org yg beriman, sesungguhnya ia
melihat dgn cahaya Allah... Istiqamah hingga kemenangan
Catatan kedai kopi,Akmal hj Kamarudin,Batu Kurau, Perak.
No comments:
Post a Comment