Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Wednesday 16 September 2015

Sah Mayat Dalam Tong Dram Kevin Morais



Mayat dalam tong dram sah Kevin Morais
Polis mengesahkan mayat yang ditemui dalam tong dram berisi konkrit pagi tadi adalah Kevin Morais - timbalan pendakwa raya yang hilang sejak minggu lalu.

Penemuan mayat itu dibuat selepas tujuh suspek ditahan dan seorang daripada mereka membawa polis ke sebatang sungai berhampiran Jalan Subang 3, Subang Jaya.

The Star Online memetik Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, suspek membawa polis ke kawasan berkenaan kira-kira jam 6 pagi tadi.

Katanya, penyelam digunakan untuk mengesan tong dram itu sebelum sebuah forklift digunakan untuk menariknya keluar dari sungai.

Mohmad berkata antara yang ditahan polis untuk membantu siastaan ialah seorang wanita dan kanak-kanak.

"Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan kereta Morais diekori sebuah Mitsubishi Triton yang merempuh kereta rasmi kerajaan dinaiki mangsa," katanya.

Morais kemudian dilarikan menaiki kenderaan pacuan empat roda itu, manakala kereta mangsa dibawa individu lain.

Mohmad berkata mayat Morais dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Kata Mohmad seorang daripada suspek adalah bekas pegawai perubatan angkatan tentera yang terbabit dalam kes rasuah dikendalikan Morais di Shah Alam baru-baru ini.

"Suspek direman 14 hari untuk membantu siasatan," katanya. -malaysiakini-

 Suspek Pembunuhan Morais


Seorang doktor tentera telah membawa polis ke kawasan paya USJ 1, Subang Jaya, di mana tong yang mengandungi jasad Morais dibuang. 

Doktor tersebut merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan mendiang Kevin Anthony Morais, Timbalan Pendakwa Raya yang dilaporkan hilang sebelum ini. 

Mayat Morais ditemui terbenam di dalam konkrit dalam sebuah tong dram, 12 hari selepas kehilangannya. 

Akhbar Kosmo pernah menyiarkan kes seorang doktor berpangkat Kolonel yang berkhidmat di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju yang didakwa melakukan dua kesalahan rasuah membabitkan wang sejumlah RM 700,000. - KOSMO.


Guna pembunuh upahan 


SUBANG JAYA: Siasatan polis menemui wang tunai berjumlah RM32,000 daripada suspek yang membunuh Timbalan Ketua Bahagian Pengarah Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais. 

Wang tersebut ditemui berasingan daripada lima suspek berusia 22 hingga 52 tahun yang ditahan di dua lokasi berasingan iaitu di Lembah Klang dan Pulau Pinang. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, sebanyak RM17,000 dirampas daripada seorang suspek di Lembah Klang bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton yang digunakan untuk melanggar kereta Kevin semasa hari mendiang dilaporkan hilang. 

Katanya, RM15,000 lagi ditemui daripada seorang suspek di Pulau Pinang bersama sebuah kereta Proton Persona. 

“Turut kita temui resit pembelian barang hardware untuk membeli batu dan simen yang dibeli di kawasan berdekatan dan dipercayai digunakan untuk mengkongkrit mangsa sebelum dicampak di dalam longkang di sini,” katanya kepada pemberita. 

Mohmad turut mengesahkan salah seorang daripada suspek yang berusia 52 tahun mempunyai rekod jenayah di bawah Seksyen 59 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 iaitu gagal memberikan keterangan di atas barang yang dimiliki. 

Katanya, polis juga akan menyemak latar belakang empat lagi suspek yang terlibat sama ada mereka turut mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. 

Terdahulu, polis menahan kelima-lima suspek terbabit bersama seorang wanita yang merupakan isteri kepada salah seorang suspek bersama seorang kanak-kanak. 

Bagaimanapun, polis percaya wanita dan kanak-kanak terbabit yang enggan didedahkan lebih lanjut identitinya tidak terlibat dalam pembunuhan Kevin. 

Mayat ditemui oleh unit penyelam pasukan bomba dan penyelamat yang dipanggil dalam operasi mencari - Gambar FMT.

Mayat Kevin ditemui di dalam longkang di tepi jalan di Jalan Subang 3, USJ 1, Subang Jaya selepas suspek menunjukkan tempat mereka membuang mayat berkenaan. - BERNAMA.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR