Pengerusi Kongres Rakyat Azmi Abdul Hamid berkata, kongres ini akan menghasilkan dua dokumen iaitu usul rakyat dan pelan tindakan rakyat yang akan diserahkan kepada jemaah menteri nanti.
Warna-warni Kongres Rakyat Shah Alam Selangor (Sumber foto TranungKite)
Menurut beliau, sikap berkenaan merupakan punca kepada masalah yang dihadapi negara ketika ini.
"Sumber manusia dan bumi kita banyak, tetapi kenapa kita hadapi masalah ekonomi, mata wang jatuh, inflasi, membebankan rakyat. Orang kata kita tak pandai mengurus, mentadbir dan memanfaatkan sumber-sumber ini. Mengapa?
"Sebab kita sibuk bercakaran antara satu sama lain. Kita mengaku Pas, Umno dan semua parti-parti bercakar...bercakar dalaman, antara kaum. Kita tidak gunakan sikap kemanusiaan yang sebenar," katanya ketika berucap merasmikan Kongres Rakyat, di sini, hari ini.
Sehubungan itu, katanya, Kongres Rakyat yang dianjurkan bertujuan untuk memperkenalkan acuan Islam yang sebenar.
"Kongres hari ini (semalam) mendidik kita bertukar-tukar fikiran. Walaupun kita golongan yg lemah, orang kata kita umpama anjing menyalak bukit.
"Tapi anjing tak salak bukit, anjing salak babi di bukit itu. Ini yang sebenarnya, kita 'menyalak' kelemahan yang berlaku dan najis yang mempalit kita semua," katanya.
Menurut beliau, segala masalah juga boleh diselesaikan dengan kembali kepada ALLAH.
"Marilah kita selesaikan masalah ini dengan sebaiknya. Wawasan kita kembali kepada ALLAH, bukan sekadar Putrajaya," katanya.
Dalam pada itu, Abdul Hadi yang juga Presiden Pas berkata, pemimpin yang baik tidak akan menonjolkan dirinya sendiri, sebaliknya penilaian dibuat oleh rakyat.
"(Pemimpin) tidak membersihkan dirinya sendiri. Islam menjunjung demokrasi yang berakhlak, bukan demokrasi politik wang dan demokrasi yang menipu rakyat," katanya.
Katanya lagi, orang Melayu di negara ini juga perlu memainkan peranan menyelamatkan negara atas nama Islam.
"Islam yang mendidik Melayu menjadi pemimpin. Kaum yang lain itu memilih Islam.
"Maka Melayu yang mempunyai pengaruh besar kena selamatkan negara dengan Islam, bukan fanatik Melayu. Orang Melayu kena sedar kedudukan mereka sendiri," katanya.
No comments:
Post a Comment