Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday, 10 February 2012

AKHLAK MULIA PAKAIAN MUSLIM

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًۭا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌۭ شِدَادٌۭ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾
أَشْهَدُ أَنْ لَّآإِلهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ, وَرَسُوْلُهُ
 اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ ! اتَّقُواْ اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَاتَمُوْتُنَّ إِلَّا وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ

KAUM MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH!

Sebagai umat Nabi Muhammad SAW yang tinggi darjatnya, sudah tentu kita tidak rela dan mahu nikmat keamanan, kemakmuran dan keharmonian hidup yang kita kecapi selama ini ditarik balik oleh Allah SWT. Justeru, marilah kita syukuri dan hargai segala bentuk nikmat yang dikurniakan oleh Allah kepada rakyat dan Negara kita ini dengan cara meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT, dalam erti kata mengerjakan segala suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya. Memiliki iman dan takwa yang tinggi adalah prasyarat utama bagi membolehkan kita terus memperolehi berkat yang melimpah ruah dari langit dan bumi sebagaimana dijelaskan oleh Allah SWT dalam firman-Nya:-

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ ٱلْقُرَىٰٓ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوْا۟ لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَـٰتٍۢ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذْنَـٰهُم بِمَا كَانُوا۟ يَكْسِبُونَ ﴿٩٦﴾

Yang bermaksud: “Jikalau penduduk negeri beriman dan bertaqwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi (jika) mereka mendustakan (ayat-ayat) Kami itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya,” (S. Al-A’raaf: 96).

KAUM MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH!

Sebelum kelahiran dan pengutusan Nabi Muhammad SAW ke dunia ini, diriwayatkan bahawa masyarakat Arab diibaratkan hidup dalam kegelapan. Gelap dalam erti kata jauh daripada petunjuk Ilahi lantaran budaya hidup mereka yang bertuhankan hawa nafsu dan berhala, bukannya bertuhankan Allah Yang Maha Esa. Kerananya, mereka digelar sebagai masyarakat Jahiliah, iaitu masyarakat yang tidak tahu mensyukuri dan menghargai nikmat akal yang dikurniakan Allah untuk menelusuri fitrah insan yang suka berbuat baik, menyenangi kebaikan dan membenci kejahatan.

Akibatnya, wujudlah keadaan dan suasana yang tidak aman dan harmoni kerana penindasan dan kezaliman berleluasa, yang kuat menindas yang lemah, yang kaya memeras yang miskin, manakala kaum wanita dianggap sebagai alat memuaskan nafsu semata-mata. Malah, perjudian, arak dan pembunuhan bayi perempuan adalah perkara biasa dan bukan sesuatu yang mengaibkan mereka. Ini memperlihatkan bangsa Arab pada ketika itu berada dalam keadaan yang amat parah dan tenat dari segi akhlak dan tauhid dengan dijemput oleh dua tamadun empayar manusia yang besar iaitu Rom dan Parsi.

Justeru, kelahiran dan pengutusan Nabi Muhammad SAW adalah untuk membetulkan semula kehidupan manusia yang pada ketika itu bergelumang dengan amalan serta budaya hidup yang kotor dan sesat. Mereka bukan sahaja tidak berakhlak, malah sesat dan tandus dengan nilai-nilai keperikemanusiaan yang sepatutnya. Hal ini dijelaskan oleh Nabi SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Aku diutus untuk menyempurnakan akhlak (budi pekerti) yang mulia.” (HR. Ahmad)

Hadith ini memperlihatkan betapa Islam menitikberatkan soal pembinaan akhlak yang mulia dan terpuji. Ia hendaklah menjadi pakaian manusia setiap masa khususnya individu Muslim ke arah mewujudkan kehidupan yang sejahtera dan harmoni dalam keluarga, organisasi, masyarakat dan negara.

KAUM MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH!

Akhlak merujuk kepada amalan, perangai dan tingkah laku tulus yang tidak dibuat-buat yang menjadi kebiasaan. Manakala menurut istilah Islam, akhlak ialah sikap keperibadian manusia terhadap Allah, manusia, diri sendiri dan makhluk lain, sesuai dengan suruhan dan larangan serta petunjuk Al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW. Ini bererti akhlak merujuk kepada seluruh perlakuan manusia sama ada berbentuk lahiriah mahupun batiniah yang merangkumi aspek amal ibadat, percakapan, perbuatan, pergaulan, komunikasi, kasih sayang dan sebagainya.

Sesungguhnya Rasulullah SAW yang terkenal dengan ketinggian akhlaknya telah berjaya merobah masyarakat Jahiliah kepada masyarakat yang beradab dan bertamadun. Namun demikian, segala ajaran serta contoh teladan yang diberikan oleh baginda SAW dalam membina masyarakat yang berakhlak dan bertamadun kini semakin dipinggirkan. Keadaan ini sedikit sebanyak telah menyebabkan manusia hari ini secara umumnya kembali mengulangi perbuatan kufur dan keji umat Jahiliah. Ia ditandai dengan maksiat dan kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Antaranya termasuklah aktiviti perjudian melalui internet dan SMS, pengambilan bahan-bahan yang memabukkan dan mengkhayalkan di samping pergaulan bebas yang menatijahkan zina, hubungan seks songsang, gejala pembunuhan, penderaan dan pembuangan bayi.

Dalam erti kata lain, senario yang berlaku pada hari ini memperlihatkan bahawa segelintir anggota masyarakat tidak lagi melihat kelakuan berakhlak sebagai sesuatu yang bernilai dan bermanfaat. Malah, ada di kalangan mereka itu cuba meminggirkannya jauh-jauh dari sikap dan budaya hidup berakhlak meskipun menyedari akan risikonya. Ini adalah antara ciri cintakan dunia, iaitu satu fenomena yang boleh melalaikan seseorang daripada mengingati Allah dan menyediakan bekalan untuk kehidupan akhirat.

KAUM MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH!

Memang tidak dinafikan bahawa satu daripada ciri akhlak Islam itu ialah berkasih sayang sesama insan. Malah Nabi SAW sendiri menitikberatkan soal berkasih sayang seperti yang ditunjukkan kepada isteri-isteri baginda, anak-anak, fakir miskin dan lain-lain lagi. Nabi SAW menzahirkan rasa kasih sayang kepada golongan ini dengan cara menggembirakan mereka melalui pemupukan hubungan yang baik, gurau senda di samping pemberian pertolongan serta bantuan yang sewajarnya. Dengan kata lain, menghormati yang tua dan menyayangi yang muda merupakan antara akhlak Rasulullah dalam menyatakan rasa kasih sayang baginda terhadap anggota masyarakat.

Dan kasih sayang itu pula bukanlah hanya sekadar ucapan manis untuk melembutkan hati manusia. Ia juga bukan ungkapan sebagai lesen untuk melakukan sesuatu yang tidak baik. Tapi, lain pula halnya dengan segelintir generasi muda hari ini. Mereka jadikan perasaan kasih sayang itu sebagai lampu hijau bagi melakukan perkara-perkara yang dilarang. Bagi mereka, perasaan kasih sayang menghalalkan segala yang haram. Sebab itu, terdapat di kalangan muda- mudi hari ini yang berpandangan sedemikian tidak segan silu melakukan adegan-adegan yang menjolok mata seperti bercium dan berpeluk-pelukan sehingga terjerumus melakukan zina atau hubungan seks haram tanpa rasa bersalah.

Berlakunya penyalahgunaan nilai kasih sayang sebagai kesempatan untuk melakukan dosa dan maksiat adalah akibat daripada kedangkalan segelintir umat Islam memahami erti kasih sayang sebenar yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW. Ia menyebabkan golongan muda-mudi Islam terikut-ikut menciplak budaya songsang yang dipromosi oleh golongan kuffar bertujuan merosakkan akidah dan akhlak umat Islam. Padahal, Islam memiliki khazanah akhlak mulia yang sesuai diamalkan pada bila-bila masa seperti yang diteladankan oleh Nabi SAW kepada kita semua.

Cuma, masyarakat memerlukan seorang pemimpin yang boleh mengubah akhlak dan membawa mereka ke jalan diredai Allah. Dalam hubungan ini, Allah berfirman:-

وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةٌۭ يَدْعُونَ إِلَى ٱلْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِٱلْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ ٱلْمُنكَرِ ۚ وَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْمُفْلِحُونَ ﴿١٠٤﴾

Yang bermaksud: “Dan hendaklah ada antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah yang mungkar; merekalah orang yang beruntung.” (S. Ali-Imran: 104)

Maknanya, perlu ada di kalangan umat Islam yang bertanggungjawab mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran dalam masyarakat. Sementara dalam konteks keluarga pula, ketua keluarga yang secara umumnya merujuk kepada bapa atau kaum lelaki dipikulkan amanah untuk melaksanakan tanggungjawab berkenaan sebagai upaya memelihara diri dan ahli keluarga masing-masing daripada api neraka selaras dengan firman Allah:-

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ قُوٓا۟ أَنفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًۭا وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَـٰٓئِكَةٌ غِلَاظٌۭ شِدَادٌۭ لَّا يَعْصُونَ ٱللَّهَ مَآ أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ ﴿٦﴾

Yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, pelihara dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (S. At-Tahrim: 6).

Sehubungan itu, kita sebagai Muslim sudah sewajarnyalah berusaha untuk tampil sebagai insan berakhlak kerana itulah sifat sebagai hamba Allah dan mukmin sebenar. Mudah-mudahan berkat kesungguhan kita mentarbiah diri dan ahli keluarga supaya berakhlak mulia berhasil meletakkan kita ke makam takwa yang sebenar di sisi Allah SWT. 

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ فِى الْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ. أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوْهُ، إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ.
http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR