Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Saturday, 25 February 2012

Himpunan Hijau, Hanya 3 000 Hadir?

Himpunan Hijau Gagal Kumpulkan 20,000- KOSMO
(Gambar Bukan Sumber KOSMO)

KUANTAN — 26/02/2012 2:01pm.Himpunan Hijau 2.0 yang berlangsung di padang MPK 4 di sini hari ini gagal menarik kehadiran 20,000 orang seperti disasarkan apabila hanya kira-kira 3,000 orang hadir pada perhimpunan bagi membantah operasi kilang nadir bumi Lynas.

Walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku pada perhimpunan itu, pihak polis kesal kerana terdapat kalangan mereka di bawah umur 15 tahun menyertai perhimpunan itu, kata Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Mohd. Jasmani Yusof.

Beliau berkata, polis kesal dengan pihak penganjur yang tidak mematuhi sepenuhnya syarat yang telah dipersetujui bersama bagi mengadakan perhimpunan itu sebelum ini.

Kira-kira 3,000 orang hadir ke perhimpunan itu termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta beberapa pemimpin parti politik pembangkang katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd. Jasmani berkata, pihak polis memberi kerjasama sepenuhnya termasuk tidak mengadakan sekatan jalan dan malah memberikan penunjuk arah ke padang MPK 4 kepada orang luar yang datang ke perhimpunan itu. — BERNAMA 

Demo anti Lynas: 10,000 di Kuantan, 3,000 di KL
Ahad, 26 Februari 2012 05:32 Redzuan Shamsudin.

Demonstrasi Himpunan Hijau 2.0 membantah projek nadir bumi Lynas di Kuala Lumpur dihadiri lebih 3,000 peserta. Kebanyakannya generasi muda yang tidak mahu tanah air dijadikan tempat buangan sisa radioaktif dan toksid dari negara maju.
Demo Lynas di jalan TAR
Bantahan digerakkan oleh 11 NGO seperti Suaram, Dewan Perhimpunan Cina Selangor, ABU dan lain-lain.

Seawal jam 9.00 peserta berbaju hijau mula berkumpul di bangunan Maju Junction, Jalan Tunku Abdul Rahman dan melakukan pelbagai aksi bantahan serta lakonan yang mengambarkan kehancuran alam sekitar Malaysia disebabkan projek Lynas di Gebeng, Kuantan. Demosnstran kemudian berteriak: ‘ Hacur Lynas, henti Lynas!’

Demonstrasi itu diselang seli ucapan beberapa orang pemimpin NGO. Antaranya Yong Yew Wei, Setiausaha Agung Dewan Perhimpunan Cina Selangor dan Kuala Lumpur. Katanya:
“Malaysia perlukan pembangunan tetapi bukan pembangunan bodoh seperti projek Lynas. Keputusan (benarkan Lynas) adalah kesilapan besar".
Kenapa mahu teruskan Lynas

“Lynas sama situasinya dengan Jalan Sultan (tapak projek MRT di Kuala Lumpur). Yang mana kemajuan mengorbankan warisan".

“Kami mahukan kerajaan yang bagus. Jangan musnahkan alam sekitar,” laungnya diikuti beberapa tokoh NGO lain seperti Datuk Thasleem Mohd Ibrahim

Katanya, kerajaan Najib yang membenarkan Malaysia menjadi tempat bahan buangan radioaktif  sedangkan projek seperti Lynas tidak dibenarkan di Australia dan kebanyakan negara maju.

“Lynas bukan datang kerana buruh murah. Ia kilang berteknologi tinggi, jadi sekiranya selamat mengapa tidak dilakukan sahaja di Autralia,” tegasnya.

Puluhan kenderaan yang melalui jalan Tunku Abdul Rahman membunyikan hon tanda sokongan. Semakin ramai perserta hadir pada jam 11.00, menjadikan jumlahnya melebihi 3,000 dan memenuhi di kedua-dua belah jalan. Mengingatkan kembali nostalgia demo Reformasi di jalan TAR pada 1998.

Peserta terus menjerit ‘ Henti Lynas sehingga jam 12.00 tengah hari. Penganjur perhimpunan peguam Harris Ibrahim memberi ucapan akhir dan meminta peserta bersurai secara aman. Pemimpin Pakatan Rakyat yang mengambil  bahagian termasuk Chales Santiago, MP Kelang, Dr Dzulkifly Ahmad MP Kuala Selangor serta beberapa yang lain.

Di Kuantan, Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di padang Majlis Perbandaran Kuantan 4, dihadiri lebih 10,000 penyokong.
Lynas di Kuantan

Perhimpunan tersebut bermula jam 9.30. Peserta perhimpunan berkumpul di Padang MPK1, tempat asal perhimpunan sebelum berarak ke padang MPK4.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba ke tapak perhimpunan tersebut, kira-kira jam 10.40 pagi.

Turut hadir pada perhimpunan itu ialah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP Lim Kit Siang, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub dan pimpinan utama Pakatan Rakyat.

Mereka melaungkan “Balik, balik. Lynas balik! Hancur, hancur. Hancur Lynas!”, selain  membawa sepanduk, kain rentang dan poster yang memaparkan slogan anti Lynas.

Beberapa Wakil kumpulan NGO dan aktivis sosial,  termasuk anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 turut memberikan ucapan ketika himpunan berlangsung.

Turut mencuri tumpuan ialah kehadiran Sasterawan Negara, Datuk A Samad yang membacakan puisi bertajuk ‘Gebeng Yang Luka’ ketika himpunan tersebut.

Himpunan Hijau berakhir, kerajaan diberi 24 jam batal projek Lynas
Wartawan Sinar Harian

26 Februari 2012 KUANTAN - Himpunan Hijau 2.0 yang diadakan di sini hari ini berakhir jam 11.30 pagi tadi dengan penganjur memberi  masa 24 jam kepada kerajaan agar mengumumkan pendirian tidak akan meneruskan projek nadir bumi Lyans.

Jika kerajaan masih dengan pendirian mahu membenarkan operasi loji itu, penganjur memberi amaran akan mengadakan Himpuanan Hijau 3.0 dalam waktu terdekat.

Dalam pada itu, Suhakam pula menyatakan pihaknya berpuas hati dengan kerjasama polis meluluskan lokasi perhimpunan dan mengawal lalu lintas bagi melancarkan perjalanan Himpunan Hijau.

Tempoh 24 jam tutup Lynas atau hadapi Hijau 3.0- penganjur
KUANTAN 26 Feb: Kerajaan diberi tempoh 24 jam bagi menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0.

 
Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan terus berdegil tidak mempedulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

“Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar,” katanya seperti dilapor Malaysiakini.

“Tutup kilang Lynas, atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan,” katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

 
Sementara itu, Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dalam ucapannya menegaskan rakyat Malaysia membantah kehadiran Lynas.

“Hari ini ‘Kuning’ bersama-sama dengan Hijau. Rakyat Malaysia tolak Lynas, Rakyat Malaysia tolak sesiapa sahaja yang sokong Lynas,” katanya.

Beliau turut menempelak pihak tertentu yang membuat keputusan tentang Lynas, sebaliknya tinggal jauh dari Gebeng.

Ambiga juga menyeru 100 peratus rakyat supaya keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang, bagi menolak parti politik yang menyokong Lynas.
 
“Kita tolak calon yang sokong Lynas, tolak calon yang tidak berintegriti,” sambil melaungkan Hidup Rakyat, Hidup Hijau dan Hidup Bersih beberapa kali.
 http://www.keadilandaily.com/

Bantah Lynas: Sejarah tercipta di Kuantan
Mohd Sayuti Omar, 26 Feb 2012
Puluhan ribu manusia yang berpakaian hijau kini sedang berhimpun di Kuantan Pahang kerana membantah projek mengeluarkan nadir bumi di Gebeng. Projek itu diusahakan oleh syarkat dari Australia Lynas Advanced Material Planat (Lamp) yang berharga RM700 juta didakwa membahayakan untuk kehidupan manusia.
Himpunan hari ini adalah kemuncak kepada bantahan awam terhadap projek berkenaan. Kedegilan kerajaan untuk membatalkan projek itu menyebabkan gerakan khas ditubuhkan bagi membentuk kempen projek berkenaan.

Mereka yang kebanyakan mewakili NGO dan parti politik pembangkang datang sejak awal pagi lagi. Beberapa pemimpin politik hadir memberi sokongan kepada himpunan berkenaan. Antara pemimpin yang hadir ialah Naib Presiden Pas, Sallehuddin Ayub, Penasihat PKR Anwar Ibrahim dan penasihat DAP, Lim Kit Siang dan lain-lain.

Sehingga ini himpunan berjalan lancar tanpa gangguan. Perpindahan lokasi himpunan atas dasar keselamatan tidak menjadi masalah. Himpunan Hijau itu membuktikan bahawa sekiranya polis memberi kerjasama mereka dapat berhimpun secara aman.

Apa yang dicatat di Kuantan hari ini adalah satu sejarah. Belum pernah himpunan seramai itu berlangsung di negeri Perdana Menteri Najib Razak. Sudah pasti Najib khasnya dan BN perlu memikirkan sesutau yang lebih keras untuk menyekat kemarahan rakyat berhubung projek itu.

Sementara itu lawan web yang ditubuhkan oleh pihak pengajur untuk memberi laporan langsung himpunan berkenana telah dikucar oleh pihak tertentu. Orang ramai yang ingin mengikuti perkembangan tepaksa berkongsi maklumat di laman sosial blog dan Fb. SMS juga menjadi alat penghbung utama untuk melaporkan himpunan berkenaan. [*** 11:37 am 26/02/12] - http://www.msomelayu.blogspot.com/
 http://bm.harakahdaily.net/

Pakatan batal Lynas jika kuasai Putrajaya
Nazri Abdullah, 26 Feb 2012
 
KUANTAN, 26 Feb: Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan akan membatalkan pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp) sebaik mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan.

Perkara itu diumumkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan lebih 20,000 peserta Himpunan Hijau 2.0 di Padang Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4, pagi ini.

"Kami dari Pakatan Rakyat hari ini mengumumkan, sebaik Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, Lynas akan dibatalkan.

"Kami juga memberi jaminan semua tindakan merosakan alam sekitar, menibdas rakyat, merosakkan rakyat...akan kami tentang," tegasnya di atas pentas disambut laungan 'lawan tetap lawan' oleh para hadirin.

Pengumuman itu juga dilihat sebagai kemuncak kepada himpunan yang dihadiri pelbagai kaum hari ini.

Sebagai menyokong kempen Anti Lynas juga, Anwar yang juga Ketua Umum PKR berkata, satu usul tergempar akan dikemukakan di Dewan Rakyat pada persidangan parlimen Mac ini.

"Pada persidangan parlimen Mac ini, kita juga akan mengemukakan usul tergempar bagi menuntut kerajaan Barisan Nasional membatalkan Lynas," katanya yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Isu Lynas, ujarnya bukannya isu perkauman seperti yang sering didakwa Umno, tetapi adalah isu keselamatan rakyat Malaysia berbilang kaum.

Sehubungan itu, beliau turut mendesak pihak kerajaan mendengar suara dan bantahan rakyat berhubung isu itu.
http://bm.harakahdaily.net/

'Jangan biarkan orang atas makan rakyat bawah’
Nazri Abdullah, 26 Feb 2012
 
KUANTAN, 26 Feb: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dalam ucapannya pada perhimpunan tersebut juga turut menyeru rakyat bersama menentang sebarang usaha atau projek yang disifatkannya 'membahayakan nyawa' manusia.

"Kita harus pertahan nyawa kita. Jangan biarkan segelintir kecil orang di atas 'makan' ratusan rakyat di bawah.

"Kita harus berlawan. Sediakan rumah yang baik untuk anak cucu kita," katanya ketika berucap pada Himpunan Hijau 2.0 membantah Lynas di padang Majlis Perbandaran Kuantan, di sini pagi ini.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan yang turut berucap pada program itu pula mahu rakyat menolak pemimpin yang bersekongkol dengan Lynas.

"Hari ini Bersih bersama Hijau. Kita tolak Lynas, kita tolak sesiapa sokong Lynas.

"Kita inginkan kerajaan yang dengar apa rakyat nak, bukan kerajaan yang nak rakyat dengar apa yang mereka nak," katanya.
Turut hadir pada himpunan hari ini, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat lain termasuk Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Penasihat dan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub dan Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Pusat, Zulkefly Mohamad Omar.

Hampir 20,000 peserta yang terdiri daripada pelbagai kaum yang majoritinya Tionghua hadir menyatakan bantahan di perhimpunan aman Himpunan Hijau 2.0 hari ini.

Perhimpunan hari ini dianjurkan oleh lebih 80 NGO prihatin dan turut mendapat sokongan parti-parti politik Pakatan Rakyat khususnya PAS, PKR dan DAP.

Dihujung himpunan itu hari ini, mereka turut bertafakur sejenak bagi mendoakan kempen anti Lynas berjaya sehingga operasi Lynas dibatalkan.

Sebagai bantahan juga, mereka meletakkan tangan secara bersilang di dada masing-masing sambil membacakan ikrar.

Dua tuntutan dalam ikrar itu termasuklah mendesak agar kerajaan membatalakan segera projek nadir bumi Lynas yang disifatkan memudaratkan rakyat Malaysia.

Mereka juga mendesak agar kerajaan memastikan segala rancagan pembgunan adalah mapan dan sejajar dengan prinsip piagam bumi.
http://bm.harakahdaily.net/

Bantah Lynas: 20,000 sertai Himpunan Hijau 2.0
Nazri Abdullah, 26 Feb 2012

KUANTAN, 26 Feb: Hampir 20,000 rakyat Malaysia khususnya masyarakat Kuantan hari ini turun ke Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 4 bagi menyatakan solidariti membantah pembinaan loji pemprosesan nadir bumi  di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp).

Perhimpunan yang diberi nama Himpunan Hijau 2.0 hari ini dianjurkan oleh lebih 80 NGO perihatin dan turut mendapat sokongan parti-parti politik Pakatan Rakyat khususnya PAS, PKR dan DAP.

Pelbagai cara bantahan dizahirkan bukan sahaja dengan memakai baju hijau, malah juga dengan membawa kain rentang, pengikat kepala, poster dan payung mengecam tindakan Lynas itu.

  Antaranya tulisan seperti 'Stop Lynas', 'Save Malaysia', 'No Toxic Cyanide' dan belbagai lagi.

Mereka yang hadir terdiri daripada pelbagai kaum dengan majoritinya Tionghua turut melaungkan slogan 'Selamatkan rakyat, Hancur Lynas, Say no to Lynas, undur Lynas, Pilihan ditangan kita dan sebagainya.

Turut hadir pada himpunan hari ini, beberapa pemimpin utama Pakatan Rakyat termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR Datuk Sri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Zulkefly Mohamad Omar dan Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Selain mereka turut hadir memberi sokongan adalah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dan Pengerusi Bersih 2.0, Datuk Ambiga Sreenevasan.

Himpunan yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi itu sekarang ini sedang berlangsung dengan ucapan wakil-wakil NGO dan tamat jam 11.20 pagi, sebentar tadi.
http://bm.harakahdaily.net/

K'jaan diberi 24 jam tutup Lynas atau hadapi Hijau 3.0
Lee Long Hui
12:57PM Feb 26, 2012
Kerajaan hari ini diberi tempoh 24 jam bagi menutup loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng atau menghadapi Himpunan Hijau 3.0. 

 
Dengan kehadiran ribuan peserta Himpunan Hijau 2.0 di Kuantan pagi ini, pengerusi jawatakuasa pemandu Wong Tack menjanjikan jumlah yang lebih ramai jika kerajaan sekarang terus berdegil tidak memperdulikan bantahan dan rayuan rakyat itu.

"Kami memberi tempoh kepada kerajaan 24 jam untuk menutup loji berkenaan, jika tidak kami akan menganjurkan demonstrasi yang lebih besar.

"Tutup kilang Lynas,  atau kami akan tumbangkan kerajaan, kamu buat keputusan," katanya sambil menggesa kerajaan menyelesaikan masalah berkenaan sebelum pilihan raya umum akan datang.

Bercakap dalam sidang media selepas perhimpunan itu, Wong berkata jika perhimpunan kali ketiga berlangsung, seluruh rakyat Malaysia akan turun menyertainya bagi membantah kehadiran loji tersebut.

Ditanya mengapa pihaknya tidak mengambil jalan lain antaranya berdialog dengan kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini, Wong menegaskan tindakan itu "tidak relevan".

"Kita sudah tunggu satu tahun untuk dialog. Jangan buang masa lagi. Cukuplah," katanya.

Beliau juga mempersoalkan mengapa kerajaan menerima projek itu beroperasi di negara ini, bahkan sisa bahan radioaktif tersebut akan ditanam di sini.

"Mungkin boleh menjadi kerajaan untuk beberapa tahun, tetapi (sisa) itu kekal dalam tempoh yang lama.

"Kerajaan boleh buat janji kosong, yang menanggung derita adalah rakyat," katanya.  http://www.malaysiakini.com/

PAKATAN PERAK Turut Hadir Himpunan Anti Lynas di Bukit Merah
Berita dan Foto oleh Muhammad Faeez

IPOH, 26 feb: Lebih 1000 rakyat di seluruh negeri Perak terutama penduduk Bukit Merah, Menglembu hari ini, telah berhimpun untuk menyatakan bantahan terhdap pembinaan loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng oleh syarikat Lynas Advanced Material Plant (Lamp).

Himpunan tersebut diadakan di Bukit Merah, Ipoh iaitu lokasi Asian Rare Earth (ARE) beroperasi pada awal 80an hingga 90an.

Pelbagai sepanduk dinaikkan serta semua yang hadir telah mengibar bendera hijau tanda bantahan terhadap pembinaan loji yang berisiko tinggi itu.

Himpunan ini turut disertai oleh NGO dan parti-parti politik termasuklah PAS , DAP dan PKR.

Antara pemimpin yang hadir ialah Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Jeyakumar; Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye; ADUN Menglembu, YB Lim Pek Har dan pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Sejak awal pagi rakyat terutama penduduk Bukit Merah yang pernah merasai kesan terhadap sisa radioaktif telah berhimpun sambil melaung laungkan slogan ‘anti Lynas’ dan ‘hidup rakyat’.
Paparan bergambar Himpinan di Kuantan boleh disaksikan di halaman: http://pahangdaily.blogspot.com/




2 comments:

  1. Terima Kasih sudi lawat blog Wak, sebagai balasan nta Wak dah masuk kan blog yang sangat menarik ni ke dalam bloglist wak labu.

    ReplyDelete

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR