Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday, 23 February 2012

TAKWA, TAWAKAL DAN TAWADHU’ JANA PERIBADI MULIA

Khutbah Jumaat - 02 Rabi’ul Akhir 1433 H / 24 Februari 2012 M

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الْقَائِلِ،
الٓمٓ ﴿١﴾ ذَ‌ٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًۭى لِّلْمُتَّقِينَ ﴿٢﴾
أَشْهَدُ أَنْ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا  مُحَمَّدًا  عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَاَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ،
أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللَّهِ !   اِتَّقُواْ  اللَّهَ  حَقَّ تُقَاتِهِ  وَلاَتَمُوْتُنَّ  إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُّسْلِمُوْنَ
 
Wahai hamba-hamba Allah sekelian!

Bertaqwalah sekalian kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa. Dan Janganlah kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Saya menyeru diri saya sendiri dan juga sidang Jumaat sekalian agar kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah dengan melakukan segala suruhanNya dan menjauhi segala yang ditegahNya.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Hidup kita sebagai manusia di muka bumi ini bukan sekadar menghabiskan usia menanti hari tua malah bermatlamatkan penyediaan bekalan menuju ke alam akhirat. Dunia hanyalah persinggahan sementara dan kita akan terus bergerak detik demi detik menuju ke destinasi terakhir, iaitu kembali kepada Allah, tuhan Rabbul Jalil. Oleh yang demikian, dalam usaha menyediakan persediaan tersebut, tiga aspek utama perlu diberi tumpuan iaitu takwa, tawakal dan tawaduk. Tiga kalimah yang bermula dengan huruf sama iaitu “T” atau “ت” dimana ianya akan memperkasakan seseorang mukmin dalam menyusuri liku-liku kehidupan yang penuh onak dan duri yang akan mencalarakan iman.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Takwa adalah bekalan terbaik dan jaminan untuk mencapai kemenangan di akhirat. Allah SWT menegaskan dalam Kitab Suci Al-Quran: 

وَتَزَوَّدُوا۟ فَإِنَّ خَيْرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقْوَىٰ ۚ وَٱتَّقُونِ يَـٰٓأُو۟لِى ٱلْأَلْبَـٰبِ (البقرة :١٩٧)

"...dan sediakanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan adalah Taqwa. Maka bertaqwalah wahai orang-orang yang berakal."

وَمَن يُطِعِ ٱللَّهَ وَرَسُولَهُۥ وَيَخْشَ ٱللَّهَ وَيَتَّقْهِ فَأُو۟لَـٰٓئِكَ هُمُ ٱلْفَآئِزُونَ - (النور :٥٢)
"Sesiapa yang mentaati Allah dan Rasulnya, dan takut kepada Allah dengan sepenuh takwa, mereka itulah orang yang menang."

Maksud menang di sini ialah beroleh kehidupan sejahtera, dirahmati serta diberkati di dunia dan di akhirat kelak.

Muslimin yang dikasihi sekelian,

Taqwa menjamin kesejahteraan hidup di Hari Akhirat, malah menjadi penyelesaian kepada permasalahan hidup di dunia. Dalam Surah at-Talaq : 

وَمَن يَتَّقِ ٱللَّهَ يَجْعَل لَّهُۥ مَخْرَجًۭا ﴿٢﴾ وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ ۚ وَمَن يَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ فَهُوَ حَسْبُهُۥٓ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَـٰلِغُ أَمْرِهِۦ ۚ قَدْ جَعَلَ ٱللَّهُ لِكُلِّ شَىْءٍۢ قَدْرًۭا ﴿٣﴾
 "…..dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan Allah akan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka cukuplah Allah baginya (sebagai penolong dan penyelamata). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

Sidang jemaah yang berbahagia,

Tawakal adalah penggantungan hamba kepada Allah dalam menentukan perjalanan hidupnya. Ianya akan menghindarkan kita daripada cepat berputus asa ketika menghadapi cabaran dalam mengejar sesuatu hajat atau matlamat. Orang yang bertawakal akan menyandarkan setiap sesuatu kepada Allah semata-mata. Mereka tidak akan sesekali berasa sedih kerana apa yang ditetapkan oleh Allah kerana keyakinan bahawa pasti ada hikmah di dalam setiap ketentuan Allah. Imam Ibnu Qayyim menegaskan:

Sesuatu yang ditetapkan memerlukan dua perkara, iaitu tawakal sebelumnya dan redha sesudahnya. Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah sebelum wujudnya perbuatan bererti dia telah melaksanakan Ubudiah.

Dalam Surah Ali Imran ayat 159: 
فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى ٱللَّهِ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلْمُتَوَكِّلِينَ  (ال عمران : ١٥٩)
"Kemudian, apabila kamu telah membulatkan tekad maka bertawakallah kepada Allah."

Muslimin yang dikasihi sekelian,

Tawaddhuk adalah kemuncak syakhsiah keperibadian seorang Muslim memandangkan ia adalah antara senjata terakhir yang digunakan oleh Iblis dan Syaitan bagi menyesatkan manusia. Syaitan sentiasa berusaha menghasut manusiaa agar menjadi sombong, ego, ujub dan takabbur. Segala sifat mazmumah yang amat dicela oleh Allah ini hanya akan dapat dikikis melalui sifat Tawaddhuk. Rasulullah SAW berpesan:

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ

Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, Tidak berkurang harta seseorang itu akibat bersedeqah, dan tidak ditambah oleh Allah bagi seseorang yang memohon keampunan melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang yang merendahkan dirinya kepada Allah melainkan Allah akan mengangkat darjatnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Hadis ini mengingatkan kita bahawa sesuatu kebaikan yang kita laksanakan semata-mata kerana Allah tidak akan merugikan kita kerana Allah akan memberikan nilai tambah bagi setiap kebaikan kita. Oleh kerana nilai tambah ini tidak kelihatan secara jelas maka sebahagian besar manusia tidak menyedarinya dan tidak terdorong untuk melakukan kebaikan akibat merasakan kerugian yang akan ditanggung akibat kebaikan yang dilaksanakannya.

Muslimin-mukminin yang dirahmati,

Kesimpulannya, tiga perkara utama yang disebutkan tadi iaitu takwa, tawakal dan tawaddhuk hendaklah sentiasa menjadi pakaian kita agar kita benar-benar menjadi seorang Muslim yang sejati.

بَارَكَ اللهُ لِيْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآنِ الْعَظِيْمِ وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ الأيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيْمُ.
أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ لِيْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ الأَحْيَاءِ مِنْهُمْ وَالأَمْوَاتِ فَاسْتَغْفِرُوْهُ إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ
http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR