KOTA BARU:25 Februari, 2012 Mesyuarat khas parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) melantik bekas Pengerusi Kedah, Zamil Ibrahim sebagai pengersi baru menggantikan Datuk Zahid Ibrahim.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat khas di sini pagi tadi.
Mesyuarat itu dihadiri wakil KITA dari Kedah, Kelantan, Pahang, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan. Sabah tidak hadir tetapi menyokong mesyuarat itu.
“Keputusan ini sebulat suara, seluruh perwakilan tidak mahu lagi kepada Zaid,” kata Zamil.
Bagaimanapun, wakil rakyat tunggal KITA iaitu Tan Chee Beng, ahli Parlimen Nibong Tebal tidak hadir tetapi menghantar notis menyetujui mesyuarat tersebut.
Zamil memberitahu, pihaknya akan menghantar surat kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi memberitahu bahawa KITA diambil alih oleh pemimpin baru.
Perwakilan KITA marah
“Kita akan beritahu ROS bahawa Zaid bukan lagi presiden KITA. Kami akan membuat rombakan dan melantik pimpinan baru” tambahnya.
Zamil mendedahkan, KITA sepatutnya mengadakan mesyuarat agung tahunan hari ini tetapi pengurusan parti telah membatalkannya di saat akhir.
Katanya, perwakilan menjadi marah kerana pembatalan itu tanpa memberitahu mereka yang menyebabkan mereka datang ke Kota Baru.
“Perwakilan yang marah membuat keputusan mengadakan mesyuarat khas dengan memecat Zaid berkuat kuasa serta merta,” kata beliau.
http://www.freemalaysiatoday.com/
ABU:Susah jadi ketua parti ni.Berapa banyak parti baru bungkus.Nak tubuh parti senang, pakat dua tiga orang yang tak puas hati dengan parti lama,tubuh AJK dan pergi daftar parti atau pertubuhan baru.Lepas tu hidup segan mati tak mahu.Akhirnya berkubur.Kasihan Parti KITA,Pengerusipun kena pecat...Hati-hati Pengerusi JATI, silap-silap boleh kena pecat juga nanti.
No comments:
Post a Comment