Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday 19 February 2012

Siapa Lagi Yang Sertai "Parti Ajaran Sesat"?

Penyertaan Bekas Pegawai Kerajaan Perkuat PAS Melaka
Oleh:Ahmad Danial,

MELAKA, 19 Feb: Bekas Pengarah Kastam Pulau Pinang, Datuk Sahak Sudin dan bekas Timbalan Pengarah Hospital Besar Melaka, Dr Khalid Kassim menyertai PAS.
 Datuk Sahak Sudin sedang menyerahkan borang keahlian PAS kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Mereka menyerahkan borang permohonan keahlian PAS kepada Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada program ceramah perdana sempena Konvoi Jelajah Lajnah Penerangan PAS Pusat ke Melaka di Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Telok Mas, malam tadi.
 
 Dr Khalid Kassim sedang menyerahkan borang keahlian PAS kepada Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Khalid telah berkhidmat di Hospital Besar sejak puluhan tahun lalu dan menamatkan perkhidmatan sepenuh masa dengan kerajaan sejak beberapa tahun lalu.

Sementara Sahak  pernah berkhidmat di beberapa buah negeri dan jawatan tertinggi beliau ialah Pengarah Kastam Pulau Pinang.

Mereka berasal dari Melaka dan telah menyatakan kesediaan untuk menyumbangkan sepenuh tenaga kepada perjuangan menegakkan Islam dan keadilan di Melaka.

Kemasukan mereka yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam memberikan suntikan baru kepada PAS Melaka dalam mengharungi perjuangan membebaskan rakyat Melaka dari cengkaman pemerintahan Kerajaan BN negeri selama lebih dari 54 tahun.

Beberapa ahli PAS yang ditemui melahirkan rasa syukur kerana perjuangan PAS khususnya di Melaka semakin diterima rakyat tidak kira dari golongan mana sekalipun.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan PAS Melaka, Asri Sheikh Abdul Aziz berharap lebih ramai bekas-bekas pegawai kerajaan untuk tampil ke hadapan menyertai PAS kerana pengalaman mereka sudah tentu dapat menyumbangkan sesuatu kepada perjuangan menegakkan keadilan di Melaka.

"Kita tahu ramai bekas pegawai kerajaan yang menyokong dan simpati kepada perjuangan PAS dan Pakatan Rakyat, mereka mesti menzahirkan kefahaman dan pendirian politik mereka supaya rakyat terbanyak turut sama menyertai PAS dan Pakatan bagi menubuhkan sebuah kerajaan baru yang lebih adil dan telus di Melaka," ujar Asri yang juga merupakan Penyelia Dun Lendu.

Penyokong Umno Yang Sertai PPP, Bukan PAS
Oleh:Aslani M,

PASIR PUTEH, 19 Feb: PAS kawasan ini menyangkal dakwaan Naib Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff kononnya 76 ahli dan penyokong PAS menyertai parti itu.
 
Sebaliknya Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pasir Puteh, Abdul Shakur Sharrie (gambar) berkata, hanya seorang bekas penghulu dan seorang wanita yang dikenal pasti menyertai PPP di majlis berkenaan.

“Yang lain-lain hanya ahli-ahli dan penyokong Umno dikatakan menyerah borang menyertai PPP pada satu program Maulidur Rasul yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Panggung, baru-baru ini.

“Bekas penghulu terbabit sudah lama tidak aktif dalam PAS. Manakala seorang lagi iaitu wanita dilantik sebagai guru al Quran yang mendapat elaun daripada kerajaan negeri,” katanya di sini.

Jumaat lalu media mendakwa 76 ahli dan penyokong tegar PAS Kampung Wakaf menyerah borang keahlian PPP pada majlis Maulidur Rasul anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah terbabit.

Manakala semalam Nik Sapiea pula mendakwa seorang guru Halaqat diberi amaran dilucutkan jawatan dan elaun selepas menyertai PPP.

Shakur berkata, dakwaan pemimpin terbabit tidak berasas sama sekali dan kenyataan tersebut adalah fitnah bagi memburuk-burukkan kerajaan negeri dan PAS.

Oleh itu katanya, PAS kawasan akan membuat laporan polis terhadap Nik Sapeia dan media yang menyiarkan dakwaan berunsur fitnah tersebut petang ini.

Yang Dipertua PAS Pasir Puteh, Dr Nik Mazian Nik Mohamad berkata, Umno dan PPP memperalatkan PIBG bagi menghimpun penduduk kampung hadir ke program politik anjuran mereka.

“Tidak munasabah program anjuran PIBG diadakan pula program penyerahan borang menyertai PPP. Salah guna PIBG bagi kepentingan politik murahan.

“Lagi pun setakat ini tidak ada ahli PAS yang terpengaruh dengan agenda mereka kecuali seorang dua yang sudah lama bermasalah.

“Sebelum ini disiarkan kononnya lebih 3,000 bekas ahli dan penyokong PAS menyertai Umno. Kalau benar dakwaan itu sudah tidak ada orang PAS di bandar Pasir Puteh sekarang,” katanya.

Oleh itu beliau berkata, pemimpin Umno Pasir Puteh benar-benar terdesak sehingga memperalatkan guru-guru hadir pada pelancaran gelombang merah tahun lepas.-http://bm.harakahdaily.net/

ABU:Walaupun difatwakan sesat oleh Tuan Guru Dato' Dr. Shafie Apdal dan  Tuan Guru Dato' Sri Ahmad Said, masih ada lagi yang sedia menyertai PAS. Allahdulillah,moga-moga PAS terus didokong dan disokong oleh masyarakat berbagai lapisan dan terus istiqamah dalam perjuangan.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR