Salam sejahtera.
BERSIH 03: kenapa mereka berdemo?
Ini soalan pertama yang harus kita tanya. Kenapa? bukan sekali, bukan dua kali malah akan berkali-kali. kenapa demikian? ini soalan harus dijawab dengan baik dan guna cara berfikir yang matang dan professional.
Saya memang hakikatnya tidak suka berdemo atau lewat di jalanan yang banyak juga kesannya, tetapi kala memikirkan masa depan bangsa kita, anak cucu cicit kita itu amat penting maka wajar dilakukan sebagai tanda protes kerana olahnya pemerintah.
Memang ada yang mengatakan peniaga rugi dan barangkali perlu ditanya, mana kita mahu rugi sehari atau rugi selama-lama kala negara ini jadi milik orang lain nanti?
Kenapa jadi milik orang lain?
Apakah kita tidak tahu cara pemerintah malaysia sekarang ini untuk menang akan dilakukan apa saja termasuk menipu dan menghalalkan apa saja cara untuk menjadi juara. contoh berapa ribu, malah juta rakyat asing yang dapat IC dan kemudian berhak mengundi malah hak itu sama seperti hak kita orang lokal. ini gara2 mahu mempertahankan kuasa yang ada.
Selain cara ini, rasuah juga menjadi-jadi dan meski kerajaan katakan jangan rasuah, tetapi siapa saja yang mengalakkan rasuah masa election? lain dikata lain pula yang dilakukan dan kata tidak serupa bikin dan ini kalau berteruskan akan menjahanamkan negara bangsa yang kita cinta ini.
Soal kebebasan media begitu terang-terangan dan kita tahu tv bukan milik BN sebaliknya milik rakyat, tetapi itu digunakan untuk menyerang dan memfitnah individu politikus yang tak sehaluan sehingga mengaibkan dan menfitnah begitu jijik sekali dan ini begitu ketara di malaysia dan hal semacam ini tidak terjadi begitu hebat di negara lain di dunia.
BN yang jelas akan melakukan apa saja demi kemenangan dan mereka sebenarnya tidak takut kalah dan yang mereka takut ialah kalah bakal masuk penjara kala banyak sangat mereka ini terlibat dengan kes-kes jenayah/rasuah/tipu menipu yang disembunyikan dan tidak dibawa ke ketengah sebab SPRM, Hakim, SPR dan mahkamah di bawah kuasa PM sendiri dan tidak mungkin yang dilantik restu PM akan menghantar PM ke penjara.
Negara malaysia ini kalau BN terus memerintah, rakyat Malaysia asal akan terusir dan yang akan memerintah ialah bangsa Melayu Baru yang terdiri dari orang-orang asing yang mendapat IC dan hak sama kerana memenangkan BN dan kalau demikian kejadiannya, maka tak kira apakah dia itu orang BN atau sebaliknya kelak akan terusir anak cucu cicit mereka dan menjadi pelarian di negara sendiri.
Lalu kerana itu BERSIH 03 diadakan dengan cara berjalan dan duduk diam sebagai tanda protes secara serius dan selautan manusia itu sebenarnya adalah suara-suara rakyat yang akan menghantar BN ke lautan api dan ke gaung puaka kalau nanti sekiranya "election" diadakan secara bersih.
Kalau masih juga tiada perubahan, maka tidak hairan BERSIH 04 akan diadakan.
salam demi negara bangsa, anak cucu cicit kita.
No comments:
Post a Comment