Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday, 15 April 2012

Perpecahan Melayu kritikal,UMNO-PAS Wajib Bersatu Untuk Islam dan Melayu, PAS - Parti Ajaran Sesat, Bijakkah UMNO berpolitik?

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 12, 2011
Tun Dr Mahathir Mohamad
Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohammed berulang kali mengingatkan bangsa Melayu agar terus bersatu. Seperti katanya, menegur sudah, marah sudah dan menangis pun sudah, namun ternyata apa yang dihajati dan diharap belum sepenuhnya tercapai. Malah perpecahan dalam kalangan Melayu dilihat semakin berada pada tahap kritikal.

“Biarpun orang benci saya, orang marah saya, tapi saya perlu katakan itu...” kata Tun.

Bersama Editor Sinar Harian, Lailatun Khalilah Nasir dan jurufoto, Shahrin Nizam, ikuti pandangan Tun dalam wawancara yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Setelah melalui siri pilihan raya yang cemerlang di bawah pimpinan Tun dahulu, adakah keputusan PRU-12 tiga tahun lalu sudah Tun jangka?

Tun M: Saya sudah jangka prestasi memang merudum. Itu jelas kerana saya melihat kebencian orang pada kerajaan waktu itu. Ditambah pula ramai pemimpin Umno yang menyokong Pas. Saya tahu mereka menyokong Pas kerana terlalu benci untuk mengundi Umno (BN). Ini disebabkan kita mempunyai pemimpin tetapi tidak mempedulikan kebajikan rakyat. Sebab itu beberapa negeri kita jatuh kepada pihak pembangkang pada masa itu.

Adakah faktor tidak tunai janji, tidak jaga kebajikan rakyat itu masih wujud pada hari ini dan adakah sokongan kepada Umno semakin baik?

Tun M: Ia masih wujud walaupun sudah banyak diperbaiki. Kemungkinan untuk menang mungkin boleh dan kemungkinan untuk kalah juga boleh... keputusannya mungkin 50–50 kalau kita adakan pilihan raya dalam tempoh terdekat. Kepercayaan orang Melayu belum pulih sepenuhnya terhadap pemimpin kita (Barisan Nasional).

Apa yang paling kritikal yang perlu kita atasi pada waktu ini apabila kita bercakap mengenai Melayu.

Tun M: Paling kritikal dan penting pada waktu ini ialah perpecahan orang Melayu. Ia mesti diatasi segera. Ini Kerana Melayu kini sudah mempunyai pelbagai parti politik yang mereka boleh sokong. Dulu hanya Umno dan Pas, sekarang tidak lagi, Sudah ada KITA dan sebagainya. Jadi kita orang Melayu sudah berpecah menjadi tiga atau mungkin lebih. Kita perlu sedar kita tidak lagi majoriti. Sedangkan untuk memerintah, kita bergantung kepada majoriti. Sekarang siapa yang menang itu yang kita sokong, jadi kita terpaksa menunggu keputusan mereka.

Sudah banyak kali saya katakan, orang Melayu kena bersatu. Tapi kita degil. Sebagai contoh Pas, mereka Melayu tetapi mereka sanggup bekerjasama dengan DAP. Sedangkan Umno minta kerjasama dulu tapi mereka tidak mahu, dengan DAP mereka mahu. Ini yang saya kata Melayu tidak mahu bersatu. Dengan DAP mereka sanggup gugurkan Negara Islam. Pada pandangan saya mereka ini hanya bekerjasama untuk menang sahaja. Tentang prinsip perjuangan, mereka tidak peduli. Melayu yang sedar hari ini perlu kembali bersatu demi survival bangsa.

Saya melihat faktor kepimpinan masa kini membuatkan ramai golongan muda keliru dengan politik semasa. Apa yang harus dilakukan untuk mengembalikan keyakinan golongan muda?

Tun M: Seharusnya pemimpin pada masa kini perlu menerangkan pada mereka. Kalau ini dibuat (penerangan dengan jelas) mereka tidak akan keliru. Sebab itu peranan pemimpin perlu untuk menerangkan satu persatu kepada orang muda dan juga semua agar mereka tidak mendengar sebelah pihak sahaja. Jika penjelasan dibuat mereka terpaksa dengar dua belah pihak. Cuma apa yang dilihat adalah kelemahan kita untuk menghujahkan dengan baik pendirian kita supaya tidak dimanipulasi pihak yang satu lagi.

Kita kena bijak dan jangan terlalu mengikut nafsu dan emosi terutamanya dalam sesuatu perkara. Jangan marah itu... marah ini tidak menentu. Sebagai pemimpin kita juga tidak boleh mengikut emosi. Kita kena imbang, kalau baik kita kata baik, yang buruk kita buruk.

Melayu masih perlukan tongkat

Tun dilihat selalu membangkitkan hal Melayu, mungkin ada impian Tun terhadap bangsa ini yang belum tercapai sepanjang Tun menjadi Perdana Menteri?

Tun M: Memang ada... Saya berusaha bersungguh–sungguh untuk memajukan orang Melayu setaraf dengan kaum-kaum lain di Malaysia. Tapi ini satu usaha yang saya tidak dapat saya jayakan. Kalau boleh kita mahukan 30 peratus kerjasama daripada orang Melayu berada di tangan orang Melayu tetapi kita tidak dapat, cuma yang ada adalah institusi kerajaan bagi orang Melayu.. Sehingga kini nilai budaya orang Melayu tidak secocok dengan kemajuan yang kita capai.

Bagaimana dengan slogan Melayu Boleh’yang dikatakan sebagai pencetus semangat Melayu? Ia hanya tinggal slogan?

Tun M: Kita percaya...kita mempunyai kebolehan, kita boleh...tetapi tidak bermakna bahawa kita boleh mencapai sesuatu. Kita Boleh bermakna, kita mempunyai kebolehan. Tetapi kadang-kadang kita lupa dan tahu sejarah kita, tentang latar belakang kita. Kita lupa bahawa kita adalah puak miskin suatu ketika dahulu dalam bidang ekonomi. Apabila kita berjaya kita sebenarnya hanya berjaya sedikit. Tapi kita sudah rasa kita cukup maju, walhal kita masih terkebelakang.

Jadi, Melayu masih perlu diberi tongkat?

Tun M: Ada setengah-tengah Melayu masih perlu diberi tongkat, Namun ada juga yang sudah boleh lepas pun. Bagaimanapun ada setengah daripada kalangan Melayu ini mendapat biasiswa dan belajar sehingga menjadi ahli profesional menganggap bahawa sekarang ini tidak perlu lagi diberikan tongkat buat Melayu, tapi saya nak katakan bahawa memang masih ada Melayu yang perlu diberi tongkat untuk terus bersaing.

Peratusan kita yang berjaya pada masa ini tidak perlu saya nafikan, namun peratusan Melayu yang berjaya di Semenanjung jika hendak dibandingkan dengan kaum lain, jumlah mereka masih rendah. Pendek kata tidak mencapai 30 peratus pun.

Jika begitu situasinya kini, apa akan jadi dengan Wawasan 2020 yang Tun sendiri gagaskan sewaktu menjadi Perdana Menteri dahulu?
Hilang begitu saja?

Tun M: Mengenai Wawasan 2020 ini, kalau kita hendak capai, sebenarnya kita boleh capai dengan mudah. Kalau kita tidak peduli tentang bahagian orang Melayulah. Kita boleh capai tetapi dengan cara menukar strategi pendekatan kita untuk mencapai wawasan 2020 tersebut. Tetapi tak tahulah kalau kerajaan sekarang ini banyak menukarkan, atau memperkenalkan strategi perubahan yang baru. Namun, bagi saya, apa yang ada kini ia tidak mencukupi untuk mencapai Wawasan 2020.

Menukar strategi yang bagaimana?

Tun M: Kita masih bergantung kepada orang asing, Kalau banding dengan orang Jepun, Taiwan, Korea, China dengan Malaysia, pertumbuhan ekonomi atau pembangunan negara mereka berasaskan kepada rakyat mereka sendiri. Mereka membeli mesin, perkakasan dari luar tetapi rakyat mereka melaksanakannya, namun kita tidak macam itu. Kita jemput orang luar datang kadang-kadang dengan teknologi mereka ke negara kita. Hingga ada kalanya kita sendiri tidak belajar langsung penggunaan teknologi itu. Jadi selamanya kita masih bergantung pada mereka. Ertinya penguasaan teknologi itu tiada. Sebab itu orang kita kurang maju. Sekarang masa sudah sampai yang mana kita sendiri yang patut mempunyai pengusaha industri yang membeli teknologi tetapi membuat keputusan sendiri seperti cara Jepun. Seperti nama-nama yang terdapat di Malaysia contohnya Hyundai, Mitshubishi, semua bergantung kepada teknologi mereka yang tidak memerlukan mereka datang ke sini. Ini yang kita dan kerajaan perlu lakukan. Baru wawasan 2020 itu dapat kita capai dengan berjaya.

Hal keluarga dan wanita

Adakah Tun merasakan kepimpinan Tun dalam politik dan pentadbiran mampu diwarisi anak-anak?

Tun M: Muhkriz...lah, dia paling menonjol berbanding dengan anak-anak lain kerana terlibat dengan bidang politik. Saya selalu berpesan pada anak-anak jika melakukan sesuatu perkara dalam bidang perniagaan, politik atau apa sahaja seharusnya memberi tumpuan yang penuh. Sebagai ayah, Mukhriz juga selalu meminta pandangan dari saya, dan saya akan memantau segala tindakan anak-anak.

Sedikit mengenai wanita, apa pandangan Tun apabila ramai wanita terpedaya dengan pujukan lelaki, dan banyak gejala negatif timbul darinya.

Tun M: Ibu bapa kini sibuk... jadi masa yang berkualiti untuk anak-anak tiada, oleh itu didikan agama itu yang penting, didikan agama bukan mengajar sembahyang sahaja tetapi ciri-ciri keislaman itu perlu diterap dalam jiwa anak-anak.

Sedikit mengenai pencapaian wanita di Malaysia, adakah kejayaan Yingluck Sinatwatra yang diangkat menjadi Perdana Menteri Thailand memberi isyarat bahawa wanita Malaysia juga boleh melakukan itu?

Tun M: Di Malaysia, lelaki masih lagi mendominasi. Dalam Umno umpamanya wanita yang bekerja kuat. Itu sememangnya saya tahu. Contohnya kita mempunyai pergerakan Puteri, pergerakan Wanita, jadi kepimpinan wanita di Malaysia sememangnya tidak dapat dinafikan. Tidak mustahil wanita boleh menjadi pemimpin tertinggi tetapi hakikatnya sekarang masih didominasi oleh lelaki.

Apa prinsip yang Tun pegang ?

Tun M: Prinsip saya, jika nak buat sesuatu, saya tidak akan beritahu pada sesiapa pun kecuali ia betul-betul memerlukan pandangan. Ini kerana jika kita sudah berjanji tetapi tiba-tiba kita tidak dapat tunaikan maka orang akan cakap kita mungkir janji. Jadi saya tidak buat janji. Jadi kalau apa yang saya nak buat terpaksa ditangguhkan ataupun bertukar fikiran tidak mahu buat, orang tidak akan boleh mengatakan kepada saya yang saya mungkir janji. Kerana itu keputusan bersara dari jawatan Perdana Menteri itu dulu saya tidak bercerita pada orang lain. Contoh, kalau saya kata tahun depan saya hendak berhenti tetapi tidak berhenti, nanti orang sudah tidak percaya pada saya lagi. Sebab itu saya mengambil kesempatan untuk beritahu kepada semua (di hadapan semua orang secara terbuka) sebab apabila saya sudah umum begitu, saya sudah tidak boleh undur lagi dah. Dan tiada siapa pun boleh halang keputusan saya.http://www.sinarharian.com.my/

UMNO-PAS WAJIB BERSATU UNTUK ISLAM DAN MELAYU!!


Pemimpin Perkasa mahu PAS dan Umno bersatu.Laporan Sinar Harian menyatakan, pemimpin Perkasa menegaskan bahawa kerjasama politik Pas dan Umno, yang menjadi topik perbincangan sejak pilihan raya umum 2008, sangat penting bagi menjamin kesepaduan dan masa depan orang Melayu.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim berkata, perpecahan di kalangan orang Melayu ketika ini memang berlaku, tetapi ia tidak boleh dijadikan sebagai alasan untuk tidak bersatu.

“Mengapa Pas boleh bersatu dengan DAP yang jelas tidak memperjuangkan akidah yang sama dalam perjuangan parti tetapi Umno yang memperjuangkan akidah yang sama, Pas tidak mahu bersatu?

“Perbezaan yang wujud bukan untuk berpecah belah tetapi untuk meraikan perbezaan itu,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian bertajuk, Mengapa Undi Melayu Pecah.

ABU:Sejak sekian lama UMNO dan sekutunya menginginkan kerjasama dengan PAS kononnya atas dasar Melayu dan Islam, namun di sebuah negeri, di Pantai Timur, UMNO dan sekutunya mencanangkan bahawa PAS Parti Ajaran Sesat.Bijakkah cara UMNO berpolitik?

1 comment:

  1. kelakar beb! si melayu hebat mintak tolong. kalu pas tolong memang pas tongong.

    ReplyDelete

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR