Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday, 30 April 2012

Bersih 3.0 ‘GAGAL’, Terima Kasih Polis

Oleh: Hafiz Zainuddin
1 May 2012
 
Saya tertawa bila ada khabar angin mengatakan bahawa perhimpunan aman Bersih 3.0 mahu menawan Dataran Merdeka seperti Dataran Tahrir di Mesir. Semuanya mengarut. Dalam sebaran rasmi Bersih sudah pun tertulis jam 2 hingga jam 4 sahaja. Jangan bermimpilah. Bertahan sehari pun kita masih belum mampu.

‘Ibu kepada segala demonstrasi’ ini telah pun berlangsung dua kali sebelum ini,  jadi lupakan angan-angan untuk mengubah kerajaan dengan cara ‘occupy’. Apa lagi untuk menawan Dataran Merdeka selama 18 hari. 

Jauh panggang dari api. Lainlah di Mesir, pihak berkuasa tentera boleh bekerjasama dengan rakyat.
Itu pandangan saya seminggu sebelum duduk-dan-bantah Bersih 3.0 diadakan.

Saya akui pandangan saya berubah pada malam sehari sebelum acara. Disebabkan keadaan sudah pun panas, laungan “Bersih, Reformasi, Allahu Akbar!” pun sudah kedengaran dan tidak ada apa-apa respon polis.

Terfikir pula apakah Dataran Merdeka akan tertawan pada malam itu juga dan Malaysia akan melakar sejarah baru perjuangan rakyat yang selama ini diperkotakkatikkan oleh kerajaan?

Semuanya terjawab apabila rakyat mengalami ‘kegagalan…’

Gagal dan gagal

Sebelum 28 April sehingga saat-saat kemuncaknya, penganjur masih gagal mendapat kebenaran Dewan Bandayaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang berlagak seperti kerajaan yang tidak pernah dipilih oleh rakyat serta pihak polis yang sepatutnya menjadi pelindung dan penyelamat rakyat.

Pertama, ‘kegagalan’ menawan dataran pada 28 April disebabkan rakyat yang berhimpun secara aman terpaksa berdepan dengan provokasi dan serangan ganas gas pemedih mata serta amukan pihak polis, yang mana polis trafik juga menjadi mangsa kegilaan sesama polis.

Kedua, ia merupakan kegagalan kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan prinsip kebebasan berhimpun secara aman yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, justeru menunjukkan pentadbiran 

Dato' Seri Najib Razak hanya pandai bercakap tetapi masih bersikap kuku besi terhadap rakyat sendiri.
Ketiga, penyertaan lebih 200,000 rakyat Malaysia pelbagai kaum sememangnya mencemaskan BN, membuktikan bahawa perjuangan untuk pilihan raya yang bebas, bersih dan adil semakin mendapat sokongan pelbagai lapisan masyarakat Malaysia yang prihatin, khususnya anak-anak muda berbagai kaum dan agama.

Keempat, BN dan tulang belakangnya UMNO, gagal dalam politik perkaumannya serta gagal menjadi wira Melayu kerana membiarkan polis yang majoritinya Melayu menyerang para peserta Bersih yang ramai juga daripada kalangan Melayu.

Kelima, tembok pemisah antara kaum berjaya diruntuhkan oleh Bersih, apabila kesepaduan dan solidariti pelbagai kaum jelas kelihatan dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 yang dipaksa menjadi sedikit ganas oleh pihak berkuasa yang membuat provokasi.

Dan yang terakhir, ‘kegagalan’ Bersih membuktikan tranformasi politik Najib adalah semata-mata dusta yang diulang-ulang melalui media massa yang kesemuanya dikawal oleh UMNO dan BN.

“Terima kasih polis…”

Ucapkanlah terima kasih kepada polis kerana memberi sedikit ruang dan masa untuk kita berhimpun di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur. Semasa saya berada di Jalan Sultan, saya langsung tidak mempunyai sebarang perasaan yang tidak enak. Anggota polis yang ada cuma memerhatikan keadaan. Malah majoriti mereka tidak membawa apa-apa senjata.

Perarakan dari Jalan Sultan memasuki Jalan Petaling dan sehinggalah ke Jalan Tun Perak  semuanya dalam keadaan aman. Ia seperti sebuah pesta. Tidak ada siapa pun suruh bersurai, tidak ada polis pun menembak gas pemedih mata.

Ketika itu, hati kecil saya berkata. “Wah…memang benar-benar  aman…”. Apakah Malaysia telah menjadi sebuah ‘negara demokrasi yang terbaik di dunia’ seperti yang diimpikan Najib sebelum ini?

Dari lautan ratusan ribu rakyat Malaysia yang membanjiri Jalan Tun Perak, saya bersama seorang teman bergegas untuk membuat liputan berita di Lebuh Pasar Besar bersebelahan Pasar Seni. Penghadang jalan dan kawat besi masih berdiri rapi sehinggalah sekurang-kurangnya menghampiri jam 3 petang. Ketika itu ada beberapa orang peserta mahu membuka kawat berduri dan penghadang jalan.

Polis masih memerhatikan tanpa apa-apa tindakan. Respons ‘baik’ polis telah membuatkan kami mara dengan aman melepasi garis penghadang dalam lingkungan 10 meter ke hadapan dan duduk. Selang beberapa ketika, Polis Simpanan Persekutuan (FRU) mula berundur diikuti dengan tepukan dan sorakan.

“Ini sudah bagus!” bisik hati kecil saya.

Tak semena-mena tanpa arahan bersurai atau amaran, sebuah trak merah mara ke hadapan dengan menyembur air asid kepada kami. Keadaan bertambah buruk apabila FRU melancarkan tembakan berpuluh-puluh gas pemedih mata…

Bermulalah sekali lagi, seperti tahun-tahun sebelumnya, keganasan dan pencerobohan hak asasi manusia dengan sengaja yang dihalalkan oleh kerajaan BN melalui alat keselamatan yang digunakan untuk menentang rakyat sendiri.

Apa pun tanggapan negatif media arus perdana (yang hanya pandai berkokok suara kepimpinan UMNO-BN), satu perkara yang wajar diambil perhatian ialah rakyat Malaysia masih boleh bertoleransi dengan tindakan melulu pihak polis menangani perhimpunan ini.

Memang benar ada segelintir yang naik minyak kerana tindakan provokasi dan keganasan polis. Namun majoriti tetap tenang dan bersabar. Itulah sikap positif rakyat Malaysia yang tidak sama dengan para demonstran di sesetengah negara lain.

Selepas ini apa?

Kalau pun berdemo setiap hari, kita mungkin akan jadi bosan. Demonstrasi semata-mata kerana demonstrasi tidak memberi apa-apa makna. Akhirnya yang tinggal cuma beberapa orang. Saya percaya, kita tidak mahu jadi seperti itu.

Tetapi kita juga tidak boleh hanya berserah pada Najib dan BN untuk menentukan hala tuju negara dan terus membolot kekayaan negara dengan membiarkan rasuah dan salah guna kuasa berleluasa seperti sekarang. UMNO-BN tidak akan berubah kerana mereka sudah ketagih kuasa dan kekayaan.

Bersih 3.0 bukan sekadar sebuah perhimpunan simbolik. Ia merupakan sebuah wadah untuk menuntut pilihan raya yang adil, telus dan bebas. Hanya dengan ini, rakyat akan merasa lega kerana dapat memilih sebuah kerajaan dengan adil dan saksama.

Seperti mana kita tidak mahu melihat perlawanan bola sepak atau hoki yang mana satu pasukan sudah dirasuah atau pengadil berat sebelah atau satu pasukan mempunyai lebih pemain atau padang tidak sama rata atau ruang pintu gol pasukan kita lebih besar, tentunya kita tidak mahu pilihan raya kita cacat serta penuh dengan penipuan dan ketidakadilan.

Lebih 200,000 rakyat telah pun menunjukkan komitmen untuk berubah. Kita tahu, semuanya dengan satu tujuan satu matlamat. Jangan mudah terbawa-bawa dengan gosip-gosip perhimpunan aman, sama ada melalui media arus perdana atau di laman-laman web.

Yang penting dan jangan sekali-kali dilupakan ialah matlamat kita mengadakan perhimpunan Bersih. Ada lapan tuntutan untuk pilihan raya yang adil, bersih dan bebas. Itu sahaja. Selagi tidak dipenuhi tuntutan itu, maka pilihan raya di bawah kerajaan BN akan tetap tidak adil, kotor dan tidak bebas serta penuh dengan penipuan, pembohongan dan manipulasi.

Jika sesebuah kerajaan dibentuk melalui penipuan, maka tidak hairanlah ia mentadbir secara kotor juga, seperti yang kita lihat hari ini dan dekad-dekad sebelumnya yang penuh bergelumang dengan rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

Jadi, sebagai rakyat, apa pula selepas ini? Apa tindakan kita sebagai masyarakat Malaysia yang sudah sedar dengan kepura-puraan BN? Semuanya terpulang kepada diri kita sendiri. Jika tidak rela diri, keluarga dan masyarakat dipermain-mainkan dan dihina oleh pemerintah, maka tepuk dada, tanya selera. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR