Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Thursday, 26 April 2012

Mengapa kita perlu sertai BERSIH 3.0 Sabtu ini - DAP

KUALA LUMPUR, 26 APRIL: DAP menyokong penuh dan akan menggerakkan ahli untuk Duduk-dan-Bantah Bersih pada jam 2 petang Sabtu ini untuk pilihan raya yang bersih, dan menyeru agar semua rakyat Malaysia menyertai perhimpunan Bersih di seluruh negara, khususnya di Dataran Merdeka.

Justeru, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengutuk keras tindakan dan amaran oleh pihak kerajaan, terutamanya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, untuk mengharamkan bantahan secara aman ini dengan menakut-nakutkan orang ramai.

“Penggunaan taktik ketakutan ini hanya mendedahkan watak sebenar kerajaan BN yang kuku besi dan bersifat zalim.

“Masa sudah tiba untuk memastikan masa depan yang cerah dan bersih serta bebas daripada ketakutan. 

Hanya proses pilihan raya yang bersih dan tanpa salah guna kuasa oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) boleh menzahirkan pemimpin-pemimpin yang dapat memberi harapan baru kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, penafian prinsip demokratik asas iaitu “satu orang, satu undi” adalah satu sebab utama, selain daripada wujudnya pengundi hantu dan kepincangan dalam daftar pemilih, mengapa rakyat Malasia harus menyertai Bantah-dan-Duduk Bersih.

Katanya, badan pemerhati pilihan raya Tindak Malaysia telah mengemukakan bukti bahawa SPR bersifat berat sebelah terhadap BN dengan “gerrymandering” dan manipulasi sempadan kawasan pilihan raya sehingga satu undi pengundi luar bandar adalah sama dengan enam undi pengundi bandar, kerana BN lebih kuat di kawasan luar bandar.

Mengikut Tindak Malaysia, BN telah memenangi 112 daripada 139 kerusi Parlimen yang mana saiz pengundi paling kecil dalam pilihan raya umum 2008, lantas memberikan mereka majoriti mudah dengan hanya 18.9 peratus undi popular.

“Kawasan-kawasan tersebut tidak akan ditukar untuk pilihan raya umum yang akan datang. Di manakah prinsip demokratik “satu orang, satu undi” dan juga di manakah pemerintahan majoriti apabila BN boleh memenangi 50.4 peratus daripada kerusi Parlimen dengan hanya 18.9 peratus undi popular?

“BN telah memenangi 62 daripada kawasan yang paling kecil dengan hanya 6.2 peratus undi popular, termasuk kawasan terkecil iaitu Putrajaya yang hanya mempunyai 6,008 pengundi dan dimenangi BN, berbanding dengan Kapar yang mempunyai 112,000 pengundi dan dimenangi PKR.

“Daripada pemerintahan majoriti, kita mempunyai sistem pemerintahan minoriti, iaitu satu pelanggaran prinsip demokrasi perwakilan,” tambah Guan Eng.

Sehubungan itu, katanya, tidak ada makna untuk SPR membazir duit mencetak 5,000 buku untuk menangkis dakwaan-dakwaan terhadap proses pilihan raya SPR yang pincang, apabila penipuan boleh mengatasi kebenaran.

“Bagaimana SPR boleh memperlekehkan isu lebih daripada 42,000 “pengundi ragu” dalam daftar pemilih apabila mereka bukan warganegara sepertimana yang disahkan oleh Jabatan Pendaftaran dan juga dakwaan pendaftaran pengundi yang terlalu banyak dalam satu alamat.

“Masalah ini mungkin lebih teruk daripada kes 42,2000 pengundi ragu yang diakui SPR dan Jabatan Pendaftaran,” ujarnya.

Projek Analisa Daftar Pemilih Malaysia (Merap) yang diterajui ahli sains politik terkenal Dr Ong Kian Ming telah mengenal pasti lebih kurang 3.4 juta kes di mana siasatan lanjut harus dijalankan oleh SPR untuk mengesahkan kesahihan pengundi kerana ini adalah jumlah pendaftaran yang bermasalah dan mencemarkan integriti dan ketepatan data dalam daftar pemilih.

Beliau telah mengutarakan 4 isu kritikal:

1. Lebih kurang 3.1 juta pengundi telah dikenal pasti sebagai bukan permastautin oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) pada tahun 2002. Data ini telah diberi kepada SPR tetapi tiada tindakan yang telah diambil oleh SPR untuk menilai masalah ini dan mencari penyelesaian.

2. Menggunakan data SPR yang menyenaraikan kewarganegaraan atau “bangsa” setiap pengundi, lebih kurang 65,000 pengundi telah dikenal pasti sebagai warga asing. Daripada jumlah ini, dekat 90 peratus atau 58,000 mempunyai nombor kad pengenalan yang menunjukkan bahawa mereka telah dilahirkan di Malaysia. 

Tambahan pula, lebih kurang 49,000 pengundi ini datang dari hanya satu neger – Sabah – yang mempunyai sejarah yang terkenal dengan sejarah di mana K/P telah diberikan kepada pendatang asing untuk membolehkan mereka menjadi pengundi.

3. Dengan membandingkan daftar pemilih pada suku tahun keempat (Q4) 2010 dan Q3 2011 dan dengan menyoal-periksa data itu dengan pengemaskinian kepada suku tahun pertama dan ketiga 2011, telah dijumpai bahawa terdapat 106,743 pengundi yang dikeluarkan daripada daftar pemilih tanpa paparan awam dan sebanyak 6,762 pengundi telah ditambah kepada daftar pemilih dalam tempoh masa yang sama, juga tanpa paparan awam.

4. Maklumat penting yang disediakan oleh SPR dalam pengemaskinian Q1 ke Q3 2011 seperti sebab untuk pengeluaran nama daripada daftar pemilih tidak dijelaskan dalam pengemaskianian suku tahun Q4 2011. 

Kekurangan penjelasan ini menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan maklumat penting disembunyikan oleh SPR supaya analisa data yang terperinci tidak dapat dilakukan.

Guan Eng berkata, pendaftaran warga asing sebagai pengundi dan tindakan unilateral SPR untuk membetulkan lokaliti mengundi sebanyak 19,000 pengundi dengan mengalihkan pengundi tanpa persetujuan mereka juga telah berlaku.

“Bahkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pun menjadi mangsa apabila lokaliti mengundinya telah ditukar daripada Selangor kepada Wilayah Persekutuan,” katanya.

Aduan-aduan yang lain yang menimbulkan keraguan dalam proses pilihan raya Malaysia termasuk:
 
- Tambahan pengundi yang mendadak di kawasan-kawasan tertentu; 
- Kes-kes lebih 100 pengundi dalam satu alamat;
- Dakwaan bahawa warga asing telah diberi hak mengundi;
- Peralihan pengundi dari satu lokaliti ke lokaliti yang lain;
- Pendaftaran pasangan kakitangan tentera sebagai pengundi pos;
- Keputusan SPR secara tiba-tiba untuk meningkatkan jumlah pegawai yang bertugas pada hari mengundi;
- Kewujudan jumlah yang besar pengundi-pengundi yang berusia lebih 100 tahun. – Roketkini.com

    No comments:

    Post a Comment

    JOM TAMBAH ILMU

    Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

    Blog list 2 (241)

    SUMBER DAN BERITA TERKINI

    Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

    Kandungan Blog

    Blog List 1 - 31

    Blog Politik Dan Separa Politik (82)

    PERLEMBAGAAN PAS

    Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

    Jom Klik Iklan

    Bilangan Login

    Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung


    widgeo.net

    Search This Blog

    FB

    There was an error in this gadget

    Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

    Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
    JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

    SEMAKAN DAFTAR SPR