Majistret Sri Pracha Nanthini Balabedha menjatuhkan hukuman itu sejurus M Anamalai, 58, menukar pengakuan bersalah sejurus pertuduhan yang dibacakan jurubahasa pada sebutan kes.
Mengikut pertuduhan, Anamalai dituduh mengugut merogol anak perempuan jiran sebelah rumahnya dan mengugut membunuh anak lelaki jiran yang sama dalam masa tujuh hari, pada 15 Januari lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan rumah jirannya di pangsapuri Desa Intan, Lebuhraya Thean Teik, Bandar Baru, di sini, kira-kira jam 7 malam.
Untuk kesalahan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Edward Chan Wei Heng mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, warga emas itu berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Dalam rayuannya, tertuduh yang diwakili Sukhindarpal Singh memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang ringan ke atas anak guamnya kerana ketika kejadian lelaki itu dalam keadaan mabuk.
“Saya memohon mahkamah mengenakan hukuman ringan ke atas Anamalai kerana ketika kejadian, dia dalam keadaan mabuk dan tidak sedar ketika melakukan kesalahan itu.
“Dia sudah insaf dan minta maaf atas perbuatan yang dilakukan terhadap mangsa,” katanya.
Bagaimanapun, Wei Heng memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh kerana mengancam keselamatan mangsa yang merupakan wanita dan ia kesalahan serius.
Mengikut fakta kes, ketika pengadu bersama dua anaknya membuat persiapan sembahyang di hadapan rumah, tertuduh kelihatan garang dan marah pengadu.
Setelah pengadu bersama anaknya masuk ke rumah, tertuduh terus memaki dan mengugut akan merogol anak perempuan dan membunuh anak lelakinya.
Pengadu yang bimbang dan takut dengan insiden itu membuat laporan di Balai Polis Bandar Baru pada hari kejadian.- Sinar
No comments:
Post a Comment