Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday, 16 August 2013

Khutbah Aidil Fitri 1434 Preseden PAS




“AIDIL FITRI: TAQWA RAMADHAN AL-MUBARAK YANG BERPANJANGAN”


Khutbah Pertama


اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ كَبِيْرًا، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ حَمْدًا كَثِيْرًا،حَمْدًا طَيِّبًا مُبَرَكً فِيْهِ
حَمْدًا يُوَافِيْ نِعَمَهُ وَيُكَافِي مَزِيْدَهُز يَا رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ كَمَا يَنْبَغِيْ لِجِلَالِ وَجْهِكَ وَعَظِيْمِ سُلْطَانِكَ.
أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرِ. وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، الْبَدْرُ الدُّجَىْ وَالسِّرَاجِ الْمُنِيْرِ.
اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمَ وَبَرَكَ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ فِيْ الْأَوَّلِيْنَ وَالْاَخِرِيْنَ، وَفِيْ الْمَلَإِ الْأَعْلَى، وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَالتَّابِعِيْنَ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِز وَبَعْدُ. فَيَا عِبَادَ الله اِتَّقُواْ اللهَ.

Wahai Hamba-Hamba Allah,

Bertaqwalah kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Alhamdulillah bersyukur kita telah menunaikan ibadah puasa sebulan Ramadhan, hari ini pula kita menyambut hari raya, bersempena dengan ibadah puasa itu. Marilah pada hari yang mulia ini kita menghisab diri sendiri sebelum dihisab di hadapan Allah pada hari kiamat. Adakah kita berjaya mencapai tujuan ibadah puasa? Iaitu menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah, di antara tandanya ialah kita menjadikan Al-Quran itu petunjuk bagi seluruh kehidupan kita. Al-Quran itu kata-kata yang wajib kita beriman kepadanya.

Al-Quran menunjukkan kepada iman yang benar kepada Allah dan semua rukun iman yang menjadi asas kepada semua amalan kita, apabila batal mana-mana rukun iman, menyebabkan semua amalan ditolak. Al-Quran juga menunjukkan cara beribadah yang betul apabila Tuhan dengan ikhlas. Al-Quran juga menunjukkan semua cara yang betul ketika hidup di atas dunia sebelum mati dan memberitahu adanya hari akhirat yang akan dibicarakan dengan adil semua perkara di dunia. Cara hidup itu meliputi semua perkara, mengajar kita menjaga diri dengan makan minum mengikut batas halal dan haram, pakian mengikut manusia menjaga maruah dan harga diri, rumah kediaman dan segala kemudahan di mana sahaja dan bila-bila masa, termasuklah urusan ekonomi mencari harta dan mengurusnya. Begitu juga urusan politik memerintah negara dan memilih siapa menjadi pemimpin dan mengikut dan mengikut siapa sahaja, semuanya tidak tidak terkeluar daripada petunjuk Allah an hukumnya yang ada dalam Al-Quran, dan tunjuk ajar beramal dengannya oleh Rasulullah S.A.W yang dinamakan As-Sunnah. Sabda Rasululklah S.A.W:

مَنْ أَحْدَثَ فِيْ أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ (رواية البخاري دان مسلم)


“Sesiapa yang mengadakan perkara baru dalam urusan agama Kami yang bukan daripadanya, maka perkara itu ditolak.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


Maka semua kepercayaan yang ada dalam diri kita, amalan kita terhadap Tuhan, terhadap diri kita sendiri, keluarga kita, dan masyarakat di sekeliling kita, semua benda yang ada kaitan dengan kita dan akhlak kita akan dibicarakan dan dihisab di hadapan Allah pada hari kiamat, dengan adanya catatan para Malaikat dan saksi daripada diri kita sendiri dan di sekeliling kita. Firman Allah:

الْيَوْمَ نَخْتِمُ عَلَىٰ أَفْوَاهِهِمْ وَتُكَلِّمُنَا أَيْدِيهِمْ وَتَشْهَدُ أَرْجُلُهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ ﴿٦٥﴾


“Pada hari ini disimpul kunci mulut-mulut mereka (kaku tidak boleh bercakap lagi) dan bercakaplah kepada Kami (Allah) oleh tangan-tangan mereka, dan kaki-kaki mereka menjadi saksi, terhadap apa-apa yang mereka buat (di dunia dahulu).” - Surah Yaasin: Ayat 65.


Menunjukkan seluruh kehidupan seluruh kehidupan kita berada di bawah perintah Allah yang mewajibkan kita beramal dengan Islam semuanya. Allah menegaskan bahawa kalau tidak Islam semuanya maka menjadi pengikut syaitan. Firman Allah:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَافَّةً وَلَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ ۚ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ ﴿٢٠٨﴾


“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam Islam semuanya, dan janganlah kamu mengikut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang terang nyata kepada kamu.” - Surah Al-Baqarah: Ayat 208.


Ketahuilah bahawa sesiapa yang menolak mana-mana hukum Islam yang difikirnya daripada urusan dunia yang tidak ada kaitan dengan agama, seperti masalah ekonomi, politik dan peraturan hidup yang lain bermakna dia menjadi pengikut syaitan, walaupun dia bersembahyang, berpuasa, mengerjakan haji dan umrah. Ada pun dalam urusan lain Malaikat bercuti rehat, maka boleh berbuat apa sahaja dan mengikut siapa sahaja dengan meninggalkan petunjuk Al-Quran. Kepada mereka perkara tersebut tidak ada petunjuk daripada Al-Quran dan tidak diajar oleh Rasulullah S.A.W. Merekalah kumpulan yang dihalau pada hari kiamat, walaupun ada tanda wudhuk dan sembahyang, tetapi mereka mengikut sebahagian Al-Quran, bukan semua Al-Quran, dan mengikut Rasulullah S.A.W di separuh jalan, tidak habis perjalanan hidupnya bersama Rasulullah S.A.W. Pada hari kiamat segala duit yang dikumpulkan dengan banyaknya di atas dunia tidak boleh menebuskan diri sekiranya melawan perintah Allah di dalam Al-Quran. Firman Allah:

يَوْمَ لَا يَنفَعُ مَالٌ وَلَا بَنُونَ ﴿٨٨﴾ إِلَّا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ ﴿٨٩﴾


“Hari yang tidak memberi manfaat lagi oleh harta dan anak pinak yang ramai, melainkan mereka yang datang menghadap Allah dengan hati yang sejahtera.”- Surah Asy-Syu’arak: Ayat 88-89.


Kita telah berada dalam Ramadhan selama sebulan, menunaikan ibadah yang diwajibkan dan disunatkan, dalam keadaan Allah membelenggu syaitan. Maka apakah kita hasil yang kita dapat setelah meninggalkan Ramadhan? Ukurannya ialah sifat taqwa yang ada dalam diri kita sehingga mencapai apa yang dijawab oleh Ubai bin Ka’ab R.A. apabila Amirul Mukminin Umar bin Al-Khattab R.A bertanyakan kepadanya: “Wahai Ubai! Apakah dia hakikat taqwa?” Ubai bertanya: “Pernah Amirul Mukminin berada di jalan yang banyak duri?” Umar menjawab: “Ya! Pernah.” Kata Ubai: “Bagaimanakah cara berjalannya?” Kata Umar: “Saya akan berhati-hati dan berjaga-jaga supaya kaki saya tidak terpijak duri.” Kata Ubai:“Itulah dia hakikat taqwa.”

Makna taqwa itu ialah kita berjaga-jaga supaya seluruh kehidupan kita ini sentiasa taat kepada perintah Allah dan meninggalkan segala larangan-Nya, dengan rasa takut, malu dan gerun berhadapan dengan Allah.


Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,


Hari ini kita berhadapan dengan ujian zaman yang sangat mencabar iman kita. Kerana tetap ada sepanjang zaman, termasuk zaman sekarang, adanya manusia yang tidak berminat terhadap petunjuk Al-Quran, walaupun mengaku menjadi orang Islam. Dalam masa yang sama kita dikelilingi oleh musuh berbagai fahaman yang bersatu seperti bala tentera Ahzab, menghalang apabila adanya usaha supaya umat Islam kembali semula kepada Islam seluruhnya. Mereka menggunakan duit, dakyah, dan kekerasan memaksa dengan apa sahaja bagi menyekat usaha-usaha kembali semula beramal dengan seluruh ajaran Islam.

Sebenarnya mereka mengulangi cara yang sama ketika menentang Rasulullah S.A.W dan para sahabat RadhiAllahu ‘anhum di zaman awal Islam. Harta digunakan untuk membeli Rasulullah S.A.W atau mencabarnya supaya memberi harta kekayaan menjadi syarat boleh mengikut Islam semuanya, kalau tidak dapat kesenangan harta maka Islam ditinggalkan.

Apabila Rasulullah S.A.W mendirikan kerajaan yang beramal dengan Al-Quran, petunjuk yang benar dan hukum yang yang adil, mereka mengumpulkan bala tentera bagi mengepung dan menghapuskannya. 


Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,


Marilah kita mengambil pengajaran dan iktibar, apabila Rasulullah S.A.W menghadapi bala tentera Ahzab yang sedang mengepung dan masa yang sama ada pula musuh dalam kalangan penduduk Madinah sendiri. Firman Allah:

إِذْ جَاءُوكُم مِّن فَوْقِكُمْ وَمِنْ أَسْفَلَ مِنكُمْ وَإِذْ زَاغَتِ الْأَبْصَارُ وَبَلَغَتِ الْقُلُوبُ الْحَنَاجِرَ وَتَظُنُّونَ بِاللَّهِ الظُّنُونَا ﴿١٠﴾ هُنَالِكَ ابْتُلِيَ الْمُؤْمِنُونَ وَزُلْزِلُوا زِلْزَالًا شَدِيدًا ﴿١١﴾ وَإِذْ يَقُولُ الْمُنَافِقُونَ وَالَّذِينَ فِي قُلُوبِهِم مَّرَضٌ مَّا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ إِلَّا غُرُورًا ﴿١٢﴾


“Ingatlah! Apabila musuh datang dari atas dan bawah mengepung kamu, apabila terbeliaklah mata, dan jantung pula hampir terkeluar ke halkum kerana ketakutan, dan kamu menyangka terhadap Allah dengan sangkaan-sangkaan buruk, apabila di masa orang-orang yang beriman diuji dan (iman) mereka digoncang dengan dahsyat, dan apabila berkatalah oran-orang yang munafik dan orang-orang yang ada penyakit dalam hatinya (ragu-ragu terhadap Islam): “Allah dan Rasul-Nya tidak berjanji benar, janjinya semata-mata untuk menggoda (menipu).” – Surah Al-Ahzab: Ayat 10-12.


Akhirnya Allah member kemenangan kepada Islam dan membinasakan musuh-Nya. Peristiwa ini kita ulangi setiap kali bertakbir hari raya:

لَاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ، صَدَقَ وَعْدَهُ، وَنَصَرَ عَبْدَهُ وَأَعَزَّ جُنْدَهُ وَهَزَمَ الْأَحْزَابَ وَحْدَهُ


“Tidak ada tuhan yang sebenar melainkan Allah Esa-Nya (tiada lagi tuhan yang lain), benarlah janji-Nya, menolong hamba-Nya, memenangkan tentera-Nya dan membinasakan dengan Esa-Nya terhadap barisan bersekutu daripada berbagai-bagai puak.”



Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,


Lihatlah sedang berlaku di seluruh dunia hari ini, Islam disekat dan dihalang dengan segala cara daripada mencapai kemenangan, dengan harta rasuah dan bala tentera, walaupun melalui pilihanraya yang sepatutnya aman dan adil, tetapi tidak sekali-kali bagi kemenangan Islam. Dikepung dan dijatuhkan dengan kekerasan setelah mencapai kemenangan. Apa yang kita hadapi di sini dan d hadapi oleh perjuangan Islam di Mesir, Palestin, Syria, Tunisia, Libya dan lain-lain menunjukkan benarnya janji Allah di dalam Al-Quran: “Bahawa mereka yang menegakkan Islam akan menghadapi ujian.” Firman Allah menceritakan para sahabat bersama Rasulullah S.A.W apabila menghadapi musuh daripada luar dan dalam:

وَلَمَّا رَأَى الْمُؤْمِنُونَ الْأَحْزَابَ قَالُوا هَـٰذَا مَا وَعَدَنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَصَدَقَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ ۚ وَمَا زَادَهُمْ إِلَّا إِيمَانًا وَتَسْلِيمًا ﴿٢٢﴾


“Dan apabila orang-orang yang beriman melihat kedatangan bala tentera Ahzab (barisan berbagai puak) datang untuk mengepung dan membinasakan mereka, mereka berkata: Inilah dia apa yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul-Nya (setiap orang beriman akan diuji), benarlah Allah dan Rasul-Nya. Dan tidaklah menambahkan kepada mereka melainkan iman yang lebih kuat dan lebih bersungguh menyerah diri kepada Allah (tetap bersama Islam dan perjuangannya).” – Surah Al-Ahzab: Ayat 22.



Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah,


Sebulan Ramadhan mengajar kita supaya menjadikan Al-Quran petunjuk sepanjang perjalanan hidup sehingga mati, sekiranya sifat taqwa itu ada dalam diri kita. Maka percaya bahawa Al-Quran adalah mukjizat ilmu yang member petunjuk sehingga hari kiamat bukan sahaja hukumnya, termasuklah juga janji dunia dan akhirat dan cerita perkara zaman dahulu walaupun berlaku sejak beberapa ribu tahun. Pengajarannya mesti berulang berlakunya di zaman ini dan akan datang, kerana Al-Quran adalah kalam Allah (kata-kata Allah) dan ilmu-Nya yang tidak terhingga.

وَإِن كُنتُمْ فِي رَيْبٍ مِّمَّا نَزَّلْنَا عَلَىٰ عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِّن مِّثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُم مِّن دُونِ اللَّهِ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ ﴿٢٣﴾ فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا وَلَن تَفْعَلُوا فَاتَّقُوا النَّارَ الَّتِي وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِينَ ﴿٢٤﴾


“Dan jika sekiranya kamu ragu (tidak percaya) daripada apa yang telah kamu turunkan (Al-Quan) kepada hamba Kami (Muhammad S.A.W), maka persilakan kamu bawa satu surah seperti-Nya. Dan panggillah penolong-penolong kamu (di kalangan tuhan-tuhan atau pemimpin-pemimpin) yang kamu lantik sendiri selain daripada Allah, jika kamu orang-orang yang benar.” – Surah Al-Baqarah: Ayat 23-24.


بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ  بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ بِاْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا  وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ  ِليْ وَلَكُمْ وَ لِلْمُسْلِمِيْنَ أَجْمَعِينَ.





Khutbah Kedua

اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ، اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الْحَمْدِ

أَشْهَدُ أَنْ لَاإِلهَ إِلا اللهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيْكَ لَهُ، وَأَشْهَدُ أَنْ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَمَنْ تَبِعَهُ وَنَصَرَهُ وَوَلَاهُ. أَمَّا بَعْدُ،
فَيَا عِبَادَ اللهِ، أُوْصِيْكُمْ وَإِيَّاىَ بِتَقْوَى اللهِ فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقوْنَ. وَتَزَوَّدُوْا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَى. 


Muslimin dan Muslimat sekalian,

Marilah pada hari raya ini kita merasakan betapa besarnya nikmat iman dan Islam yang dikurniakan kepada kita oleh Allah Ta’ala. Dan hanya kematian ddalam iman dan Islam sahaja yang diredhai oleh Allah sebagaimana firman-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلَا تَمُوتُنَّ إِلَّا وَأَنتُم مُّسْلِمُونَ ﴿١٠٢﴾

“Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan kamu di dalam keadaan beragama Islam.” – Surah Ali-Imran: Ayat 102.



Pada hari ini juga hendaklah kita ingat betapa besarnya nikmat persaudaraan Islam yang dianjurkan di dalam Islam. Tanda iman seseorang ialah dia kasih kepada saudara seagama dengannya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri. Sabda Rasulullah S.A.W:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيْهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

“Tidak beriman seseorang kamu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana kasihnya kepada dirinya sendiri.”


Sehubungan itu hendaklah lahir di dalam hati setiap orang Islam perasaan sedih terhadap bala bencana dan kesusahan yang menimpa umat Islam di serata dunia. Samada mereka yang ditimpa gempa bumi, dilanda peperangan, kemiskinan dan kebuluran di negara-negara Afrika, dan umat Islam yang sedang dijajah, dizalimi dan dibunuh serta ditindas seperti yang sedang berlaku di Palestin, Mesir, Syria, Iraq, Selatan Thailand, Rohinghya dan sebagainya.

Jika tidak mampu membantu mereka dengan wang ringgit dan tenaga, sekurang-kurangnya melalui doa san munajat kepada Allah supaya Allah memberi pertolongan kepada mereka dan membebaskan mereka daripada penderitaan dan kezaliman manusia yang dihadapi mereka.

Pada hari yang mulia dan penuh barakah ini marilah kita membanyakkan ucapan selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad S.A.W yang telah menyampaikan Islam kepada kita setelah melalui berbagai bentuk jihad dan pengorbanan. Tanda kasih kita kepada baginda dirakamkan melalui ucapan selawat dan salam sebagai mematuhi perintah Allah di dalam Al-Quran:




إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا ﴿٥٦﴾


“Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya sentiasa berselawat ke atas Nabi, maka wahai orang-orang beriman ucapkan selawat dan salam ke atasnya dengan sesungguh-sungguhnya.” – Surah Al-Ahzab: Ayat 56.

اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ ، فِي الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ. اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ ، وَ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ الْأَحْيَاءِ مِنْهُمْ. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا ذُنُوْبَنَا وَذُنُوْبَ وَالِدِيْنَا وَارْحمْهُمْ كَمَا رَبَّوْنَا صِغَرًا. رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِّلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَّحِيمٌ.

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الْإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ ، وَأَذِلَّ الشِّرْكَ وَالْمُشْرِكِيْنَ ، وَالنِّفَاقَ وَالْمُنَافِقِيْنَ وَالظُّلْمَ وَالظَّالِمِيْنَ.اللهم إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي أَعْدَآئِنَا وَنَعُوْذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ، اللهم رُدَّ كَيْدَهُمْ فِي نُحُوْرِهِمْ. اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ ،
وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ.
اللهم انْصُرْ إِخْوِنَنَا الْمُجَاهِدِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِينَ فِى فَلَسْطِيْنَ ، وَفِى غَزَّةِ ، وَفِى سُورِيَا ، وَفِى الْعِرَاقِ ، وَفِى كَشْمِيْر ، وَفِى جَنُوْبِ تَايْلَنْد ، وَفِى كُلِّ مَكَانٍ. اللهم قَوِّ عَزَائِمَهُمْ ، وَاجْمَعْ كَلِمَتَهُمْ ، وَثَبِّتْ أَقْدَاهُمْ ، وَانْصُرْهُمْ عَلَى أَعْدِائِهِمْ.
اللهم أَتِ أَنْفُسَنَا تَقْوَاهَا ، وَزَكِّهَا أَنْتَ خَيْرُ مَنْ زَكَّاهَا ، أَنْتَ وَلِيُّهَا وَمَوْلَاهَا. اللهم أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ. اللهم أَصْلِحْ سُلْطَانَنَا ، وَأَئِمَّتَنَا وَوُلاَةَ أُمُوْرِنَا ، وَاجْعَلْ وِلاَيَتِنَا فِى مَنْ خَافَكَ وَاتَّقَاكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ. رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ أَزْوَاجِنَا وَذُرِّيَّاتِنَا قُرَّةَ أَعْيُنٍ وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا. رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّ اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ. وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR