Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Monday, 19 August 2013

Apabila Rakyat Dipaksa Cintakan Negara


 
ULASAN Baru-baru ini Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek telah menyuarakan cadangan supaya menyanyikan lagu Negaraku di pawagam sebelum filem dimulakan sempena dengan sambutan bulan kemerdekaan.

Cadangan itu, walaupun kedengarannya lawak dan pada skala tertentu mungkin naïf, tetapi marilah kita memberi sedikit penghargaan dengan bersangka baik.

Cadangan itu mungkin lahir dari perasaan bimbang mengenai semangat kenegaraan yang tidak kunjung tiba di kalangan rakyat walaupun semakin hampir dengan salah satu dari tarikh terpenting negara.

Namun, cadangan ini kemudiannya disusuli dengan cakap-cakap yang kurang enak didengar dari pihak-pihak lain yang menokok tambah, iaitu cadangan ini bertujuan mencambah perasaan patriotik di kalangan generasi muda yang lesu semangat kenegaraannya.

Ya, mudah dan sewenang-wenang sungguh mereka mengeluarkan pendapat. Rupanya majoriti kesalahan di bahu generasi muda.

Baiklah, daripada kita mula berperang dengan jari telunjuk, marilah kita berfikir sejenak. Apa yang tidak kena pada tahap semangat kenegaraan di negara ini?

Ini bukan persoalan baru, tapi saban tahun menjelang bulan Ogos kita akan mula "berzikir" dengan soalan yang sama.

Tamat saja September, isu ini akan kembali berhibernasi dan menunggu untuk dikitar semula di tahun-tahun akan datang dalam bentuk sama dan statik. Kadang-kadang, konklusi mudah disuarakan.

Anak muda kian leka dengan hedonisme dan hiburan dari ala barat. Lantaran itu, mereka lupa pengorbanan generasi sebelumnya yang bertungkus lumus mendirikan Malaysia untuk sampai ke tahap hari ini.

Maka akhirnya negara barat yang dipersalah kerana anak muda di Malaysia tidak bersemangat menyanyi lagu Negaraku.

Bukan penghayatan, tapi disibukkan peraturan

Secara realitinya, kita perlu mengaku akan hakikat semangat kenegaraan di kalangan rakyat Malaysia sungguh rendah pada tanda. Suruh kibar bendera, beri yang percuma baru kibar.

Penghayatan Rukun Negara pun rendah. Setiap semester saya akan bertanya kepada pelajar-pelajar saya apa maksud ‘kesusilaan' dalam rukun ke-5. Dalam masa dua tahun ini tiada seorang pun yang tahu.

Dan ketika lagu Negaraku dinyanyikan, majoriti rakyat Malaysia berdiri seperti rumpai dalam akuarium, meliuk-liuk kiri dan kanan. Tapi adilkah jika kita menyebut semua permasalahan ini dan terus meletak kesalahan di bahu rakyat?

Apa sebenarnya punca rendahnya semangat patriotisme dan nasionalisme di kalangan rakyat hingga nak menyanyi lagu kebangsaan pun kena sampai keluar arahan?

Banyak pendapat yang cuba menjawab persoalan ini. Isu bendera ciplak, lagu ciplak yang mula kedengaran rancak dalam tahun-tahun kebelakangan ini kita ketepikan sekejap. Kerana itu kita boleh jumpa dalam tulisan-tulisan yang lain.

Saya menulis kali ini untuk menambah pendapat yang telah sedia ada. Pendapat saya, puncanya adalah kerana paksaan. Rakyat dipaksa untuk cintakan negara. Dipaksa untuk menjadi nasionalis, dipaksa untuk berdiri tegak semasa lagu Negaraku berkumandang.

Rakyat dipaksa untuk hormat kepada tanda. Dan paksaan hormat kepada tanda ini datang tanpa hadirnya perasaan mengerti kepada makna.

Seperti disuruh berhenti ketika lampu trafik menyala merah, kita lebih takutkan saman polis dari makna sebenar kenapa perlu berhenti.

Maka akhirnya rakyat tidak mengerti apa isi dan penghayatan lagu Negaraku, kerana lebih disibukkan dengan peraturan supaya berdiri pacak semasa menyanyi.

Antara Mawtini Palestin & Hatikvah Israel

Sudah banyak karya lain muncul mengkaji punca kerendahan semangat kenegaraan ini. Maka saya tidak akan mengulas panjang kecuali tentang isi kandungan lagu Negaraku.

Saya berterus terang bahawa lagu Negaraku bukanlah satu lagu yang menarik bagi golongan rakyat. Bait-bait dan liriknya tidak mempunyai packs of punch yang boleh menjadi wow factor kepada golongan muda.

Cuba kita teliti lagu kebangsaan negara lain seperti lagu nasionalis Arab yang menjadi lagu rasmi Palestin hari ini. Judulnya Mawtini (tanah airku) yang dipenuhi dengan semangat perjuangan.

Atau pun lihat saja Hatikvah (harapan) - lagu kebangsaan Israel yang (kononnya) memercikkan harapan orang-orang Yahudi untuk hidup bebas di tanah Zion.

Paling-paling tidak pun cuba dengar bait-bait lagu kebangsaan Thailand (Pleng Chat Thai) yang menyebut:

"Thai ni rak sa ngop, tae thu'ng rop mai khlat."

(Orang Thai sukakan keamanan, tetapi berperang kami tidak sesekali kecut."

Walaupun saya sendiri menyokong gerakan pembebasan Patani menentang kezaliman tentera di selatan Thai, tetapi saya mengakui bait lagu tersebut mempunyai satu inspirasi yang benar-benar berkuasa.

Lagu-lagu seperti ini sarat dengan aspirasi rakyat yang berkaitan dengan sejarah lepas negara terbabit.

Saya menulis ini bukanlah dengan niat menghina lagu kebangsaan Malaysia dengan membanding-banding Negaraku dengan lagu rasmi negara lain, tapi sekadar mahu menyuarakan hakikat bahawa ketidakupayaan rakyat negara ini menghadam makna yang wujud dalam lagu Negaraku kerana isi lagu itu sendiri yang tidak mampu berhubung dengan jiwa rakyat.

Sepatutnya lagu yang seharusnya mengikut perjalanan sejarah rakyat, bukannya rakyat yang kena menjiwai lagu yang secara tiba-tiba dipaksa ke atas mereka.

Oleh itu solusinya tidak lain dan tidak bukan, rakyat Malaysia mesti menghayati dan memahami sejarah dan politik negara.

Tidak cukup hanya menjadikan subjek sejarah sebagai subjek wajib lulus (ini pun satu lagi paksaan kepada sekadar tanda bukan kepada makna) tetapi juga hadirkanlah pengertian bahawa pelajaran subjek sejarah bukan untuk lulus peperiksaan.

Ia sebaliknya untuk lulus untuk menjadi rakyat.

(Isu kenapa sejarah kurang diminati ini pun sudah terlalu banyak dibicarakan, dan saya tidak berhasrat untuk melanjutkan soal ini.)

Motif tulisan ini, jangan terlalu mudah membuat kesimpulan menyalahkan anak muda yang tidak patriotik atau tidak memiliki semangat kenegaraan yang tinggi, tetapi cubalah telusuri dengan niat untuk memahami dan memandang dari perspektif yang lain mengapa rakyat tidak begitu tertarik dengan lagu Negaraku.

Kalau kita jual kerepek, tetapi pelanggan kurang. Nak salahkan kawasan kejiranan yang tak mahu beli produk kita, atau nak bermuhasabah apa yang kurangnya dengan kerepek itu sendiri?-MK.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR