Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday, 16 August 2013

AMALAN PADA BULAN SYAWAL

“AMALAN PADA BULAN SYAWAL”

Khutbah Pertama


اَلْحَمْدُ للهِ الْقاَئِلِ :

وَقِيلَ لِلَّذِينَ ٱتَّقَوْا۟ مَاذَآ أَنزَلَ رَبُّكُمْ ۚ قَالُوا۟ خَيْرًا ۗلِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا۟ فِى هَـٰذِهِ ٱلدُّنْيَا حَسَنَةٌ ۚ وَلَدَارُ ٱلَأخِرَةِ خَيْرٌ ۚ وَلَنِعْمَ دَارُ ٱلْمُتَّقِينَ ﴿النحل:٣٠﴾

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.

عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Marilah sama-sama kita meningkatkan ketaqwaan kepada Allah dengan mengerjakan segala yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang. Mudah-mudahan kita mendapat rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Kini kita berada di Jumaat kedua bulan Syawal 1434H. Sudah lebih seminggu Ramadhan meninggalkan kita. Pada tahun hadapan kita belum pasti akan bertemu dengan bulan Ramadhan lagi, mendapat segala fadhilat dan keistimewaannya. Barangkali Allah SWT memanggil kita terlebih dahulu. Kita juga tidak tahu dan tidak pasti apakah ibadah kita sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah SWT atau tidak. Ketidakpastian inilah yang menyebabkan sebahagian Salafus Soleh berdoa selama enam bulan sejak Syawal hingga Rabiul Awal agar ibadahnya selama bulan Ramadhan diterima, lalu dari Rabiul Akhir hingga Sya'ban berdoa agar dipertemukan semula dengan bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Sidang jemaah yang dirahmati Allah,

Syawal bererti peningkatan. Oleh yang demikian, seharusnya setelah berlalunya Ramadhan, diharapkan kita dapat mencapai darjat ketaqwaan iaitu menjadi golongan Muttaqin. Semoga Syawal meningkatkan kualiti diri dan ibadah kita. Ini adalah kerana kemuliaan seseorang hamba Allah itu bergantung kepada ketaqwaannya. Firman Allah swt :

إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُم

Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu ialah orang yang paling bertaqwa… ( Al-Hujurat ayat 13)

Hadhirin jemaah yang dirahmati Allah,

Sebaliknya, apa yang kita lihat dalam masyarakat kita, Syawal menjadi bulan penurunan. Penurunan amal ibadah dan penurunan kualiti diri. Di antara penunjuk yang paling jelas adalah perayaan Aidil Fitri disambut dengan perkara-perkara yang melalaikan seperti muzik, tari menari, tayangan filem-filem di kaca televisyen dan tempat-tempat hiburan dibuka semula. Manakala sifat-sifat buruk seperti pembaziran, umpat-mengumpat, fitnah-memfitnah, kemarahan, keegoan kembali menjadi budaya serta berbagai maksiat yang dilakukan yang mana walaupun di bulan Ramadhan yang lalu segalanya telah ditinggalkan. Begitu juga masjid-masjid dan surau-surau menjadi sepi dari jamaah dan tadarrus Al-Quran. Sedangkan ini semua berlawanan dengan semangat bulan syawal yang dianjurkan oleh Islam untuk meningkatkan kualiti diri dan amal ibadah.

Hadhirin Jumaat yang dirahmati Allah,

Keadaan ini menunjukkan kepada kita, bahawa puasa orang yang demikian tidak berhasil membawa seseorang kepada darjat ketaqwaan. Oleh yang demikian ibadah yang berterusan atau istiqamah sahajalah akan menyelamatkan kita daripada bala Allah SWT. Firman Allah dalam surah Hud ayat 112:

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلاَ تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِير

Maka istiqamahlah kamu, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah bertaubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.

Rasulullah saw juga bersabda dalam hadisnya :

عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْأَعْمَالِ أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ قَالَ أَدْوَمُهَا وَإِنْ قَلَّ

Dari Aisyah radhiallahu Anha, bahawa beliau berkata :Nabi SAW ditanya ; amalan yang paling dicintai Allah adalah yang terus menerus meskipun sedikit- hadis riwayat Imam Bukhari

Maka amalan yang biasa kita lakukan di bulan Ramadhan, hendaklah diteruskan dalam bulan Syawal dan bulan-bulan yang lain. Semua amal ibadat seperti membaca Al-Quran, solat malam seperti sunat tahajjud dan witir, infaq dan sedekah janganlah ditinggalkan. Begitu juga nilai keimanan dan keikhlasan kita yang mantap dalam bulan Ramadhan yang lalu juga hendaklah dipertahankan dan dipertingkatkan.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Walaupun tidak banyak amalan khusus di bulan Syawal dibandingkan bulan-bulan yang lain, tetapi, Allah telah memberikan kesempatan dan peluang kepada kita iaitu ibadah khusus puasa dalam bulan Syawal. Ibadah puasa Syawal ini juga dapat mengubat rindu kita kepada bulan Ramadhan dan seterusnya merupakan satu cara meningkatkan kualiti diri kita dalam bulan Syawal. Manakala keistimewaan puasa sunnah ini adalah, kita akan diberi ganjaran dengan pahala satu tahun jika kita mengerjakan puasa enam hari di bulan ini setelah sebulan penuh kita berpuasa Ramadhan.

Rasulullah SAW bersabda:

عَنْ أَبِي أَيُّوبَ الأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّهُ حَدَّثَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ

Daripada Abu Ayub Al-Ansori Radhiallahu Anhu bahawa beliau menceritakan bahawa Nabi SAW bersabda ; Barangsiapa berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian mengikutinya dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia seperti berpuasa setahun.-Hadis Riwayat Muslim

Hadhirin yang dirahmati Allah,

Menurut Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqh Sunnah, menurut pendapat Imam Ahmad, puasa Syawal boleh dilakukan secara berurutan dan boleh juga tidak berurutan. Dan tidak ada keutamaan cara pertama dari cara kedua. Maka, bagi kita yang belum melaksanakan puasa Sunat Syawal, kita masih ada kesempatan untuk mengerjakannya. Namun begitu kita tidak boleh berpuasa khusus di hari Jumaat tanpa mengiringinya dengan turut berpuasa di hari Khamis atau Sabtu kerana adanya larangan Rasulullah daripada berbuat demikian.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Sebenarnya Syawal pernah menjadi bulan perjuangan ummat Islam bagi menentukan agama Allah ditegakkan. Pada bulan Syawal berlakunya perang Ahzab atau Khandak yang berlaku pada tahun ke-5 hijrah. Dalam peperangan tersebut gabungan tentera kuffar bersekutu telah menyerang orang Islam. Dengan kebijaksanaan strategi Islam dan pertolongan Allah maka Islam dapat menewaskan tentera bersekutu kuffar. Belum selesai isu penyembelihan ummat Islam oleh Puak Syiah di Syria, kini Umat Islam di Mesir pula dibunuh beramai-ramai oleh puak perampas kuasa. Dunia hari ini sudah tidak lagi melihat Ramadhan dan Syawal sebagai bulan keramat bagi Umat Islam. Mereka tidak pernah mengambil kira di bulan apakah mereka mahu mengganyang Umat Islam lantaran kita seolah-olahnya sudah tidak lagi mampu berbuat apa-apa. Pemimpin-pemimpin Negara Islam masih lagi bersengketa dan menyimpan syak wasangka sesama mereka sehingga musuh Allah mengambil kesempatan ke atas kita. Yahudi dan Nasrani sudah tidak perlu lagi bertindak kejam ke atas Umat Islam kerana tugas itu telah di ambil alih oleh pemimpin Negara Islam itu sendiri. Kerana bimbangkan kehilangan kuasa mereka jika rakyat kembali kepada Islam mereka sanggup meminta bantuan musuh Islam untuk menekan dan membunuh rakyat mereka sendiri.

بَارَكَ اللهُ لِىْ وَلَكُمْ بِالْقُرْآءنِ الْعَظِيْمِ، وَنفَعَنِىْ وَاِيَّاكُمْ بِمَا فِيْهِ مِنَ اْلآيَاتِ وَالذِّكْرِ الْحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّى وَمِنْكُمْ تِلاَوَتَهُ اِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، أَقُوْلُ قَوْلِيْ هَذَا وَاسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْمَ ِليْ وَلَكُمْ وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ فَيَا فَوْزَالْمُسْتَغْفِرِيْنَ وَياَ نَجَاةَ التَّاءِبِيْنَ.


Khutbah Kedua

اَلْحَمْدُ لله الْقاَئِلِ :

إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلاَئِكَةُ أَلاَّ تَخَافُوا وَلاَ تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ
(فصلت :٣٠)

اَشْهَدُ اَنْ لاَ ِالــهَ اِلاَّ الله وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ وَاَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ،
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ الــِهِ وَصَحْبِهِ اَجْمَعِيْنَ.
عِبَادَ الله اِتَّقُوْا الله اُوْصِيْكُمْ وَاِيـَّايَ بِتَقْوَى الله فَقَدْ فَازَ الْمُتَّقُوْنَ.

Para jemaah yang dirahmati Allah,

Allah swt menyatakan dalam ayat yang dibacakan tadi :

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami adalah Allah" kemudian mereka istiqamah, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: "Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih; dan gembirakanlah mereka dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu".(Surah Fushilat : ayat30)

Muslimin yang dirahmati Allah,

Tidak ada apa yang mampu kita lakukan bagi membantu saudara kita di Mesir dan Syria kecuali berdoa dan menyumbang bantuan. Bantuan boleh disalurkan kepada badan-badan yang melaksanakan misi membantu mereka yang begitu banyak di seluruh Negara. Namun begitu bantuan yang paling besar yang pasti mampu dilaksanakan oleh semua Umat Islam adalah berdoa dan bermunajat kepada Allah. Jadikanlah doa di akhir khutbah nanti sebagai doa harian kita setiap kali selepas sembahyang. Perbanyakkanlah bacaan Qunut Nazilah kerana ianya adalah sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah tatkala menghadapi musibah.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لِلْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِيْنَ والْمُؤمِنَاتِ، وَأَصْلِحْ ذَاتَ بَيْنِهِمْ وَأَلِّفْ بَيْنَ قُلُوْبِهِمْ،وَاجْعَلْ فِى قُلُوْبِهِمُ الإِيْمَانَ وَالحِكْمَةَ، وَثَبِّتْهُمْ عَلَى مِلَّةِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهِ عَلَيهِ وَسَلَّم.

اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،خصوصا في مِصْرَ وَسُوْرِياَّ.

اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

اَللَّهُمَّ وَفِّقْ سلطان أزلن مُحِبُّ الدِّيْن شاه اِبْنِ اَلْمَرْحُوْمِ سلطان يُوْسُف عِزُّ الدِّيْن شَاه غَفَرُ اللهُ لَهُ بِمَا تُحِبُّ وَتَرْضَاهُ

Ya Allah,

Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam di muka bumi ini. Kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada seluruh Umat Islam yang prihatin terhadap nasib saudara seagama mereka. kurniakanlah Rahmat dan keampunanMu kepada Umat Islam yang menunaikan zakat bagi membantu saudara-saudara mereka.

Ya Allah Ya Rahim,

Kurniakanlah keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah kepada mereka sehingga mereka mampu untuk meningkatkan zakat dan bantuan yang mereka sumbangkan selama ini. Berilah hidayahMu kepada mereka yang masih belum terbuka hati untuk menunaikan tanggungjawab kepada Allah dan kepada sesama saudara seagama ini.

رَبَّنَا ءَاتنِاَ فِى الدُّنْياَ حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ، وَصَلَّى الله عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ .

إِنَّ الله يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالأِحْسَانِ، وَإِيْتَاءِ ذِي الْقُرْبَى وَيَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ

وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ، يَعِظُكُم لَعَلَّكُم تَذَكَّرُوْنَ .

فَاذْكُرُوْا اللهَ الْعَظِيْمَ يَذْكُرْكُمْ، وَاشْكُرُوهُ عَلَى نِعَمِهِ يَزِدْكُمْ، وَاسْأَلُوْهُ مِنْ فَضْلِهِ يُعْطِكُمْ، وَلَذِكْرُ اللهِ أَكْبَرُ، وَاللهُ يَعْلَمُ مَا تَصْنَعُونَ.


DOA QUNUT NAZILAH

Doa ini hendaklah dibaca pada setiap rakaat akhir solat fardhu selepas ruku’.

اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ،
اَللَّهُمَّ أَعِزَّ الإِسْلاَمَ وَالْمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الإِسْلاَمَ وَاْلمُسْلِمِيْنَ، اَللَّهُمَّ انْصُرِ الدُّعَاةَ وَالْمُجَاهِدِيْنَ،خصوصا في مِصْرَ وَسُوْرِياَّ.
اَللَّهُمَّ دَمِّرِ الْكَفَرَةَ وَالْمُشْرِكِيْنَ، وَأَهْلِكْ أَعْدَائَكَ أَعْدَاءَ الدِّيْنِ، اَللَّهُمَّ عَذِّبِ اْلكَفَرَةَ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ، وَيُكَذِّبُوْنَ رُسُلَكَ، وَيُقَاتِلُوْنَ أَوْلِيَائَكَ، اَللَّهُمَّ بَدِّدْ شَمْلَهُمْ وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُمْ، وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْبًا مِنْ كِلاَبِكَ، اَللَّهُمَّ يَا مُنْزِلَ الْكِتَابِ، وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ، وَيَا هَازِمَ الأَحْزَابِ، إِهْزِمْهُمْ وَانْصُرْنَا عَلَيْهِمْ، بِقُدْرَتِكَ وَقُوَّتِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِينَ.

* Jika sekiranya imam tidak menghafaz doa ini, maka hendaklah dibaca bacaan qunut biasa pada setiap rakaat akhir solat fardhu selepas ruku’ dan membaca doa qunut nazilah ini selepas selesai solat.

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR