Ramadan, Syawal membina jati diri umat
SELAWAT dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad s.a.w.
Saya
ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri bagi pihak PAS kepada seluruh ahli
dan penyokong, juga kepada umat Islam dengan kita menyambut hari yang
mulia kurnia Allah SWT bersempena ibadah puasa sebulan yang telah
ditunaikan.
Bukan sahaja dilihat dari sudut hari rayanya, bahkan harus lihat juga daripada segi besarnya ibadah puasa Ramadan.
Oleh kerana itulah, ditutup dengan hari raya yang sangat mulia ini.
Ini
menandakan kesyukuran kita kepada Allah SWT, yang telah mengurniakan
nikmat Islam dan nikmat Ramadan. Yang mendidik kita membina jati diri
orangorang Islam sehingga mencapai martabat bertakwa kepada Allah SWT
yang menjadi penentuan dan pengukuran martabat diri manusia di sisi
Allah SWT.
Ini
kerana, Allah Taíala mengukur manusia bukan berdasarkan kepada baka dan
keturunan, kaya dan miskin, pangkat dan warna kulit. Ukurannya ialah
sejauh mana ketakwaan kepada Allah SWT. Firman Allah Taala yang
bermaksud;
“Sesungguhnya semuliamulia kamu di sisi Allah SWT ialah yang paling bertakwa kepada Allah.”
Ketakwaan
ini bukan sahaja kita mengikut perintah Allah, dalam hubungan kita
dengan Allah SWT. Bahkan, hukum Allah yang terkandung dalam ajaran
Islam, dalam alQuran yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w. Allah Taala
amat mengetahui, Dia (Tuhan) yang mencipta alam ini. Maka, semua arahan
yang ada dalam Islam adalah baik. Ibadah puasa mengajar kita menerima
semua arahan yang ada dalam ajaran Islam.
Dengan
sebab itu, sekiranya kita melaksanakan semua perkara itu akan membina
jati diri kita, yang mengeratkan hubungan dengan Allah dan hubungan
dengan manusia serta hubungan dengan alam sekeliling kita. Bukan sahaja
kita bertakbir pada hari raya dan dalam masa yang sama kita menghayati
kebesaran Allah melalui takbir itu.
Dan
akhirnya, saya mengharapkan supaya kita menyambut hari raya dengan
khusyuk, dengan senang, dengan aman dan dengan cara yang tidak melampaui
batas.
Allah
Taala mengajar kita supaya sederhana dan tidak melampaui batas. Bukan
sahaja dalam makan minum kita, pakaian kita termasuklah dalam perjalanan
kita.
Saya
mengingatkan yang berjalan menuju ke destinasi yang jauh supaya dapat
menjaga keselamatan di jalan raya. Tidak gopoh, bawa kenderaan dengan
cermat, dengan teliti kerana itu adalah dari ajaran Islam. Gopoh adalah
dari ajaran syaitan.
Dan
akhirnya, saya doakan supaya Allah Taala memberkati kehidupan kita dan
sentiasa memberi petunjuk kepada kita sehingga kita bertemu dengan
Allah dalam keadaan yang diredaiNya. Dan hari pertemuan kita dengan
Allah adalah hari yang paling bahagia.
Salam hormat, selamat hari raya Aidilfitri 1434H
DATO’ SERI TUAN GURU ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
ABU:
تقبل الله منا ومنكم
May Allah accept it from you and us
Semoga Amalan Kita Diterima Oleh Allah.....
No comments:
Post a Comment