Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Friday 3 January 2014

Isteri temui mayat suami bersama wanita lain dalam keadaan bogel

Isteri temui mayat suami bersama wanita lain dalam keadaan bogel  
ANGGOTA polis mengangkat mayat yang ditemui dalam keadaan berbogel di sebuah premis perniagaan di Bandar Cyber, di belakang sebuah hotel bajet, di sini, malam tadi. - Foto Ikhwan Munir

Ipoh: Seorang isteri menemui mayat suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan berbogel di sebuah premis perniagaan di Bandar Cyber, di belakang sebuah hotel bajet, di sini, malam tadi.

Kedua-dua mayat itu ditemui pada jam 9 malam, selepas wanita terbabit melihat kepulan asap keluar dari premis itu yang juga milik suaminya.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam, berkata isteri mangsa dikatakan mencari suaminya selepas dilaporkan tidak pulang ke rumah sejak jam 6 petang, kelmarin.

"Susulan itu, isteri mangsa membuat laporan polis pada jam 7.55 petang semalam sebelum mencari mangsa di sekitar Ipoh dan pejabat suaminya di Bandar Cyber.

"Isteri mangsa melihat kepulan asap keluar dari pejabat suaminya dan terpaksa mengumpil pintu premis itu sebelum menemui kereta PROTON Wira milik suaminya dalam keadaan enjin kenderaan masih hidup serta penghawa dingin dipasang" katanya pada sidang media di tempat kejadian, di sini, malam tadi.

Beliau berkata, isteri mangsa membuat pemeriksaan dan mendapati suaminya bersama seorang wanita lain dalam keadaan berbogel di dalam kereta itu, sebelum memaklumkan perkara berkenaan kepada polis.

"Kedua-dua mangsa bagaimanapun disahkan sudah meninggal dunia.
"Siasatan awal mendapati lelaki terbabit berusia 58 tahun dan seorang ahli perniagaan, manakala wanita terbabit berusia 51 tahun," katanya.

Paramasivam berkata, polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes belum diklasifikasikan sama ada unsur jenayah atau mati mengejut.

"Siasatan awal mendapati mayat kedua-dua mangsa tidak mempunyai sebarang kecederaan dan polis menunggu laporan forensik sebelum siasatan lanjut dijalankan," katanya.

Wanita ditemui mati dikelar dalam tab mandi

 KUALA LUMPUR: Seorang pekerja wanita sebuah pusat kecantikan di Jalan Jelawat 1, Cheras di sini, ditemui mati terlentang di dalam tab mandi premis itu, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh, berkata mayat mangsa yang juga warga India berumur 28 tahun ditemui kira-kira 9.30 malam oleh majikan dan seorang lelaki yang dipercayai suami mangsa, selepas terhidu bau busuk ketika membuka pintu premis berkenaan. 
 
"Mayat mangsa ditemui di dalam tab yang tidak berisi air dan dipercayai telah mati empat hari lepas berdasarkan bau busuk dan fizikal badan mangsa yang kebiru-biruan.

"Hasil pemeriksaan polis mendapati mangsa telah dikelar di leher dan ditikam di dada menggunakan senjata tajam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian kira-kira 2 pagi.

Mohan berkata mangsa dipercayai bekerja di premis itu selama enam bulan manakala suaminya hanya menumpang di premis berkenaan tetapi menetap di tempat lain.

Katanya pemilik pusat kecantikan telah ke premis itu bagi menemani suami mangsa untuk mengambil pakaiannya di dalam bilik yang diduduki pasangan itu selepas gagal menghubungi isterinya.

Susulan itu polis menahan suami mangsa berusia 27 tahun, yang juga warga India, selepas dia didapati memberi jawapan meragukan ketika disoal siasat.
"Lelaki itu menimbulkan banyak persoalan berhubung kes itu dan tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.

Setakat ini, polis hanya menahan seorang suspek sahaja yang akan direman bagi membantu siasatan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat. - BERNAMA .

Tiga termasuk dua RELA ditahan kes ceroboh rumah timbalan menteri

 KUCHING: Tiga suspek, termasuk dua anggota RELA ditahan bagi membantu siasatan kes cubaan menceroboh kediaman Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar, baru-baru ini.

Suspek pertama yang berusia 34 tahun ditahan di Samarahan awal pagi tadi manakala suspek kedua berusia 30 tahun juga ditahan di Samarahan dan suspek ketiga berusia 36 tahun ditahan di Kuching.

Semua suspek mempunyai rekod jenayah lampau dengan suspek pertama mempunyai 12 kes, suspek kedua dan ketiga masing-masing mempunyai dua kes jenayah.

Suspek pertama dan kedua ialah anggota RELA yang bertugas mengawal kediaman Wan Junaidi.

ABU: Bagaimana orang yang ada rekod jenayah lampau boleh berkhidmat sebagai anggota RELA?

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR