Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

http://1.bp.blogspot.com/-zjJ2GnwCIug/TtZZunD6qSI/AAAAAAAAAVk/q1bWTzwQHto/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

http://3.bp.blogspot.com/-iCPusw-ZyaI/TtZY53tPYNI/AAAAAAAAAVY/j-R_KaTh1UI/s112/bendera%2B-%2BCopy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Tuesday 1 May 2012

Nik Aziz sedia biaya, jika ada himpunan lagi

May 1, 2012
"Kalau ada dua tiga lagi perhimpunan seperti itu saya sedia biayai penyokong yang ingin hadir," katanya.
 
KOTA BAHARU:  Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan beliau sama sekali tidak berasa bersalah kerana membiayai beberapa penyokong untuk menghadiri perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan (NGO) yang disokong pembangkang sehingga menyebabkan berlaku kekecohan di ibu negara, Sabtu lepas.

Malah, Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau sendiri menggalakkan orang ramai menghadiri perhimpunan itu yang dianggap wajib dihadiri oleh rakyat bagi menunjuk perasaan terhadap sesuatu yang tidak memuaskan hati mereka.

“Kalau ada dua tiga lagi perhimpunan seperti itu saya sedia biayai penyokong yang ingin hadir,” katanya kepada pemberita selepas berucap dan menyampaikan hadiah kecemerlangan pelajar sekolah di bawah Yayasan Islam Kelantan (YIK), di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), dekat sini, 
hari ini.

Dua hari lepas Nik Aziz yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan mengakui beliau membiayai dengan wang peribadinya sendiri kepada beberapa penyokong PAS dari kawasannya yang menghadiri perhimpunan itu.

Ditanya sama ada beliau kesal dengan insiden kekecohan yang menyebabkan beberapa orang cedera dalam perhimpunan itu, Nik Aziz mendakwa ia berlaku kerana mereka disekat oleh pihak berkuasa semasa perhimpunan itu.

“Umpama air yang mencurah turun dari atas bukit ia akan merebak dan mengalir masuk kampung, kalau disekat….begitu juga dengan perhimpunan itu,” katanya.

- Bernama

No comments:

Post a Comment

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR