Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Sunday, 12 August 2018

Bulan Pengorbanan

Assalammualaikum

Selamat bertamu di Bulan Zulhijjah

Selamat berbahagia tetamu tetamu Allah

Selamat bekorban dan meningkatkan pengorbanan

Hayati Firman Allah swt :

لْحَجُّ أَشْهُرٌ مَعْلُومَاتٌ ۚ فَمَنْ فَرَضَ فِيهِنَّ الْحَجَّ فَلَا رَفَثَ وَلَا فُسُوقَ وَلَا جِدَالَ فِي الْحَجِّ ۗ وَمَا تَفْعَلُوا مِنْ خَيْرٍ يَعْلَمْهُ اللَّهُ ۗ وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيْرَ الزَّادِ التَّقْوَىٰ ۚ وَاتَّقُونِ يَا أُولِي الْأَلْبَابِ


(Musim) haji adalah beberapa bulan yang dimaklumi, barangsiapa yang menetapkan niatnya dalam bulan itu akan mengerjakan haji, maka tidak boleh rafats, berbuat fasik dan berbantah-bantahan di dalam masa mengerjakan haji. Dan apa yang kamu kerjakan berupa kebaikan, niscaya Allah mengetahuinya. Berbekallah, dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah takwa dan bertakwalah kepada-Ku hai orang-orang yang berakal.
Al Baqarah 2: 197

Sunday, 27 May 2018

Ke manakah Menghilangnya Pengganas Komunis dan Keturunannya?

Pengorbanan Dalam Kenangan Jalan Raya Timur Barat (1970-1982)’.

Hari ini genap 44 tahun peristiwa pengeboman 68 jentera pembinaan Jalan Raya Timur Barat. Sempena peristiwa itu,kita imbas kembali kisah serta pengorbanan kakitangan JKR.Moga jasa mereka yang terkorbanterus dikenang dan dirahmati Allah.Alfatihah

LEBUHRAYA Timur Barat yang menghubungkan Gerik, Perak dengan Jeli, Kelantan sudah 36 tahun dibuka kepada lalu lintas.

Bagi kebanyakan kita, lebuh raya sepanjang 125 kilometer yang beroperasi mulai Julai 1982 ini hanyalah sekadar laluan yang memendekkan perjalanan dari Utara ke pantai Timur, khususnya Kelantan.

Tetapi lebih daripada itu, ia adalah lambang kegigihan dan pengorbanan generasi dahulu untuk keselesaan generasi masa kini dan akan datang. Pembinaannya diwarnai dengan air mata, penderitaan, kesusahan dan cabaran dengan pengganas komunis sentiasa memberi ancaman.

Lebuh raya ini membolehkan pemandu dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara menuju  ke Kelantan tanpa perlu turun ke Selatan melintasi beberapa negeri untuk sampai ke destinasi. Mereka hanya perlu memasuki Gerik dan menggunakan lebuh raya ini untuk ke sana, begitu juga sebaliknya. Jarak perjalanan menjadi lebih dekat dan banyak masa dijimatkan.

Pembinaan Lebuhraya Timur Barat mempunyai strategi serampang dua mata. Pertama, memberi kemudahan dan keselesaan kepada pengguna memendekkan jarak perjalanan serta menjimatkan masa. Kedua, untuk mengekang kegiatan pengganas komunis khususnya di kawasan Gerik.

Menelusuri lebuh raya ini akan membangkitkan kenangan pahit yang tercatat dalam lipatan sejarah betapa air mata tumpah dan jerih perih yang terpaksa dilalui oleh para pekerja dan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diamanahkan oleh kerajaan melaksanakan pembinaan lebuh raya tersebut.

ANCAMAN

Ketika ancaman komunis antara tahun 1967 hingga mereka meletakkan senjata di bawah Perjanjian Haadyai pada 2 Disember 1989, Gerik adalah kawasan hitam. Kawasan keselamatan (security area) ini sentiasa dikawal dan diawasi oleh pasukan keselamatan demi melindungi penduduk daripada ancaman komunis.

Dalam usaha memerangi pengganas komunis, khususnya di kawasan Gerik dan sekitar seperti Keroh (Pengkalan Hulu) dan Baling, perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra,  mencetuskan idea pembinaan Lebuhraya Timur Barat pada 1967.

Matlamat pembinaannya adalah menjadikan lebuh raya itu `lebuh raya pertahanan’, sebagai salah satu strategi melumpuhkan pergerakan komunis.

Ini sejajar dengan usaha kerajaan ketika itu memperkenalkan Program Keselamatan dan Pembangunan (Kesban) yang memberi penekanan kepada hal ehwal ketenteraan dan awam.

Melalui program ini kerajaan merancang pelbagai strategi memerangi komunis dengan melaksanakan projek-projek pembangunan khususnya di kawasan luar bandar. Antaranya pembinaan jalan, sekolah, hospital, klinik kesihatan serta kemudahan awam seperti elektrik dan bekalan air.

Pembinaan Lebuhraya Timur Barat yang bermatlamat menghapuskan rangkaian hubungan komunis termasuk dalam skop ini. Apabila kawasan belantara di sepanjang lebuh raya yang dicadangkan itu dibersihkan, tempat persembunyian dan laluan komunis akan terjejas. Ini memudahkan operasi tentera menggempur serta memusnahkan kedudukan mereka, di samping memutuskan laluan mereka melarikan diri ke Thailand.

Kerja-kerja pembinaan bermula pada 1970 di bawah kendalian JKR. Pastinya ia tugas yang sukar dan mencabar kerana kedudukan muka bumi yang berbukit bukau, bergunung-ganang, berlurah dan berbatu batan merentasi laluan pembinaan yang dicadang, selain hutan belantara yang tebal.

Lebuh raya ini melalui dua banjaran utama itu Banjaran Bintang dan Banjaran Titiwangsa.

Komunis adalah ancaman utama projek pembinaan ini. Mereka memberi tentangan, mengganggu dan mensabotaj dalam usaha menggagalkan projek berkenaan. Mereka juga mendatangkan kemudaratan, kemusnahan dan kesusahan kepada para pekerja serta membinasakan peralatan yang digunakan.

Untuk melindungi pekerja dan peralatan, pihak tentera mengadakan kawalan ketat di lokasi pembinaan. Pos tentera diwujudkan pada setiap kilometer laluan pembinaan. Pembinaan lebuh raya dijalankan serentak dari arah Gerik dan dari Jeli.

TERKORBAN

Pada peringkat awal, pembinaan dijalankan dalam keadaan serba kekurangan. Pekerja dan peralatan yang digunakan tidak mencukupi. Hanya pada awal 1973 peralatan dan pekerja sepenuhnya diperoleh bagi membolehkan pembinaan berjalan lancar.

Dua buah Kem Pangkalan (Base Camps) diwujudkan, sebuah di Gerik dan sebuah lagi di Jeli. Di kem inilah keseluruhan tenaga kerja dan kaum keluarga mereka yang terlibat dalam pembinaan lebuh raya itu ditempatkan. Kem Pangkalan di Gerik masih wujud. Sebahagian daripadanya masih berpenghuni tetapi ada bangunan ditinggalkan usang tidak didiami.

Tugas penerokaan awal amatlah sukar, dimulai dengan pembinaan laluan ke kawasan pembinaan, diikuti dengan menebang dan membersihkan hutan. Apabila kerja-kerja pembinaan bertambah rancak dan jarak perjalanan antara kem pangkalan ke lokasi pembinaan semakin jauh, kem-kem baru dibina berhampiran kawasan pembinaan.

Dalam susah payah inilah juga komunis terus memberi ancaman, mensabotaj dan menyerang hendap. Kawalan keselamatan diperketat dan operasi memburu komunis terus menerus dilancarkan menerusi `Ops Pagar’ yang dijalankan sepanjang tempoh pembinaan lebuh raya ini.

Dalam serangan komunis pada 23 Mei 1974 sebanyak 63 jentolak diletup dan dimusnahkan. Serangan bermula dari pukul 8 malam sehingga pagi.

Kemusnahan ini bukan sahaja menyebabkan kerugian tetapi menyebabkan kerja-kerja pembinaan tergendala seketika.

Lebih menyedihkan, dalam satu lagi serangan pada 27 Ogos 1974,  tiga pekerja JKR terkorban dan ada yang tercedera. Serangan hendap ini berlaku ketika para pekerja yang menaiki lori dari Kem Pangkalan di Gerik dalam perjalanan ke Banding, dengan diiringi oleh trak tentera.

Mereka yang terkorban hanya dikenali sebagai Ismail, Husin dan Ali.

Peristiwa menyayat hati ini menggambarkan betapa air mata, duka dan ancaman menjadi sebahagian daripada kisah di sebalik pembinaan lebuh raya ini. Jumlah ini tidak termasuk mereka yang terkorban kerana kemalangan semasa bekerja. Sesungguhnya inilah pengorbanan tidak ternilai yang telah mereka sumbangkan demi keselesaan dan kemudahan generasi masa kini dan akan datang.

KOS

Kesukaran pembinaan lantaran hutan belantara, rupa bumi yang berbukit bukau serta batu batan dan lembah, ditambah ancaman komunis menjadikan tempoh pembinaan menjangkau selama 12 tahun.

Kosnya juga meningkat daripada bajet awal sebanyak RM85 juta. Lebuh raya sepanjang 125 kilometer antara Gerik dengan Jeli ini akhirnya disiapkan dengan kos RM396 juta dan dibuka kepada lalu lintas mulai 1 Julai 1982.

Memandangkan lebuh raya ini dalam kawasan keselamatan, pihak tentera terus mengawal laluan keluar-masuk lebuh raya ini selepas dibuka. Pengguna hanya dibenarkan melalui lebuh raya ini pada waktu siang atas faktor keselamatan. Tiada kenderaan dibenarkan melalui lebuh raya ini selepas pukul 6 petang dari kedua-dua belah hala Gerik dan Jeli.

Jika dari arah Gerik, pos kawalan tentera pertama terletak di Kem Sungai Rui. Apabila sampai di pos ini, selepas pukul enam, pengawal tentera akan bertanya arah tujuan. Jika hendak ke Felda Bersia (lebih kurang tiga kilometer dari pos ini), pemandu dibenarkan masuk. Jika hendak ke Jeli mereka akan diminta berpatah balik.

Jika pemandu membuat helah, mereka tidak akan terlepas kerana ada satu lagi pos kawalan keselamatan selepas simpang Felda Bersia. Tiada siapa dibenarkan melintasi sekatan ini yang ditutup sepenuhnya selepas pukul enam petang. Kawalan tentera ini akhirnya dihentikan pada 1989 berikutan termetrainya perjanjian damai di Haadyai dan anggota Parti Komunis Malaya (PKM) meletakkan senjata dan menyerah diri.

MEMPESONAKAN

Merentasi Lebuhraya Timur Barat memang menyejukkan mata dengan pemandangan hijau di sekeliling serta melalui lereng-lereng bukit. Terdapat lima jambatan di sepanjang lebuh raya ini iaitu Jambatan Sungai Rui (256 meter), Jambatan Tasik Temenggor (sebelah barat sepanjang 880 meter), Jambatan Tasik Temenggor (sebelah timur sepanjang 640 meter), Jambatan Hulu Sungai Pergau sepanjang 159 meter dan Jambatan Hilir Sungai Pergau sepanjang 158 meter.

Selain itu terdapat lima kawasan Rawat dan Rehat (R&R) di sepanjang lebuh raya iaitu di Perah (Gerik), Pulau Banding, Air Banun, Titiwangsa (1,050 meter di atas paras laut) dan Tasik Pergau.

Pemandangan yang mempesonakan sudah pastinya di Tasik Temenggor Banding (Tasik Banding), tasik buatan manusia yang luas terbentang dan airnya yang hijau jernih, terbentuk hasil pembinaan Empangan Temenggor. Tasik ini juga kini menjadi tempat memancing dan pelbagai aktiviti sukan air yang popular.

Tidak jauh dari Tasik Banding iaitu di Kem Sri Banding, terletak satu dataran dikenali sebagai Dataran Juang milik Tentera Darat. Di dataran ini diabadikan nama-nama 116 anggota tentera yang terkorban sepanjang konfrantasi dengan komunis antara tahun 1968 hingga 1989.  Selain itu dicatatkan juga keberanian beberapa anggota tentera yang tidak menghiraukan keselamatan diri menentang komunis habis-habisan hingga gugur sebagai bunga bangsa.

GAJAH

Mereka yang melalui lebuh raya ini juga perlu awas dengan kehadiran gajah liar, tambahan di waktu malam. Jika terserempak dengn kumpulan gajah ini biarkan saja mereka berlalu sebelum meneruskan perjalanan. Jangan sekali-kali membunyikan hon kerana ini akan mengejutkan gajah-gajah tersebut yang mengakibatkan mereka menyerang pemandu.

Ada pada waktu-waktu tertentu kumpulan gajah ini akan tidur di atas jalan tar untuk memanaskan badan mereka. Haba panas yang terperangkap di dalam batu tar di siang hari digunakan sepenuhnya oleh gajah pada waktu malam.

Pembinaan Lebuhraya Timur Barat ini adalah lambang kegigihan dan pengorbanan generasi dahulu, khususnya pihak JKR dan para pekerja yang tabah meneruskan pembinaan sekalipun berdepan cabaran kerja yang amat sukar dan berisiko tinggi.

Titisan air mata mereka dahulu membawa kesenangan kepada generasi masa kini. Bukan sahaja perjalanan antara pantai Barat dan pantai Timur semakin dekat, ia juga berjaya mengekang kegiatan pengganas komunis. Mungkin generasi sekarang tidak akan dapat menghayati atau memahami erti pengorbanan ini. Bagi mereka lebuh raya tersebut hanyalah laluan yang dibina bagi memudahkan perjalanan mereka dengan selesa dan pantas.

Penderitaan dan pengorbanan para pekerja di sebalik pembinaan Lebuhraya Timur Barat ini  diabadikan dalam bentuk sebuah tugu peringatan berhampiran Kem Sri Banding. Di lokasi inilah komunis melancarkan serang hendap yang memusnahkan 63 jentolak dan membunuh tiga pekerja JKR.

MENYAYAT HATI

Catatan pada tugu peringatan tersebut sangat menyayat hati, sangat mengusik kalbu. Juga terdapat papan tanda mengandungi gambar-gambar dan penerangan ringkas mengenai serangan komunis berkenaan serta proses pembinaan lebuh raya berhampiran tugu tersebut.

Diperturunkan tulisan pada batu ingatan tersebut yang bertajuk;  `Pengorbanan Dalam Kenangan Jalan Raya Timur Barat (1970-1982)’.

“Jalan Raya Timur Barat (Gerik-Jeli) telah dibuka pada lalu lintas pada 1 Julai 1982. Banyak nyawa telah terkorban semasa kerja pembinaan dilaksanakan mulai tahun 1970.  Ada yang terkorban semasa kemalangan di tempat kerja dan ada yang diserang oleh pengganas komunis.

“Di lokasi ini 63 buah mesin jentolak tanah telah diletupkan oleh pengganas komunis pada 23 Mei 1974. Di lokasi ini juga tiga nyawa pekerja JKR telah terkorban dan beberapa lagi cedera dalam serangan pengganas pada 27 Ogos 1974. Beberapa serangan lain juga telah berlaku di sepanjang jalan raya yang melibatkan pekerja JKR dan anggota pasukan keselamatan. Kita memperingati semua yang telah berkorban nyawa bagi menjayakan pembinaan Jalan Raya Timur Barat ini. Sila sedekahkan Al-fatehah kepada orang-orang yang terkorban di sini.”

Sejajar dengan Rancangan Pembangunan Rangkaian Lebuhraya Malaysia 1993,  Lebuhraya Timur Barat disambung selari dengan pembinaan Lebuhraya Butterworth-Kulim. Titik penghujung lebuh raya tersebut di persimpangan Sungai Seluang menjadi titik permulaan Lebuhraya Butterworth-Kulim.

Bahagian Kulim-Baling dibina dahulu diikuti bahagian akhir dari Titi Karangan ke Gerik di mana lebuh raya sambungan itu bertemu dengan Lebuh raya Timur Barat yang asal. Pembinaan bahagian akhir ini bermula pada 2001 dan siap pada 2005. Jarak antara Kulim dengan Gerik ialah 125 kilometer melalui lebuh raya sambungan ini.

#mkn#jkr*gov *woklong #

Masih Hebat Orang Tua Ini

Perlawan pusingan kedua antara PAS dan Tun Mahadir @PH/BN 2.0.

PAS sudah berpengalaman berhadapan dengan Tun, perlawanan kali ini adalah pusingan kedua, pusingan pertama berlansung selama 22 tahun, Tun telah gunakan seluruh kekuatan yang ada namun gagal memberikan pukulan tko kepada PAS, PAS tetap meneruskan perlawanannya meskipun Tun diganti oleh pemain lain yang lebih segar.

PRU 14 menyaksikan Tun sekali lagi beraksi tetapi mewakili ph@BN 2.0 bukan lagi umno tulin, libasan Tun masih berbisa namun bukan PAS yg terkena libasannya tapi Umno parti lama Tun yang tko, terduduk dan kehilangan gigi. PAS masih seperti dulu dan sehingga kini terus menyambung perlawan dengan Tun dipusingan kedua ini.

PAS kenal siapa Tun dan tau gerak geri serta pukulan maut untuk dia rebahkan lawannya. Dia pernah rebahkan Anwar Ibrahim yg dianggap sebagai saingan politiknya didalam umno, libasannya menyebabkan anwar Ibrahim merengkok dalam penjara diatas tuduhan liwat, walaupun pada awalnya orang tak percaya namun Tun berjaya menjadikan orang sentiasa menyebut bahawa anwar ibrahim dipenjarakan kerana kesalahan meliwat.

Tun juga berjaya melahirkan legasinya Najib Razak untuk meneruskan pukulannya terhadap anwar ibrahim sehingga akhirnya sekali lagi anwar dipenjarakan atas tuduhan yang sama tetapi melibatkan orang lain pula lalu merengkoklah anwar dalam penjara Sg Buluh atas tuduhan yang memalukan ini, ini hebatnya libasan Tun.

Tun bukan takde kelemahan, bukan takde skandal tapi banyak..skandal BMF, Forex, perwaja dan lain2, termasukkan isu yang meletakkan nama Tun sebagai pemimpin yang mahazalim iaitu isu Memali, tapi Tun dapat tutup semua itu kerana Najib Razak tak buat kepada dia sewaktu jadi PM sebagaimana Tun buat kepada Najib Razak ketika Tun diangkat menjadi PM.

Bezanya bila Najib Razak jadi PM Tun masih lagi Umno dan Najib Razak juga Umno, maka tak mungkin Najib akan buat tindakan terhadap Tun sebab sama-sama Umno, bila Tun jadi PM kali kedua, Tun lerahkan habis seluar Najib Razak disebabkan Tun ketika itu bukan Umno lagi, kalau Najib itu PH pastinya apa jua keburukan Najib akan Tun sembunyikan sebagaimana Tun sembunyikan kejahatan pemimpin Ph sekarang.

Yang menariknya kali ini regu Tun masih sama sebagaimana regu Tun lawan PAS round pertama, mungkin Tun rasa tak berpadanan keseorangan, maka regunya telah disucikan sebagaimana Tun disucikan oleh Ph setelah dia dimandikan dengan air suci kolam gabungan Pan, pkr dan dap,  Maka Tun dianggap tidak lagi bersalah kerana menuduh anwar meliwat dan ia telah dianggap luka kecil sahaja.

Kesalahan Tun dalam skandal BMF, Firex dan lain2 juga dianggap suci, semua pemimpin selain ph yg berharta dianggap tamak manakala kekayaan Tun dan anak-anaknya dianggap zuhud oleh Ph kerana Tun telah suci. Inilah kehebatan Tun yg tiada pada orang lain, LKS, LGE dan Anwar yang seketika lancang mulutnya mengecam Tun akhirnya terpaku dibuku lali Tun.

Satu-satunya parti yang paling lama menentang Tun ialah PAS, dendam Tun pada PAS sampai tua, mudah-mudahan tidaklah sampai ke mati, sebab bimbang juga mati dalam keadaan menentang perjuangan Islam. Masa Tun terdesak dan tersedak dulu Tun diberikan ruang oleh PAS utk berceramah diatas pentas PAS. Tapi Tun jenis tak kenang jasa sama macam Anwar Ibrahim juga.

Tun marah sangat kat PAS sebab PAS satu-satunya pasti yang tak pernah tunduk pada Tun, dipusingan pertama Tun dah buat serangan bertubi terhadap PAS, puncak kemarahan dan kebencian Tun hingga sanggup membunuh ahli dan penyokong PAS diMemali, tapi ahli PAS masih tegar menentang kezaliman Tun.

Sehingga ketika Tun sertai PH pun dia tetap serang PAS bahkan tentera Ph kelihatan lebih banyak menyerang PAS daripada menyerang Umno, akhirnya serangan bertubi keatas PAS menyebabkan parti lama Tun yang terduduk, PAS tetap diposisinya malahan menapak sedikit lagi kehadapan.

Tun dah jadi PM bagi kali yang kedua, mencatat sejarah PM tertua dan terkedua kali jadi PM. Pusingan kedua ini apa pula startegi Tun untuk musnahkan PAS, Tun menjadi melayu yang lupa tentang puisi sendiri sehingga Tun lupa bahawa PAS yang Tun lawan sejak mudanya ini adalah parti Islam, parti yang dasarnya adalah Al Quran, Hadis, Ijma dan Qias. 

Tun pastinya tidak lupa bahawa PAS ni bukan Tuhan, sebab itu Tun sangka Islam yang PAS bawa ni boleh dihapuskan, cuma yang Tun mungkin lupa bahawa ialah Islam ni agama yang diturunkan oleh Allah swt bukan diturunkan oleh PAS, PAS cuma menjadikan agama sebagai matlamat perjuangannya. Tun rasa dia kuat untuk kalahkan PAS sehingga Tun lupa nak ukur antara kekuatan dia dan kekuatan Allah swt yang telah menurunkan Islam dan memelihara nya dan yang menjadi dasar kepada perjuangan PAS.

Subki Latiff.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR