Perlembagaan UMNO

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label Kemelut PAS Kedah. Show all posts
Showing posts with label Kemelut PAS Kedah. Show all posts

Sunday, 4 March 2012

Kemelut Kedah:PAS umum penyelesaian esok

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, -10 Rabi'ul Akhir 1433 H(4 Mac) PAS akan mengadakan sidang media khas jam 11 pagi esok di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut di sini, bagi menjelaskan formula penyelesaian isu Kedah yang dicapai pada mesyuarat khas yang berakhir jam 3 pagi tadi.

Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali (gambar) kepada Harakahdaily tengah hari ini.

"PAS akan membuat sidang media khas isu Kedah jam 11 pagi esok, Isnin di pejabat agung PAS Jln Raja Laut. Semua wakil media dijemput," katanya melalui kiriman SMS.

Malam tadi, perbincangan mencari formula penyelesaian isu Kedah berlangsung di kediaman rasmi Menteri Besar di Seri Mentaloon yang menyaksikan perbincangan hampir 5 jam bermula 9.30 malam sehingga jam 3 pagi.

Pertemuan tersebut adalah antara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dengan Badan Perhubungan PAS Kedah dengan dipengerusikan sendiri Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Ianya berhubung isu Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh yang enggan dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah dan dilihat tidak selari dengan Menteri Besar, Datuk Seri Ust Azizan Abdul Razak.

Phahrolrazi dan Dr Ismail masing-masing merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri I dan II manakala Azizan adalah Pesuruhjaya PAS Negeri.

Dalam laporan Harakahdaily awal pagi tadi, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dihubungi berkata, perbicangan tersebut telah mencapai keputusan sebulat suara dan telah mengambil kira pelbagai pandangan yang dibincang.

Namun katanya, keputusan tersebut hanya akan diumum secara rasmi dalam satu sidang media khas yang akan diadakan dalam masa terdekat.

"PAS sudah ada keputusan. Ia sangat mengambil kira pelbagai pandangan yang kita bincang.

"Kita akan umum keputusan tersebut secara rasmi dalam masa terdekat," katanya.

ABU: Sentiasa terkenangkan Allah Yarham Ustaz Hassan Shukri, salah seorang ulamak dan pakar perlembagaan PAS dan sangat bijak menyelesaikan krisis dalaman parti yang pada akhir hayatnya semakin dilupakan jasanya oleh ahli parti.Abu tetap dengan pendirian, PERTAHANKAN KEPIMPINAN ULAMAK (Tulin)  dan pertahankan kerajaan pas Kedah.

Saturday, 3 March 2012

Kemelut PAS Kedah - Kekal dan Pertahankan Kepimpinan Ulamak


PAS AKAN LEBIH KUAT DI KEDAH
8 Rabi'ul Akhir 1433 H | 2 March 2012

KUALA LUMPUR, 2 Mac: Semua ahli jawatankuasa PAS Pusat akan mengadakan pertemuan mahabbah dengan PAS Kedah malam esok (malam tadi)bagi mendengar segala permasalahan di pihak kepimpinan parti negeri itu.
 

  
Naib Presidennya, Salahudin Ayub (gambar) berkata, pimpinan tertinggi PAS termasuk Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turun ke Kedah bagi bertemu dengan kedua-dua pihak iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan Exco, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi.

"Kami mengambil keputusan untuk mengadakan pertemuan pada Sabtu di Alor Setar, Kedah di mana kami akan mengadakan perjumpaan mahabbah di antara kedua-dua belah pihak iaitu Ustaz Azizan dan Datuk Phahrolrazi," kata beliau selepas mesyuarat khas jawatankuasa PAS Pusat yang berlangsung kira-kira empat jam di Ibu Pejabat PAS, Jalan Raja Laut malam tadi.

Mesyuarat kira-kira empat jam itu diadakan bertujuan menyelesaikan kemelut di Kedah selepas Phahrolrazi enggan dilantik semula sebagai exco kerajaan negeri.

Sementara itu, Timbalan Presiden, Mohamad Sabu berkata, PAS Pusat yakin isu tersebut dapat diselesaikan dengan baik setelah mengadakan 'pertemuan mesra' dengan semua peringkat di Kedah.

"Malam ini kami telah mengadakan perjumpaan secara harmoni, dan mengambil berat apa yang berlaku.

"Oleh itu, PAS akan turun bermesra dengan semua peringkat iaitu Dewan Ulama, Pemuda dan perhubungan negeri dan akan dengar semua pandangan dan penyelasaian sedang diatur dan saya yakin PAS akan muncul lebih kuat selepas ini," katanya.

ABU:Ketika ini mungkin telah selesai pertemuan mahabbah  ahli jawatankuasa PAS Pusat dengan pihak-pihak yang dikatakan bertelingkah.Apapun dapatan dan keputusan yang telah dibuat, sebagai pendokong dan penyokong PAS  sewajarnya terus mempertahankan kepimpinan ulamak hingga ke akhirnya.Apa yang diputuskan oleh Majlis Syura dan Dewan Ulamak itulah yang perlu dipatuhi.Biar "PAS Ganti UMNO" benar-benar dihayati dari sudut kepimpinan iaitu berubah dari buruk kepada baik bukan mengantikan atau meniru perangai buruk UMNO.Dalam aspek tertentu, UMNO dilihat sudah mula berubah dan cuba memperbaiki kelemahan mereka, apakah pemimpin-pemimpin PAS ingin mewarisi tingkah laku buruk sesetengah pemimpin UNMO dahulu?"Ribut dalam cawan" amat bahaya kepada parti dan perjuangan.

* Lebih senang bekerja dengan orang-orang UMNO yang ikhlas dan beretika  dalam tugas daripada  melayan karenah juak-juak Pakatan (PAS) yang sering menuding jari kepada pihak lain tanpa sedikitpun rasa bersalah atas perkara yang sememangnya salah dan menjadi amalan mereka.

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR