skip to main |
skip to sidebar

Pakaian digayakan seorang MP DAP Teresa Kok hari ini menjadi sasaran bantahan MP Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin yang mendakwa ia tidak sesuai untuk dipakai oleh ahli Dewan semasa persidangan.
Bung yang mencelah semasa ucapan Datuk Ismail Mohamed Said meminta yang dipertua Dewan itu menjelaskan sekiranya pakaian seperti itu dibenarkan dalam persidangan.

"Skirtnya (singkat) sehingga paras lutut, saya boleh lihat lututnya, bagaimana pakaian ini boleh dibenarkan?,” soalnya.
Kenyataannya itu menyebabkan Kok bangun dan meninta beliau menarik balik kenyataan tersebut.
"Bajunya seperti baju-T, semuanya warna merah. Ini bukan cara berpakaian di Parlimen,” kata Bung Moktar lagi.
Tidak berpuas hati dengan kenyataan itu, Kok seterusnya membangkitkan bahawa Bung Moktar juga bersalah kerana memakai tali leher berwarna kuning.
"Awak tidak ada kerja lainkah?,” soalnya kepada Bung Moktar.
Bung yang enggan beralah berkata, pelajar sekolah yang mengunjungi Parlimen juga boleh menganggap “boleh memakai pakaian sesuka hati” jika Kok dibenarkan berpakaian begitu.
Ismail yang menamatkan pertengkaran berkenaan seterusnya berkata beliau tidak memandang berat perkara tersebut memandangkan hari ini merupakan hari terakhir persidangan bagi penggal ini.
"Tak apalah, saya benarkan (Kok berada dalam Dewan),” katanya.MK.
JOM TAMBAH ILMU
-
Terlupa bayar hutang, apakah ia selesai?
-
MUHAMAD TARMIZE MOHD NOR Soalan Saya pernah berhutang dengan seseorang,
tetapi sudah terlupa siapa orang yang memberi hutang itu. Apakah hutang
saya itu di...
1 day ago
-
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri?
-
Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh
Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata: الرجل راع لكن رعيته
محصورة؛ هو راع في ...
9 years ago
-
-
-
Musuh utama anak-anak muda zaman sekarang.
-
SHAH ALAM: Purata anak muda bekerjaya di negara ini memiliki tujuh kad
kredit, angka yang menggambarkan tahap berbelanja generasi muda yang
membimbangkan. ...
13 years ago
-
Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain
SUMBER DAN BERITA TERKINI
Catatan Terkini dan Terdahulu Di dalam Blog Ini