Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label Info Peristiwa. Show all posts
Showing posts with label Info Peristiwa. Show all posts

Friday, 23 November 2012

Jelajah Tawan DUN Slim Dihalang, Melampau Sungguh UMNO!



Insyaallah, sebentar lagi program Jelajah tawan DUN Slim ini akan bermula dengan para peserta akan berqiamulail di Markas Pas Besout 01 sebelum bertolak ke Besout 04 & 05 untuk memulakan siri jelajah.

Ayuh, kita bersama untuk menawan DUN Slim.

SMS 1 :  Jemputan Qiamul Lail, malam ini 23/11/2012. 12.00 di Markas PAS Besout.Sila datang beramai-ramai.

SMS 2: Pagi tadi kira-kira pukul 4.00 pagi, robongan YDP di tahan di simpang masuk Felda Besout 1. Puak-puak UMNO punya angkara.

Kecoh! Konvoi Jelajah Dun Slim disekat di Besout

Konvoi Jelajah DUN Slim diketuai oleh YDP Pas Kawasan Tg. Malim yang sedang dalam perjalanan ke Felda Gugusan Besout ketika ini telah tahan oleh kumpulan yang tidak senang dengan program PAS Tanjung Malim. Suasana ketika ini agak panas kerana terdapat seramai lebih kurang 50 orang membuat sekatan terhadap laluan konvoi tersebut.Terdapat sesetengah daripada mereka bersenjatakan kayu dan batang besi.


Ketua konvoi, En. Aminuddin Zulkifli cuba mengadakan rundingan dengan kumpulan tersebut, tetapi pihak yang membuat sekatan berkeras untuk tidak membenarkan konvoi tersebut meneruskan perjalanan.

Sekatan konvoi ini diketuai oleh Khairi Mat Ali yang merupakan Pengerusi MBFM Wilayah Trolak. Beliau merupakan anak peneroka Felda Besout 4.

Dimaklumkan bahawa konvoi Jelajah DUN Slim ini merupakan program Pas Kawasan Tanjong Malim.

Suasana bertambah panas apabila ada individu yang mengajar anak-anak muda dan remaja ini membuat provokasi mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak sewajarnya. Sedangkan beliau menyorok di belakang remaja-remaja tersebut.

Terdapat beberapa orang peneroka dan seorang ketua kampung FELDA yang menyertai kumpulan provokasi tersebut.

Anggota Polis yang datang dari pondok polis gugusan Besout juga tidak dapat mengawal keadaan semasa.

(Update gambar akan menyusul)

Thursday, 21 June 2012

Sekitar Himpunan Hijau PAS Perak

Dato' Ir Amirudin Hamzah sedang berbincang dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sejurus sebelum perasmian Himpunan 10 ribu Pesawah pada Himpunan Hijau peringkat negeri Perak.

Bawah, sebahagian gambar sekitar program Ceramah Perdana Himpunan Hijau peringkat Negeri Perak.







Laporan:

Sebahagian gambar Ekspresi Konvoi Anak Muda ketika menunggu dan mengiringi YAB Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat ke Perasmian Ekspresi Anak Muda Himpinan Hijau Negeri Perak.Lebih 3000 anak muda menyertai konvoi ini.
 

















Laporan:

Sebelum dan selepas program.

Membeli "T Shirt" untuk kenangan.


Sejurus selepas majlis selesai.




Beraksi dengan DS Ir. Hj. Nizar Jamaluddin sebelum pulang.
 Foto-foto telah disarankan dan ditanda oleh:
Pusat Khidmat ADUN Bagan Serai.

Sunday, 17 June 2012

2,000 jentera hadiri Pra Himpunan Hijau Selangor

Hazayani Zakaria, 17 Jun 2012
SHAH ALAM: Kira-kira 2,000 jentera PAS Selangor hari ini memenuhi Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, dekat sini sempena Himpunan Hijau Fasa 1 peringkat negeri.

Himpunan yang bersifat taklimat dalaman parti  ini disertai jentera dan ahli di peringkat negeri, kawasan dan cawangan sebagai persiapan menghadapi Himpunan Hijau Fasa 2, 15 Julai depan di Stadium Kuala Selangor.

   Program di sebelah pagi diisi dengan dua pembentangan kertas kerja selain perasmian oleh Timbalan Presiden, Mohamad Sabu.

Kertas kerja pertama iaitu 'Menuju Putrajaya' dibentangkan oleh ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamarudin Jaafar manakala kertas kerja kedua 'Adab-adab Pilihan Raya dibentangkan oleh Setiausaha Dewan Ulamak, Khairuddin At-Takiri.

Satu lagi kertas kerja mengenai maklumat pilihan raya akan dibentangkan Pengarah Pilihan Raya, Dr Hatta Ramli pada petang ini.

Pada pagi tadi juga, Mohamad melancarkan laman sosial facebook PAS Selangor selepas ucapan perasmian.

Beliau dalam ucapannya mengingatkan jentera agar bersedia sepenuhnya dari segi mental dan fizikal bagi menghadapi pilihan raya umum yang dijangka paling kotor dalam sejarah.

Beliau turut mengingatkan jentera agar menguatkan Pakatan Rakyat melalui tahaluf siasi.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman ketika ditemui berkata, himpunan ini menunjukkan sambutan yang paling baik di semua peringkat di Selangor.

"Siapa kata PAS tak kuat? Himpunan hari ini
membuktikan komitmen jentera di semua peringkat.

"Biasa kita libatkan jentera negeri dan kawasan sahaja tapi hari ini jentera cawangan pun turut serta," katanya.

Majlis penutup akan disempurnakan Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang jam empat petang ini.

Friday, 8 June 2012

Dokumentari Semangat Bersih Harapan Negara

Bersih sudah keluarkan dokumentari  tentang Himpunan Bersih. Pendek sahaja.Sudahkah kerajaan mengeluarkan dokumetari mereka?Khabarnya media arus perdana akan menyiarkannya beberapa hari yang lalu.Apakah masih dalam proses untuk penyiaran  dokumetari yang mengambil masa selama 73 jam yang dikatakan melebihi masa himpunan BERSIH yang sebenarnya.

Saturday, 31 December 2011

Dato' Mahfuz Ziarah Mahasiswa Tercedra Di Hospital Slim River

Sebentar tadi kelihatan YB Dato' Hj. Mahfuz Omar,Naib Presiden Pas diiringi oleh pimpinan Pakatan Rakyat tempatan,penyokong,anggota Unit Amal dan Gabungan Mahasiswa melawat pemimpin mahasiswa UPSI yang tercedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.Beliau berada di situ kira-kira 40 minit,untuk bertanyakan perkembangan pelajar tersebut sambil memberikan sokongan moral.

Dalam perhimpunan semalam,Kira-kira 17 aktivis mahasiswa ditahan polis.Seorang mahasiswa cedera dalam perhimpunan prokebebasan akademik di depan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjung Malim malam tadi.

Menurut saksi, Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik, Muhammad Safwan Anang cedera akibat dikasari oleh anggota polis yang cuba menyurai dan menahan pelajar yang terlibat dalam perhimpunan tersebut.Beliau dibawa ke hospital berdekatan setelah gagal mendapat rawatan di klinik berdekatan.Mulut pemimpin mahasiswa itu kelihatan berdarah.

Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dalam Twitter mereka mengesahkan Muhammad Safwan dibawa ke Hospital Tanjung Malim sebelum dipindahkan ke Hospital Slim River.

Pemimpin Pemuda PKR Rozan Asen Mat Rasip yang kemudiannya berkumpul bersama NGO yang rapat dengan Pakatan Rakyat di balai polis tempat mahasiswa ditahan berkata, beliau difahamkan Muhammad Safwan dalam keadaan serius.

Antara yang ditahan Presiden Kumpulan Aktivis Independen Mahasiswa (KAMI) Haziq Abdullah Abdul Aziz dan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) Mandeep Singh.

Tangkapan bermula selepas tengah malam sehingga jam 4 pagi tadi.

-Abu Shaukah


Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 1 Jan: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat menyatakan kesediaan untuk membantu mahasiswa yang ditahan sewaktu mengadakan protes Auku di UPSI malam tadi.

Dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, Pengarah Juham Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, sejak berita penahanan mahasiswa itu diketahui awal pagi tadi, lima orang peguam juham diketuainya  telah berkampung di Balai Polis Tanjung Malim.

"Juham bersedia untuk mewakili para mahasiswa tersebut di dalam prosiding reman yang dipercayai akan dilakukan pada lewat hari ini sekiranya Polis berhasrat untuk terus menahan mahasiswa-mahasiswa terbabit.

"Juham menyeru kepada mana-mana pihak termasuk para mahasiswa yang menyaksikan kejadian tersebut dan yang menjadi mangsa keganasan polis ketika perhimpunan tersebut untuk tampil ke hadapan dan menghubungi Juham di talian 013-3506495 dan 013-3006943 bagi membantu pihak Juham mengumpulkan bukti-bukti keganasan pihak Polis di dalam perhimpunan tersebut," katanya. Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.
Menurut Ahmad Zamri lagi, Juham yang terdiri daripada barisan peguam-peguam di seluruh Malaysia berikrar akan membela dan menyokong para Mahasiwa ini sekiranya mereka didakwa di Mahkamah.

Malah, Juham juga ujarnya bersedia untuk memberikan khidmat nasihat guaman percuma kepada para Mahasiswa ini sekiranya mereka dipanggil untuk menghadiri tindakan tatatertib sebagai bukti sokongan padu Juham kepada gerakan Mahasiswa yang mendokong kebenaran dan keadilan.

"Juham dengan tegas memberikan amaran kepada pihak Polis yang terbabit dalam memukul mahasiswa-mahasiswa tersebut untuk bersedia disaman di Mahkamah oleh para mahasiswa yang terlibat kerana tindakan pihak Polis tersebut jelas merupakan tindakan yang zalim, tidak munasabah dan bertentangan dengan norma-norma hak asasi manusia," tegasnya.
http://bm.harakahdaily.

Insiden UPSI:Pas Desak KPN,Menteri Letak Jawatan
Hazayani Zakaria   
KUALA LUMPUR, 1 Jan: PAS mengutuk keras kekejaman polis terhadap mahasiswa pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, polis yang didakawa sebagai profesional tidak wajar menggunakan kekerasan terhadap mahasiswa yang berhimpun secara aman untuk menyuarakan pendirian mereka mengenai kebebasan.

"PAS kecewa, marah dengan tindakan polis yang bertindak kasar, mencederakan pelajar hanya untuk menyuraikan mereka. Sepatutnya mereka yang mempunyai kepakaran menghadapai apa jua situasi tidak perlu menggunakan kekerasan pun.

"Tak perlu suraikan mahasiswa ini pun tak apa sebab mereka akan bersurai dengan sendiri tanpa kekecohan," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi cedera di kepala manakala 20 mahasiswa ditahan.

Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.

Mahfuz berkata, tindakan polis itu tidak akan menjernihkan situasi sebaliknya hanya menambahkan kebencian anak muda terhadap institusi polis dan kerajaan yang bertanggungjawab.

"Tirai tahun 2011 dilabuhkan dengan kekejaman terhadap mahasiswa yang merupkan warisan negara.

"Apa yang dilakukan polis ini sudah tentu menimbulkan kebencian anak muda terhadap polis dan saya yakin tahun 2012 merupakan tahun kebangkitan anak muda di seluruh negara untuk memperjuangkan soal kebebasan akademik," katanya yang dalam perjalanan ke hospital Slim River.

Sehubungan itu, beliau mendesak Menteri Dalam Negeri, datuk Seri Hishammuddin dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar bertanggungjawab dan melatakkan jawatan kerana gagal mengawal institusi mereka.

"Saya minta KDN dan KPN melatakkan jawatan segera kerana ternyata mereka tidak berupaya mengawal keadaan dan kesejahteraan negara," katanya.

Sementara itu, seorang mahasiswa memaklumkan, kira-kira 200 mahasiswa termasuk orang awam berkumpul di hadapan balai polis tanjung Malim menuntut mahasiswa dibebaskan segera.

Bendahari PAS Perak, Fakhrul Radzi yang turut berada di sana memberitahu, mereka sedang bergiir-gilir menyampaikan ucapan mengecam tindakan zalim polis.

"Kami bersama mahasiswa masih lagi di hadapan balai polis dan kita tuntut mahsiswa yang masih dalam lokap dibebaskan segera," katanya.
http://bm.harakahdaily.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR