Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label Kemelut Pimpinan PR. Show all posts
Showing posts with label Kemelut Pimpinan PR. Show all posts

Friday, 26 September 2014

Krisis PR: Bermula di Kajang Selangor, Belah di Sarawak - DAP Isytihar Putus Hubungan Dengan PAS,Tahallufsiasi Menjadi Tahlil "Arwah" PR?

 DAP Isytihar Putus Hubungan Dengan PAS

Kemelut dalam Pakatan Rakyat (PR) tidak nampak kesudahan apabila Pemuda DAP Sarawak mengisytiharkan berakhirnya kerjasama dengan PAS di negeri itu ekoran kenyataan Naib Ketua Pemuda PAS, Mohd Khairil Nizam Khiruddin bahawa PAS tidak menolak kemungkinan keluar dari PR bila tiba masanya.

Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang juga Naib Pengerusi Pemuda DAP Kebangsaan berkata, tiada lagi ruang untuk bekerjasama dengan PAS.

Julai lalu, Ketua DAP Sarawak, Chong Chein Jen mengugut memutuskan semua ikatan dengan PAS di dalam PR jika PAS kekal dengan pendirian melaksanakan hukum Hudud yang dianggap Chong sebagai bertentangan dengan manifesto pilihanraya PR.

Wong menerusi kenyataan yang mengulas kenyataan Mohd Khairil berkata, tindakan PAS itu menyukarkan parti itu untuk kekal di dalam PR.

"Jika PAS terus bertindak melawan arus polisi dan platform PR dan terus mempertahankan polisi satu agama dan satu etnik, maka PAS tidak sahaja tidak boleh berada di dalam PR malah akan diketepikan masyarakat.

Wakil rakyat kawasan Padungan itu berkata, isunya bukan samada PAS keluar pakatan tetapi pengkhianatan PAS terhadap rakan pakatan dalam kemelut politik Selangor.

Tindakan empat exco PAS meneruskan sokongan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim apabila PKR dan DAP mahu menggantikannya kata Wong adalah bukti jelas sikap perbuatan khianat.

“Sentiasa mendampingi UMNO juga,” katanya adalah satu lagi pengkhianatan.

Menurut Wong, keadaan kelam kabut dalam PR kini adalah kerana pengkhianatan berterusan dan keingkaran mematuhi agenda PR oleh satu (PAS) parti komponennya dan keadaan itu tegasnya tidak membolehkan mereka untuk kekal di dalam PR.

“DAP tidak boleh bekerjasama dengan parti yang mengkhianati rakyat, apalagi berjuang bersama sebagai pakatan,” katanya - BNBBC

Di Pulau Pinang Juga

Rujuk: http://omakkau.blogspot.com/2014/09/kerana-mengatakan-kerajaan-dap-pulau.html

ABU: Tahalufsiasi akan menjadi Tahlil Arwah! Seperti dijangka, Langkah Kajang dan Kemelut PR baru bermula ..... Segalanya berkemungkinan. PAS perlu perkasakan DHPP sebagai persediaan berhadapan PKR DAP dan BN dalam PRU 14.

Thursday, 25 September 2014

Sedap"Puak Sana" Dok Kutuk PAS dan Lagakan PR

(PR TERUS HINA PAS)(TERKINI) SENARAI PENUH EXCO: Kuota Exco Pas DIKURANGKAN - MB Boneka, Azmin

SHAH ALAM - Komposisi barisan Exco Selangor akhirnya terjawab pagi ini apabila Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan senarai yang baharu dengan mengurangkan kuota Exco Pas.
Azmin mengumumkan demikian pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.
Komposisi terbaru yang diumumkan Azmin menyaksikan jumlah kerusi PKR menjadi empat, diikuti DAP tiga dan Pas tiga.

"Kerusi Pas dikurangkan selepas mengambil kira semua pandangan PR semalam," ujar Azmin pada sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini, hari ini.

Senarai terbaru yang diumumkan Azmin sebentar tadi ialah Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR), Amirudin Shari (PKR), Dr Dorayah Alwi (PKR) juga Elizabeth Wong (PKR).

Sementara barisan Exco Pas, Azmin mengekalkan nama Iskandar Abdul Samad dan Dr Ahmad Yunus Hairi dengan satu muka baharu, Adun Taman Templer, Zaidy Abdul Talib.

Bagi DAP pula, Azmin mengekalkan nama Exco terdahulu iaitu Ean Yong Hian Wah, V. Ganabatirau dengan Datuk Teng Chang Kim.

ABU: Ada aku kisah! Ha ha...

Copy n Paste : http://celahgelegar.blogspot.com/

Thursday, 7 August 2014

Satu Lagi Malapetaka Yang Bakal Menjahanamkan Pakatan Rakyat

 
Jelas pembohongan yang dibuat oleh Nasrudin adalah sama seperti yang dibuat oleh media sosial pro-BN dan pro-UMNO. 
 
Jika Nasrudin mendakwa menjadi Muslim yang baik yang bukan munafik, maka dia harus menarik balik fitnah dan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya dia gagal berbuat demikian, dia berkelakuan tidak amanah dan tidak berbeza dengan UMNO.

WOW!! mana nak letak muka ni??.. munafik terus Guan Eng bantai dia...Siapalah yang bagi info salah kat Tantawi ni..

Tapi takkanlah Tantawi ni buta IT kot?.. dah banyak kali isu pasal terowong ni didedahkan dalam berbagai Blog dan Portal.. takkanlah dia tak baca kot?

Berikut adalah kenyataan media dari Guan Eng..

Saya terkejut dengan serangan tanpa provokasi yang dilancarkan oleh Ahli Parlimen PAS Temerloh Nasrudin bin Hassan @ Tantawi terhadap saya dengan tuduhan tidak berasas kepada kepimpinan pengurusan kewangan Kerajaan Negeri dan penganugerahan projek terowong pertama di bawah-dasar laut di Asia Tenggara dari Persiaran Gurney di Pulau Pinang ke Bagan Ajam di Seberang Perai.

Nasrudin mempunyai 24 jam untuk dengan jelas dan tanpa syarat meminta maaf kepada saya.

Nasrudin mempersoalkan mengapa saya tidak dikritik oleh Pakatan Rakyat seperti Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berhubung projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) apabila saya juga telah menggunakan rundingan terus untuk menganugerahkan projek terowong dasar laut kepada Construction Zenith BUCG Bhd bernilai RM4.63 billion. Nasruddin juga mendakwa bahawa penduduk Pulau Pinang menentang projek ini kerana kedudukan kewangan kerajaan Pulau Pinang di bawah kepimpinan saya telah menyebabkan 6 tahun belanjawan defisit.

Saya ingin menyatakan bahawa saya tidak pernah membuat apa-apa ulasan terbuka mengenai projek Kidex atau penganugerahan rundingan langsung. Nasrudin juga tidak pernah berhubung dengan saya berkenaan urusan kerajaan negeri Pulau Pinang. Saya tidak mempunyai sebarang kepentingan untuk turut terjebak sama dengan permainan politik Nasrudin untuk menyokong Kidex, tetapi membuat bantahan ini kerana pembohongan oleh rakan Ahli Parlimen PR yang telah mencemarkan maruah saya dan kedudukan kerajaan negeri.

Nasrudin berbohong kerana projek terowong bawah dasar laut telah dianugerahkan melalui tender terbuka, bukan rundingan terus dengan kos RM3.6 bilion, dan bukannya RM4.63 bilion seperti yang didakwa. Nasrudin juga berbohong kerana kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah PR tidak pernah mengalami satu tahun belanjawan defisit pun tetapi sebaliknya mencatatkan lebihan belanjawan. Lebihan bajet telah disahkan bukan oleh saya tetapi oleh Laporan Ketua Audit Negara, seperti jadual berikut: -
Pada akhir 2013, kerajaan negeri Pulau Pinang dijangka mencatatkan sedikit lebihan.

Sebelum perjanjian awal bagi projek terowong dasar laut ditandatangani pada tahun 2013, satu maklum balas dan perundingan awam telah dijalankan sebelum PRU. Amalan ini tidak pernah dibuat sebelum ini. Tiga mesyuarat 'town hall' dengan orang awam telah diadakan, dua di pulau dan satu di tanah besar.

Jelas, rakyat Pulau Pinang telah diberi peluang yang jarang diberikan sebelum ini sama ada untuk menyokong atau menolak projek ini dengan mengundi untuk mengekal atau menggantikan kerajaan negeri PR dalam Pilihan Raya Umum 2013. Kerajaan Negeri PR telah kembali berkuasa dalam pilihan raya umum 2013 dengan mandat pilihan raya yang tertinggi dalam sejarah dengan 68% undi popular.

Jelas pembohongan yang dibuat oleh Nasrudin adalah sama seperti yang dibuat oleh media sosial pro-BN dan pro-UMNO. Jika Nasrudin mendakwa menjadi Muslim yang baik yang bukan munafik, maka dia harus menarik balik fitnah dan memohon maaf kepada saya dalam tempoh 24 jam. Sekiranya dia gagal berbuat demikian, dia berkelakuan tidak amanah dan tidak berbeza dengan UMNO.

Jika tidak, saya tiada pilihan lain melainkan melayan beliau seperti BN, dengan mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang kerana menyebarkan fitnah secara terang-terangan dan terhadap saya dan kerajaan negeri Pulau Pinang.

LIM GUAN ENG

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR