Perlembagaan UMNO

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label UCAPAN TAKZIAH. Show all posts
Showing posts with label UCAPAN TAKZIAH. Show all posts

Saturday, 12 September 2015

Salam takziah kepada keluarga Hj Wan Abdul Rahman

Assalamualaikum  warahmatullahi wabarakatuh.
PAS mengucapkan takziah kepada keluarga  almarhum Hj Wan Abdul Rahman Wan Abdul Latiff, Mantan Pengarah Pusat Penyelidikan PAS Pusat yang telah kembali ke rahmatullah pukul 7.10 petang semalam (10 September 2015) di HUKM.
Mewakili seluruh ahli PAS saya mendoakan semoga Allah cucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama para syuhada'.





Tuan Guru Hj Abdul Haji Awang
Presiden PAS

Tuesday, 19 August 2014

YAB DS Najib rakam takziah kepada keluarga ADUN BN Pengkalan Kubor

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan ucapan takziah kepada keluarga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Kelantan, Datuk Noor Zahidi Omar yang meninggal dunia akibat kanser hati, awal hari ini.

``Takziah kepada keluarga Datuk Noor Zahidi Omar, ADUN Pengkalan Kubor yang pulang ke rahmatullah pagi tadi. Semoga roh beliau dicucuri rahmat. al-Fatihah,'' Najib berkata menerusi twit terbaharu di laman Twitter di sini, hari ini.

Noor Zahidi yang menjadi ADUN Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Tumpat selama empat penggal meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China pada pukul 5.45 pagi waktu Malaysia.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. - BERNAMA


Tuesday, 12 August 2014

Ustaz Hazli b. Hassan, Ketua Urusan Ulamak Beruas meninggal kemalangan di Sri Iskandar



Awal pagi yang dihidangkan dengan berita sedih. Berita yang diterjah melalui sistem pesanan Whatsapp mengenai kehilangan seorang pendakwah dan pejuang agama melalui wadah politik PAS yang telah kembali ke Rahmatullah.Beliau terus istiqamah bersama-sama dalam jamaah hingga ke akhir hayatnya.

Berita yang datang:

Assalamualaikum. Hilangnya permata... Ustaz Hazli b. Hassan, Ketua Urusan Ulamak Beruas telah kembali ke rahmatullah terlibat dengan kemalangan di Sri Iskandar jam 12.15 malam tadi selepas pulang dari pengebumian ayahnya, Hassan b. Loden yang meninggal pagi tadi di Behrang 2020,Tanjung Malim. Jenazah beliau ada di hospital Changkat Melintang. Al-Fatihah... 

Saya pernah bersama-sama Allahyarham di dalam lajnah Penerangan Pas Perak. 

Arwah begitu komited dan rajin dalam menjalankan tugasan bagi membawa syiar Islam di Beruas khususnya dan negeri Perak ini amnya. 

Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan pejuang-pejuang kalimah Allah dan para solihin.- http://ajijoi.blogspot.com/

Saturday, 19 July 2014

Mayat Mangsa MH17 Jatuh Dalam Rumah Penduduk, dakwaan pelik dari pembunuh dan keluarga PM juga terlibat. Jihad ada di mana-mana....




Satu mangsa korban pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 dilaporkan terjatuh ke dalam sebuah rumah penduduk di timur Ukraine, di mana lokasi pesawat itu jatuh menyembah bumi, Khamis lalu.

Menurut penduduk tersebut, Irina Tipunova, dia melihat sendiri bagaimana pesawat itu meletup di udara dan kemudiannya melihat objek jatuh menyembah bumi.

“Saya mendengar bunyi yang sangat kuat dan melihat banyak objek yang mula jatuh dari udara dan kemudian saya mendengar bunyi orang mengerang kesakitan dan dia jatuh betul-betul dalam dapur rumah, yang menyebabkan bumbung rumah saya rosak teruk,” katanya memetik laporan Reuters.

Mayat penumpang wanita itu ditemui dalam keadaan bogel, masih lagi berada dalam rumah Irina kerana dia masih menunggu kehadiran pihak berkuasa untuk datang dan mengutip mayat tersebut.

Selain itu, seorang lagi penduduk tempatan yang enggan dikenali menceritakan bagaimana dia berlari keluar dari rumah selepas terdengar bunyi pesawat terbabit meletup.

“Saya buka pintu rumah dan lihat beberapa orang jatuh dari pesawat dan salah seorangnya jatuh dalam kawasan tanaman yang ditanam saya,” katanya. – MYNEWSHUB.MY ,Oleh: AUDREY LEE.

Pemberontak Dakwa Penumpang MH17 Maut Sebelum Berlepas



Ketua gerakan pemisah Ukraine yang pro-Russia mendakwa kemungkinan besar penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 sudah pun meninggal dunia sebelum pesawat berkenaan berlepas dari Amsterdam, Belanda lagi.

Biarpun bunyi dakwaan itu agak pelik, bagi pemimpin itu, Igor Girkin (gambar) yang dilaporkan laman web Straits Times berkata beberapa pihak yang berada di lokasi nahas mendapati sebahagian besar mayat dilihat sudah pun meninggal dunia agak lama.

Dia berkata sedemikian dalam satu kemaskini laman sosial Facebook versi Russia iaitu Vkontakte (VK) yang juga laman sosial kedua terbesar di Eropah selepas Facebook.

Menurut pihak berkenaan, mayat-mayat itu dilihat sudah kehilangan banyak darah dan sudah mula mereput.

Girkin yang juga merupakan seorang bekas ejen perisikan tentera Russia bagaimanapun tidak mengesahkan maklumat terbaru itu.

Pesawat MH17 jenis Boeing 777-200 ketika kejadian sedang dalam penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol dan dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Russia semalam.


Daripada maklumat awal, pesawat itu dikatakan telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu jenis permukaan ke udara BUK, oleh puak pemisah pro-Russia.

Kesemua 298 penumpang termasuk 15 anak kapal, telah terbunuh. – MYNEWSHUB.MY Oleh : IKA.

Antara Wajah-Wajah Penjenayah, Pembunuh penumpang dan anak kapal MH17

Insiden yang menimpa pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH17 pastinya menjadi memori yang paling pahit pada tahun ini untuk dikenang oleh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa di seluruh dunia.

Seramai 298 orang terkorban dalam keadaan yang penuh tragik dan ngeri hanya disebabkan kesilapan dan keangkuhan pihak pemisah Pro Rusia yang didakwa telah menembak jatuh pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, Khamis lalu.

Sehingga kini MAS telah mengesahkan sebanyak 189 penumpang berasal dari Belanda, Australia (27), Malaysia (44), Indonesia (12), United Kingdom (9), Jerman (4), Belgium (4), Filipina (3), Kanada (1), New Zealand (1) dan 4 lagi masih belum disahkan telah dikenalpasti sebagai warga Belanda.

Tindakan tidak berperikemanusian pihak yang terlibat telah dikecam oleh seluruh masyarakt dunia termasuklah pimpinan tertinggi negara-negara besar dunia.

Di bawah ini merupakan gambar-gambar pemberontak yang telah meragut 298 nyawa yang tidak berdosa malah dengan angkuhnya pula mengancam keselamatan pasukan penyiasat antarabangsa untuk memasuki lokasi nahas MH17. – MYNEWSHUB.MY


 RUSIA1

RUSIA3

RUSIA2
 Oleh: AUDREY LEE

Nenek tiri PM dan Dato Seri Hishamuddin antara terlibat nahas MH17 


Dunia dikejutkan dengan kejadian pesawat penerbangan Malaysia MH17 yang terhempas di Ukraine awla pagi semalam.

Setelah beberapa fakta didedahkan, satu daripadanya cukup mengejutkan. Ini adalah kerana, salah seorang daripada penumpang yang terbabit dalam nahas MH17 itu adalah ibu tiri kepada Dato Seri Najib dan Dato Seri Hishamuddin sendiri.

Menurut sumber yang rapat dengan keluarga kedua-dua pemimpin (sepupu) ini, salah seorang dari penumpang malang tersebut adalah Puan Sri Siti Amira Prawira Kusuma. Beliau merupakan isteri kedua kepada Tan Sri Mohd Noa lapor Malaysian Digest.

Tan Sri Mohd Noah merupakan bapa kepada Tun Raha (Ibu kepada Dato Seri Najib) dan Tun Suhaila (Ibu kepada Dato Seri Hishamuddin). Admin< sejauh mana kebenarannya tidak dapat dipastikan lagi.


Jihad ada di mana-mana: GHAFAR TEGAS TENTANG HIDANGAN ARAK DALAM PESAWAT MAS

Ketua Pramugara Mas, Abdul Ghafar Abu Bakar disegani dan dihormati rakan-rakannya kerana sikap tegas beliau menentang hidangan arak di dalam pesawat MAS.


Kariah Masjid Bukit Indah, Ampang kehilangan seorang anggota mereka yang disifatkan sebagai pejuang yang menentang penyajian arak di dalam kapal terbang apabila perginya Ketua Pramugara MAS Haji Ghaffar Abu Bakar bersama pesawat MH17 kelmarin.

Menurut rakan-rakan kariah mereka, Allahyarham Ghaffar adalah seorang yang berani melawan perintah syarikat agar tidak menghidangkan arak di dalam penerbangan yang diketuainya.

"Beliau seorang yang suka solat malam, mengaji dalam penerbangan dan menjadi mutawif (pemandu ibadat haji dan umrah) kawan-kawannya semasa umrah," tulis rakannya, Halim Hassan dalam komuniti Whatsapp Masjid Bukit Indah yang kini disebarkan melalui sosial media.

Ghafar adalah ketua pramugara pesawat MH17 yang terhempas selepas ditembak menggunakan peluru berpandu darat ke udara di timur Ukraine dalam perjalanannya dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Beliau meninggal bersama 298 yang berada di atas pesawat Boeing 777 tersebut.

Turut meninggal adalah kesemua 14 krew MH17 yang bersama Ghafar mengendalikan penerbangan itu.

Menurut rakan-rakan masjid Bukit Indah itu, selain membuat bantahan kepada MAS tentang penghidangan arak di dalam kapal terbang, Ghafar pernah menulis kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan para mufti agar mengeluarkan arak dari sajian dalam pesawat MAS.

Ghafar juga, kata Halim, pernah meminta pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Hussein agar membenarkan para pramugari beragama Islam untuk memakai tudung semasa bertugas.

"Sekarang salah seorang pejuang dalam jihad kita menentang alkohol dijemput pergi dahulu... tetapi kita akan teruskan perjuangan ini," kata beliau dalam Whatsapp.

Walaupun Malaysia diisytiharkan sebagai negara Islam oleh pemimpinnya, MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan milik negara masih menghidangkan arak dalam penerbangan.

Ia dibuat berdasarkan permintaan dan juga amalan biasa dalam mana-mana syarikat penerbangan utama dunia.

Moga Allah mencucuri rahmat ke atas Allahyarham dan ditempatkan bersama roh para anbia, syuhada dan solihin. ~ Themalaysianinsider - Al Fatihah.

Menteri Luar Ukraine sahkan 181 mangsa nahas MH17 dijumpai - ANTARAPOS.COM



Post Pic
UKRAINE: Pekerja-pekerja kecemasan meneruskan usaha pencarian di kawasan bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas yang dipercayai ditembak oleh puak pelampau di Ukraine dekat sempadan Russia malam Khamis.

Menurut Menteri Luar Ukraine Andriy Sybiga, 181 mayat telah ditemui pada Jumaat.

Sybiga turut berkata kesemua mangsa korban akan dihantar kepada Kharkiv, sebuah agensi kerajaan untuk dikenalpasti.

MAS dalam kenyataannya berkata, mangsa terkorban termasuk dari Belanda seramai 189 orang, Malaysia (44), United Kingdom (9), Belgium (4), Jerman (4), Filipina (3), Kanada (1) dan New Zealand (1).

Pihak Ukraine telah mula mengadakan siasatan di peringkat antarabangsa untuk mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab ke atas serangan pesawat MH17 tersebut, walaupun laluan ke lokasi insiden sukar dan berbahaya.

Kawasan insiden itu terletak berdekatan dengan ibu kota Donesk, yang merupakan daerah puak pemisah bangkit menentang rejim Kiev April lalu.

Puak pemisah Ukraine telah bersetuju untuk menghulurkan bantuan ke atas siasatan insiden yang menimpa pesawat MH17 tersebut dan turut menjanjikan laluan selamat untuk pihak penyiasat antarabangsa ke kawasan nahas itu.

Kiev membantah kenyataan tersebut dengan mengatakan pihak pemisah telah menghalang pegawai-pegawai Ukraine tiba ke lokasi nahas tersebut.- ANTARA.

UMS sahkan pensyarahnya antara penumpang MH17 yang ditembak, Semua penumpang dikenalpasti

.
Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah mengesahkan seorang penumpang yang terlibat dalam nahas kapal terbang MH17 merupakan kakitangan akademik institusi pengajian tersebut.

Kakitangan tersebut ialah Ng Shi Ing, 33, yang merupakan Pensyarah Fakulti Psikologi dan Pendidikan dalam jurusan Teaching English as a Second Language (TESL) dan telah memulakan tugas di UMS sejak September 2011.

Mendiang baru sahaja selesai membuat pembentangan kertas kerja pada Persidangan Antwerp CALL 2014, the XVIth International CALL Research Conference di University of Antwerp, Belgium dan dalam perjalanan kembali ke Malaysia, kata Harun dalam suatu kenyataan rasmi yang dikeluarkan melalui bahagian media hari ini.

Katanya lagi, Ng yang sepatutnya kembali bertugas pada Isnin depan, turut ditemani anaknya yang berusia setahun serta adik perempuannya yang dipercayai turut terlibat dalam nahas tersebut.

Ng berasal dari Muar, Johor dan merupakan anak kedua daripada bilangan enam adik beradik kepada pasangan Ng Pae Soon, 67 dan Tan Ah Chin, 62.

Manakala suaminya pula, Lt Komander Lee Vee Weng, 35, merupakan seorang pegawai Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang berpangkalan di Teluk Sepanggar.

Harun menyifatkan beliau sebagai seorang yang berperwatakan ceria dan peramah. Manakala rakan-rakan beliau pula menyifatkan dia sebagi seorang pensyarah yang rajin dan amat berdedikasi terhadap tugas serta amanah yang dipertanggungjawabkan.

Mendiang merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan (Teaching English as a Second Language), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan berkelulusan Sarjana Pendidikan  (Teaching English to Speakers of Other Languages) dari Edinburgh University, Scotland.

Sepanjang berkhidmat di UMS, beliau aktif menghadiri seminar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa sebagai pembentang kertas kerja .

Beliau pernah membentangkan kertas kerja di Providence University, Taichung, Taiwan dan Beijing Foreign Studies University, China.

Pesawat MAS MH17 yang dinaikainya dipercayai ditembak jatuh oleh pejuang pemisah di ruang udara Ukraine menggunakan peluru berpandu.

Pesawat Boeing 777 yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Rusia.

Semua penumpang dan anak kapal dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.

Semua penumpang yang terbunuh dikenalpasti kewarganegaraan masing-masing

Malaysia Airlines (MAS) hari ini mengesahkan empat penumpang Penerbangan MH17, yang sebelum ini tidak dapat dikenal pasti, sebagai warganegara Netherlands.

Pengesahan ini menjadikan jumlah rakyat Netherlands yang menaiki pesawat malang itu 192 orang.

Pecahan terkini kerakyatan mereka yang menaiki pesawat itu ialah Netherlands (192), Malaysia (44), Australia (27), Indonesia (12), United Kingdom (10), Belgium (empat), Jerman (empat), Filipina (tiga), Kanada (satu) dan New Zealand (satu), kata syarikat enerbangan itu dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

MAS berkata pihaknya kini bekerjasama rapat dengan kedutaan negara terbabit untuk mendapatkan pengesahkan tentang waris penumpang.

"Fokus kami sekarang ialah bekerjasama dengan pasukan dan pihak berkuasa kecemasan serta memberi sokongan penuh terhadap usaha menyediakan segala bantuan yang termampu kepada waris.

"Kami juga akan memaklumkan tentang perkembangan terkini dari semasa ke semasa," katanya.

Penerbangan MH17, yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, terhempas di Ukraine, berhampiran sempadan negara itu dengan Rusia, pada Khamis.

Pesawat malang itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Netherlands), Khamis dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) pada Jumaat. - Bernama.
  
AS berusaha kesan penembak jet MH17,sikap yang berlainan dengan kes kehilangan MH370
 
MH17 Imej satelit menunjukkan kepulan asap yang ditinggalkan peluru berpandu yang menembak pesawat MH17 Malaysia Airlines. Pengesan inframerah turut merakam saat-saat pesawat itu meletup.

Penganalisis AS menghadapi soalan sukar sewaktu meneliti maklumat risikan dan cuba untuk menentukan pihak mana yang menembak peluru berpandu itu dan alasan berbuat demikian, serta dari mana asalnya ia datang.

Penilaian AS, yang dibentangkan duta Samantha Power kepada Majlis Keselamatan PBB, Jumaat semalam, mendapati "kemungkinan pesawat itu dijatuhkan oleh peluru berpandu darat-ke-udara SA-11 yang dioperasikan oleh puak pemisah Ukraine di lokasi di timur Ukraine".

Pegawai US berkata pihak berkuasa sedang menentukan siapa yang bertanggungjawab menembak peluru berpandu buatan Rusia itu, sama ada petugas Rusia membantu serangan itu dan bagaimana senjata itu jatuh ke kawasan dikuasai pemberontak Ukraine yang didukung Moscow.

Hasl kajian itu akan menjadi asas kepada sebarang tindakan pihak antarabangsa dalam kes serangan ke atas pesawat itu yang membunuh semua 298 orang penumpang dan pada masa sama meningkatkan ketegangan dalam konflik di Ukraine.

Penganalisis Amerika setakat ini mengunjurkan kesimpulan mereka berdasarkan data teknikal daripada satelit pengintip maju yang kegunaan utamanya adalah untuk memberikan amaran awal tentang pelancaran peluru berpandu balistik di antara rantau
.
 

Friday, 4 July 2014

Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia


Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara dekat sini.

Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut.

Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.

Sharifah Aini pada Selasa lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan. -mstar.

Sharifah Aini meninggal dunia


Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia awal pagi ini di Pusat Perubatan Pakar Damansara. Allahyarham berusia 61 tahun.

Sharifah Aini yang lebih mesra dengan panggilan Kak Pah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 1.26 pagi akibat jangkitan pada paru-paru.

Jenazah akan dibawa ke Masjid At Taqwa Taman Tun Dr Ismail pada selepas solat Subuh dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara sebelum solat Zohor, demikian menurut laporan Astro Awani.

Allahyarham meninggalkan seorang anak, Aliff Omar.

Kak Pah dimasukkan ke hospital oleh anaknya, Aliff Omar susulan kesukaran bernafas.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Menurut laporan itu, Sharifah Aini merakamkan 93 album termasuk tujuh album Inggeris. Antara lagu popularnya termasuk Seri Dewi Malam, Hapuslah Air Matamu, Bunga Tanjung dan Kau Tinggi Di Awan Biru.

Beliau juga pernah berkolaborasi dengan beberapa penyanyi terkenal antaranya Latif Ibrahim, Broery Marantika dan Sudirman Haji Arshad.

Selain menyanyi, beliau juga merupakan pelakon filem Sumber Ilhamku, Bintang Pujaan, Diva Popular dan kemunculan terakhirnya dalam filem Penanggal pada tahun lalu -MK.
Al fatihah....

Monday, 23 June 2014

Jenazah Ustaz Abu Bakar dikebumi selepas Asar

 .

Pengebumian Allahyarhan Utz Abu Bakar Chik.




                       Penghormatan terakhir dari para sahabat dan ahli keluarga.Photo : fb Faeez Azhar.

KUALA LUMPUR: Solat jenazah Allahyarham Datuk Ustaz Abu Bakar Chik dijadual diadakan di Maahad Tahfiz Wa Tarbiyah (MTT), Tok Jiring selepas Asar hari ini.

Ketika ini jenazah telah dibawa pulang ke kediaman beliau bersebelahan MTT untuk diziarahi oleh ahli keluarga, sanak saudara serta sahabat handai.

Sementara itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu Satiful Bahri Mamat mewakili Badan Perhubungan PAS Terengganu turut merakamkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Menurut beliau, Allahyarham Ustaz Abu Bakar adalah tokoh PAS dan pemimpin masyarakat yang terlalu banyak jasanya kepada parti di peringkat negeri maupun peringkat pusat yang telah bergelumang seluruh hidupnya demi agama Islam dan perjuangannya sehingga penghujung hayat beliau.

"Tarikh kembalinya beliau kerahmatullah sama dengan tarikh pemergiaan bekas Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor, 12 tahun yang lalu.

"Semoga keluarga beliau tabah dalam mghadapi ujian berat ini dan semoga roh beliau di tempatkan bersama roh para mujahid dan para syuhada insyaAllah," kata beliau.

Datuk Abu Bakar Chik meninggal dunia awal pagi ini selepas kereta yang dinaiki bersama pembantunya Hasmizi Hasan terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil.

Beliau meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu manakala Hasmizi yang memandu kereta Toyata jenis Camry tersebut cedera.

Menurut maklumat, kereta yang dinaiki Ustaz Abu Bakar melanggar sebuah van Vannete yang dinaiki enam penumpang.

Sebaik sahaja beliau dan Hasmizi dibawa keluar, kereta yang dinaiki itu terbakar. - 
 

Ustaz Abu Bakar bapa pendidikan PAS
SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan Allahyarham Ustaz Datuk Abu Bakar Chik sebagai Bapa Pendidikan PAS yang begitu banyak menyumbang jasa kepada parti itu khususnya dalam bidang pendidikan.

"Saya sifatkan pemergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada PAS. Bahkan tidak keterlaluan untuk digelar sebagai Bapa Pendidikan PAS,"tulis Nik Aziz di laman facebooknya.

Beliau turut mendoakan semoga Allah SWT mengganjari segala kebaikan yang telah dilakukan oleh Allahyarham dengan sebaik-baik ganjaran.

"Dan diampunkan segala dosa-dosa beliau serta digolongkan di kalangan hamba-hambaNya yang soleh," ujarnya.

Ustaz Abu Bakar Chik, 64, yang juga AJK PAS Pusat terlibat dalam kemalangan di KM 390 Lebuh raya Pantai Timur laluan Bukit Besi-Ajil jam 3.16 pagi tadi.

Beliau meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu sementara pembantunya cedera.

Allahyarham adalah Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat semenjak tahun 2008 hinggalah kini.

Beliau mula terlibat dalam kegiatan pendidikan sejak tahun 1979 dengan mengasaskan Pusat Pendidikan Pra Sekolah Taski Abim, dan pada tahun 1983 beliau mengasaskan Maahad Darul Quran di Terengganu.

Beliau pernah dilantik menjadi Pengerusi PASTI Malaysia selama setahun bermula 1989.

Beliau juga adalah Timbalan YDP Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan (Yakep) sehingga kini serta Pengerusi Majlis Kebajikan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Makpen). - HARAKAHDAILY 23/6/2014.

Kami tetap bersama dengan perjuangan kalian
SYARHAN HUMAIZI ABDUL HALIM | . 

Firman Allah SWT:

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً

Maksudnya: “Antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun”. (Surah At-Taubah: 23)

Ketika ini, saya bersama dengan sahabat-sahabat daripada Pemuda PAS Selangor dalam perjalanan untuk menziarahi jenazah Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik di Kampung Tok Jiring, Kuala Terengganu.

Sebak, pilu dan sedih. Air mata masih lagi mengalir perlahan mengenangkan Sang Murabbi perjuangan, Al-Fadhil Ustaz Abu Bakar Chik yang telah meninggalkan kita. Saya dan rakan-rakan begitu terkesan dengan berita pemergian Al-Marhum kerana kami baru sahaja bersama dengan beliau dalam program Santai Anak Muda Bersama Murabbi (SERAMBI) anjuran Lajnah Tarbiyah Pemuda Pusat dengan kerjasama Pemuda PAS Selangor. Kurang 8 jam pertemuan ini kami mendapat berita yang amat menyedihkan ini. Semalam saya sempat berseloroh dengan Almarhum Ustaz yang kami akan bawa Ustaz naik motor jelajah seluruh Selangor dalam rangka mengisi program SERAMBI.

Masih terngiang-ngiang lagi pesanan, tazkirah dan gurau senda ketika kami bersama dengan beliau pada malam tadi. Ia seakan-akan amanat terakhir sebelum pejuang yang begitu dikagumi ini pergi meninggalkan kita. Masih terbayang dengan jelas raut wajah Almarhum yang begitu berseri dan indah ketika menyampaikan mutiara-mutiara taujihat dengan begitu semangat kepada kami yang masih mentah dalam perjuangan Islam ini.

Antara pesanan beliau dalam program SERAMBI semalam ialah bagaimana beliau amat menekankan agar proses pembinaan perlu berterusan kepada generasi anak-anak muda sehingga menjadi para "jundi" yang berjuang dalam perjuangan suci ini.

Almarhum Ustaz memulakan pengisian dengan membacakan ayat 30 surah Ar Rum yang membicarakan tentang fitrah Islam yang menepati dengan fitrah agama untuk manusia. Manusia hari ini sedikit demi sedikit lari dari fitrah yang disebabkan terpengaruh dengan fitnah yang disebarkan melalui media massa, sosial, cetak dan siaran maya.

Almarhum lalu membacakan hadis Nabi SAW yang menyebut hakikat fitnah akhir zaman, maaruf menjadi munkar dan munkar menjadi maaruf.

Maka peranan anak muda ialah membanteras fitnah ini dengan menjelaskan apakah fitnah yang mengubah fitrah Din Islam dan tidak membantu membangunkan fitnah yang sedia ada.

Penutup taujihat diingatkan peserta SERAMBI untuk bersedia dengan Ramadhan yang akan datang. Almarhum juga menekankan agar para Pemuda menjadi orang yang berilmu kerana ilmu sebagai imam dan amal sebagai pengikut".

Demikian sedikit coretan taujihat yang disampaikan oleh Almarhum Ustaz.

Akhirnya, bagi kita yang mencintai perjuangan ini, Ustaz Abu Bakar Chik atau lebih dikenali sebagai Ustaz ABC bukanlah asing dalam memandu dan mendidik serta mengkader rijal-rijal dalam perjuangan ini agar sentiasa berada pada paksi perjuangan yang betul. Jasa dan pengorbanan beliau tentunya tidak akan dipersia-siakan oleh kami yang akan meneruskan perjuangan ini. Dan yang pastinya, ia cukup berharga buat beliau sebagai bekalan untuk dibawa pulang ke sana. Semoga kita dapat bertemu di syurga nanti.- Penulis ialah Ketua Pemuda PAS Selangor.

Permintaan terakhir Ustaz Abu Bakar Chik

MUHAMMAD KHALIL ABDUL HADI | .

 
TEPAT jam 8 pagi semalam (Ahad, 22 Jun 2014) saya menerima panggilan telefon daripada arwah Ustaz Abu Bakar Chik.

Dalam keadaan terdesak, beliau minta saya menguruskan pertemuannya dengan ayahanda saya di Shah Alam, "Khalil, ana nak ziarah ayah sekejap, boleh anta tolong uruskan?" Suaranya masih tergiang-giang di telinga saya sehingga ke saat ini.

Alhamdulillah, beliau sempat berjumpa dengan Tuan Guru Presiden.

Jam 5 pagi tadi, setelah bangkit dari tidur saya terus buka telefon bimbit saya dan mesej pertama yang saya baca ialah "Ustaz Abu Bakar Chik telah meninggal dunia kerana kemalangan dekat LPT Bukit Besi."

Saya terkedu kerana hanya baru beberapa jam lepas bersama-sama dengannya di dalam program Santai Anak Muda Bersama Murabbi anjuran DPPN Selangor di Shah Alam.

Rasa macam tak percaya, dalam keadaan sedih dan hiba saya menahan emosi mengenangkan saat-saat terakhir bersama-sama dengan sang murabbi ini.

"Lama ke Ustaz jumpa dengan ayah?" saya bertanya.  "Alhamdulillah, ana puas hati, banyak topik yang kami berkongsi khususnya berkait dengan perkembangan Gerakan Islam peringkat antarabangsa," jawabnya.

Saya mengenali arwah sejak kecil lagi kerana persahabatannya dengan ayah sangat akrab. Memori yang tidak dapat dilupakan ialah ketika beliau menjadi tetamu di rumah kami selama sebulan ketika Operasi Lalang dilaksanakan sekitar tahun 1985.

Hubungan kami sangat rapat kerana saya sentiasa menjadi temannya mendengar radio perkembangan semasa Operasi Lalang pada ketika itu. Saya boleh bayangkan perasaannya berjauhan dengan keluarga khususnya anak-anak kerana menjadi buruan pihak berkuasa.

Bagi saya jasa almarhum sangat besar khususnya ketika memimpin Dewan Pemuda PAS Pusat. Jika sekiranya jasa Datuk Mustafa Ali di dalam pemuda memartabatkan institusi Kepimpinan Ulama di dalam PAS, tidak keterlaluan jika disebut di sini jasa Almarhum Ustaz Abu Bakar Chik pula ialah memperteguhkan institusi itu di dalam PAS.

Jasanya di dalam memartabatkan institusi pendidikan di dalam PAS sangat besar. PASTI, Institut Berakan dan Maahad Tahwiz wa Tarbiyah adalah antara institusi pendidikan yang mendapat sentuhannya yang melahirkan kader-kader yang bergerak di dalam PAS di semua peringkat di seluruh pelusuk negara.

Beliau bukan sahaja seorang yang komited di dalam memartabatkan pendidikan di dalam PAS, dalam masa yang sama beliau juga adalah seorang yang tidak pernah jemu di dalam menuntut ilmu.

Saya sentiasa perhatikan jika sekiranya beliau berjumpa dengan Tuan Guru Presiden tanggannya tidak akan berhenti mencatat setiap apa yang dibincangkan. Ketika usianya yang sudah lanjut beliau masih sempat mengambil cuti dalam satu tempoh yang lama untuk mendalami Bahasa Arab di Sudan.

Jabatan Amal yang menjadi kebanggaan PAS pada hari ini ditubuhkan pada zaman beliau menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS. Satu institusi yang sangat berjasa dan memberikan kesan yang sangat besar kepada PAS khususnya di persada dakwah secara langsung  di dalam negara.

Almarhum tidak pernah mengenal penat dan lelah di dalam melaksanakan gerak kerja Islam. Bagi sesiapa yang rapat dengan beliau pasti akan mengakuinya. Beliau seorang yang sentiasa bersemangat jika membincangkan soal ummah.

Jika berbincang dengannya beliau tidak akan mengakhirinya melainkan dengan tindakan yang akan dilakukan. Komitmennya begitu tinggi, kalau nak ajak berbincang berkait dengan jemaah bila-bila masa beliau akan menyahutnya walaupun sudah larut malam.

Walaupun beliau sudah lama meninggalkan Dewan Pemuda PAS tetapi semangat juangnya sentiasa segar. Pantang dijemput untuk menghadiri program-program Dewan Pemuda PAS beliau tidak akan menghampakannya. Alhamdulillah, Allah mengakhirkan riwayat hidupnya selepas memberikan pengisiannya di dalam program pemuda. Hampir satu jam setengah beliau memberikan taujihaat kepada anak muda dengan penuh semangat.

Selepas program dengan arwah malam tadi saya sempat berbual dengan Ustaz Syarhan, Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor dan menyarankan kepadanya supaya menjemput lagi Ustaz Abu Bakar Chik untuk program anak muda selepas ini. Namun, apakan daya ternyata Allah lebih sayang kepadanya.

Firman Allah di dalam Surah al-Fajr :

"Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya!

Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) !

Serta masuklah engkau dalam kumpulan hamba-hambaku yang berbahagia

Dan masuklah ke dalam SyurgaKu"

Al-Fatihah.

Muhammad Khalil Abdul Hadi ialah Timbalan Ketua DPPM.
ABU:Biarpun jutaan pemimpin besar pergi aku tidak sedih dan gundah namun air mataku akan gugur setiap kali mendengar berita kehilangan mereka yang takutkan Allah - Alfatihah untuk permata juang kami.

Monday, 9 June 2014

Imam Besar Masjid Negeri Selangor meninggal dunia

SHAH ALAM 9 Jun - Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, Ahmad Mustafa Mohd. Sidin, 40, meninggal dunia pada pukul 9.06 malam ini.

Allahyarham sebelum ini dirawat di Unit Rawatan Koronari, Institut Jantung Negara (IJN).

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenainya esok. - UTUSAN

Saturday, 31 May 2014

Bekas pengerusi Maybank Tan Sri Mohamed Basir Ahmad (Suami Dato Sri Rafidah Aziz ) meninggal dunia




 
SINGAPURA - [DIKEMASKINI] Bekas pengerusi Maybank Tan Sri Mohamed Basir Ahmad meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada 3.51 pagi ini.

Beliau berusia 75 tahun.

Tokoh perbankan terkenal itu meninggalkan isteri Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Meteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, seorang anak lelaki Alfian, dua anak perempuan Rohaiza dan Rohaila serta lima cucu.

Menurut Alfian, jenazah Mohamed Basir akan dibawa pulang ke Kuala Lumpur dengan penerbangan tengah hari ini.

Beliau berkata bapanya dimasukkan ke hospital itu pada petang Jumaat.

Sementara itu, ketika dihubungi, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob berkata (Tan Sri) Mohamed Basir meninggal dunia kerana serangan jantung dan suruhanjaya tinggi itu sedang membuat persiapan untuk membawa pulang jenazah Allahyarham ke Kuala Lumpur.

Mohamed Basir menjadi pengerusi Maybank selama 16 tahun, bermula sebagai pengarah pada 5 Ogos 1993 selepas berkhidmat sebagai penasihat Bank Negara Malaysia sejak 1980.

Beliau dilantik sebagai pengerusi Maybank pada 9 Oktober 1993. - Bernama.

Foto ihsan Twitter Hishammuddin Hussein @HishammuddinH2O. Gambar kecil: Mohamed Basir Ahmad

Al-Fatihah..

Wednesday, 28 May 2014

Paduka Sri Sultan Perak Raja Azlan Al Muhibbudin Syah Ibni Al marhum Sultan Yusuf Izuddin Syah Mangkat

Al fatihah!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ







DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah dilaporkan telah mangkat sebentar tadi pada usia 87 tahun.

Pengumuman rasmi juga telah dibuat oleh YAB Menteri Besar Perak sebentar tadi melalui saluran TV rasmi milik kerajaan.

Sidang Redaksi Direktori blog politik Malaysia merafak sembah dan salam takziah kepada seluruh keluarga Almarhum dan rakyat Perak.

Semoga Roh Al marhum di tempatkan bersama-sama para solihin.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه  وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه وَأَكْرِمْ نُزُلَه وَوَسِّعْ مُدْخَلَه وَاغْسِلْه بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْه دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْه الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

Al Fatihah.

IPOH 28 Mei - Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mangkat hari ini selepas memerintah negeri ini selama 30 tahun.

Sultan Azlan yang dilahirkan di Batu Gajah kembali ke rahmatullah kira-kira pukul 1.30 petang, pada usia 86 tahun.

Kemangkatan baginda diumumkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir pada pukul 3.45 petang tadi dalam satu pengumuman khas melalui siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Almarhum meninggalkan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Bainun serta seorang putera dan tiga orang puteri. Seorang lagi puteranya, Datuk Seri Raja Ashman Shah meninggal dunia dua tahun lepas.

Zambry berkata, jenazah Sultan Azlan akan disemayamkan di Balairong seri, Istana Iskandariah di Kuala Kangsar sebelum dimakamkan di Makam Diraja Al-Ghufran selepas solat Asar, esok.

Monday, 5 May 2014

Sehari Selepas Empat Nelayan Disamun, Pengurus Sangkar Ikan Pula Diculik Kumpulan Bersenjata

KOTA KINABALU - Seorang pengurus sangkar ikan dipercayai diculik sekumpulan lelaki dalam kejadian di Silam, dekat Lahad Datu awal pagi tadi.

Sumber memaklumkan, mangsa dikenali sebagai Yang Zailin diculik kira-kira pukul 2.55 pagi selepas premisnya diceroboh kumpulan lelaki bersenjata yang datang menaiki sebuah bot.

Kejadian itu berlaku hanya sehari selepas empat nelayan disamun sekumpulan lelaki bersenjata ketika sedang menangkap ikan di perairan Tanjung Labian. - KOSMO!

Datuk Aziz Satar Meninggal Dunia

Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.


"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini.

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an

Wednesday, 30 April 2014

Ahli Parlimen DAP Teluk Intan meninggal dunia

seah


KUALA LUMPUR, 1 MEI: Selepas pemergian ‘Harimau Jelutong’, seorang lagi pejuang rakyat, Ahli Parlimen DAP Teluk Intan Seah Leong Peng meninggal dunia pagi tadi.

Menurut laman Facebook rasmi DAP, Seah, 48 meninggal dunia akibat penyakit barah hempedu.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang dalam laman twitternya menyatakan kesedihan berhubung pemergian mendiang.

“Di Hospital Universiti. Seah meninggal pada jam 7.45 pagi selepas sakit yang berpanjangan. (Kami) kehilangan pemimpin DAP yang baik dan setia. RIP,” katanya.

Rakan komponen Pakatan Rakyat, PKR mengucapkan takziah di atas pemergian itu..

“Takziah diucapkan buat keluarga Ahli Parlimen Teluk Intan, YB Seah Leong Peng, yang meninggal dunia pagi tadi akibat barah,” menurut akaun twitter rasmi parti itu.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mendiang ‘yang sedang berdukacita’ dan juga DAP di akaun twitternya.

Mendiang yang sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Berdamar menjadi Ahli Parlimen Teluk Intan, selepas menewaskan Mah Siew Kong (Gerakan) dan K Moralingam dengan majoriti selesa, iaitu 7,313 undi pada Pilihanraya Umum yang lalu.

DAP akan mengeluarkan kenyataan khas berhubung perkara ini. – Roketkini.com

Wednesday, 16 April 2014

Apakah Karpal Singh akan bernasib baik untuk kali keempat? Pastinya Tiada Lagi Untuk Kali kelima,Takziah!


Peguam dan Ahli Parlimen Pembangkang Tersohor Maut Kemalangan 

 
 
Ipoh, 17 April 2014 - Pemimpin pembangkang veteran DAP dan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, En. Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung, Perak pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan adalah pembantu peribadinya Michael Cornandez sementara anaknya, Ram Karpal mengalami kecederaan parah.Karpal dipercayai sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard dinaikinya melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat.Semasa hidupnya, Karpal, 74, dikenali sebagai pemimpin pembangkang yang lantang dan seorang peguam digeruni.

Karpal dilahirkan di Pulau Pinang pada 28 Jun, 1940. Beliau mendapat ijazah perundangan dari Universiti Singapura dan berkhidmat sebagai peguam sebelum memulakan karier politiknya pada 1970 selepas menyertai DAP.

Beliau pertama kali menang pilihan raya pada 1974 di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.Peguam lantang itu pertama kali menang kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978.

Semenjak menang buat kali pertama pada tahun 1978, Karpal hanya kalah sekali di kerusi tersebut semasa Pilihan Raya Umum ke 10 pada 1999. Karpal yang sudah menjadi aktif berpolitik selama 36 tahun dan digeruni dengan ucapan berapi-apinya di Dewan Rakyat digelar 'Harimau Jelutong'.

Karpal melepaskan jawatan Pengerusi DAP baru-baru ini selepas didapati bersalah dalam kes hasutan kerana mengatakan Sultan boleh didakwa di mahkamah pada 2009. Beliau menjadi lumpuh dan menggunakan kerusi roda selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 2005.

Beliau pernah ditahan bersama pemimpin pembangkang dan aktivis politik lain mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan merengkok di Kem Tahanan Kamunting selama dua tahun selepas kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan Operasi Lalang pada 1987 yang menyaksikan lebih seratus orang ditahan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengucapkan takziah melalui akun Twitter @najibrazak.

"Saya baru mendarat di Ankara (Turki) apabila mendapat khabar YB Karpal terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Takziah kepada keluarga beliau," tulisnya.Sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersedih dengan pemergian pemimpin veteran DAP itu yang turut menjadi peguamnya dalam kes Liwat II.

“Kami kehiangan sahabat; pejuang gigih keadilan Karpal Singh. Kami berbicara panjang melalui talipon jam 630 ptg semlm. Takziah buat keluarga,” kata Anwar di akaun Twitter @anwaribrahim.

Karpal merupakan salah seorang pemimpin yang menjayakan penubuhan gabungan pembangkang PR dianggotai DAP, PKR dan PAS selepas buat pertama kalinya majoriti tradisi dua pertiga Barisan Nasional (BN) dinafikan di Parlimen.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menulis di akaun Twitter @khalid_ibrahim: "Perkhabaran sedih. Negara kehilangan tokoh politik & peguam yang berwibawa. Takziah kepada seluruh keluarga mendiang Karpal Singh."Karpal meninggalkan seorang isteri dan lima orang anak serta empat orang cucu. ~tmi





Apakah Karpal Singh akan bernasib baik untuk kali keempat? 

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA
FEBRUARY 18, 2014

Karier ahli politik pembangkang veteran, Karpal Singh bergantung kepada pertuduhan jenayah minggu ini, selepas memenangi tiga pertuduhan sebelum ini dalam masa 40 tahun berkecimpung dalam politik.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan pada Jumaat sama ada ahli Parlimen Gelugor itu bersalah kerana menghasut, kesalahan yang boleh menyebabkan denda RM5,000, atau dipenjarakan selama tiga tahun jika didapati bersalah, dalam satu kes melibatkan Sultan Perak.

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, seseorang wakil rakyat akan terbatal tugasnya jika didenda melebihi RM2,000 atau dipenjarakan melebihi satu tahun.

“Saya sedar jika didapati bersalah, karier politik saya akan berakhir, tetapi saya sudah lakukan apa yang diharapkan daripada saya.

“Saya tidak pernah menyesal,” peguam veteran berumur 73 tahun itu memberitahu The Malaysian Insider.

Katanya, tiada apa yang perlu dibimbangkan kerana hukuman “tidak menyebabkan beliau dihukum bunuh.”

Karpal didakwa kerana mengeluarkan kenyataan menghasut terhadap Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di firma guamannya di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur pada 6 Februari, 2009.

Beliau dituduh kerana mengatakan penyingkiran Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak oleh Sultan boleh dipersoalkan di mahkamah.

Hujah pembelaan Karpal adalah beliau hanya memberikan pandangan undang-undang dan tidak memberikan ancaman kepada Sultan yang pernah menjadi Ketua Hakim Mahkamah Persekutuan.

“Jelas pertuduhan ini serius, akan tetapi kami akan mengemukakan hujah pembelaan terbaik untuk memastikan kes ini diketepikan,” kata peguam itu yang dibantu empat orang anaknya.

Semasa memberikan hujah pembelaan bulan lalu, Gobind mengatakan Karpal tidak mempersoalkan hak Sultan untuk melantik menteri besar, tetapi mengatakan Sultan hanya boleh berbuat demikian jika terdapat kekosongan jawatan tersebut.

“Undang-undang membenarkan Sultan disaman, dan atas sebab itu, Mahkamah Khas ditubuhkan pada 1993,” kata Gobind.

Kumpulan pembelaan Karpal juga mengatakan dakwaan tersebut dilakukan dengan niat tidak baik kerana terdapat pihak lain yang membuat kenyataan berunsur hasutan, tetapi tiada tindakan diambil.

Timbalan Pendakwaraya, Noorin Badaruddin mengatakan Karpal sudahpun mengungkapkan perkataan menghasut dan tidak relevan bagi pihak pendakwa untuk membuktikan niatnya.

“Beliau mempersoalkan hak prerogatif Sultan mengikut Perlembagaan,” katanya, dan menambah kenyataan tersebut dikeluarkan semasa ketegangan krisis politik.

Katanya, ucapan Karpal mempunyai kecenderungan untuk menimbulkan kebencian terhadap Sultan.

Karpal pertama kali dibebaskan tanpa dipanggil membela diri pada Jun 2010.

Pada Januari 2012, Mahkamah Rayuan mengarahkan Karpal untuk membuat pembelaan selepas rayuan pihak pendakwaan dibenarkan.

Kumpulan peguam pengerusi DAP itu dijangka akan cuba meringankan hukuman.

Hakim Azman Abdullah boleh mengenakan denda kurang daripada RM2,000 jika Karpal yang berkerusi roda didapati bersalah, agar beliau dapat terus kekal sebagai ahli politik.

Ini pernah berlaku kepada bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan yang didenda RM,1800 selepas didapati bersalah dalam kes rasuah.

Karpal mempunyai dua lagi pusingan untuk merayu di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan, jika didapati bersalah sehingga menyebabkannya hilang kerusi Parlimen.

Namun, ramai penyokongnya mengharapkan Karpal, yang digelar Harimau Jelutong, akan bernasib baik untuk kali keempat.

Karpal pernah didakwa sebanyak tiga kali pada masa lalu, tetapi tidak pernah menyebabkan beliau hilang kerusi.

Beliau tiada di Parlimen hanya pada 1999, apabila kalah pilihan raya dan apabila digantung daripada menghadiri sidang. – 18 Februari, 2014.

Sunday, 9 February 2014

Jenazah Vateran PAS Selamat disemadikan


KUALA LUMPUR - Jenazah veteran Pas dan pendakwah terkenal, Ustaz Yazid Jaafar yang meninggal dunia pagi semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Ampang.


Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Jamek Kampung Baru dengan diimami Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Ribuan umat Islam turut sama menyembahyangkan jenazah Allahyarham.

Sebelum itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob turut mengimami solat jenazah di kediaman Allahyarham sebelum jenazah dibawa ke masjid.

Allahyarham Pak Yazid ialah seorang pesara tentera. Beliau pernah menjawat jawatan Yang Dipertua Persatuan Bekas Perajurit Force 136, dan mengetuai perbarisan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Pak Yazid menyertai Pas pada 1956 dan dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor pada 1970-1974.

Pada PRU 1969, beliau bertanding mewakili Pas di kawasan Parlimen Pekan, melawan bekas Perdana Menteri kedua,  Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, dari Perikatan.

Menjadi petugas sepenuh masa Pejabat Agung Pas dari 1964 hingga 1974, beliau juga pernah menjadi guru agama dan pendakwah di Lembah Klang dari 1960-an hingga ke akhir hayat beliau.

Kediaman beliau di Kampung Baru pernah dijadikan lokasi kuliah mingguan dan menjadi tempat tumpuan popular para pencinta ilmu pada setiap hujung minggu.

Ceramah agama yang sering diselitkan dengan kisah masyarakat dan unsur humor menjadikan Pak Yazid antara pendakwah terkemuka pada pada tahun-tahun 80-an dan 90-an.

Friday, 24 January 2014

TG Dato Hj. Harun Taib telah kembali ke Rahmatullah, Al-Fatihah…

TG_Harun_Taib_meninggalMaklumat rasmi dari page PAS Selangor. Tuan Guru Harun Taib telah ke Rahmatullah sekitar tengah malam tadi di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Al-Fatihah, semoga rohnya dicucuri rahmat-Nya.


KUALA LUMPUR:Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu pada jam 12.05 tengah malam ini.

Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Katanya, perkara itu dimaklumkan kepada beliau oleh anak Allahyarham.

Friday, 13 December 2013

Rumah Dipecahkan:Takziah Kepada Komandan Amal Zukri, Kutipan Derma Dilancar


1. DPPKHL mengucapkan takziah ke atas insiden pecah rumah yang berlaku kepada Komandan Amal Hulu Langat yang juga SU JANS Sdr Zukri dengan kerugian dianggarkan RM20,000.

2. Kejadian berlaku disaat kesibukan operasi Bantuan Bencana dijalankan.

3. DPPKHL dengan ini melancarkan derma kilat untuk membantu meringankan beban Komandan Amal Hulu Langat.

4. Sumbangan boleh disampaikan kepada akaun Maybank atas nama DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN HULU LANGAT (562834602070). SMS jumlah dibankin ke 0196699782 untuk mengasingkan jumlah kutipan.

Mohd Burhanuddin Othman

Ketua Pemuda PAS Hulu Langat
www.hululangat.net

Facebook DPP Malaysia 

Tuesday, 5 November 2013

Hj. Suhaimi Said Kembali Ke Rahmatullah


SHAH ALAM 5 NOV : Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal PKR, Suhaimi Said,58, meninggal dunia di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah pada jam 6.00 petang lapor twitter Senator Dewan Negara, Syed Husin Ali.
Suhaimi dimasukkan ke wad sejak 29 Julai lalu, disyaki terkena jangkitan kuman pada tulang belakangnya.
Suhaimi yang juga Ketua Cabang PKR Kuala Krau, merupakan pejuang masyarakat warga Felda sejak tahun 1980-an termasuk pernah terlibat dalam tragedi berdarah semasa Pilihan Raya Kecil di Lubuk Merbau, Kedah.

Jasanya terhadap rakyat khususnya peneroka dan Orang Asal begitu banyak, beliau juga peguam yang gigih membantu rakyat sehingga digeruni sejak zaman Tun Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
Beliau dua kali ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan banyak kali ditangkap dan dikepung ceramahnya oleh pihak polis.
Takziah kepada keluarga Allahyarham...Al-Fatihah.

Wednesday, 25 September 2013

MANTAN MB KEDAH KEMBALI KE RAHMATULLAH


Innalillah hi wainnailaihi roojiun


Yb Tan sri Ustaz Azizan Razak, mantan Menteri Besar kedah telah kembali ke rahmatullah jam 11.10 minit hari ini 26 September 2013 di hospital Sultanah Bahyiah Alor Setar. Jenazah akan disembahyangkan di Kompleks PAS Pokok Sena dan dikebumikan di Muassasah Darul Ulum selepas Asar.
Semoga Rohnya dirahmati Allah dan digolongkan bersama hamba hambaNya yang soleh dan para auliya. Takziah kepada seluruh ahli keluarga semoga bersabar dengan ujian kehilangan ini.
Al fatehah.

Mantan Menteri Besar Kedah Kembali Kerahmatullah


ALOR SETAR: Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kembali ke rahmatullah jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah, di sini.

Jenazah almarhum akan sembahyangkan selepas solat asar di Kompleks PAS Pokok Sena dan akan disemadikan pada pukul 5.30 di Muasasah Darul Ulum, petang ini.

Anwar Ucap Takziah

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak disahkan meninggal dunia jam 11.10 pagi tadi.
Berita sedih ini turut dikongsikan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi laman mikro Twitter miliknya.

"Innalillah.. Allahyarham Ustaz Azizan mantan MB Kedah, sahabat dan pemimpin Pas, pejuang gigih yang berjasa. Moga ALLAH cucuri rahmat ke atas rohnya," katanya.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di wad ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Semalam media melaporkan keadaan Allahyarham yang kritikal susulan masalah jantung yang serius.

Allahyarham dilaporkan mengalami  masalah jantung dengan denyutan berhenti sebanyak dua kali.

Bagaimanapun, keadaan Allahyarham kembali stabil selepas diberikan bantuan kecemasan, semalam.

Sebelum ini, Allahyarham menjalani pembedahan memotong kedua-dua kakinya di Hospital Pulau Pinang, akibat komplikasi diabetik.

Allahyarham yang juga ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, kemudian dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah pada 13 Ogos lalu, selepas lebih tiga bulan menjalani rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR