Perlembagaan UMNO

Blog List UMNO - 22 BLOG

Blog List Parti Keadilan Rakyat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgCtyM5l3qmRwTVdkpSmfjbmloaVkkeoyzuX8YKrvDkxgLqYcZYMkW8hakIseLQMJ01hoXt3s_8SDIR55DW8Npnae-TUvl5ZlKHq9Fr6b48MtbSCYuIutg52msmqkD4nGx3VQpRUWuNNI95/s142/Partai_Keadilan_Rakyat_logo_1.jpg

Blog List DAP

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgDwdlnqsPT0OF87jcC2S8cUunIEOxPwZd2g1AoMp7UJGE6BSkTApbqUrZDKII5St_KCISFMsjVffCthyphenhyphen0wejgFarGRnIh4teI4cyRBFtf_TRMzEbR2Ykehq59Z8lf5GWjn8j0aDuwfaSQq/s112/bendera+-+Copy.jpg

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

JOM

JOM

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???

Nak Tumpang Duduk-duduk di Sini Boleh???
Powered by Blogger.

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

Blog List Barisan Nasional dan Pro Barisan Nasional

293 blogs (Show All)

Showing posts with label PRK Pengkalan Kubor. Show all posts
Showing posts with label PRK Pengkalan Kubor. Show all posts

Thursday, 25 September 2014

PRK Pengkalan Kubor: BN Menang Majoriti Lebih Besar

TUMPAT 25 Sept. - Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor selepas calonnya, Mat Razi Mat Ail menang dengan majoriti 2,635 undi.

Pada Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung hari ini, Mat Razi memperoleh 9,961 undi menewaskan calon Pas, Wan Rosdi Wan Ibrahim (7,326 undi) dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary (38 undi).

Pada PRU 13 yang lalu, Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar (BN ) mendapat 10,174 undi,Saharun Ibrahim(PKR) mendapat 8,438 undi dan Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS) 85 undi. Datuk Noor Zahidi Omar menang dengan kelebihan1,736 undi - UTUSAN

Pengkalan Kubor pangkalan tarbiah - Fadhli

ASLANI M | . 

 
TUMPAT: Biar pun Umno dan BN menang bergaya dengan majoriti 2,635 undi pada pilihan raya kecil Pengkalan Kubor, namun berlaku kemerosotan jumlah majoriti BN di beberapa kubu tradisinya.

Antaranya Jubakar Darat, Bendang Pak Yong dan Teluk Jering. Bagaimanapun jumlah undi BN melonjat di UPU Simpangan, tempat tinggal calon BN, Mat Razi Mat Ail.

Pakatan Rakyat pula kehilangan penguasaan di UPU Telaga Bata apabila jumlah majoriti berpindah kepada BN di mana menang kelebihan 115 undi.

Sedangkan pada PRU lepas calon PKR, Shaharun Ibrahim menang 67 undi. Majoriti Umno juga meningkat UPU Pengkalan Kubor apabila berlaku pertambahan sebanyak 83 undi.

Pakatan juga kehilangan banyak undi di UPU Geting iaitu apabila menang majoriti 216 undi berbanding 524 undi pada PRU lepas.

Pakatan turut hilang undi UPU Kampung Tebing sebanyak 58 undi berbanding majoriti 165 undi pada pilihan raya umum tahun lepas.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kalah menang adalah adat dalam pertandingan termasuklah medan pilihan raya.

“Apa pun tahniah kepada semua jentera PRK N01 Pengkalan Kubur. Anda telah melakukan yang terbaik.

“Semoga setiap amalan diganjari Allah SWT. Pengkalan Kubur Pengkalan Tarbiyah,” ujarnya.

Penghulu Simpangan, Saari Abdul Kadir berkata, beliau membuat bantahan terhadap pegawai tempat mengundi (PO) kerana mengundi bagi pihak pengundi warga Siam yang uzur di tempat mengundi Sekolah Kebangsaan Simpangan.

“Saya bantah enam kes PO mengundi bagi pihak warga emas Siam yang uzur. Sepatutnya anak mereka yang dibenarkan mengundi bagi pihak ibu bapa yang uzur,” katanya.

Sementara itu sumber yang rapat dengan Umno mendakwa parti itu membelanjakan sekurang-kurang RM40 juta dalam misi mempertahankan Dun Pengkalan Kubor.

Katanya, Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed bekerja keras sehingga beliau lebih banyak masa berada di Pengkalan Kubor berbanding Kuala Lumpur dan Jeli. - HARAKAH.

Saya tetap bertugas kepada rakyat – Wan Rosdi

SALMAH MAT HUSAIN | .

TUMPAT: Calon Pakatan Rakyat daripada PAS pada PRK Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim, mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha membantunya sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

Katanya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan parti Pakatan Rakyat khusus PKR dari semua peringkat cabang dan negeri yang membantunya.

“Terima kasih kepada petugas-petugas peringkat kawasan di negeri ini serta petugas seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak yang turut membantu.

“Terima kasih juga pada pengundi calon Pakatan Rakyat. Tidak ketinggalan juga anak-anak muda yang inginkan perubahan, petugas keselamatan yang menjalankan tanggungjawab dengan baik,” ujarnya di sini.

Beliau turut melahirkan rasa syukur kerana PRK Pengkalan Kubor berjalan baik serta tidak ada insiden yang buruk.

“Saya akan bertugas seperti biasa kepada rakyat seperti sebelum ini,” katanya. - HARAKAH.

Wednesday, 24 September 2014

Sekitar PRK Pengkalan Kubor

Wan Rosdi mengundi di SK Bendang Pa Yong

TUMPAT: Seawal jam 8.00 pagi tadi, calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Dun Pengkalan Kubor, Wan Rosdi Wan Ibrahim tiba di Sekolah Kebangsaan Bendang Pa Yong untuk menunaikan tanggungjawabnya membuang undi dengan diiringi Menteri Besar Kelantan, Ustaz Datuk Ahmad Yaakob. (Foto facebook PRK N.01 Pengkalan KUBOR)

Sebelum itu, beliau menunaikan solat hajat di rumahnya yang diimamkan oleh Ustaz Ahmad sebelum melangkah ke tempat mengundi.

"Sama-sama kita mendoakan segala urusan dimudahkan dan kemenangan berpihak kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS)! Insya Allah," tulisan facebook PRK N.01 Pengkalan Kubor dipetik.
 

Terima kasih kepada semua yang membantu - Wan Rahim
SALMAH MAT HUSAIN | .
TUMPAT: Jentera operasi PAS pilihan raya Dun Pengkalan Kubor yang diketuai Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengucapkan terima kasih kepada rakan parti dari Pakatan Rakyat, PKR bersama wanita dan AMK yang sama berjuang membantu agar kemenangan berpihak kepada calon, Wan Rosdi Wan Ibrahim.

Wan Abdul Rahim berkata, Ketua PKR negeri, Ab Aziz Ab Kader, Ketua Wanita, Nooraini Hussin dan Ketua AMK, Roslan Ismail turut turun bersama-sama kepimpinan PAS untuk berkempen dari rumah ke rumah.

“Terima kasih diucapkan pada semua termasuk PAS kawasan seluruh negeri yang turut serta membantu,” ujarnya.

Beliau juga turut merakamkan terima kasih pada petugas negeri-negeri lain termasuk Sabah dan Sarawak yang juga datang membantu.

"Semangat kerjasama ini, memberi harapan yang begitu positif untuk kita merampas Dun Pengkalan Kubor," ujarnya.

Beliau melahirkan rasa syukur kerana tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku  selepas penamaan calon sehingga hari mengundi Pilihan Raya Kecil PRK N.01 Pengkalan Kubor hari ini.

Ketika memberitahu Harakahdaily, beliau berkata, hasrat SPR untuk menjadikan PRK harmoni sebagaimana di Balingian, Sarawak menjadi kenyataan. - HARAKAHDAILY 25/9/2014.

Wan Rosdi lawat tempat mengundi, suasana terkawal

RIZAL TAHIR & M ZIN | .
TUMPAT: Suasana tempat pengundian pagi ini agak terkawal biar pun berlaku sedikit ketegangan di tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpangan apabila perayu undi wanita Umno berada di pintu masuk tempat pembuangan undi.

Bantahan dibuat Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof memandangkan wanita terbabit memakai lambang dacing.

Pasukan peguam PAS membuat bantahan kepada pihak pengurus pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.

Sehingga pagi ini Menteri Besar, Ustaz Datuk Ahmad Yakob mengiringi calon Pakatan Rakyat, Wan Rosdi Wan Ibrahim ke lima tempat mengundi iaitu Bendang Pak Yong, Teluk Jering, Bunuhan, Simpangan dan Pengkalan Kubor 2.

Menteri Besar tiba di rumah Wan Rosdi di Bendang Pak Yong kira-kira jam 7.30 pagi sebelum calon keluar membuang undi di Sekolah Kebangsaan Bendang Pak Yong.

Turut serta mengiringi calon Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakob dan Timbalan Speaker, Abdul Latiff Abdul Rahman.

Suasana masih lagi terkawal dengan kehadiran ramai penyokong kedua-dua parti yang bertanding.

Jalan utama utama ke Pengkalan Kubor sesak teruk sejak malam tadi.

Manakala di Sekolah Kebangsaan Sri Neting sudah ramai masyarakat Siam keluar membuang undi seawal jam 8 pagi.

Hampir kesemua pengundi di tempat mengundi tersebut ialah pengundi masyarakat Siam dari Kampung Jubakar Darat dan Mertua. - HARAKAHDAILY.


11 pusat mengundi PRK Pengkalan Kubor dibuka 

TUMPAT: Sebanyak 11 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan sebanyak 23,929 orang pengundi biasa menunaikan tanggungjawab mereka.
  
Kesemua pusat mengundi itu akan ditutup pada pukul 5 petang ini.
  
Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Biji Wangsa di sini.
  
Pengundian awal pada 21 Sept lepas, menyaksikan sebanyak 96.3 peratus atau 105 orang daripada 109 pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka di Dewan Delima, Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat.
  
Terdapat 45 saluran mengundi bagi PRK itu membabitkan 11 buah sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 1, Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor 2, Sekolah Menengah Ugama (Arab) Meheliah Geting, Sekolah Kebangsaan Geting (1).  
  
Sekolah Kebangsaan Simpangan, Maktab Rendah Sains MARA Tumpat, Sekolah Kebangsaan Bunohan, Sekolah Kebangsaan Sri Neting, Sekolah Kebangsaan Bendang Pa' Yong, Sekolah Kebangsaan Teluk Jering dan Sekolah Menengah Kebangsaan Geting.
  
Semalam, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata SPR menyasarkan peratusan keluar mengundi mencecah 70 peratus, iaitu kurang daripada lebih 80 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
  
Abdul Aziz juga menjangkakan keputusan PRK DUN Pengkalan Kubor itu dapat diumumkan kira-kira, 9 malam ini.
  
Sementara itu, pengundi dinasihat supaya keluar awal mengundi berikutan cuaca diramal elok pada sebelah pagi ini.
  
PRK itu menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN) Mat Razi Mat Ail, calon PAS Wan Rosdi Wan Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
  
PRK itu diadakan ekoran kematian wakil rakyat daripada BN Allahyarham Datuk Noor Zahidi Omar pada 20 Ogos lepas.
  
Pada PRU Umum ke-13, Noor Zahidi mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi. - Bernama
35 % TELAH MENGUNDI SEHINGGA JAM 11 PAGI.

 
Sehingga pukul 11.15 PAGI sebentar tadi sumber SPR menyatakan kira-kira 35 % pengundi telah membuang undi di kesemua 11 pusat pengundian PRK Pengkalan Kubor.

Dijangkakan lebih ramai pengundi akan melaksanakan tanggungjawab mereka menjelang pukul 1.00 petang ini.

Sementara itu blogger melaporkan berlaku sedikit kekecohan.


PRK Pengkalan Kubor: PAS Lihat Peluang Menang Tipis

  
PAS melihat peluangnya untuk menang dalam pilihan raya kecil Pengkalan Kubor makin tipis kerana pengundian esok akan berlangsung pada hari bekerja.

Walaupun kerajaan negeri sudahpun mengumumkan esok sebagai hari cuti peristiwa, PAS melihat bahawa tarikh tersebut menghalang kira-kira 2,000 pengundi luarnya untuk pulang mengundi.

Pengarah jentera PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu mengharapkan kumpulan pengundi untuk memberi sokongan pada mereka, ekoran persaingan sengit yang dihadapinya sepanjang kempen ini.

“Logiknya, pengundi akan berkurang sebab pengundi luar mungkin tidak akan pulang kerana selepas ini akan raya haji, pengundi (perlu) balik ke kampung dua kali.

“Undi ini bukan pulang ke kampung untuk melancong, takkanlah dalam masa singkat ini sahaja perlu pulang ke kampung tiga kali?

“Sebab itu kita minta pada mereka kalau boleh balik juga,” kata naib presiden PAS itu.

Sementara itu, MP Shah Alam Khalid Samad berkata tindakan SPR menetapkan hari pengundian pada hari esok sebagai tidak bertanggungjawab.

"Tanggungjawab SPR ialah menentukan hari yang sesuai buat pengundi untuk pulang mengundi"

"Tindakan SPR menyukarkan pengundi luar untuk pulang", katanya.

Pengudian esok menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Mat Razi Mat Ail, Wan Rosdi Wan Ibrahim (PAS) dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary.
ABU: Tinggal beberapa jam sahaja lagi. Selamat mengundi.Pulanglah Perantau.Jentera dan petugas parti, usahalah yang terbaik.Kalah menang bukan alasannya,,,, Tidak menang tak mengapa asalkan tidak kalah.
Selamat berjuang...Semoga Allah memberkati usaha kalian... 

Monday, 15 September 2014

PRK Pengkalan Kubor:PAS dan UMNO Umpama Adik-beradik, Blogger Jangan Bikin Sibuk....



Keharmonian kempen di PRK Dun Pengkalan Kubor diperlihatkan dengan suasana mesra antara pemimpin BN dan PR sejak hari penamaan calon.

TUMPAT - Pas menyifatkan hubungan dengan parti lawan dalam PRK Pengkalan Kubor, BN amat baik dan tidak pernah timbul sebarang masalah.

Pengarah Jentera Operasi Pilihan Raya Pas, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berkata, mereka akan memastikan hubungan baik tersebut dikekalkan bagi menjamin keharmonian dalam PRK kali ini.

“Memang Pas dan Umno macam anak-beranak. Kami tidak bergaduh pun.

“Pas pun berasal daripada Umno dan hubungan baik ini akan dikekalkan bukan sahaja dalam PRK ini malah di luar sana,” katanya pada sidang media di Markas Pas, di sini, semalam.

Menurutnya, keharmonian yang ditonjolkan antara kedua-dua parti itu membolehkan pengundi rasional memilih calon yang layak berkhidmat di kawasan itu.

“Dengan keadaan ini diharapkan dapat beri peluang kepada pengundi buat pilihan secara bijak dan demokrasi dengan tiada sebarang ugutan, dan sebarang mainan kasar secara fizikal oleh kedua-dua parti,” katanya.

Katanya lagi, Pas memegang dua prinsip utama dalam menggerakkan jentera pilihan raya kali ini.

“Pas tidak akan membangkitkan (isu) mengenai wakil rakyat terdahulu, Datuk Noor Zahidi Omar kerana kami amat mengenali beliau dan beliau adalah sahabat kami.

“Kedua, kami tidak akan menyasarkan serangan kepada peribadi lawan,” katanya.

Katanya, apa yang ingin ditekankan dalam kempen jentera pilihan raya pada kali ini adalah berkaitan dengan masalah yang dihadapi rakyat termasuk projek tebatan banjir oleh Kerajaan Persekutuan yang didakwa menghadapi pelbagai masalah.

Wednesday, 20 August 2014

Speaker Akan Maklumkan Kekosongan Kerusi Dun Kepada SPR Secepat Mungkin

KOTA BAHARU, 20 Ogos – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Abdullah Ya’kub akan menghantar surat makluman mengisytiharkan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secepat mungkin.

Beliau berkata pihaknya masih menunggu pengesahan rasmi mengenai kematian Adun berkenaan Datuk Noor Zahidi Omar awal hari ini.

“Buat masa ini kita fokus kepada proses membawa balik jenazah ke tanah air kerana Allahyarham meninggal dunia di luar negara.

“Namun jika jenazah dibawa pulang hari ini dan kita mendapat sijil kematian, kita akan segera memaklumkan kepada SPR mengenai kekosongan DUN berkenaan selewat-lewatnya esok,” katanya di sini, hari ini.

Surat warta kekosongan perlu dihantar ke SPR bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari selepas ia diwartakan.

Noor Zahidi, 57, meninggal dunia akibat kanser hati di sebuah hospital di Guangzhou, China, hari ini.

Allahyarham yang menjadi Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno bahagian Tumpat selama empat penggal meninggal dunia pada 5.45 pagi.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Beliau berkata berita mengenai kematian Noor Zahidi dimaklumkan kepadanya oleh keluarga Allahyarham pagi tadi.

“Saya dimaklumkan sebelum waktu Subuh oleh keluarga Allahyarham sendiri dan kita mengucapkan takziah kepada keluarga beliau atas pemergiannya itu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya mengharapkan segala perkhidmatan Allahyarham sebagai Adun Pengkalan Kubor dihargai.

JOM TAMBAH ILMU

Blog-blog Sosialis, Pro Sosialis, Pro Syiah,ABU,ABCD,ABU (Asal Bukan Ustaz ) UMNO dan Lain-lain

Blog list 2 (241)

SUMBER DAN BERITA TERKINI

Kandungan Blog

Blog List 1 - 31

Blog Politik Dan Separa Politik (82)

PERLEMBAGAAN PAS

Blog List PAS -198 Blogs (Show All)

Jom Klik Iklan

Penulis

Bilangan Login

Jumlah Tetamu Yang Sudi Berkunjung

Free Auto Malaysia Backlinks

widgeo.net

Search This Blog

FB

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....

Yang Telah Berlalu Biarkan Berlalu....
JOM HIJAUKAN BUMI TUHAN

SEMAKAN DAFTAR SPR